We both have scars,
With memories that cannot be erased,
But together we are stronger.
In your hand my heart has been placed
-Crystal
Seminggu sudah berlalu, Aireen kini tinggal seorang diri di rumahnya. Aireen tidak bersedia untuk melepaskan Mikail dan dia baru sahaja memaklumkan kepada papanya tentang kad itu. Papa Aireen menyuruh anaknya menyimpan kad itu di tempat yang selamat kerana dia mempunyai urusan yang lebih penting. Walaupun Aireen masih curiga dengan papanya tetapi dia mengikut sahaja arahan papanya.
Mikail sudah memberitahu Aireen bahawa dia akan ke Madrasah di Melaka untuk menyelesaikan urusannya di sana. Tan Sri Haji Abdul Jabbar memaklumkan kepada Mikail yang beliau ingin menyerahkan syarikatnya kepada Mikail kerana semakin lanjut usia. Oleh itu, Mikail perlu mengambil alih sebagai CEO Mariotte International Group. Hatinya sedikit gundah gulana kerana ingin meninggalkan kerjayanya sebagai ustaz tetapi tanggungjawabnya sebagai anak haruslah dituruti.
Aireen yang ketika itu sedang duduk di kerusi makan mengomel sendirian.
"Rindunya Mikail." Tidak sedar dia berkata begitu terus Aireen menutup mukanya dengan tangan. Malu!. Itu yang dirasainya saat ini. Tidak pernah dia berasa seperti ini rindu dengan lelaki melainkan papanya sahaja. Aireen bangun dari kerusi dan meneruskan kerja rumahya pula.
"Hari ini tiba masanya untuk aku kemas rumah!" Kata Aireen dengan bersungguh-sungguh. Dia menghabiskan masa dengan menyapu, mengelap meja, mengemop lantai dan menyiram pokok. Setelah
selesai, Aireen memesan makanan marry brown. Dia menjamu selera di ruang tamu sambil menonton Netflix iaitu Mission Impossible yang dilakonkan oleh Tom Cruise itu.
Malam itu, Aireen tidur di katilnya sendirian seperti biasa dan membaca doa sebelum tidur. Dia sentiasa mengingati pesanan suaminya supaya membaca doa sebelum tidur untuk mengelakkan dari gangguan syaitan.
Jam sudah menunujukkan empat pagi. Aireen merasakan katilnya dihenyak seseorang dan ada tangan yang sedang merangkul pinggangnya dari belakang.
Dah balik dah Mikail. Pukul berapa ni lambatnya mungkin baru lepas solat tahajjud kut. Aireen berkata di dalam hatinya.
Dia menyambung tidurnya itu.
Mikail mengejutkan Aireen dari tidurnya untuk menunaikan solat subuh. Mereka solat berjemaah.
Selesai sudah Mikail bergerak ke arah katil dan melelapkan matanya. Penat perjalanan memandu kereta masih belum hilang. Aireen hanya membiarkan suaminya berehat. Dia ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi.
Mikail tersedar dari tidurnya. Cadangnya hanya mahu melelapkan mata seketika akibat kepenatan. Akhirnya, dia terlelap selama dua jam.
Dia melihat jam di sebelah menunjukkan lapan setengah pagi. Mikail membersihkan diri dan turun ke bawah. Bau masakan menusuk hidungnya. Kelihatan Aireen dengan baju berlengan pendek berwarna kuning dan seluar pendek atas lutut bersama apron tersarung di tubuhnya. Kaki Aireen yang panjang dan putih gebu itu terselah. Aireen sedang membelakanginya ketika ini. Mikail meneguk liurnya. Tidak pernah jemu dengan kecantikan semula jadi isterinya itu.
Bagaikan sedar dengan kehadiran Mikail, Aireen memusingkan badannya dengan dua pinggan di tangan. Terdapat pancake di atas kedua-dua pinggan tersebut. Aireen memberikan senyuman kepada sang suami sambil mengambil jug kecil berisi madu lalu menuangkannya ke atas pancake tersebut. Buah cherry diletakkan di atas pancake sebagai topping.
"Nah, saya buatkan khas untuk sayang." Senyuman yang lebar itu dihadiahkan buat suaminya. Mikail dengan tidak segannya menyuruh isterinya menyuapkan pancake ke dalam mulutnya. Aireen mengikut sahaja.
"Selepas ini, abang nak sayang siap-siap pakai baju cantik yang selesa. Abang nak bawa sayang keluar." Aireen hairan ke mana suaminya mahu mebawanya ketika ini. Namun Aireen mengangguk sekadar memberi respond dan cepat-cepat menghabiskan makanannya itu.
"Wah! Kenapa sayang bawa saya ke sini?" Aireen bertanya.
"Abang nak minta maaf sebab tinggalkan sayang bersendirian lama-lama dekat rumah. Jadi, abang tanya papa apa yang sayang suka. Papa kata sayang suka ke theme park. Abang pun bawalah sayang ke sini." Mikail membalas.
"Oh, mestilah sayang suka. Ni favourite place sayang. Thank you abang." Aireen memandang wajah Mikail.
"Maafkan abang ya sayang. Abang nak pujuk hati sayang kalau sayang merajuk tapi nampaknya alhamdulillah sayang okay." Mikail meluahkan rasa beban di hatinya.
Aireen memeluk Mikail dan dia sebenarnya tidak merajuk pun cuma dia tidak sangka suaminya itu penyayang rupanya. Hatinya mula berbunga kerana Mikail. Tidak pernah ada lelaki yang melayannya seperti ini.
"Argh! Bestnya hahaha..." Jeritan Aireen jelas kedengaran. Gembira betul dia dapat menaiki rollercoaster tersebut. Aireen meminta kebenaran Mikail untuk menaiki rollercoaster itu sekali lagi. Mikail bersetuju dan menemaninya seperti tadi cuma kali ini ada sedikit gangguan.
Aireen yang sedang duduk di kerusi rollercoaster itu tiba-tiba seorang lelaki bertubuh gempal mendekatinya dan ingin duduk di sebelahnya. Rollercoster itu terdiri daripada tiga kerusi di mana tadi Mikail duduk di sebelah Aireen tetapi sekarang di duduki oleh lelaki lain. Lelaki bertubuh gempal itu
menolak Mikail ke sebelah sebelum duduk di sebelah Aireen. Mikail berasa geram tetapi wajahnya hanya nampak tenang. Mikail memandang Aireen memberi signal kepadanya untuk bertukar tempat duduk di belakang. Aireen seakan-akan faham dengan signal tersebut lalu bangun. Lelaki itu memegang tangannya dan Mikail pantas memegang tangan lelaki tersebut.
"Lepaskan tangan isteri saya sebelum apa-apa yang tak diingini berlaku." Tegas suara Mikail. Lelaki itu terus melepaskan tangan Aireen akibat terkejut dengan arahan yang diberikan oleh Mikail. Aireen tergelak kecil menahan ketawa lalu bangun meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga.
"Ada saja lelaki yang mendekati sayang. Sebaik diaorang ni tak makan buah penumbuk abang kalau tak dengan gigi diaorang rongak." Mikail mendengus geram. Aireen menghamburkan ketawanya tidak tahan lagi dengan karenah suaminya yang sering cemburu itu.
Mereka menghabiskan masa bersuka ria dengan memasuki rumah berhantu, makan food truck, menaiki marry go round dan sebagainya. Mikail juga menghadiahkan teddy bear besar kepada Aireen atas usahanya sendiri dengan menembak sasaran menggunakan pistol mainan. Semua tembakan mengenai sasaran membuatkan Aireen hairan dengan Mikail.
"Hebat jugak eh sayang, semua peluru kena pada sasaran macam dah berpengalaman." Tanya Aireen sambil mengecilkan matanya kepada Mikail.
"Eh, biasalah tu abang dulu pernah masuk kem tentera sekejap. Daddy yang suruh. Abang ikutkan sahaja." Mudah jawapan Mikail. Aireen mengiyakan kerana jawapan yang diberikan munasabah.
Mikail menyuruh Aireen bersama-sama menunaikan solat zohor di surau yang tersedia di theme park itu kerana solat lebih utama. Mereka berpisah haluan setelah tiba di surau. Usai menunaikan solat zohor. Mereka pun pulang ke rumah.
Malam itu, Aireen mengenakan sepasang nightgown dress berwarna purple iaitu Esmerelda Lingerie and Robe set. Dia sedang menunggu Mikail pulang dari masjid.
