Rumah agam Tan Sri Haji Dato Abdul Jabbar.
Kereta Mikail tiba di perkarangan rumah daddynya itu atas permintaan Aireen. Alasan yang diberikan Aireen adalah kerana dia rindu dan ingin melawat ibu bapa mertuanya. Namun di sebalik alasan itu terdapat tujuan yang lebih utama iaitu misinya untuk mendapatkan Gold Card. Kekadang hati Mikail tertanya-tanya dengan isterinya yang sentiasa menuruti perintahnya dengan baik walaupun tidak disuruh dan sekali sekala aneh dengan permintaan isterinya itu. Mikail cuba membuang rasa resah di hatinya.
Aireen dengan gembira memeluk ibu bapa mertuanya.
"Daddy, mummy, how are both of you doing?" Aireen pada masa yang sama menanyakan keadaan mereka.
"As usual, sweetheart." Datin Mimi Raihan menyambut mesra menantunya itu. Datin Mimi menjemput Aireen dan Mikail memasuki kediaman rumah mereka. Rumah agam yang tersegam indah itu dengan garden yang dipenuhi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang diurus oleh Datin Mimi sendiri. Datin Mimi memang minat menanam tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, ramai saudara-mara yang datang menziarahi rumahnya seringkali memuji keindahan taman tersebut.
Malam itu, mereka sekeluarga menjamu selera di meja makan. Hidangan yang disediakan begitu mewah dan enak.
"Aireen makan sebanyak yang boleh ya, mummy tengok Aireen ni slim sangat. Mummy bukan apa, Aireen kena bersiap sedia untuk kuatkan badan tu. Bolehlah nanti mummy nantikan cucu untuk bermain sekali." Datin Mimi mengusik menantunya itu. Manalah tahu mengena pulak usikannya. Tersedak Aireen yang sedang minum segelas air kosong itu. Mikail pula cuma tersenyum melihat gelagat Aireen. Lucu dengan reaksinya.
"Eh, hehe. Awal lagi tu mummy. Kami masih sedang bergembira lagi ni." Aireen memberi alasan yang mungkin dia rasai agak munasabah.
"Insya-Allah tak lama lagi mummy dan daddy akan dapat cucu-cucu comel." Selamba sahaja Mikail menyebutkan berkenaan anak kepada ibu bapanya. Aireen memandang wajah Mikail dengan muka yang tidak puas hati. Tajam matanya seperti helang. Mikail membalas pandangan itu dengan senyuman yang sangat manis. Panas hati Aireen dibuatnya. Mulutnya terjuih ke depan menandakan dia protest dengan cadangan itu. Ternaik sedkit bibir Tan Sri Jabbar melihat telatah pasangan itu.
"Sayang, saya nak minta tolong sesuatu boleh?" Aireen bertanya kepada suaminya dengan nada manja. Mikail mengangguk ingin mendengar permintaan isterinya.
Akibat perjalanan yang jauh tadi, Mikail bercadang untuk melelapkan matanya setelah menunaikan solat isyak. Jadi, kini peluang Aireen untuk menjayakan misinya iaitu mencari Gold Card. Perlahan-lahan Aireen menyelak selimut di kakinya. Mikail sedang membelakanginya ketika itu memudahkan Aireen untuk bergerak menuruni katil bersaiz King tersebut. Aireen menyelinap keluar dari bilik tidur dan menuju ke pejabat daddynya.
Pejabat daddynya tidak jauh dari bilik tidur mereka. Papa Aireen pernah memberitahu keberadaan password bagi melepasi pintu bilik kebal yang dibina di basement rumah agam itu. Aireen membuka pintu kayu pejabat dengan berhati-hati agar tidak mengejutkan ahli rumah tersebut.
Pantas Aireen berjalan ke arah peti besi yang terdapat di sebelah kabinet pejabat itu. Kata kunci ditekan dengan mudahnya oleh Aireen. Jangan ditanya bagaimana dia mengetahui kata kunci itu kerana kesemuanya sudah diuruskan oleh Jacques pakar IT yang hebat cuma mereka tidak berjaya mengetahui password memasuki bilik kebal tersebut. Selesai sudah menghafal password, Aireen memasukkan semula sekeping kad yang dibacanya tadi dengan keadaan asal kad itu diletakkan pada awalnya. Lantas Aireen keluar menuju ke basement.
Setibanya dia di situ, dia mendekati pintu bilik kebal yang sederhana saiznya dan menekan password yang dihafalnya tadi. Penat lelah Aireen berlari seperti ninja menuruni anak tangga supaya tidak tertangkap oleh siapa-siapa. Sekiranya dia ditangkap habis plan yang dirancangnya sebelum ini. Bilik kebal ini merupakan bilik khas yang dikawal secara ketat. Sistem keselamatan yang maksima di set oleh daddynya untuk mengelakkan dari sebarang kecurian. Terdapat juga sistem laser bertenaga tinggi untuk mengesan sebarang pergerakan manusia.
Aireen yang ketika ini sudah bersedia dengan menekan butang di telinganya. Ia merupakan peranti mendengar yang dikenali sebagai Kappa Earphone P507076 atau secara mudahnya ialah earbud berteknologi tinggi. Signal dihantar ke Jacques tanda menyuruhnya untuk mematikan sistem laser tersebut. Laser terpadam beberapa saat kemudian. Aireen berlari pantas merasakan dirinya seperti Usain Bolt kerana sistem laser hanya akan tertutup selama 7 saat dan terdapat satu lagi bilik di hujung yang panjangnya 50 meter. Aireen perlu tiba di situ sebelum sistem laser terpasang semula.
Berjaya juga Aireen tiba di bilik itu. Tidak sia-sia selama ini dia melakukan hard core training di basenya yang terdapat di pangkalan tentera laut. Aireen mengeluh.
"Banyaknya bilik sampai penat aku dibuatnya. Dah macam maze daddy bina bilik ni."
Habis membebel sendirian. Aireen membuka pintu menggunakan password yang sama dan di situ kelihatan kad berkilat tersimpan di dalam bekas kaca. Gold Card yang selama ini dicari-cari olehnya. Terdapat billion wang tersimpan dalam kad bersalut emas itu.
Kini, sudah berada di tangannya. Aireen menerima panggilan dari papanya semalam. Kata-kata papanya semalam terngiang-ngiang di telinganya.
"A high-tech weapon, CRX11 is a weapon that costs billions of US dollars. The weapon function is not yet modified so Hans is planning to find ways to make sure the weapon is more valuable. There is a clip, Continuous Improvement Programme placed in the Gold Card. The clip helps in suggesting ways to upgrade the high-tech weapon faster and more efficiently. The good news is Jabbar is the one holding the Gold Card. Before the death of Hans's father, General Holland. There is an incident happens where Hans notices his father's secret organization and plans to take over the organization. He changes the organization by naming it Mara Salvatrucha. Through this organization, he buys and sells women as a prostitute. Illegal weapons are sold too. His intention is nonetheless revenge. He hates his father and misunderstood him. Before anything turns bad, Holland passes the Gold Card to Jabbar through his assistant. That night, he was killed brutally by his son. We must get the Gold Card before him so that's it." Panjang lebar papa Aireen menjelaskan kepadanya.
Kini, Aireen sudah faham betapa pentingnya kad tersebut dan betapa ia amat berbahaya sekiranya berada di tangan musuh. Semua yang dijelaskan oleh papanya menimbulkan satu persoalan di minda Aireen. Baru sekarang dia tersedar sesuatu seperti dia dimainkan oleh papanya sendiri. Selama ini dia hanya mengikut segala arahan papanya tanpa mempersoalkan apa-apa pun.
Kenapa papa suruh aku ambik kad itu? Kenapa papa tak minta je kad itu dari daddy? Aireen tertanya-tanya di dalam hatinya.
Lama Aireen berfikir tetapi tidak menjumpai jawapannya. Apapun sekarang misinya sudah selesai.
Aireen keluar dari bilik kebal membiarkan perasaan musykil itu berlalu pergi. Dia bergegas keluar dari pejabat pula. Aireen berjalan menuju ke bilik tidurnya. Tiba-tiba Mikail muncul di hadapannya.
"Where are you from?" Terperanjat Aireen dengan suara garau milik suaminya. Hampir sahaja luruh jantungnya. Aireen tergagap-gagap menjawab.
"Ha! Oh, saya dari dapur tadi." Mikail memandang wajah isterinya. Wajah isterinya yang lembap seakan-akan berpeluh mencurigakan tetapi dia hanya membiarkannya.
"Dah, jom masuk." Lega hati Aireen lalu mereka masuk ke dalam bilik semula.
Keesokan harinya, Aireen dan Mikail pulang ke penthouse mereka.
Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!
Share this novel