Bab 17: Mission Starts

Romance Series 3020

TW!!!

  Kereta Bugatti Chiron milik Mikail meluncur laju memasuki kawasan kediaman rumah mewah setelah berjaya melepasi pagar yang dijaga oleh dua orang bodyguard. Aireen mempamerkan riak wajah hairan kearah Mikail. Keningnya bertaut menanyakan penjelasan.

  “Abang banyak kali datang sini ada kerja.” Ringkas sahaja jawapan Mikail. Aireen hanya diam. Kotak fikirannya dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi Mikail.

  Setelah tiba di hadapan rumah agam. Mikail memandang wajah Aireen sedalamnya. Wajah Aireen dipegang oleh kedua-dua tangan Mikail. Riak wajah risau jelas terpamer. Aireen menurunkan tangan MIkail dari wajahnya lalu mengenggam erat tangan suaminya.

  “Don’t worry about me. I’ll be fine. Trust me.” Aireen cuba meyakinkan Mikail. Panahan mata mereka bertaut seketika. Aireen medekatkan wajahnya ke Mikail.

  Serta-merta kelopak mata Mikail terbuka luas terkejut apabila bibirnya laju dikucup oleh Aireen. Satu senyuman mekar terhias di bibir Aireen. Sungguh cantik senyuman itu. Dengan pantas Mikail merapatkan kepala isterinya lalu dia menyambar bibir itu dengan penuh kasih sayang.

  Pintu kereta Bugatti Chiron dibuka oleh Arman dan beberapa bodyguard yang lain. Mikail dan Aireen keluar dari perut kereta. Sut lengkap berwarna hitam tersarung di tubuh tegap Mikail manakala Aireen tampil elegan dengan dress lengan panjang Versace berwarna merah beserta shawl. Aireen menyambut tangan Mikail lalu mereka berjalan bersama-sama memasuki pintu rumah agam itu.

  Kedengaran irama lagu menari dipasang. Banyak pasangan sedang menari bergerak mengikut irama lagu yang perlahan. Aireen memandang wajah Mikail. Mereka mengangguk lalu berpisah menandakan rancangan mereka sudah bermula.

  Aireen melajukan langkahnya mencari Hans. Beberapa minit kemudian, kelihatan kelibat Hans bersama konco-konconya sedang bergerak memasuki bilik. Bilik itu kelihatan seperti bilik rahsia. Passcode ditekan oleh Hans. Kelihatan dua orang lelaki bertubuh tegap bersama cermin hitam sedang menjaga pintu itu.

  Pantas Aireen bergerak ke pintu lalu kedua-dua lelaki itu memandangnya.

  “Hai.” Belum sempat lelaki itu ingin bertanya.

Gedebuk!

Kepala lelaki-lelaki tersebut dipulaskan 360 darjah. Kedua-dua lelaki itu jatuh ke lantai. Lidah terjelir keluar dari mulut mereka.

  “Euww.” Geli dengan wajah hodoh yang ditanyangkan kedua-dua lelaki tersebut.

  Aireen memberi signal kepada Jacques agar mengakses passcode yang terdapat pada pintu itu.

Klik.

Pintu dibuka. Kelihatan Hans bersama empat orang lelaki sedang berbincang. Terus matanya terarah kearah perempuan yang menceroboh pintu biliknya.

  “Well, well. Look at her. This is getting interesting.”  Hans senyum sinis melihat Aireen di depannya.

  “I have the Gold Card.” Aireen mengeluarkan Gold Card dari poketnya.

  Hans memandang kad yang dipegang Aireen lantas berdiri dari tempat duduknya.

  “Get her!” Arah Hans.

  Kesemua lelaki tersebut menyerang Aireen. Kaki dihayunkan tepat pada muka lelaki tersebut. Hampir sahaja ditumbuk oleh lelaki berkulit hitam di belakang Aireen dengan pantas dia memusingkan tubuhnya seratus lapan puluh darjah dan pisau tajam dikeluarkan dari poket lalu menghunus tepat ke leher lelaki tersebut. Aireen memegang pisau itu dengan kemas dan menghiris kesemua leher musuhnya. Darah memancut keluar dari leher. Mereka mengerang kesakitan sambil memegang luka di leher masing-masing.

  Derap kaki tiba-tiba laju mendekati, seolah mahu menyerang Aireen. Dan ketika itu Aireen tidak sempat untuk berpusing lalu tangan besar Hans dibawa ke batang leher Aireen. Secara automatik Aireen memegang tangan itu. Cuba merungkaikannya. Mahu melakukan serangan lain supaya dapat melepaskan diri. Tiba-tiba terasa lehernya seperti disuntik. Semakin perlahan Aireen meronta. Dia akhirnya jatuh di dakapan Hans.

  Kepalanya berputar-putar. Aireen merasakan dirinya diangkat oleh seseorang. Matanya terpejam semula.

  Aireen tersedar dan membuka matanya yang masih berpinar-pinar. Kepalanya terasa berat. Kelihatan seorang lelaki sedang bersandar pada dinding. Suasana bilik agak gelap. Bilik itu hanya diterangi cahaya beberapa batang lilin. Terus Aireen memeriksa dirinya. Tudung masih di kepala dan bajunya masih tersarung kemas di tubuhnya.

Lega! Monolog hati Aireen.

  Tidak ada apa-apa terjadi pada dirinya. Mata seperti helang memandang ke arah lelaki tersebut. Hans. Segaris senyuman mengerikan dihadiahkan kepada Aireen.

  “It’s been a while since I last saw you. You know how much I miss you.” Hans meluahkan perasaannya.

  “Kau bawak aku kat mana ni?” Tanya Aireen tegas suaranya.

  Kepalanya masih sakit dan seperti berpusing. Kepala Hans disengetkan. Dia melangkah berjalan ke arah katil tersebut. Terkejut Aireen melihat Hans yang tidak berbaju hanya berseluar trek kelabu tersarung di tubuhnya. Badannya yang sasa dan tinggi itu membuat Aireen tidak selesa. Hans mendekati Aireen. Aireen menggenggam bajunya kuat.

  Hans hanya melihat telatah Aireen. Dia berdiam seketika.

  Katil itu dihenyak oleh Hans semakin lama semakin dekat dengan Aireen. Aireen mengensot kebelakang sehingga badannya terkena di dinding katil.

  “You know how long I have waited for this. I miss you so bad and it hurts in here.” Hans membawa tangannya ke tempat di mana terletak jantungnya. Rasa takut mula menyelebungi diri. Nafas Aireen semakin laju.

  Diam.

  Tiba-tiba Hans menarik tubuh Aireen mendekatinya. Aireen bergelut melepaskan dirinya daripada dipegang Hans. Kepalanya masih lagi berpinar-pinar. Namun dia tidak mampu untuk melawan akibat terlalu lemah. Kini Hans berada di atas Aireen. Dia menarik tudung Aireen dengan kasar lalu terselah rambut Aireen yang panjang. Tudung dicampakkan ke bawah. Mata teralih ke wajah Aireen yang ketakutan. Tangannya dibawa ke rambut sehingga ke wajah Aireen.

  “Beautiful.” Hans terpegun melihat kecantikan Aireen. Tangannya di bawa pula ke bibir Aireen.

  “Lepaskan aku lah!” Jerit Aireen. Peluh merinik di dahi. Air matanya mengalir. Sungguh dia takut. Perasaan bersalah menghantui dirinya. Kesal kerana tidak mendengar arahan suaminya agar tidak bertindak sendirian. Hatinya berkecai.

  “Shhh… Don’t be afraid, sweetheart. I’ll go slow.” Jawab Hans. Air mata Aireen dikesat oleh tangan Hans.

  “Bagus aku bagi kau ubat tadi. Kad pun dah ada.” Hans tersenyum sendirian. Tangan Aireen dipegang kemas olehnya lalu dibawa ke atas kepala Aireen. Hans merapatkan lagi jaraknya. Wajahnya mendekati wajah Aireen. Aireen memejam matanya rapat. Hampir sahaja bibir itu disambar. Pintu di belakang terbuka luas.

BANG! BANG! BANG!

  Tembakan padu dilepaskan. Sengaja dibiarkan peluru itu tidak mengenai Hans. Hans memandang ke belakang.

Bup!

  Tumbukan padu diberi ke muka Hans. Tubuhnya di tarik ke bawah dan ditumbuk bertalu-talu. Sepakan demi sepakan di hadiahkan ke tubuh Hans.

  “Sudah Tuan Mikail! Kita perlukan dia sebagai bukti!” Kata Arman sambil memegang tubuh Mikail agar bertenang. Perasaan marah masih mebuak-buak di hati Mikail. Mahu sahaja lelaki yang berada di depannya mati dilunyai oleh Mikail.

  “Tuan, beristighfar tuan. Jangan terikut dengan hasutan syaitan. Sudah tu Tuan.” Kuat genggaman Arman ke tubuh Mikail. Terdengar kata-kata Arman terus Mikail berhenti.

Astaghfirullahalazim.

Seolah-olah tersedar dari amarah yang menguasai dirinya. Mikail jatuh terduduk di atas lantai. Hati berasa kesal kerana tidak melindungi Aireen sebaiknya. Matanya teralih ke arah sekujur tubuh di atas katil. Kelihatan Aireen tidak sedar. Arman melepaskan pegangan apabila mengetahui Mikail sudah kembali tenang.

  Pantas Mikail bangun dari duduknya dan bergerak ke arah Aireen. Wajah aireen dielus lembut. Tubuh Aireen dipeluk Mikail erat. Sewaktu dia melihat Hans bertindak sedemikian terhadap Aireen serta-merta dirinya dikuasai amarah yang dasyat. Air matanya jatuh. Hatinya sungguh lega apabila Aireen selamat dan tidak sempat diapa-apakan oleh Hans. Selendang diambil dan dipakai menutupi kepala isterinya. Tubuh Aireen dicempung lalu Mikail bergerak keluar dari bilik tersebut.

Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience