Sebulan kemudian.
Hubungan Mikail dan Aireen semakin rapat. Sejak dari kejadian tersebut Mikail tidak pernah meninggalkan Aireen bersendirian. Aireen juga tidak dapat meneruskan kerjayanya akibat trauma dengan kejadian lalu. Seringkali Aireen terjaga dari tidurnya dan meracau. Mikail sentiasa berada di samping Aireen dan berdoa agar Aireen pulih sepenuhnya. Hatinya pilu melihat keadaan isterinya.
Aireen memulakan perniagaan menjual kek. Aireen kini sangat gembira dengan kerjayanya yang baru. Masa dihabiskan dengan mempelajari cara-cara membuat kek. Kemudian pada masa lapang Aireen akan pergi ke madrasah bersama Mikail untuk membantu Suraya menguruskan madrasah. Perlahan-lahan Aireen menjadi lebih periang seperti dirinya yang dahulu. Kanak-kanak serta pelajar-pelajar tahfiz suka akan keberadaan Aireen. Sikapnya yang suka membuat lawak menghiburkan mereka.
Hari-hari yang berlalu terasa menggembirakan!
Pintu kereta dibuka oleh Mikail. Aireen keluar dari perut kereta. Tiba-tiba rasa sakit kepala mula menerjah. Aireen menyentuh kepalanya yang berdenyut-denyut.
"Eh sayang okay tak ni? Sayang dari tadi diam je abang tengok. Sayang sakit ke?" Tanya Mikail kerisauan. Aireen menggeleng.
"Sayang okay je ni. Cuma nak rehat mungkin penat kut." Mikail mengagguk lalu perlahan-lahan tubuh isterinya dipimpin kembali ke rumah mereka.
Setibanya di bilik, jejari Mikail menguraikan tali ikatan niqab yang menutupi wajah isterinya itu. Aireen memberitahu Mikail dia ingin menukar pakainnya. Beberapa minit kemudian, kelihatan Aireen bersama dress pendek berwarna putih paras lutut. Mikail menghadiahkan segaris senyuman di bibir.
Kacak!. Bisik aireen perlahan.
Mikail bangun berjalan ke arah isterinya. Baru sahaja bibirnya mahu menyentuh bibir isterinya, Aireen tiba-tiba menekup mulut apabila rasa loya menjolok tekaknya. Dia segera berlari ke dalam tandas. Mikail terkejut melihat isterinya itu dengan pantas dia menuju ke tandas.
Uwekkk!!! Aireen memuntahkan segala isi yang sudah berada di dalam tekaknya. Beria-ria Aireen muntah. Melihatkan isterinya itu, kegembiraan terlukis pada riak wajah Mikail. Akibat perbuatnnya, Aireen menjadi seperti ini. Belakang Aireen diurut perlahan-lahan.
"Esok kita pergi ke klinik ya?" Kata Mikai. Aireen hanya mengagguk dengan kata-kata suaminya. Pelik rasanya melihat suaminya yang tersengih-sengih sendirian.
Ada apa sebenarnya? Mungkin ada sesuatu yang baik terjadi kat hotel Mikail kut. Kata Aireen di dalam hatinya.
"Papa, mummy I'm pregnant with twins!" Aireen memberitahu ibu bapanya melalui video call. Terjerit mummynya mendengar kenyataan yang diberi anak kesayangannya itu. Gembira betul ibu bapanya.
"Mulai hari ini Aireen kena makan makanan yang sihat-sihat supaya cucu kembar mummy semua keluar dengan selamat. Mummy sentiasa doakan keselamatan and kesihatan anak mummyni. Take care!" Sejam mereka berbual. Papa Aireen menyuruh isterinya berhenti memberi laluan kepada Aireen untuk berehat lalu berakhirlah video call mereka.
Enam bulan kemudian.
Aireen membaringkan tubuhnya di atas katil. Matanya dipejam dan kedua-dua tangannya didepangkan. Aireen berbaring menelentang dengan muka menghadap ke siling. Mikail belum pulang dari kerjanya. Kaki digoyang-goyangkan. Material lembut dress paras lutut menampakkan bentuk perutnya yang kelihatan sudah menonjol.
Bosannya!
Sebuah kucupan hangat di dahi membuatkan mata Aireen terbuka. Senyuman dihadiahkan buat sang isteri tercinta. Aireen senyum melihat suaminya sudah pulang.
Mikail mula mendekati wajah Aireen lalu mencium bibir isterinya. Aireen menyambut ciuman hangat itu. Gelora nafsu menguasai diri. Beg kerja yang mulanya berada di tangan Mikail diletakkan di lantai sambil bibir tidak lepas dari mencium bibir isterinya. Sut kerja dibuka Mikail meninggalkan sepasang baju kemeja putih di tubuhnya. Necktie sudah dibuka awal-awal tadi. Mikail naik ke atas katil.
Kedua-dua tangan Mikail dibawa ke wajah Aireen merapatkan lagi jarak mereka. Tangan Aireen merangkul ke leher suaminya. Ciuman yang mulanya perlahan dan romatik menjadi rakus. Kedua-dua tangan Mikail beralih ke sisi Aireen ditahan supaya tubuhnya tidak mengenai perut Aireen yang sudah besar itu. Nafas kedua-dua pasangan ini laju. Lama bibir mereka bertaut. Aireen menjarakkan dahulu bibirnya. Turun naik dadanya mengambil nafas.
"Sayang, sorry tapi boleh sayang bangun sekejap." Aireen berkata dengan nada yang lembut.
Mikail seperti tersedar ke realiti. Kelihatan kedudukannya membuat Aireen tidak selesa. Tubuhnya berada di atas menindih perut isterinya sedikit. Mikail bangun dengan pantas. Terlalu pantas sehingga...
Gedebuk!
"Argh! Sakitnya." Mikail mengerang kesakitan. Terlalu panik sehingga tubuhnya jatuh ke lantai.
"Eh, sayang okay tak tu?" Aireen memusingkan tubuhnya melihat keadaan Mikail.
"Hehe. Abang okay je." Mikail menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia berasa malu dengan tindakannya tadi.
"Sepatutnya abang yang tanya sayang okay tak." Mikail tersengih lagi. Aireen tersenyum lalu ketawa kecil melihat telatah suaminya. Mahu kesian kan suaminya itu tetapi terhibur pula. Mikail bangun dan membaringkan tubuhnya di sebelah Aireen. Aireen memalingkan wajah ke suaminya.
Kelihatan wajah suaminya yang kepenatan tetapi masih tampan seperti selalu. Ketawa kecil sekali lagi keluar dari bibir mungil Aireen. Sekaligus Mikail memusingkan kepalanya lalu memandang wajah isterinya itu.
Tangan Mikail dibawa ke pipi Aireen. Jantung Mikail berdetak laju. Semakin panas rasa dirinya sekarang. Matanya memandang ke wajah isterinya dan perlahan menuruni pangkal lehernya. Halkum bergerak-gerak menelan air liur. Semakin lama semakin dekat wajahnya ke Aireen.
"Ehem!" Aireen berdehem mengejutkan Mikail. Mikail sekali lagi menggelengkan kepalanya dan menghadapkan wajah ke siling.
Comel! Geli hati Aireen melihat Mikail. Sejak akhir-akhir ini Mikail suka mengacau Aireen.
"Boleh saya tanya sayang satu soalan?" Aireen bertanya untuk memecahkan kesunyian yang mulai bertandang.
"Tanya je lah apa-apa soalan. Insya-Allah abang cuba jawab semua soalan sayang." Mata masih lagi tertancap ke siling. Imannya lemah sekiranya dia melihat isterinya.
"Macam mana Mak Munah boleh jadi ibu susuan sayang?" Soalan terpacul keluar dari mulut Aireen. Mikail diam seketika tidak menjawab soalan Aireen. Melihatkan tiada respon terus Aireen berakata semula.
"Maaf saya tak maksudkan macam tu?" Aireen bangun dari pembaringan. Tiba-tiba tangannya ditahan dan diraih ke dalam pegangan Mikail. Mikail membaringkan Aireen semula.
"Sayang tak perlu bangun. Nanti penat." Tangannya mengusap lembut perut isterinya seolah-olah sedang membelai manja anak kembarnya yang berada di dalam kandungan.
"Sayang tak perlu minta maaf. Sayang tak salah apa-apa pun. Sebenarnya daddy dan mama hidup susah dulu. Jadi abang diserahkan ke Mak Munah dan Pak Syakir. Abang masih baby lagi time tu. Abang berat hati kalau cerita tentang ni. Abang tak nak sejarah berulang kembali. Walaupun abang dijaga penuh kasih sayang oleh Mak Munah dan Pak Syakir abang selalu terfikir kenapa ibu bapa kandung abang melepaskan tanggungjawab mereka. Adakah kewujudan abang satu kesilapan? Tapi itu dulu. Abang kecik lagi. Banyak perkara abang tak faham. Sekarang apa yang abang tahu abang akan pastikan anak-anak abang dijaga dengan penuh kasih sayang dan abang akan didik mereka sama seperti Mak Munah dan Pak Syakir didik abang dulu." Mikail memberi sebuah kucupan di perut Aireen.
Terharu Aireen dengan kata-kata suaminya.
Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!
Share this novel