Aireen hanya duduk di atas kerusi di balkoni luar, sambil menghadap pekatnya malam. Membiarkan bayu malam dingin bertiup. Lama dia merenung langit gelap yang disinari cahaya bintang. Sehinggalah telinganya menangkap bunyi pintu penthouse tertutup. Aireen tahu itu tandanya suaminya sudah pulang.
Aireen bangun dari kerusi dan masuk menegurnya. Mikail yang ketika itu memusingkan badannya terpegun di tempatnya. Aireen mendekati suaminya dan memegang tangannya. Kemudian, mata Mikail ditutup oleh Aireen dengan tangan. Aireen membawa Mikail ke balkoni yang luas itu.
"Tadaa... Ini saya sediakan khas untuk awak." Aireen tersengih cuba melihat reaksi Mikail. Mikail terpesona melihat sebuah meja yang dihidangi masakan western. Lamb steak dihiding kemas di atas pinggan. Situasi ini mengingatkannya seperti candle light dinner dengan lilin yang terletak di tengah meja dan sekuntum bunga ros yang diletakkan di dalam pasu gelas di sebelahnya. Semuanya cantik.
"Mr. Husband. Please, have a seat." Aireen menarik kerusi sambil mempelawa Mikail untuk duduk seperti pelayan hotel. Mikail diam tidak dapat berkata apa-apa. Jelas wajahnya menunujukkan dia terharu dengan Aireen.
"Well, selamat menjamu selera." Pisau dan garpu diambil oleh Mikail dan dia mula menjamah lamb steak tersebut. Mereka berbual seketika dan bergembira. Aireen ketawa mendengar jenaka lucu Mikail yang dibut oleh Mikail. Dia pernah ditinggalkan oleh kawan-kawannya suatu ketika dahulu sewaktu di madrasah. Akibat keletihan dia tertidur di dalam kelas walaupun sudah dikejutkan berbelas kali akhirnya kawan-kawan Mikail fed up dan membiarkannya seorang diri. Tahu-tahu sahaja dia terjaga dalam gelap.
Kedengaran bunyi seseorang mengilai. Mikail berasa seram sejuk dan pantas membaca surah-surah mengusir jin. Tiba-tiba ada jembalang ditutupi oleh kain putih berjalan di hadapannya. Mikail diam tidak bergerak. Peluh merenik di dahi.
"Ba!" Kain itu terbuka luas. Terperanjat Mikail dibuatnya. Rupa-rupanya kawan-kawannya menunggu dia terjaga sendiri dan bertindak untuk mengenakan Mikail. Kawan-kawan Mikail tidak pernah meninggalkan Mikail bersendirian tetapi tidak di sangka bahawa kawan-kawannya itu mengenakan dia sebegitu. Sungguh lucu cerita Mikail. Aireen ketawa terbahak-bahak.
Selesai sudah menjamu selera, Aireen memandang Mikail.
"Uhmm.. I want to tell you something." Mikail bertukar wajahnya menjadi serious. Lama Aireen diam dan beberapa saat kemudian baru dia membuka mulut.
"Dulu my mom and dad, I mean my biological mom and dad pernah bergaduh." Kening Mikail berkerut kerana dia tidak mengetahui selama ini Tan Sri Sheikh dan Datin Anna bukan ibu bapa kandungnya. Aireen menceritakan bahawa dia merupakan anak angkat kepada kedua ibu bapanya sekarang.
"Before that, you must be curious kenapa saya boleh jadi anak angkat kepada papa dan mama." Aireen memulakan penjelasannya.
"My mom nama dia Carla and my dad is Zaid. Parents saya gaduh disebabkan my dad menuduh my mom curang dengan lelaki lain di belakangnya. Mereka gaduh sehingga bertumbuk dan lama-lama situasi berada di luar kawalan." Mata Aireen sedikit berair. Dia menahan dirinya daripada menjatuhkan air matanya.
"My dad he kill my mom. He kill her Mikail. He kill her in front of me. Using a knife and stab her. In front of his only child." Air mata Aireen mulai jatuh. Sungguh sakit hatinya mengimbau masa silamnya yang gelap.
Mikail terdiam. Dia bangun dan mengusap-usap belakang Aireen .Dia tidak menyangka Aireen sanggup berkongsi rahsia besarnya kepada Mikail. Dia juga tidak sangka isterinya yang periang ini merupakan seorang perempuan yang melalui pelbagai dugaan dalam hidupnya.
"Saya call polis dan lari dari rumah. Sejak dari itu tiada sesiapa pun yang menemui saya. Saya hidup bersendirian di lorong gelap selama setahun. Menjadi seorang gelandangan bukan senang. Saya duduk di situ sebelum saya kenal papa. Di lorong gelap itulah tempat saya tidur, makan dan berteduh dari hujan. Dekat situ jugalah saya belajar erti kehidupan. Terlalu ramai orang jahat. Jadi, saya menukar identiti saya sebagai seorang lelaki dan belajar mempertahankan diri. Rambut saya dipotong mejadi pendek. Muka bengis saya tayangkan. Lama-lama saya dikenali sebagai street fighter. Mujur saya cepat menyesuaikan diri." Aireen semakin tenang apabila Mikail memeluknya memberi sokongan. Mikail dalam diam sungguh terkejut dengan cerita Aireen.
"Saya jumpa papa umur 11 tahun. Sewaktu itu saya merayau-rayau mencari makan. Jauh saya berjalan sehinggalah langkah saya terhenti apabila saya nampak briefcase papa diragut. Papa yang mungkin baru sahaja keluar dari bank didekati oleh dua orang peragut. Laju saya berlari ke arah mereka dan saya menyepak tangan peragut yang memegang briefcase papa. Kedua-dua peragut itu mendekati saya apabila briefcase itu terlepas dari pegangan. Saya cuba melawan sedaya upaya dan sebaik ketika itu bodyguard papa datang. Papa terhutang budi ke atas saya kerana saya berjaya menyelamatkan dia dan briefcasenya. Papa bertanya banyak soalan kepada saya seperti asal usual saya dan apa yang terjadi kepada saya sehingga menjadi begini. Setelah dijelaskan semuanya, papa bercadang untuk mengambil saya sebagai anak angkat. Sekarang saya pula terhutang budi kepada papa kerana banyak menabur bakti membesarkan saya." Mikail kembali memandang wajah Aireen.
Air mata Aireen dikesatnya menggunakan ibu jari dan dia memeluk Aireen.
"Abang tak pernah jangka perkara seperti ini berlaku kepada sayang. Banyak dugaan yang dilalui sayang. Sayang tak perlu tahan air mata sayang. You have my shoulder to cry on. Whoever you are. I'm willing to accept you so please don't struggle by yourself. Remember that I'm always here for you." Lembut Mikail memujuk Aireen. Aireen berasa terharu tetapi dia tidak mahu lagi menitiskan air mata kepada perkara yang lepas. Aireen membalas dengan senyuman sungguh dia terharu dengan Mikail yang sanggup menerimanya seadanya.
Mereka masuk ke dalam bilik semula dan diam seketika.
Lama barulah Aireen dapat bertenang. Sekarang ini dia tidak dapat lagi melepaskan Mikail kepada Suraya. Dia merasakan di saat genting dia memerlukan Mikail untuk selalu bersamanya di kala susah dan senang.
"Awak terima kasih untuk segalanya." Jujur Aireen memberitahu Mikail.
Mikail yang sedari tadi diam terkejut dengan kata-kata jujur isterinya itu. Mikail membalas dengan anggukan. Situasi menjadi panas secara tiba-tiba.
"Awak boleh saya tanya. Do you really love me?" Tanya Aireen menanti Mikail memberikan jawapan jujur.
"Of course and I will always love you only." Mikail senyum.
Hati Aireen kini diselami rasa cinta.
"Because I love you too." Straightforward jawapan Aireen.
Suasana berasa panas. Perlahan-lahan Mikail mendekati Aireen. Telapak tangan kanannya diletakkan di ubun-ubun isterinya itu. Doa perlindungan daripada syaitan dibacakan oleh Mikail sebelum mendatangi isterinya. Aireen hanya memerhatikan Mikail dengan penuh debaran.
Mikail menanggalkan robe yang dipakai Aireen dari tubuh badannya. Kini, tinggal sepasang dress tersarung pada tubuh isterinya itu. Putih gebu tubuh badan milik isterinya itu ditatap oleh Mikail. Dari wajahnya dan berhenti ke pangkal lehernya yang terdedah. Tubuh isterinya ditolak perlahan. Seraya itu, dia menyambar bibir Aireen. Buat pertama kalinya, mereka tidur bersama dalam erti kata lain Aireen menjadi isteri Mikail yang sebenar-benarnya.
Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!
Share this novel