Bab 2: Step One

Romance Series 3020

Ketika itu, selepas maghrib Aireen berniat untuk menaiki keretanya iaitu Porsche panamera dan berjalan-jalan di sekitar kampung. Di situ, terlihat sebuah bangunan madrasah yang besar di seberang jalan raya. Aireen berniat untuk singgah kerana suka mendengar suara pelajar-pelajar tahfiz mengalunkan ayat-ayat Al-quran sungguh ia memberikan ketenangan kepada hatinya itu. Berhenti keretanya di tepi jalan raya, Aireen turun daripada kereta sambil menguap lalu pergi ke arah depan bangunan madrasah itu. Aireen hanya sekadar ingin mengambil angin.

Terlihat seorang lelaki kacak sedang duduk di hadapan pelajar-pelajar tahfiz tersebut sambil memegang rotannya.

"Ni nak menghafal ke nak main-main?"

Lelaki tersebut membetulkan kesalahan pelajar-pelajarnya dengan suara yang sedikit tegas. Aireen sungguh terpegun melihat lelaki itu dan secara tiba-tiba Aireen teringat akan sesuatu. Raut wajah lelaki tersebut amat dikenalinya, Aireen cuba mengingatkan kembali wajah itu. Tak sampai tiga saat ingatannya kembali.

Lelaki kacak itu merupakan Mikail, misinya. Tidak mahu kehadirannya disedari. Aireen hanya melihat seketika lelaki itu sekali lagi dan terus pergi ke keretanya tak sangka dia dapat melihat wajah lelaki itu di sini. Mungkin tadi akibat terlalu mengantuk Aireen tidak perasan yang dia sudah sampai ke madrasah yang dikehendakinya melalui lokasi GPS yang diberi papanya sebelum ini.

Keesokan paginya, Aireen pergi ke kedai untuk membeli beberapa bahan masakan memandangkan sekarang ini dia hanya tinggal bersendirian di rumah. Selama ini memang akan ada kehadiran bodyguardnya Jacques dan Ash yang dihantar oleh Tan Sri Sheikh untuk mengawasi keselamatan anak gadisnya itu tetapi kali ini Aireen mahu bersendirian. Dia membodek papanya sehingga berjaya. Setibanya Aireen di kedai itu secara tiba-tiba dua orang lelaki datang menghampirinya bertanyakan khabar entah dari mana muka pun dah macam sloth.

Sorry sloth bukan nak gunakan awak cuma gambaran sahaja. Aireen hanya tersengih berlagak selamba.

"Hello kalau nak berkenalan, I Reen. Maaf ya bertanya awak berdua ni siapa ya?" Aireen memulakan dengan muka buat-buat tak tahu walaupun tahu akan niat mereka yang sebenar. Hmm ingat dia ni siapa senang-senang dipermainkan oleh mereka. Kedua-dua lelaki itu tersengih macam kerang busuk lalu bertanya lagi.

"Cik adik manis ni sorang-sorang je ke?" Aireen hanya melayan.

"Aah, sorang-sorang je kenapa ya?" Mulalah kedua dua lelaki itu menunjukkan tanduk mereka.

"Nak ikut kami tak ke restoran dekat je tu kami belanja." kata mereka lagi.

Diaorang ni ingat Aireen ni apa budak sekolah rendah hingusan yang orang bagi candy terus ambik memang minta kaki la. Ini Aireen la. Mahu saja senyuman mereka yang ternaik sehingga ke telinga itu seperti joker terus hilang dihanyut arus ketika dia manyambung ayatnya.

"Kalau nak bawa I ni pergi ke restoran boleh je tapi dengan muka you yang tak seberapa tu nak jalan dengan I yang hot ni tak sanggup I nak dekat-dekat dengan you berdua ni rasa nak termuntah. Nanti apa la orang kampung kata bila tengok perempuan dengan dua lelaki bersama-sama." Sengaja Aireen berkata begitu berura-ura ingin menaikkan bara api. Nampak sahaja mereka mula naik angin.

"Hei, perempuan mulut tu baik-baik sikit eh." Mereka bertindak untuk menyerang Aireen lalu tiba-tiba kehadiran ustaz Mikail yang memakai baju kasual bersama jeans biru ingin membeli sayur terlihat situasi itu. Dia pun jalan ke arah mereka.

Angkat saja tangan salah seorang daripada lelaki tadi untuk menyentuh Aireen. Mikail terus memegang tangan remaja lelaki yang tak seberapa tinggi itu. Mungkin terlihat ustaz yang terkenal di kampung itu terus saja lelaki tadi menarik tangannya. Kedua-dua lelaki tersebut angkat kaki tidak berjaya melakukan rencana mereka dan pergi meninggalkan Aireen. Aireen yang tersenyum puas hati memandang mereka berlalu pergi. Mikail datang menghampiri Aireen dan menanyakan sama ada dia okay atau tidak.

"Assalamualaikum, maaf bertanya cik okay ke tadi sebab saya rasa macam ada yang tak kena dengan mereka tadi?" Perlahan suara ustaz Mikail bertanya. Aireen yang sedari tadi tersenyum puas tidak perasan kehadiran Mikail lalu memandang ke arahnya terkesima melihatnya. Panahan mereka bertaut seketika. Terus Mikail melarikan pandangan dan berdehem. Aireen yang terdiam seketika tersedar ke realiti berkata.

"Ehem, waalaikumussalam. Maaf saya tak perasan tadi. Tengah panas dengan orang-orang yang suka menganggu perempuan yang mereka rasa spesies lemah. Geram saya dibuatnya." Aireen mendengus perlahan. Terus bertukar panggilannya ke lelaki yang tinggi dan tegap di hadapannya itu. Tanpa segan lagi Aireen berterima kasih kepada Mikail kerana menyelamatkannya walaupun dia sendiri boleh uruskan mereka itu dengan kacang hijau.

Usai sahaja ucapan terima kasih Aireen, Mikail mengucapkan sama-sama dan memberi peringatan agar dia berhati-hati ketika berada di mana-mana sahaja. Mikail bergerak masuk ke kedai semula. Mahu sahaja Mikail ingin berpusing Aireen memanggilnya. Aireen sungguh terkilan dengan perbuatan Mikail yang gentleman itu. Dia tahu sebenarnya lelaki itu misinya. Aireen dengan tidak berfikir terus memberikan tawaran. Mikail menoleh ke arahnya.

"I like your personality, jom kahwin." Aireen mengajaknya untuk berkahwin. Sungguh direct dan tidak sangka dengan soalan Aireen. Mikail terpegun seketika dengan muka terkejut bagai bulan jatuh ke riba. Melihat Aireen yang menawan dan cantik dengan pakain sundress yang terlekap di tubuh langsingnya dan bertumit tinggi itu. Sungguh menarik tawarannya. Mikail terus ketawa kecil sambil megeleng-gelengkan kepalanya lalu pergi meninggalkan Aireen yang terpinga-pinga itu.

Disebabkan kejadian tadi, Aireen tidak jadi untuk membeli bahan masakannya lalu order makanan sahaja kerana dia terkesan dengan reaction lelaki bernama Mikail itu.

Aireen bertekad. Dia akan mencuba lagi untuk memastikan Mikail menerima lamarannya untuk berkahwin.

Malam kian menjelma, Mikail memandang ke langit. Fikirannya jauh melayang. Terngiang-ngiang tawaran yang diberikan oleh gadis putih mulus itu.

"I like your personality, jom kahwin." kata gadis yang bertubuh langsing dan rambutnya yang diikat di sebalik topi besarnya. Entah betul ke tidak kata-kata gadis yang baru sahaja dijumpainya pagi tadi. Mak Munah yang sedari tadi pelik melihat anak susuannya itu mengelamun menegurnya.

"Haih, lama mengelamun fikir nak kahwin la tu." kata Mak Munah mengusik.

Mikail yang mengelamun dari tadi terkejut dengan kata-kata Mak Munah terus buat muka tenang agar tidak tertangkap. Pantas ibu kesayangannya ini menangkap fikirannya. Mikail membalas.

"Tak adalah cuma memikirkan masa depan yang boleh Mikail sumbangkan untuk madrasah ni." Jawab Mikail menyembunyikan firasat hatinya.

Mak Munah hanya melihat anak mudanya itu dan bertanya.

"Mak bukan apa dah lama mak berkenan dengan si Su tu lembut budaknya cantik pulaktu. Dia pun nampak berkenan je dengan kamu." Mak Munah mengusiknya lagi.

Terdiam seketika Mikail. Mengingatkan kembali wajah berniqab milk Suraya yang lemah lembut itu.

"Mikail hanya anggap dia adik je mak tak lebih dari itu."

"Haih, bila la anak teruna mak yang seorangni nak kahwin. Lama-lama sangat tak elok. Ramai mata-mata perempuan di luar sana memandang kamu minat betul kut sampai tanya mak ni kalau ada siapa-siapa yang ingin menikah kamu." Kata Mak Munah panjang lebar.

Diam dilarut malam. Wajah Mikail yang kacak lagi bersih itu tenang. Dalam diam. Gadis putih mulus itu jugalah yang diingatinya lagi.

Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience