Kereta Mikail tiba di perkarangan rumah agam Tan Sri Sheikh. Mikail bergegas memasuki rumah diikuti Aireen di belakangnya. Kelihatan papanya dan Tan Sri Abdul Jabbar sedang berbual di dalam bilik pejabat rumah agam itu. Pintu kaca dikuak oleh Mikail. Kedua-dua orang tuanya memandang ke arah mereka. Pipi Aireen yang bengkak dan luka dibaluti kain kapas oleh Mikail dipedulikan.
"Papa, daddy. I feel like the both of you are hiding something behind us." Aireen memulakan persoalan yang dari tadi ingin ditanya olehnya.
Tan Sri Sheikh dan Tan Sri Jabbar memandang satu sama lain. Mereka mengangguk tanda memahami situasai yang berlaku sekarang. Sudah tiba masanya rahsia perancangan di antara mereka berdua dibongkarkan.
"Sorry, dear. Finally, you notice. It takes a while for both of you to realize the reality. I'm sorry I had to. You're so stubborn. You don't want to get married. The same goes for Mikail, his very stubborn when I gave him a mission, and he decline it. Lots of people suffering out there. I need him to work for me. He need to stop grieving. The past is the past." Jawab Tan Sri Sheikh dengan tenang.
"What? Now Mikail works for you. Both of you set us up. How could you. Oh gosh! Give me a break." Aireen amat terkejut dengan kata-kata papanya. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang. Mikail terdiam.
"Both of you are fated for each other. I just want the both of you to work together and bring down Mara Salvatrucha. Reveal their dirty work and send them straight to jail. We plan to make both of you husband and wife so that I will not feel worry of your future. As for Mikail, yes he works for me. He's a special agent that I treasure so much. Unfortunately, he left after his friend's death. Keep on blaming himself." Jelas Tan Sri Sheikh. Mikail kaku di tempatnya. Aireen sekali lagi terkejut dengan pernyataan yang dikeluarkan dari mulut papanya.
Hati Aireen berasa sakit kerana ditipu oleh papa dan daddnya. Tetapi sekarang bukan masa untuk Aireen melayani perasaan emosi yang bercelaru ini. Nampaknya kedua-dua orang tuanya berjaya menyatukan dia dan Mikail. Namun di sebalik rasa sakit ada sedikit rasa lega kerana Aireen dapat mengenali Mikail. Dia tidak pernah berasa begitu. Nampaknya kedua-dua orang tuanya berjaya menyatukan dia dan Mikail. Dia mengakui dalam dirinya bahawa dia tidak dapat melepaskan Mikail.
Sepi. Sepanjang perjalanan mereka pulang ke rumah, Aireen mahupun Mikail keduanya tidak bersuara. Masih terkesan dengan situasi tadi. Mereka tahu sekiranya salah seorang bersuara akan timbulnya pergaduhan jadi mereka berdua mengambil langkah untuk berdiam dan cuba menenangkan diri masing-masing.
Keesokan harinya, Aireen terjaga dari lenanya. Suara merdu milik Mikail menghafaz potongan surah dalam al-Quran jelas kedengaran di gegendang telinga Aireen. Jam di telefon dilihat. 4.30pagi. Masih awal. Aireen bangun dari pembaringannya dan membersihkan muka. Walaupun kejadian semalam masih bermain di kotak fikiran Aireen namun Aireen berjanji untuk tidak mengungkit perkara lepas. Hari ini merupakan hari baru baginya.
Belakang tubuh badan Mikail dipeluk erat. Pipi suaminya dicium sekilas lalu. Terkejut Mikail dengan tindakan pantas isterinya. Mikail kemudian menghadiahkan senyuman manis kepada sang isteri. Menyerlahkan lagi wajah kacaknya. Hidung Aireen dikuis pula.
"Awal bangun. Sayang nak mengaji dengan abang sekali?" Mikail mengajak Aireen. Sebagai seorang penghafaz al-Quran, Mikail seringkali mengulangi hafazan surah setiap kali sebelum subuh supaya dia tidak cepat melupainya. Aireen mengangguk dan bermulalah sesi mengaji di antara pasangan suami isteri ini.
Pagi itu, selepas menunaikan solat subuh secara berjemaah. Mikail dan Aireen membincangkan perkara yang dinanti-nantikan.
"Kita kena tolong papa and daddy. Its our duty to protect these people." Kata Aireen yakin. Wajah Mikail dipandang. Rasa bersalah masih bersarang di hati.
Aireen menundukkan wajahnya. Rambut yang panjang mengurai menutupi wajahnya.
"Awak maafkan saya kan." Perlahan suara Aireen.
Mikail mengalihkan rambut Aireen daripada menutupi wajahnya. Dagu didongakkan supaya mata mereka bertentang. Nafas dihembus.
"I will forgive you no matter who you are. The past is the past. I will always love you. Perhaps, you should call me sayang like you used to. I will not force you but..." Terbantut percakapan Mikail apabila dia merasa bibirnya ditindih. Hangat.
"Thank you sayang." Kini Aireen berasa amat lega setelah diluahkan isi hatinya yang sedari tadi menganggu emosinya. Mikail merangkul erat tubuh badan Aireen. Rambut Aireen dielus lembut.
Bahagia! Itu apa yang dirasai Mikail sekarang.
Tibalah perancangan mereka berdua untuk memastikan kejatuhan Hans bersama konco-konconya.
Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!
Share this novel