Bab 11: CEO TO BE!

Romance Series 3020

Ketibaan Mikail di hadapan pintu hotel. Segak dengan sut berwarna hitam berjenama Dolce and Gabbana. Classic Wine Red Necktie dipakai kemas oleh Mikail. Mikail tampil berkarisma dan rambutnya disikat gaya side part. Menyerlahkan wajah tampan milik Mikail.

  Kesemua pekerja hotel itu berbaris panjang menunggu ketibaan CEO baru mereka.

  "Weyh! Handsome siak CEO baru kita ni." Salah seorang pekerja wanita yang bernama Sarah berbisik. Kelihatan Mikail yang sedang membuat grand entrancenya memasuki hotel.

  "Ya weyh. Full of aura." Bisik gadis di sebelah Sarah. Mereka sedang berbaris lalu menunduk serentak memberi penghormatan kepada CEO baru itu.

  Mikail berhenti di tengah-tengah jalan. Dia menggelengkan kepalanya. Red carpet tersedia di hadapannya macam menunggu ketibaan artist Hollywood.

  "Semua boleh kembali kepada kedudukan asal!" Mikail berkata dengan penuh aura.

  Semua pekerja memandang CEO baru mereka dengan wajah yang hairan. Melihatkan reaksi mereka Mikail menyambung lagi.

  "Saya tak biasa dengan layanan seperti ini. Kita semua manusia biasa. I want us to be treat equally. Jadi, mulai hari ini saya nak awak semua kembali kepada kerja masing-masing begitu juga dengan hari yang seterusnya. Its that clear?" Mikail memberi arahan dengan jelas.

  Semua pekerja mengangguk dengan arahan yang diberi Mikail lalu mereka bersurai ke kerja masing-masing. Mikail pula beransur ke pejabatnya.

  "Kau dengar tak tadi CEO kita tu cakap apa." Mak cik bawang mula bergosip.

  "Ish! Kau ni tak professional langsung." Marah si gadis bernama Syazana itu.

  "Yelah, aku rasa dia CEO paling baik pernah aku jumpa." Sarah memuji keperibadian Mikail.

  "Korang tak pernah dengar ke yang CEO kita ni pernah jadi ustaz kat madrasah Tahfiz Al-Quran Al Islah kat Melaka tu. Orang kampung panggil dia ustaz Mikail." Nayla yakin bercerita tentang khabar angin itu.

  "Eh, seriouslah! Kalau betul kan patutlah dia humble giler." Sarah meyakinkan lagi khabar angin itu.

  "Aku dengar jugak kan dia dah ada isteri tapi siapa dia itu aku tak tahu." Nayla menambah lagi.

  "Alaa... Rugilah. Aku tak boleh MENGORAT dia." Sarah selamba menekankan perkataan mengorat.

  "Eh, apa kau merepek ni!" Terjerit kecil Syazana dibuatnya.

  "Dahlah, jom sambung kerja. Tak pasal-pasal kena pecat karang." Syazana menghentikan gosip rakan sekerjanya takut didengari oleh orang lain. Mereka pun kembali kepada kerja masing-masing.

  Beberapa jam kemudian, dokumen-dokumen yang diberi oleh secretary Mikail sudah diuruskan olehnya.

  "Hari ni sayang kena pakai baju yang saya sediakan. Saya kalau bab-bab fashion ni memang pro." Senyuman manis dihadiahkan buat suami tercinta.

  Pergerakan Mikail terhenti seketika. Teringat kata-kata isterinya itu.

  "Hmm... Baru beberapa jam berlalu. Aku dah rindu dengan isteri aku. Aku kena siap-siap habiskan kerja ni lepastu balik. Tak sabarnya." Mikail dengan segera menyiapkan kerjanya.

  "Syazana, kau tengok tak CEO kita tadi. Dia nampak macam rushing and at the same time dia tersengih sorang-sorang." Kata Sarah.

  "Biarlah dia, teringat kat isteri dialah kut." Jawab Syazana malas ingin melayan rakan sekerjanya itu.

  Sarah memuncungkan bibir. Dia menyampah apabila perkataan isteri itu disebut.

  Kemunculan kereta Mikail di perkarangan penthouse. Driver Mikail membuka pintu belakang kereta untuk memudahkan Mikail keluar dari perut kereta.

  Sebelum ini, Mikail pernah menolak permintaan Arman untuk menjadi drivernya kerana dia sudah pun menjadi secretary Mikail tetapi Arman berkeras untuk membantu memudahkan kerja Mikail. Terpaksalah Mikail menerima seadanya.

  "Sayang! Abang dah balik." Suara garau milik Mikail menandakan kehadirannya di rumah. Mikail menanggalkan tali lehernya dan dua butang baju kemeja Mikail buka. Butang kemeja lengan panjang di buka sebiji. Kini, Mikail lebih selesa. Dia memanggil isterinya buat kali kedua tetapi tiada sahutan diberikan. Mikail hairan lalu menuju ke tingkat atas menggunakan tangga.

  "Sayang." Mikail mendekati bilik yang pintunya terbuka sedikit. Pintu bilik dikuak perlahan-lahan.

  Kelihatan Aireen yang berbaring di atas perut dan kakinya terangkat digoyang-goyangkan. Earbud dipakai di telinga Aireen. Aireen ketika itu sedang melukis potret menggunakan pensel. Baju sundress berwarna merah jambu yang tersarung pada tubuh langsingnya terselak di bahagian kaki.

  Like an angel. My angel. Terpesona dengan kecantikan isterinya.

  Sedar dengan kehadiran Mikail, Aireen menoleh ke arah Mikail yang sedang berdiri memandangnya. Aireen bangun dan memeluk suaminya. Mikail seperti biasa terkejut dengan tingkah laku Aireen yang berani itu lalu membalas pelukan Aireen.

  "Sayang dah balik. Maaf saya tak perasan tadi tengah dengar lagu." Tangan Aireen ditujukan ke telinga. Aireen menanggalkan earbud dari telinganya supaya kata-kata Mikail didengari jelas.

  "Risau abang tadi ingatkan sayang keluar ke. Apapun sekarang you are right in front of me." Aireen berkerut dahi.

  "What do you mean by keluar. Sayang, kalau saya nak keluar pun saya akan minta izin sayang dulu. Do you seriously think that I will just walk out from this house without you knowing?" Aireen meyakinkan suaminya.

  Mikail berasa terharu lalu memeluk Aireen.

  "Bahagianya abang dapat isteri macam ni." Mikail usap perlahan kepala Aireen.

  Hujung minggu sudah tiba, Aireen meminta kebenaran Mikail untuk ke madrasah mahu menjenguk Pak Syakir dan Mak Munah. Kata Aireen dia rindu akan kedua-dua orang tuanya itu. Mikail bertindak untuk mengikuti Aireen tetapi Aireen membantah keras kerana tahu akan kerja Mikail yang bertimbun-timbun di pejabatnya. Maklumlah baru jadi CEO. Aireen mengajak Jacques menemaninya. Mikail dengan rela hati membenarkan Aireen pergi bersama Jacques kerana dia percaya kepada isterinya itu.

Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Islah

  Pon! Pon!. Setelah tiba di madrasah, Aireen keluar dari perut kereta dan berlari menuju ke arah Mak Munah yang sedang mengemas dapur. Begitulah rutin harian Mak Munah usai memasak dan menghidangkan makanan kepada para tahfiz. Dia akan mengemas dapur.

  "Mak Munah!" Aireen memanggil Mak Munah. Mak Munah tersenyum gembira melihat raut wajah yang sangat dikenalinya. Sungguh dia rindu pada Aireen.

  "Subhanallah, makin cantik anak mak ni. Mesti Mikail jaga Aireen elok-elok kan." Mak Munah berkata lagi.

  "Mestilah, Mikail bagi Aireen makan sampai berisi Aireen dibuatnya." Tergelak Mak Munah mendengar jawapan Aireen.

  Kelihatan Jacques yang baru sahaja tiba dijemput oleh Mak Munah untuk masuk ke ruang tamu begitu juga dengan Aireen.

  Mak Munah meminta Suraya membancuh teh untuk tetamu. Suraya datang membawa dulang bersama jag berisi air teh yang dibancuhnya tadi lalu diletakkan di atas meja. Dia menuangkan air teh itu ke dalam cawan.

  "Suraya apa tenung-tenung tu jemputlah duduk sekali." Aireen sengaja mengajak Suraya duduk sekali.

  Suraya yang sedari tadi memandang Jacques tersedar. Dia malu dengan tindakannya lalu duduk di sebelah Mak Munah.

  "Kenalkan ini Jacques bodyguard Aireen. Dia kristian. Tapi disebabkan Jacques dah menetap di Malaysia sejak kecil jadi dia tahu sedikit sebanyak tentang agama Islam." Aireen menjelaskan kepada Mak Munah dan Suraya.

  Mak Munah dan Suraya hanya mengangguk tanda faham. Mereka berbual lama. Mak Munah meceritakan telatah pelajar tahfiz yang kuat bergurau. Walaupun al-quran penuh di dada. Mereka sering menghabiskan masa bersama-sama bergurau senda sama seperti pelajar lain.

  Suraya meminta izin untuk ke kedai runcit bagi membeli sayur-sayuran yang telah habis. Aireen ingin menemani Suraya kerana dia pun teringin untuk membeli aiskrim. Semestinya Jacques pun ikut sekali.

  "Semua sayur-sayuran dah pilih kan Suraya. Aireen nak pergi ke tandas sekejap. Suraya bayar dulu ya." Aireen bergerak ke tandas yang terdapat di gerai makan berdekatan. Jacques pula menunggu di hadapan gerai makan tersebut. Suraya membayar sayur-sayuran yang sudah dipilihnya lalu keluar dari kedai runcit.

  Secara tiba-tiba, dua orang lelaki mendekati Suraya.

  "Buat apa tu Suraya." Tanya salah seorang lelaki tersebut.

  Suraya berura-ura untuk meninggalkan kedua-dua lelaki itu tetapi dihalang oleh mereka. Jacques menangkap kelibat dua orang lelaki yang mendekati Suraya melalui ekor matanya dan merasakan sesuatu yang tidak kena dengan situasi itu.

  "Eh, jawablah Suraya. Nak pergi mana pulakni." Sekali lagi salah seorang lelaki itu mengangkat tangannya untuk menyentuh tangan Suraya namun ditahan oleh tangan lain.

  Jacques memandang kedua-dua remaja yang tidak seberapa tinggi itu dengan wajah yang bengis. Lelaki tersebut menarik tangannya semula dan pergi meninggalkan Suraya dan Jacques.

  "Are you okay?" Tanya Jacques.

  "Saya okay. Terima kasih tolong saya tadi." Senyuman diberikan oleh Suraya di sebalik niqabnya.

  "Hei, apa korang buat tu berdua-duaan." Usik Aireen setelah melihat mereka bersama-sama di luar kedai runcit itu.

  Suraya memberitahu Aireen berkenaan situasi yang berlaku tadi tidak mahu Aireen salah faham dengannya.

  "Oh, ni mesti lelaki yang pendek tu. Tak ada kerja lain ke diorang ni." Jacques memandang Aireen sepantas kilat. Aireen tersengih.

  "Dah, jom balik karang risau pulak Mak Munah nanti." Cepat-cepat Aireen memberi alasan supaya Jacques tidak menanyakan berkenaan situasi yang berlaku tempoh hari.

  Malam itu, Suraya memandang ke langit. Dia teringat Jacques yang menyelamatkannya tadi. Kalau tidak kerana pertolongan Jacques habis dirinya dipegang oleh kedua-dua lelaki tersebut. Tersenyum sendirian. Hatinya berbunga-bunga mengenangkan situasai tadi.

  "Hi, boleh Aireen tanya sesuatu." Aireen melabuhkan punggung di sebelah Suraya.

  "Boleh je." Suraya senyum.

  "Suraya still suka Mikail tak?" Tanya Aireen meminta kepastian. Suraya terdiam dengan soalan Aireen lalu menjawab.

  "Alhamdulillah, sekarang Su dah redha dengan takdir yang Allah berikan. Lagipun Su tengok Aireen merupakan isteri yang baik untuk abang Mikail. Su happy untuk Aireen." Perlahan suara Suraya. Lega hati Aireen mendengar pengakuan Suraya. Walaupun dia selfish kerana tidak dapat melepaskan Mikail kepada Suraya namun hatinya sekarang lapang mendengar kata-kata Suraya.

  "Aireen tengok Suraya asik pandang-pandang Jaqcues. Suraya berminat ke dengan Jacques." Aireen mengubah topik perbualan mereka. Wajah Suraya bertukar merah malu dengan tekaan Aireen.

  "Tak adalah Aireen cuma Suraya terhutang budi dengan bodyguard Aireen sebab bantu Suraya tadi." Suraya cuba menutup malunya. Aireen sekali lagi tersengih dan Aireen mengajak Suraya masuk ke dalam rumah.

  Esoknya, Jacques menghantar Aireen pulang ke penthousenya.

  Selepas mandi, Aireen keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya yang basah. Mikail ketika itu sudah menukar baju melihat isterinya. Terbuntang mata Mikail. Hanya tuala melilit tubuh Aireen. Mikail meneguk liurnya. Terasa berbahang bilik ini. Mikail tidak menunggu lagi. Dia menghampiri Aireen.

  "Eh, sayang. Sayang dah balik." Terhenti pergerakan Aireen.

  Mikail mendekati Aireen.

  "I miss you." Mikail berkata dengan suara berbisik.

  "Biar betul, baru dua hari kut. Takkan dah rindu." Tertawa kecil Aireen. Mikail diam dan kembali mendekati Aireen.

  "Sayang kenapa dekat-dekat ni." Aireen mengecilkan matanya apabila melihat tindakan suaminya yang pelik itu. Jarang suaminya bertindak sebegini.

  Mikail memandang wajah Aireen sedalamnya seolah-olah meminta sesuatu. Lama Aireen berfikir. Bagaikan faham Aireen berkata lagi.

  "Sekarang ke?" Mikail mengangguk cuba membuat wajah yang seakan-akan comel kepada isterinya. Aireen mendengus halus.

  "Jap, saya nak siapkan diri" Aireen menolak dada suaminya perlahan lalu memakai baju. Mikail hanya menunggu Aireen di katil.

  Aireen menuju ke katil yang bersaiz King itu dan duduk di sebelah Mikail. Lama Mikail memandang wajah Aireen yang cantik itu.

  Perlahan-lahan tangan Mikail dibawa ke pipi isterinya. Pipi Aireen dielus lembut. Tangan di bawa ke ubun-ubun isterinya untuk dibacakan doa perlindungan daripada syaitan. Lantas nakhoda melayari sebuah bahtera di tengah-tengah lautan samudera, mengharungi arus gelombang yang bergelora lalu akhirnya melabuhkan bahteranya di pelabuhan yang sepi.

Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience