Shinjuku Gyeon National Garden, Tokyo Japan.
Semalam mereka tiba di Jepun dan berehat sehari untuk melepaskan penat perjalanan. Pada petang ini, mereka berjalan-jalan di taman bunga tersebut. Sungguh ayu pakaian isterinya itu beserta tudung selendang berwarna pink cair. Aireen perasan suaminya asik memandang wajahnya itu lalu dia memalingkan kepalanya ke arah suaminya itu. Terkejut dengan reaksi isterinya Mikail terus memandang arah lain dah terkantoi.
"Why do you keep staring at me?" Tanya Aireen.
"Oh, hehe abang pandang sayang tadi sebab sayang nampak ayu sangat pakai tudung. Abang suka tengok isteri abang macam ini." Jelas gembira tepancar di wajah suaminya.
"Mestilah, mama kata bila dah jadi isteri orang kenalah jaga aurat sebab kecantikan wanita itu hak milk suaminya." Aireen mengenyitkan mata ke arah Mikail. Terdiam Mikail dibuatnya. Dalam hati berbunga-bunga mendengar isterinya berkata begitu. Dia amat berasa bahagia kerana isterinya itu teramat baik dan solehah. Dia tidak perlu menyuruh isterinya menjaga keterampilan diri kerana isterinya sudahpun menjaga diri dengan bagus.
Shinjuku Gyeon National Garden merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang terkenal. Setiap hari ramai yang datang mengunjungi taman bunga itu lagi-lagi sekarang ini musim bunga di Jepun. Suhunya sangat selesa. Tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk. Kawasan tanah seluas 58.3 hektar itu dikelilingi Japanese cherry trees dan pelbagai jenis pokok tumbuhan lagi yang berbunga-bunga. Berbual-bual di antara satu sama lain sambil menghirup udara segar amat menyenagkan hati.
"Umm...Can I ask you something?"Aireen ragu-ragu menanyakan soalan.
"Eh, tanya je la kenapa teragak-agak sayang." Mikail senyum.
"Why don't you just take over your father's company?" Aireen masih teragak-agak lagi suaranya tidak mahu suaminya tersinggung dengan kata-katanya.
"Abang lebih suka jadi ustaz sebab hati abang ada dengan semua pelajar-pelajar tahfiz dan madrasah itu sendiri. Abang sayangkan pelajar-pelajar tahfiz itu seperti anak abang sendiri. Itu salah sebabnya abang tak nak ambil alih syarikat daddy. Sebab yang lain pula adalah kerana kalau abang tak uruskan siapa lagi yang boleh uruskan takkan abang nak bagi tanggungjawab abang kepada sahabat abang, Ustaz Zul. Tapi sekiranya apa-apa yang terjadi sesungguhnya itu takdir Allah buat diri abang untuk mengambil alih syarikat daddy." Jawab Mikail dengan nada yang lembut.
Aireen mengangguk dan mereka kembali berjalan bersama-sama.
Mereka berhenti di sebuah restoran untuk makan tengah hari. Sepanjang Aireen dan Mikail memasuki restoran itu ramai lelaki yang memerhati Aireen dan ramai perempuan yang memerhati Mikail. Mungkin disebabkan kecantikan dan aura Aireen terselah dari gaya dia berjalan dan muka kacak suaminya itu membuatkan orang ramai terpukau dengan pasangan itu. Aireen dapat merasakan mata-mata memandangnya tapi dia hanya menghiraukan.
Setibanya mereka di meja makan Mikail meminta diri untuk ke tandas. Hanya tinggal Aireen seorang di meja itu. Ada seorang lelaki yang baru sahaja menganjak ke pintu restoran itu dan sesuatu menarik matanya. Dia berjalan ke arah perempuan yang sedang duduk berseorangan itu.
"Konnichiwa, are you here alone?" Lelaki itu bertanya.
"Oh, hi I'm with my..." Baru sahaja Aireen mahu menghabiskan ayat lelaki itu duduk di hadapannya dan mencelah.
"No worries, nice to meet you I'm Danny" Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Aireen memandangnya dan ingin berkata yang dia bersama suaminya sekarang tetapi ada tangan lain yang menyambut tangan lelaki itu.
"Hi, I'm Mikail. Nice to meet you and this is my wife. Do you have any deals with her?" Tegas suara Mikail.
Aireen memandang suaminya. Buat pertama kali dia mendengar Mikail berbahasa inggeris dan yang paling Aireen pelik accent britisnya itu sangat pekat. Terkedu Aireen seketika.
Lelaki yang bernama Danny itu memandang wajah Mikail dan Aireen bersilih ganti dan meminta maaf kerana dia tidak menduga bahawa Aireen mempunyai suami. Dia sepatutnya mendengar penjelasan Aireen tadi sehingga habis. Dia meminta izin untuk bergerak dahulu akibat malu. Dengan pantas kelibat lelaki tersebut hilang dari pandangan mereka. Mikail kembali duduk di kerusinya tadi. Kerutan di dahi Mikail jelas terlihat. Tidak senang akan kehadiran lelaki lain bersama Aireen.
"Dia nak apa?" Suara Mikail kedengaran marah.
"Why, are you jealous? Never know that you could speak English fluently." Aireen cuba menenangkan hati suaminya yang kelihatan cemburu itu. Mikail memandangnya dan mengeluh perlahan.
"Abang minta maaf, and yes, I can speak English. My dad used to send me abroad to study business, especially in England so that I could widen my knowledge and I've been to several countries such as America, Japan, China, and many more. Sorry I didn't tell you earlier." Boleh terbelit lidah Aireen mendengar suaminya berbahasa Inggeris. Banyak lagi rupanya yang tidak diketahui Aireen tentang Mikail. Perbualan mereka sebelum ini hanyalah berkenaan kesukaannya dan tidak lebih dari itu.
Muka kagum terselah di riak muka Aireen. Serba sedikit tentang Mikail mula diketahui oleh Aireen dalam pada masa yang sama juga terselit rasa terharu apabila suaminya cemburu akan dia bersama lelaki lain.
Selesai makan, Mikail mengajak Aireen berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut.
"Abang nak pergi beli aiskrim yang sayang nak. Sayang tunggu sini jap ya." Pinta Mikail.
Aireen yang sedang menunggu sendirian di tepi jalan melihat keindahan alam. Tak sampai beberapa minit dua orang lelaki berbadan tegap menghampiri Aireen. Semakin mereka menghampiri Aireen. Terus dia bertukar mod berhati-hati.
Salah seorang lelaki yang berkulit hitam manis itu merentap tangan Aireen. Aireen berusaha melepaskan tangannya tetapi tidak menjadi. Ketika itu Mikail yang tersenyum memegang aiskrim terlihat isterinya sedang cuba melepaskan tangannya daripada dipegang oleh lelaki tersebut. Sepantas kilat Mikail lari ke arah Aireen.
"Let go of my wife's hand." Mendatar suara Mikail. Riak wajahnya menggerunkan.Kedua-dua lelaki tersebut beredar dari situ setelah mendengar amaran Mikail.
"Subahanallah." Terus Mikail memeluk isterinya itu. Aiskrim yang dibawa Mikail entah ke mana jatuhnya akibat terlalu risaukan isterinya diapa-apakan sewaktu dia berlari tadi. Aireen terkejut dengan pelukan Mikail. Badan suaminya menggeletar dan wajah bimbang terselah di seraut wajahnya. Mikail mengajak Aireen pulang dan Aireen pun mengikutinya. Sepanjang perjalanan menuju hotel, Aireen hanya berdiam diri akibat terkejut dengan tingkah laku Mikail yang tak pernah dilihatnya.
Pada malam itu, Mikail pulang dari menunaikan solat isyak secara berjemaah di masjid Kobe. Walaupun berada di luar negara, masih ada masjid untuk umat Islam menunaikan kewajipan secara berjemaah.
Rumah agam Tan Sri Sheikh.
"Follow his advice. Act natural. You are very excellent with your job and the most important thing is that always act weak when you are with him. Lastly, earn his respect by being obedient to him. Is that clear my dear?" Dengan pandangan mata anaknya itu sudah jelas bahawa dia faham dengan arahan yang diberikan.
Terngiang-ngiang arahan papanya di telinga Aireen. Aireen perlu membuat Mikail lemah kepadanya supaya mudah untuk dia meminta apa-apa daripada suaminya nanti.
Malam ini, Aireen bercadang untuk memakai Open Front Drop Shoulder Robe Without Nightdress. Loceng pintu dibunyikan lalu Mikail masuk ke dalam bilik hotel dan seperti hari sebelum ini, Aireen masih lagi dengan baju seksi tersarung pada tubuh langsingnya itu. Cuma bajunya lebih singkat. Dress tersebut direka atas paras lutut. Rambutnya yang ikal malang itu melepasi paras dadanya. Dengupan jantung Mikail semakin laju. Halkumnya bergerak-gerak. Aireen melihat gelagat suaminya dan mendekati Mikail.
"Hi, sayang. Why are you standing there?" Aireen berjalan mendekati Mikail lagi. Mikail undur setapak ke belakang. Aireen berjalan beberapa langkah lagi. Pergerakan yang sama diulangi oleh Mikail. Dia kian mengundur sampailah dia merasakan belakang badannya di pintu bilik itu.
"Kenapa ni?" Tindakan Aireen semakin membuatkan jantung Mikail berdengup kencang.
"Tak ada apa-apa, sayang selalu pakai macam ni ke setiap malam" Tersekat-sekat suara Mikail.
"Aah, kenapa ya? Ini memang pakaian saya waktu nak tidur sejak dari azali lagi." Terang Aireen mendekatkan wajahnya ke Mikail.
"Oh, okay. Cuma..." Tak dapat lagi Mikail menyambung ayatnya kerana kedudukan Aireen agak rapat dengannya.
"Cuma apa?" Tekan Aireen lagi sambil tangannya mahu menyentuh wajah Mikail.
Tak dapat menahan rasa, Mikail terus menahan tangannya. Dia menolak Aireen ke belakang sehingga jatuh terduduk di atas katil. Aireen terkejut dengan tindakan Mikail lalu diam tak dapat mengungkap kata-kata.
Terus Mikail menolak Aireen agar terbaring. Gelora nafsunya semakin tak terkawal, tanpa mengambil kira pertimbangan waras, kedua-dua belah tangan Mikail memerangkap Aireen yang berada di atas katil. Mikail mendekatkan wajahnya. Aireen terkedu. Belum sempat berbuat apa-apa, Aireen terasa bibirnya ditindih. Mulanya, perlahan lama-lama menjadi lebih kasar dan mata Aireen pantas membulat laju ingin menolaknya. Tetapi malangnya Mikail telah mengunci seluruh pergerakan Aireen. Aireen tidak berputus asa dan menolak sekali lagi tubuh suaminya itu. Mikail tersedar dengan tolakan isterinya itu.
"Cuma ini yang abang risaukan..." Perlahan suara Mikail bagaikan berbisik pada diri sendiri. Dengan pantas Mikail meraup wajahnya. Kemudian dia meraup rambutnya ke belakang.
"Astaghfirullahalazim." Bagaikan tersedar, Mikail beristigfar. Aireen pula melihat suaminya menjadi tidak keruan.
Adakah Mikail rasa bersalah kerana menciumku secara tidak sengaja atau dia suka kepada Suraya?
"I'm sorry, that wasn't my intention. Ya Allah apa aku buatni!" Rasa tegang mencengkam dadanya. Belum pernah dia merasai perasaan yang sebegini tegang. Mikail dengan pantas keluar dari bilik hotel tersebut meninggalkan Aireen yang terpinga-pinga. Mikail berasa sangat kesal atas perbuatannya kerana melihat pada tindakan isterinya yang menolak tubuhnya menambahkan lagi rasa bersalah dalam dirinya itu.
Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!
Share this novel