"Mikail, kamu baik-baik je kan dengan keputusan daddy dan mummy kamu." Tanya Mak Munah yang sedikit serba salah tidak menanyakan pendapatnya dahulu mujur Tan Sri Sheikh memberikan Mikail masa untuk berfikir. Mikail memandang wajah Mak Munah dengan tenang dan membuang pandang ke langit malam yang gelap dan dikelilingi bintang itu. Tidak kecewa dan tidak terlalu gembira. Cuma tidak sangka dengan keputusan daddy dan mummynya yang bertindak terdahulu sebelum menanyakan pendapatnya. Diam sekali lagi. Mak Munah menyambung lagi.
"Mak tak ada nak memaksa kamu tetapi mak juga tak nak kamu terlalu lama-lama bersendirian. Baru aje mak ingin mencadangkan calon isteri kepada kamu iaitu Suraya tetapi memandangkan ada yang dah datang dahulu siap dengan keizinan ibu bapa kamu lagi, mak tak ada nak memaksa sebab mak juga tahu Suraya pernah sukakan kamu cuma mak tidak tahu isi hati kamu lagi"
Mikail memandang Mak Munah dan mula berkata.
"Mikail tak cintakan Su mak dan Mikail tak pernah terfikir untuk mengambil Su sebagai calon isteri. Mikail cuma menganggapnya sebagai adk sendiri." Yakin dengan jawapannya itu.
Mak Munah hanya diam seketika dan Mikail meminta izin untuk berlalu pergi. Mak Munah membenarkan dengan memberikan sedikit laluan kepadanya untuk menenangkan fikirannya itu mungkin dengan masa yang diberikan dia boleh membuat keputusan yang sebetulnya.
Masjid Kampung Pulau Upeh.
Seminggu berlalu, malam itu usai sahaja mengimamkan solat isyak Mikail bertemu sahabatnya mahu musywarahkan hal ini dengan Ustaz Zul. Sekurang-kurangnya ada pandangan kedua. Dia bimbang sekirannya pandangannya ialah pandangan nafsu dan daripada syaitan.
Mereka bersalaman dan terus Ustaz Zul bertanya.
"Ada apa-apa ke tiba-tiba nak jumpa ana." Gembira terselah di wajah kacak ustaz Zul itu. Mikail hanya tersenyum kembali. Mikail menerangkan apa yang terjadi dan meminta pandangannya.
"Ana rasa pilihan ibu bapa anta itu ada betulnya, anta sudahpun mampu untuk berkahwin dan untuk mengelakkan dari perkara yang tidak elok seperti nafsu ana cadangkan anta kahwin. Anta dah buat istikharah? Anta kata sebelumni anta yakin dengan keputusan anta?" Tanya Ustaz Zul kepada sahabatnya itu. Sahabatnya diam lagi. Memang pernah dia memberitahu bahawa dia suka akan Aireen yang cantik itu cuma hatinya berkata lain seperti ada yang meghalangnya dari berkata ya.
"Anta kahwin dan bimbing Cik Aireen sebaiknya, Insya Allah semuanya akan baik-baik sahaja. Jangan diikuti perasaan tu sangat sekiranya yakin teruskan sahaja. Ibu bapa anta pun semua dah bersetuju dengan perkahwinan ini. Tunggu apa lagi. Nanti ada juga yang mengambilnya" Ustaz Zul cuba meyakinkan sahabatnya itu sambil mengusiknya.
Astaghfirullahalazim! Apa lagi yang ditunggunya semua pun sudah tersedia di depan matanya dengan keizinan ibu bapanya dan perasaannya yang juga suka kepada Aireen. Apa yang perlu ditunggunya lama-lama dibiarkan perasaan ini boleh menjadi bahaya. Mikail sambung.
"Terima kasih banyak-banyak Zul betapa berharganya nasihat ini kepada ana. Insya-Allah! Semuanya baik-baik sahaja." Kini dengan perasaannya yang yakin dengan perkahwinan ini Mikail terus memberitahu kepada semua ahli keluarganya.
Mendengarkan khabar berita daripada Mikail yang bersetuju dengan perkahwinan ini. Begitu gembira hati Tan Sri Sheikh yang terlalu risau takut-takut perkahwinan anak gadisnya itu tidak menjadi. Aireen pula hanya mengangguk mendengarkan berita itu. Dalam hatinya, dia berkata sungguh lama betul si Mikail ini mahu menerimanya tidak pernah dibuat orang. Tapi apapun rancangannya sudah berjaya kini dia perlu meneruskan misinya itu. Salah satu cara untuk memastikan misi itu berjaya dia perlu memastikan dirinya menjadi isteri paling baik di dunia. Ya itulah salah satu cara untuk mencapai misinya.
Pada petang itu, Jacques menelefon Aireen setelah mengetahui khabar tentang perkahwinannya dengan Mikail. Jarang sekali Jacques yang menelefon Aireen jika tiada sebab yang betul-betul penting. Aireen menjawab telefon.
"Hi, Reen I miss you. Do you have some time to share with me?" Tanya Jacques.
"Hi Jacques! Of course, I have lots of time to share with you." Jawab Aireen penuh ceria walaupun masih tertanya-tanya kenapa Jacques menelefonnya.
"If that's it then come to Mahkota Parade at 5. I'll be waiting for you here."
Aireen bersetuju dan bersiap sedia untuk bergerak ke Mall yang disebut Jacques itu dengan menaiki Porsche Panameranya.
Setibanya Aireen di situ dia melihat seorang lelaki wajah kacukan yang bertubuh tegap itu sedang berdiri di depannya sambil melambai-lambai ke arahnya. Semestinya itu ialah Jacques antara kawan setianya. Aireen berlari ke arah Jacques yang mendepangkan tangannya untuk disahut oleh Aireen. Sungguh Aireen rindu dengannya lalu memeluknya.
Mereka bergerak ke salah satu restoran dalam Mall tersebut dan memesan makanan yang disukai oleh masing-masing. Aireen memesan makanan Jacques manakala Jacques pula sebaliknya. Keakraban mereka berdua amatlah rapat seperti keluarga.
Aireen sentiasa menganggap Jacques seperti abangnya malah Ash pula seperti adiknya kerana personaliti mereka yang sungguh ketara dan memang pun Jacques tu dua tahun tua dari Aireen. Ash pula setahun muda dari Aireen sedang mereka berbual menunggu makanan sampai ramai perempuan memandang ke arah mereka. Sudah pastinya ke arah Jacques yang berwajah kacukan itu walaupun dia salah seorang bodyguard Aireen, Jacques mempunya syarikatnya sendiri. Syarikat digital dan IT yang terkenal. Digital Techno Organization. Dia merupakan CEO group tersebut dan teramatlah kaya orang kata apa billionaire. Ash pula adalah CFO group tersebut. Lihat Aireen bukan dengan sebarang orang sahaja papanya lantik untuk menemaninya ke mana-mana misi. Aireen bersuara ingin mengusik Jacques.
"Wow, looks like you have fangirls. They are looking at you right now, perhaps just go and find someone Jac. You are making me worried thinking that you fall for me."
Jacques yang berwajah kacukan itu memandangnya.
"What if I really fall for you?" Jacques memandang Aireen melihat reaksinya. Aireen berhenti
"Pfft. You gotta be kidding me. Seriously Jacques. Please find someone who is much better than me. You know that I'm not that good right?" Aireen menjongket-jongketkan keningnya itu. Namun, riak wajah Jacques tidak berubah menunjukkan dia betul-betul serious. Aireen terdiam seketika melihat wajah Jacques.
"Reen, my angel. I love you so much and you know that too. Haven't I shown you enough through my actions and the way I treat you. Isn't that enough to prove you that I clearly love you." Jacques berkata dalam nada yang perlahan dan lembut. Aireen menidakkan lagi.
"Of course again I know you treat me differently than the other girls but that doesn't prove that you love me Jac, why are you saying this? What are you talking about?" Riak wajah Aireen berubah seratus lapan puluh darjah. Jacques terus mendekatkan mukanya ke Aireen dan berkata lagi.
"This is what I'm talking about. Right here and right now. Are you serious about marrying this guy?"
"Oh come on Jacques, this is all for the sake of this mission you know that too." Terang Aireen.
"Do you want me to try and convince him again? If you want to, I will try to change his mind." Jacques cuba meyakinkan Aireen.
"No, that's enough Jacques. I'm done talking." Aireen ingin bangun dari duduknya meninggalkan restoran itu tetapi tangan Jacques pantas menahannya.
"Let me go Jac, I don't want to ruin this friendship." Tegas Aireen.
Jacques melepaskan tangan Aireen dan menatap wajahnya dengan pandangan risau. Jacques amat bimbang sekiranya dia tidak dilayan oleh Aireen seperti Aireen pernah melayannya sebelum ini. Jacques terus memberitahu Aireen.
"Okay, fine. I'm fine with you thinking me as a brother but I can't stand you from ignoring me like I'm no one." Merayu Jacques. Suaranya kedengaran sungguh pilu. Aireen mengeluh dan memegang tangan Jacques lalu meminta maaf atas kekasarannya sungguh dalam hatinya sekarang tidak tentu dan dia tidakbmahu pendiriannya berubah semata-mata termakan kata-kata orang tersayang.
JonkeRED Heritage Hotel
Persiapan untuk majlis perkahwinan Mikail dan Aireen begitu sempura. Tubuh tersarung busana pengantin daripada pereka fesyen terkenal. Busana yang berwarna putih berkilat dengan bunga-bungaan berwarna putih itu cukup indah tersegam di tubuh langsing Aireen. Kali ini Aireen memakai tudung selendang berwarna putih yang dihadiahkan oleh mamanya, Datin Anna Rais. Nasihat mamanya untuk menjaga auratnya lebih baik kerana dia bakal menjadi isteri orang. Aireen mendengar nasihat mamanya walaupun dia sendiri tahu perkahwinan ini hanya sementara.
Aireen juga ada pernah bercadang untuk memakai tudung supaya menjadi lebih sopan dan mengikut hukum Islam tetapi dia tidak sangka secepat ini dia memperoleh hidayah.Wajah Aireen juga dihias berseri-seri. Pentas sudah disediakan bagi menunggu kehadiran bakal suaminya. Papanya dan jurunikah sebagai para saksi juga berada di pentas yang sama. Kelihatan Ustaz Mikail melangkah masuk ke dalam dewan hotel berbaju jubah dan serban di kepala. Jubah dan serban yang dipakai oleh Mikail itu tampak mewah. Ada juga sehelai lagi serban yang berlipat tersangkut di bahu. Wajah Mikail nampak tenang dan berseri-seri.
"Oh my god! Handsomenya." Misha begitu terkesima melihat lelaki yang bakal menjadi suami kawan baiknya. Aireen cuma tersenyum di sebelah. Kelihatan seorang wanita berniqab yang dikenali Aireen sedang duduk di sebelah Mak Munah.
"Kak Aireen." Adik Mikail yang bernama Ruqayyah itu menyapa Aireen.
Aireen menoleh ke arahnya dan Ruqayyah duduk di sebelah kanan Aireen.
"Kak Aireen tahu tak ramai yang suka along? Terutama sekali kak Suraya" Ruqayyah memberitahu Aireen.
"Oh ya, tak tahu pulak." Jawab Aireen. Betul rupanya akan telahannya tadi.
Bilik persalinan pengantin.
"Awak okay?" Lembut suara Aireen bertanya. Dengan pantas gadis itu menyeka air matanya yang hampir jatuh. Cantik sungguh gadis di hadapan Aireen setelah dia membuka niqabnya itu. Gadis itu hanya senyum sambil memakai niqabnya semula. Dia meminta izin untuk keluar dan Aireen mengangguk sahaja membenarkannya seolah-oleh gadis itu sedih akan perkahwinannya itu.
"Dia suka Mikail ke?" Telahan Aireen.
Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!
Share this novel