Bab 3: Step two

Romance Series 3020

Hari ini Aireen bercadang untuk ke madrasah tersebut bagi meneruskan misinya. Aireen hari ini Aireen yang sopan memakai baju kurung moden berwarna putih. Sungguh cantik dia melihatkan dirinya di cermin.

Wah cantiknya aku hari ini hatinya bermonolog sendiri.

"Aku dah bersedia untuk misi yang Papa bagi padaku. Aku akan pastikan dia kahwin dengan aku." Kata Aireen dengan penuh semangat memaparkan wajah cerianya. Ya, memang betul ini bukan misinya yang betul-betul tetapi perkara yang dapat memudahkan misi utamanya nanti. Dalam-dalam dia yang tidak suka kepada lelaki akibat kisah silam gelap keluarganya terdahulu. Ada terselit sedikit minat terhadap lelaki bernama Mikail itu. Tidak pernah ada sesiapa pun yang tidak tertunduk dengan wajah menawan Aireen namun lelaki bernama Mikail ini reject dia yang tidak pernah dibuat orang.

Aireen sebenarnya tidak mahu berkahwin tetapi misi yang diberi oleh papanya ini merupakan satu-satunya untuk memastikan musuh tidak menaikkan tanduk mereka. Dia harus melakukannya demi menegakkan keadilan orang-orang yang dianaya. Dia harus tegakkan keadilan.

Sampai sahaja Aireen di perkarangan madrasah itu terus dia capai beg sandang dan membetulkan baju kurung modennya.

"Assalamualaikum." Aireen memberi salam.

Mak Munah yang sedang tadi sibuk mengemas dapur selepas sarapan pagi berhenti. Dia melihat ke luar. Kelihatan seorang gadis yang sangat lawa, tinggi dan rambutnya panjang mengurai berwarna coklat cair yang hampir perang itu. Mak Munah bergerak ke arahnya dan bertanya.

"Waalaikumussalam. Cik adik mencari siapa ya?" Lembut suara Mak Munah bertanya.

"Saya nak ziarah je mak cik hehe alang-alang nak menyalurkan bantuan sekali." Jawab Aireen sambil tersenyum manis.

Terkesima Mak Munah dengan gadis yang lawa itu. Rupa parasanya tak ubah seperti model. Kacukan agaknya fikir Mak Munah. Dia segera menjemput gadis itu masuk tidak mahu gadis itu menganggapnya biadab walaupun dia tidak tahu tujuan sebenar keberadaannya di sini.

Aireen memperkenalkan dirinya sebagai anak kepada Tan Sri Sheikh Rasyidiq Nordin. Mak Munah kenal akan nama itu dan dia bagaikan tersedar yang Tan Sri Sheikh merupakan sahabat baik kepada Tan Sri Haji Abdul Jabbar.

Aireen memberitahu tujuan sebenarnya di sini adalah atas arahan papanya untuk membantu menyalurkan dana ke madrasah itu. Namun di sebalik tujuan itu ada tujuan lain tetapi Aireen tidak memberitahu Mak Munah tentang itu atas arahan papanya.

Mak Munah bagaikan gembira mendengar khabar itu terus bangun dari duduknya dan membuat sedikit hidangan makanan untuk tetamu terhormat. Tan Sri Haji Abdul Jabbar merupakan bapa kandung kepada Mikail yang merupakan usahawan berjaya. Beliau bersama-sama rakan karibnya iaitu bapa Aireen, Tan Sri Sheikh sering mengusahakan industri pembinaan dan penjualan Hotel, tanah, bangunan pencakar langit, rumah kebajikan, madrasah dan seangkatan dengannya.

Sedang Aireen menunggu Mak Munah membuat sedikit hidangan di dapur. Seorang kanak-kanak kecil perempuan yang berpakaian baju kurung dan lelaki berjubah putih mendekati Aireen. Macam biasa Aireen yang periang dan penyayang dengan empat orang adik-adiknya di rumah terus melayan mereka. Teringat kembali wajah adik-adiknya terutama sekali si kembar Helmi dan Haikal.

"Kakak cantik, kakak cantik buat apa kat sini?" Tanya seorang daripada mereka dengan muka comelnya memang Aireen mahu saja mencium mereka.

"Nama adik apa?" Tanya Aireen pula tidak menjawab soalan kanak-kanak itu.

"Nama saya Iman dan ini Shifa, adik saya." Kanak-kanak lelaki itu menjawab dan memperkenalkan adiknya juga. Aireen hanya mengangguk dan memperkenalkan dirinya pula. Tiba-tiba akalnya terfikir sesuatu.

"Adik nak main tak?" Tanya Aireen dengan kening terangkat-angkat.

Riak wajah mereka berubah sesaat mendengar perkataan main.

"Nak!" Jawab kedua-duanya serentak.

Aireem senyum melihat telatah mereka tahu saja dia membuat kanak-kanak itu agar tertarik dengannya cakap jela perkataan main. Confirm suka punya.

Mereka menarik tangan Aireen ke belakang madrasah dan menunjukkan lukisan kapur berbentuk petak seperti mengajaknya untuk melompat setiap petak yang dilukis itu. Aireen apatah lagi join la suka kanak-kanak punya pasal ini bukan bermakna paedophile ya semua. Aireen sukakan kanak-kanak ikhlas dan adik-adiknya la yang merupakan sumber kekuatan baginya untuk meneruskan hidup di samping papa dan mama dan yang paling penting sekali yang Maha Esa Allah SWT. Tidak pernah dilupai Aireen tentang itu.

Aireen kalau sudah dibuat mainnya dengan kanak-kanak terus jadi kanak-kanak ribena. Mengejar kanak-kanak itu dengan berlakon menjadi raksasa. Sedang Aireen mengangkat kanak-kanak perempuan itu ke atas langit ketawa kuat budak itu. Suka betul dirinya diangkat seperti superman.

Tiba-tiba Mikail yang baru sahaja menunaikan solat dhuha keluar dan melihat Aireen mengangkat budak perempuan itu ke langit dan merangkulnya semula ke pelukannya. Sungguh terkesima dibuatnya Mikail. Terkejut akan gadis yang dijumpainya semalam berada di depan mata lebih-lebih lagi tanpa topi dapat dilihat betapa cantiknya perempuan di hadapan matanya. Rambutnya yang cokalt cair itu panjang mengurai sambil senyuman mekar di bibir sambil merangkul budak kecil itu. Satu situasi yang sangat indah. Berdetak jantung lelaki itu. Mikail terus mengalihkan pandangan dan beristighfar. Sungguh dia tidak menjaga pandangan matanya dari melihat bidadari yang jatuh ke bumi ini.

Budak lelaki kecil yang bernama Iman itu berlari ke arah Mikail dan menarik tangannya untuk memperkenalkan kakak cantik itu kepadanya. Terkejut Mikail dengan tangan kecil yang memegangnya. Dia bergerak mengikuti kanak-kanak itu.

"Ustaz, ini kakak cantik nama dia Aireen. Kak Aireen memang best ustaz. Kak Aireen ajak kami main tadi." Kata Iman lagi. Mikail hanya memandangnya dengan pandangan tenang. Aireen pula melihat wajah Mikail yang kacak itu tetapi secara dekat dapat juga melihat bawah matanya bercelak. Belum sempat Aireen mahu berkata Mak Munah datang memperkenalkan Mikail kepada Aireen. Aireen dengan yakinnya berkata.

"Saya dah kenal dah dia Mak Munah, saya juga datang ke sini untuk jumpa Mikail, saya nak ajak dia kahwin." Selamba mak bapak Aireen sahaja berkata begitu. Terkejut jelas terpapar di riak wajah mereka berdua. Sorry papa I just want to finish this mission fast and smooth kata Aireen dalam hati. Ternganga mulut mereka berdua memandang Aireen seperti dirasuk hantu. Aireen meneruskan kata-katanya.

"Begini Mak Munah, papa minta saya rahsiakan perkara ini dulu sebab papa akan datang ke sini berjumpa Mak Munah dan Pak Syakir untuk berbincang berkaitan perkahwinan saya dengan Mikail. Tapi saya ni jenis tak sabar. Lagi-lagi melihatkan Mikail yang bantu menyelamatkan saya sewaktu diganggu oleh dua orang lelaki yang saya tak kenal dekat kedai haritu. Dari situ saya start suka dia. Nasib baik ada Mikail yang bantu saya Mak Munah kalau tak, tak tahu apa yang akan jadi kepada saya nanti." Muka Aireen cuba meyakinkan Mak Munah.

Mak Munah tergamam dan memandang Mikail. Mikail pula memandang Mak Munah dengan muka tak tahu apa-apa. Yang pasti tak ada pula si Mikail ni membantah berkaitan perkahwinan mereka. Mak Munah sungguh tak sangka gadis di hadapannya ini secara tiba-tiba mengajak anak susuannya itu berkahwin.

Beberapa jam kemudian, tibalah Tan Sri Sheikh ke rumah Pak Syakir dan Mak Munah kerana anak gadisnya itu tiba-tiba membuat pengumuman untuk berkahwin dengan Mikail.

Sebelum ketibaannya, Mak Munah menelefon Tan Sri Sheikh dengan menggunakan telefon yang diberi oleh Aireen kepadanya untuk mengesahkan kebenaran dari mulut papanya sendiri. Papanya meraup wajahnya. Kedengaran dengusan perlahan dan kemudian ketawa kecil Tan Sri Sheikh terhadap telatah anak gadisnya itu. Mana tidak dia ingatkan anak gadisnya memerlukan lebih masa untuk berfikir tentang perkahwinan itu. Tidak percaya akan tindakan secepat ini diberi oleh Aireen.

"Terima kasih Tan Sri kerana sanggup datang ke sini walaupun jauh dari Kuala Lumpur." Mak Munah menjemput Tan Sri Sheikh secara sopan.

"Tak adalah jauh mana pun Munah, tak perlu panggil saya Tan Sri kita semua sudah lama berkenalan cuma saya tak pernah memperkenalkan anak gadis saya ni kepada kamu. Maaf secara tiba-tiba kami membuat keputusan secara drastik sesungguhnya saya tak mencandangkan untuk memberitahu secepat ini cuma memandangkan Aireen sudah pun memberitahu tentang perkara ini jadi saya pun terima seadanya. Saya sudah pun berbincang dengan bapa dan ibu kepada Mikail di Kuala Lumpur. Mereka amat bersetuju dengan perkahwinan ini memandangkan Mikail tidak mempunyai siapa-siapa calon lagi kata mereka. Jadi, boleh saya tanya kepada Pak Shakir dan Mak Munah sekiranya kamu berdua setuju atas perkhwinan ini?" Terus Tan Sri Sheikh bertanya kepada Pak Syakir dan Mak Munah berharapan agar mereka bersetuju.

Mak Munah dan Pak Syakir memandang antara satu sama lain dan melihat kepada Mikail. Mikail hanya diam. Mak Munah memulakan kembali perbincangan mereka.

"Terima kasih Sheikh atas cadangan perkahwinan ini. Kami sangat tak sangka bahawa Sheikh sendiri akan hadir ke sini dengan jadual yang padat. Sesungguhnya atas keizinan ibu bapa kandung Mikail yang sangat bersetuju dengan perkahwinan ini. Kami pun tak teragak-agak menolaknya. Lagipun Mikail memang tiada calon setakat ini. Boleh Sheikh berikan kami sedikit masa untuk berbincang lagi." Jawab Pak Syakir pula.

Tan Sri Sheikh memberikan senyuman dan bersetuju dengan mereka untuk memberikan sedikit masa berbincang. Beliau tahu perkahwinan ini bukan perkara yang boleh diambil secara ringan. Aireen yang sedari tadi bersebelahan papanya hanya diam. Setelah beberapa minit, Tan Sri Sheikh dan Aireen bergerak keluar dari rumah itu dan mengucapkan terima kasih kepada pasangan tersebut sebelum pulang ke destinasi masing-masing.

Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience