Di sudut hati Aireen, dia memohon maaf kepada Suraya kerana mengambil kekasih hatinya akan tetapi misinya lebih utama. Aireen nekad untuk melepaskan si dia kepada Suraya setelah misinya selesai nanti.
Usai akad disahkan. Akhirnya, ikatan halal di antara Aireen dan Mikail selamat terbina membuatkan ramai yang syukur terutama sekali Mikail. Gembira sungguh hatinya itu. "Alhamdulillah!" Sebaik sahaja doa selamat usai dibacakan Mikail memanjatkan rasa kesyukuran kepada ilahi. Kini sempurnalah ijab dan kabul di antara Aireen Evelyn Rose binti Tan Sri Sheikh Rasyidiq Nordin dan Muhammad Mikail Anaqi bin Tan Sri Haji Abdul Jabbar. Kemudian, Mikail menunaikan dua rakaat solat sunat tanda kesyukuran atas pernikahannya.
Bilik JonkeRED Heritage Hotel.
Aireen melangkah masuk ke dalam bilik hotel. Kelihatan perabotnya tersusun rapi dan cantik dihias terutama sekali katilnya. Terdapat bunga rose yang dihias berbentuk love di atas katil menambahkan rasa romantik dan haruman bau lilin yang dibeli dari Perancis diletakkan di atas meja kecil. Aireen menggelengkan kepalanya. Dia tahu itu semua disediakan oleh mamanya, Datin Anna Rais. Tadi puas mamanya menangis memikirkan anaknya sudah dewasa dan menjadi isteri orang. Aireen hanya melayan mamanya itu sambil tergelak kecil di dalam hati melihat telatah mamanya yang seperti anaknya itu meninggal dunia.
Setelah selasai segala urusan, tiba masanya untuk Aireen menunaikan solat asar kerana waktu asar semakin habis. Tidak pernah lupa untuk menunaikan kewajipan. Walaupun berpakaian seksi, Aireen tidak pernah meninggalkan solatnya. Usia solat asar, Aireen membersihkan diri kerana badannya sudah tidak selesa melekit akibat peluh.
Malam itu, barulah Mikail pulang ke bilik hotel. Mikail sudah pun memberitahu Aireen agar memesan makanan terlebih dahulu kerana dia akan pulang selepas menunaikan solat isyak berjemaah di masjid.
DING DONG! Loceng bilik hotel berbunyi. Mikail masuk ke dalam bilik hotel. Kelihatan Aireen yang sudah menukar baju yang teramatlah seksi. Lace Trumpet Sleeve Tie back Nightdress yang berwarna merah itu tersarung di tubuh Aireen. Mikail terkelu seketika melihat dari atas sehingga bawah tubuh badan isterinya itu dan halkumnya bergerak-gerak. Pejam celik matanya. Terus Aireen melangkah ke arah Mikail dengan senyuman paling manis.
"Hi sayang, selamat sampai. Let's have dinner together. I'm waiting for you to eat dinner together with me." Lembut Aireen bersuara. Mikail masih terpegun di tempatnya dan Aireen menarik tangannya untuk ke bilik mereka. Aireen memanggil Mikail beberapa kali sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Mikail itu. Beberapa saat barulah Mikail tersedar.
"Maaf, saya tak perasan tadi." Mikail rasa segan dengan tingkah lakunya. Senyuman Aireen tidak lekang dari bibirnya dan Aireen menyuruh Mikail membersihkan diri terdahulu sebelum makan bersamanya nanti. Mikail terus mengambil kelangkapannya dan masuk ke dalam bilik air. Aireen tersengih melihat suaminya itu.
"Ya Allah, cantiknya dia." Mikail meraup wajahnya di dalam bilik air. Dia begitu tidak sangka isterinya itu berpakaian sebegitu. Sungguh mengasyikkan.
Habis sudah Mikail membersihkan diri dia keluar. Mereka membaca doa dan makan bersama-sama. Aireen melayan suaminya begitu baik. Banyak yang dibualkan oleh masing-masing. Sekarang tiba masanya untuk mereka tidur. Aireen baring di atas katil dengan selambanya dan mendepangkan tangannya seperti starfish lalu dia mengajak suaminya itu turut baring sekali.
"Sayang jom tidur." Sepatah sahaja Aireen berkata. Mikail teragak-agak kerana kedudukan Aireen amatlah berbahaya dengan tubuh badannya yang langsing. Suaminya itu juga baru perasan tubuh badan isterinya itu walaupun slim tetapi teramatlah fit seperti dia work out sebelumni. Baring sahaja Mikail di atas katil. Dia kaku.
Secara tiba-tiba, Aireen memeluk tubuhnya sambil menarik selimut ke atas. Lampu sudah ditutup hanya tinggal cahaya luar dari langsir yang sedikit tersingkap itu. Jantung Mikail berdengup laju tidak mahu sebarang pergerakannya menganggu tidur Aireen dan dia sendiri menahan rasa takut-takut kalau dia melakukan sedikit gerakan maka lain jadinya.
"Hey, sayang kenapa kaku je ni. Are you okay?" Ketika Aireen memeluk tubuh suaminya itu terdengar dengupan jantung laju di sebalik tubuh suaminya. Mikail hanya diam tak berkutik. Seakan-akan tahu dengan tingkah laku suaminya Aireen berkata lagi.
"Relax, we are husband and wife now. Don't be too nervous." Tergelak kecil Aireen sambil menepuk-nepuk dada suaminya perlahan. Aireen bergerak membelakangi suaminya kerana tidak mahu menganggu keselesaan suaminya itu. Barulah Mikail boleh bernafas dia amat terkejut dengan isterinya yang tiba-tiba memeluknya itu. Dalam hatinya menahan debaran dan nafsu yang kian tidak menentu.
Pagi itu selepas solat subuh secara berjemaah, Aireen menyuruh Mikail untuk kembali tidur kerana Mikail berura-ura untuk keluar membeli makanan. Mikail hanya mengikut.
Sesudahnya, Aireen terjaga dengan keadaan selimut jauh darinya. Berasa dingin tubuhnya. Kain baju di kakinya yang terselak itu dihiraukan. Dia rasa seperti sedang memeluk sesuatu.
"Selesanya peluk teddy bearni." Lena betul tidurnya. Mata Mikail celik terdengar suara mamai itu. Dia terjaga. Sekali lagi Mikail kaku. Kaki kanan isterinya berada di atasnya. Dua kali ditelan liurnya. Aireen sedang memeluk dirinya. Dia berasa tak keruan dengan posisi mereka yang sangat intim. Aireen membuka matanya pula kerana dia seorang light sleeper pantang terjaga jika ada sesuatu yang menganggunya.
Dia memandang ke wajah Mikail yang ketika itu rambutnya tak terurus macam bad boy pun ada. Aireen merasakan suaminya itu mempunyai fizikal badan yang tegap dan dadanya yang bidang.
"You work out ke?" Itu soalan pertama yang terpacul di bibir mungil Aireen selepas matanya celik. Soalan itu membuatkan kening Mikail terangkat sedikit dan dia menjawab.
"Aah, saya memang suka work out sekiranya ada masa lapang." Aireen mengangguk. Suaminya itu bertanya soalan yang sama kepadanya.
"Same goes as me." Aireen senyum. Dia bangun dari baringannya. Mikail membalas senyumannya sambil mengikuti pergerakan isterinya dan mereka bersiap untuk bersarapan pula.
Bahagia sungguh hati Mikail.
Sebelum keluar dari pintu, Aireen menyuruh suaminya untuk tunggu sebentar.
"Sayang, mulai harini panggil I sayang and bahasakan diri you abang, okay?" Kening Aireen terangkat-angkat menunggu jawapan suaminya itu. Mikail tak banyak bercakap hari ini malah dia tidak memberikan respon dengan sentuhannya. Dia merasakan mungkin suaminya itu pemalu. Sering kali terkejut sahaja Mikail dibuatnya hari ini dan semalam. Mikail hanya menghadiahkan senyuman buat isteri tercintanya itu tanda setuju. Dia amat menyayangi isterinya itu. Sejujurnya, kalau dilurutkan gelora nafsunya saat ini sudah lama dikerjakan isterinya itu namun ada secebis rasa ragu-ragu dalam hatinya. Hatinya berasa resah.
Mikail mengajak isterinya untuk menunaikan solat sunat dhuha. Itulah rutin hariannya memandangkan mereka diberi masa untuk berhoneymoon selama seminggu. Selalunya Mikail akan ke madrasah tetapi kali ini dia dapat meluangkan masa bersama isteri tercintanya itu.
Honeymoon mereka bermula lapan hari dari sekarang. Plan asal sepatutnya selepas sarapan semalam mereka tidur di rumah papa dan mama Aireen tetapi Datin Anna tidak membenarkannya sebaliknya menyuruh mereka meneruskan honeymoon. Memandangkan Mikail merupakan anak kepada usahawan yang terkemuka itu di samping carriernya sebaga ustaz. Dia mempunyai private jet tersendiri. Aireen seakan-akan tidak mempercayai apabila suaminya berkata yang mereka boleh terus bergerak ke Jepun keesokannya.
Setibanya mereka di lapangan terbang itu barulah Aireen teringat bahawa Mikail ialah anak kepada usahawan, Tan Sri Haji Abdul Jabbar. Suaminya ini selalu kelihatan sempoi dengan pemakaian yang biasa-biasa membuatkan Aireen terlupa akan reputasi sebenar suaminya. Kata mamanya sekiranya bapa Mikail itu meninggal dunia minta dijauhkan atau lanjut usia semua harta kekayaan dan kedudukan bapanya sebagai CEO of Mariotte International Group akan diberikan kepada anaknya itu walaupun dia sekarang merupakan ustaz di sebuah madrasah.
Jadi gelaran ustaz itu hanya sementara. Kerja Mikail yang sebenar ialah menjadi CEO. Monolog hati Aireen.
Itu tanggungjawab yang harus digalas oleh Mikail kerana dia merupakan satu-satunya anak Tan Sri Haji Abdul Jabbar.
"Wait, I thought you were joking when you said that we will be in Japan this instance. I forgot that you are a billionaire. Your dressing doesn't show like one. Silly me." Aireen mengetuk dahinya sendiri menggunakan tangan. Mikail mengalihkan tangan isterinya itu jauh dari wajahnya.
"Hei, sayang jangan buat macamtu nanti sakit karang." Mikail menasihatinya. Tergamam Aireen dengan perilaku Mikail. Wajah pelik Aireen tayangkan.
Takkanlah buat macamtu pun sakit. Aireen berkata dalam hatinya.
"Kita kena sentiasa rendah diri dengan orang. Apa orang kata tu makin berisi makin tunduk." Mikail meyakinkan isterinya.
Aireen begitu terpesona dengan sikap suaminya itu. Tiba-tiba sahaja jantungnya berdetak.
Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!
Share this novel