Bab 9: The Truth

Romance Series 3020

Penthouse Mikail dan Aireen.

Aireen bergerak ke dapur untuk membancuh air kopi buat suaminya itu. Mikail masih belum pulang dari masjid. Kini sundress berwarna putih tersarung di tubuh Aireen. Dress itu direka separas lutut Aireen menyerlahkan kakinya yang panjang itu. Potongan lehernya yang lebar pula mendedahkan kulitnya yang putih gebu. Prinsip Aireen dirinya perlu sentiasa kelihatan cantik di depan suaminya.

Drip! Tiba-tiba kedengaran barang seperti pen terjatuh. Telinga Aireen tajam menangkap bunyi tersebut. Lampu rumah terpadam menyebabkan satu rumah berada dalam kegelapan. Terus Aireen bertukar kepada mod assasin. Sebilah pisau yang dikenali sebagai stilleto itu terikat dengan tali di sebelah peha kanan Aireen di bawah dressnya itu lalu diambil oleh Aireen. Keratan rentas bilah stilleto yang sempit dan hujung yang meruncing mengurangkan geseran apabila masuk mengenai mangsa, membolehkan bilah menembusi dengan dalam.

  Aireen bersedia dengan posisi attack. Di situ jelas kelihatan susuk tubuh badan lelaki dan bukan satu tetapi tiga. Mereka berpecah mengelingi Aireen. Segi tiga terbentuk oleh ketiga-tiga lelaki itu bagi mengunci pergerakan Aireen agar tidak terlepas.

  Mereka memandang antara satu sama lain. Panahan mata yang tajam diberi oleh Aireen kepada ketiga-tiga lelaki itu. Laju Aireen memusingkan tubuhnya ke sebelah kanan. Kaki kanannya diayunkan untuk menyepak kepala lelaki itu dan lelaki yang tidak dapat menyaingi kepantasan tendangan padu Aireen itu terjatuh di atas lantai. Bilah pisau yang dipegang Aireen dihiras tidak sampai beberapa saat mematikan musuhnya itu. Darah terpecit di dress putih Aireen. Seorang lagi lelaki di belakang Aireen mahu menjerat lehernya dengan tali tetapi Aireen yang sudah bersedia laju menunduk dan membuat low kick di bahagian pinggang lelaki itu dan pantas Aireen memegang kepalanya.

Krakk! Kepala lelaki tersebut terkehel disebabkan teknik head wrench yang dilakukan Aireen. Belum sempat berehat, lelaki ketiga itu menumbuk muka Aireen dengan kuat. Kepala Aireen terhiris di meja kaca sebelahnya. Kesan calar jelas kelihatan di dahi Aireen. Pisau pula sudah terjatuh dari pegangannya.

"Look what we got hear, our beautiful angel gets weak easily hah!" Lelaki itu ketawa dengan angkuhnya dan merentap rambut Aireen yang panjang mengurai itu dengan tangan kanannya. Lelaki itu menyentuh lembut wajah Aireen sehingga ke leher Aireen dengan menggunakan tangan kirinya.

"Don't you think my husband will let this slide. If he knows that you touch his precious wife face. He will kill you asshole!" Aireen menghantukkan kepala belakangnya ke muka lelaki tersebut menyebabkan lelaki itu mengerang kesakitan.

"Shit! My nose.You bitch!" Baru sahaja lelaki itu mahu menyerang Aireen. Aireen terlebih dahulu bangun dari kedudukannya dan membuat back swing. Dia dengan pantas membuat gaya uppercut lalu mencucuk mata lelaki tersebut. Pisau yang tidak jauh darinya diambil dan terus menghiris leher lelaki tersebut. Darah terpecik buat kali kedua.

"Loser! Badanje besar tapi lembik" Aireen mengejek lelaki itu dengan kuat.

Tidak mengambil masa lagi Aireen mengemas segala bukti itu sebelum suaminya pulang. Dia menyuruh Jacques dan Ash membantunya menguruskan mayat ketiga-tiga lelaki itu tetapi sebelum mereka tiba Aireen menukar pakainnya menjadi lebih sopan.

  Ketibaan Jaqcues dan Ash di perkarangan rumah Aireen. Mereka terkejut meihat situasi di rumah itu.

  Aireen menjelaskan kejadian yang berlaku kepada mereka. Aireen menyuruh Jacques membiarkan perabot rumah yang berselerak itu kerana mahu mencipta situasi di mana berlakunya kejadian pecah masuk rumah seperti ada rompakan berlaku. Mereka kesuntukan masa. Jacques hanya mengikut arahan yang diberi Aireen walaupun terdapat pelbagai soalan di mindanya. Setelah selesai Jacques dan Ash pulang membiarkan Aireen bersendirian di rumah.

  Aireen membuka pintu rumah setelah loceng berbunyi. Ternganga mulut Mikail melihat keadaan isterinya itu. Aireen cuba sedaya upaya untuk membuahkan senyuman tetapi kepalanya terasa berpinar-pinar. Aireen tidak dapat bertahan lagi lalu rebah dan memorinya yang terakhir adalah dia merasakan dirinya didukung oleh seseorang. Walaupun Aireen berjaya menewaskan musuh yang cuba membunuhnya supaya menyerahkan Gold Card itu. Namun apa yang harus dijawab oleh Aireen kepada suaminya yang terkejut dengan keadaannya sekarang.

  Perlahan matanya dibuka. Aireen memandang di sebelahnya ialah Mikail. Aireen cuba bangun dari pembaringannya. Wajahnya teruk dibelasah oleh seorang lelaki yang jauh lebih besar darinya. Mereka dihantar oleh Hans mafia yang terkenal itu. Mikail seakan tersedar dengan pergerakan isterinya dengan pantas menahannya. Terselah wajah Mikail yang kerisauan itu. Suaminya benar-benar risau dengan isterinya itu. Mikail bersuara dengan nada perlahan.

"Sayang, awak takyah bangun. Awak sakitni." Kelihatan urat mata Mikail yang merah itu. Wajahnya lesu dan suaranya tersekat-sekat. Aireen terkedu melihat suaminya itu. Dia memegang raut wajah Mikail dengan tangannya. Mikail tidak dapat menahan lagi rasa takut dan risau yang hampir kehilangan isterinya lalu memeluk Aireen kuat.

  Beberapa saat kemudian Mikail meleraikan pelukannya. Dia menyentuh wajah Aireen dan memandangnya lama. Lebam di pipi dan bibir sedikit pecah begitu juga dengan dahi Aireen yang terdapat kesan luka. Aireen memegang tangan Mikail. Sedari tadi Mikail tidak dapat berkata apa-apa akibat terlalu terkejut melihat isterinya begitu.

  Melihatkan situasi dirinya sekarang Aireen diam. Bagaikan tersedar sesuatu Aireen tertawa. Ini semua biasa baginya. Mikail sekali lagi terkejut dengan reaksi isterinya. Aireen terus memberhentikan ketawanya yang pada masa itu amatlah tidak sesuai untuk bersuka ria. Mikail dengan wajah yang risau walaupun dia mencuba untuk bertenang bertukar menjadi bengis. Situasi ini tidak dapat dimaafkannya tetapi dia harus mendapatkan penjelasan terdahulu sebelum berfikir yang bukan-bukan.

Mikail meminta Aireen memberi penjelasan atas apa yang telah terjadi kepadanya. Tidak mahu identiti Aireen terbongkar, Aireen mengambil keputusan untuk memberitahu sebaliknya demi memastikan misinya tercapai.

"I'm sorry sayang. Actually there was a burglary inicident." Aireen menelan liurnya sebelum menyambung membuka mulut. Mikail masih menunggu Aireen menjelaskan kepadanya.

  Aireen bercadang untuk berbohong dengan mengatakan berlakunya kejadian pecah rumah tetapi ada sesuatu yang menghalangnya daripada meneruskan pembohongan itu lalu dia terus memberitahu perkara yang sebenar. Aireen sangat lemah apabila memandang wajah suaminya itu.

"Huhh." Aireen mengeluh perlahan.

"I refuse to tell you that I was hired by papa to catch criminals. What do we call that? Police? Investigator? Oh, its a special agent. That's it." Aireen meyakinkan suaminya itu supaya dia tidak meragui kerjanya. Ekspresi Mikail jelas menunujukkan dia masih tidak faham dengan apa yang diberitahu Aireen.

"Okay, I'm trained to be a special agent to fight bad guys besides being an entrepreneur. There's a base that papa provided for me to train in martial arts. Don't worry it's my choice to protect the weak ones so that's why these bad guys came to finish me off. It's because I disturb their work. Is that enough to convince you? I'm sorry I didn't tell you earlier. Jacques and Ash, are working with me too." Aireen memandang wajah Mikail.

  Aireen dapat merasakan situasi sekarang ini tegang. Dada Mikail bagai rasa dicengkam. Dia merasakan dirinya diperdaya kerana isterinya tidak memberitahu kerja sebenarnya. Dia memerlukan masa untuk berfikir tetapi melihatkan keadaan isterinya yang seperti itu dia tabahkan diri.

  Mikail sangat terkejut dengan Aireen yang selama ini merupakan special agent yang bekerja bersama papanya. Dia tidak menyangka Aireen merupakan seseorang yang diluar jangkaannya. Ada terselit rasa kagum terhadap isterinya itu walaupun dia marah dengan tindakan Aireen yang cuba membahayakan diri. Aireen juga menjelaskan bahawa papanya mempunyai lesen untuk menubuhkan satu pertubuhan yang bernama United Allies kerana dia merupakan bekas jeneral tentera laut dahulu. Dia menjelaskan tujuan pertubuhan itu ditubuhkan adalah untuk membanteras jenayah yang kian berleluasa.

  Mikail sedar setelah dijelaskan semuanya termasuk isu berkenaan Gold Card itu. Banyak yang tidak diketahuinya tentang identiti Aireen yang sebenar.

Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience