Bab 11

Romance Series 13246

Hari ini merupakan hari yang paling gembira buat Wardina. Sudahlah exam telah melabuhkan tirai, tidak lama lagi dia akan menjadi seorang peguam yang berwawasan seperti impiannya dari kecil. Barang-barang juga sudahpun dibawa pulang sedikit demi sedikit. Senang nanti jika dah graduate, tak perlu bersusah payah angkut semua barang balik rumah.

Papa pula tiada di rumah. Barangkali outstation lagi?

Wardina mencebik. Sejak dua menjak ini, papanya suka sangat ke luar negara dan pulang lewat ke rumah. Sikap papanya betul-betul merunsingkan fikiran Wardina. Sudahlah pelajarannya kali ini papanya jarang bertanya.

Wardina agak terkilan dengan sikap dingin Tan Sri Jeffri. Seolah-olah, mereka ini orang asing. Bukan Wardina tidak pernah ajak papanya berborak sekali, tapi papanya mesti akan mengelak dengan mengatakan bahawa dia ada banyak kerja yang perlu dilakukan.

Nampak sangat nak mengelat!

Sejak pertemuan dia dan tuan kedai bunga tempoh hari, Wardina tidak dapat menangkap alasan untuk mengapa lelaki itu berada di kawasan kampusnya. Jika bukan sebab dia terlalu berkejar ke kelas pada hari itu, sudah tentu lelaki itu dia tazkirahkan dek kerana sikap biadapnya tempoh hari. Namun sampai sekarang, tiada khabar berita mengenai lelaki itu.

Mereka bukannya kenal pun. Hanya sekadar terserempak sebagai dua insan yang saling tidak mengenali. Kalau berjumpa lagi pun, Wardina tiada apa-apa lagi urusan dengan lelaki tersebut. Kad ucapan yang tertinggal hari tu pun sudah dihalalkan.

Jauh di sudut hati Wardina, dia mengharapkan agar lelaki itu memohon maaf kepadanya. At least, datanglah ke kampus untuk mencari jika benar dia rasa serba salah dengan tindakannya dahulu.
Well, segala kemungkinan telah Wardina abaikan. Asalkan masalah dia dan papanya selesai dan kembali jernih seperti dahulu kala.

Saat Wardina ingin berlalu ke dapur rumah, dia menangkap bunyi dari telefonnya. Bunyi yang menandakan bahawa ada notifikasi yang baru sahaja masuk.

Dengan satu kening yang dijongketkan, Wardina berjalan menghampiri sofa yang menempatkan telefon iphonenya dan membuka icon whatsapp.

Keluhan berat dilepaskan dibibir Wardina saat melihat mesej baharu dari gerangan misteri terhadap isterinya. Wardina sudah malas mahu membaca. Maklumlah, bila single ni banyak dugaannya.

Namun apa yang menarik perhatian Wardina adalah satu mesej baharu yang dihantar oleh satu nombor misteri.

Tanpa membuang masa, Wardina terus menekan nombor misteri tersebut. Ternayata apa yang terkandung dalam mesej tersebut menghairankan Wardina. Bagaimana nombornya dapat diketahui oleh gadis itu?

Assalamualaikum, Kak Wardina.

Saya Shafiyah!

Mata Wardina tidak lepas memandang skrin iphonenya. Barangkali tidak menyangka bahawa gadis yang ditemuinya tempoh hari mempunyai nombor telefonnya tanpa pengetahuan Wardina.

Seingat dia, sewaktu mereka bertemu dahulu Wardina tidak pernah menyerahkan nombor telefonnya atau akaun media sosial pada Shafiyah. Sebaliknya, Wardina menganggap bahawa pertemuan mereka itu hanyalah kali pertama dan terakhir memandangkan Wardina juga sudah menamatkan tempoh pengajiannya di UIA.

Mana mungkin gadis itu menemukan nombor telefonnya dengan begitu mudah?

Akak sihat?

Saya minta maaf mesej akak ni

Kening Wardina bertaut kehairanan. Rasa tak sedap pula hati dia saat itu. Kenapa pula gadis ini tiba-tiba berhubung dengannya?

Namun Wardina tetap membalas dengan hati yang masih terbakar dengan tanda-tanya yang semestinya tidak dapat dijawab.

Waalaikumussalam, Akak sihat.

Macam mana Shaf tahu nombor akak ni?

Wardina tidak suka berlapik ketika berbual. Biarlah straight to the point. Lagipun, Wardina ingin mengetahui keadaan gadis itu setelah lama tidak bertemu. Mungkin juga gadis itu mengetahui akan keberadaan papanya?

Mengingatkan papanya kembali, rasa tidak sedap hati mula menjalar dalam jiwa. Mengapa dia dapat rasakan papanya melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan? Seperti papanya ada muslihat lain dibelakangnya. Tanpa pengetahuan Wardina.

Tan Sri Jeffri seorang yang perahsia. Walaupun dengan keluarga sendiri. Namun sikap itu tidak mengancam seperti sekarang. Malah, perasaan tidak senang ini sentiasa mengawal diri setiap kali Tan Sri Jeffri berkelakuan pelik.

Lamunan Wardina terhenti saat ada satu notifikasi baru masuk. Mesej daripada Shafiyah.

I need your help!

Hanya dengan sebaris ayat itu, jantung Wardina berdegup laju tak berirama. Darah sudah mengalir laju ke seluruh badan menyebabkan dia berdiri kegelisahan.

Apa yang sudah berlaku? Mengapa ayat itu seperti menggambarkan gadis itu dalam bahaya?

Ya Allah.

Wardina semakin buntu.

Bila di dail nombor tersebut, hanya voicemail yang menerpa telinga. Gadis itu juga tidak menghantar sebarang mesej lagi. Hati Wardina dipagut rasa risau.

Serentak dengan itu, pintu rumahnya diketuk bertalu-talu tanpa segan. Bunyi ketukan yang membuatkan Wardina bertindak dengan cemas dan berlari ke arah pintu utama rumah. Tanpa fikir panjang, Wardina terus membuka pintu rumahnya.

--------------------------------------

Susuk tubuh yang menerpa pandangannya saat pintu dibuka berjaya melemahkan lutut Wardina yang hanya menunggu masa sebelum rebah ke tanah. Wajah tua lelaki itu dipandang penuh kebencian. Rasa menyesal kerana membuka pintu tadi mula menguasai diri.

Senyuman sinis mula terbit di bibir lelaki itu. Pandangan tajamnya bagai menembusi wajah kelat Wardina. Lelaki itu tidak lepas merenung Wardina walaupun wanita itu memalingkan wajahnya ke sisi.

“My dear niece. Am I not welcome into my late sister’s house?”

Wardina mengetap bibir. Sungguh, soalan dari lelaki itu benar-benar menguji tahap kesabarannya. Berani dia minta kebenaran untuk masuk ke rumah dia?

Jangan haraplah!

“Apa yang Pak Lang buat dekat sini?” soal Wardina agak kasar.

Jelingan maut diberikan khas buat lelaki yang bergear pak ciknya itu. Namun jelingan tadi tidak sedikit pun mengguris hati pak ciknya itu. Sebaliknya, orang tua itu semakin galak mentertawakan riaksi beku Wardina.

“Pak Lang datang pun tak boleh ke?”

Kalau bukan disebabkan lelaki itu adalah adik kepada arwah mamanya, sudah tentu Wardina hempaskan pintu kayu rumahnya di hadapan muka pak ciknya itu. Biar herot mulut tu baru dia tahu!

Kenapa Wardina benci sangat dengan adik kepada arwah mamanya itu? Semuanya angkara sikap lelaki itu sendiri.

Sewaktu mama masih hidup dahulu, Pak Lang sering membuatkan hidup mama kacau bilau disebabkan rasa cemburu lelaki itu. Maklumlah, mama kahwin dengan papa yang ketika itu sudah mendapat jolokan orang kaya.

Dia pula, tiada apa untuk dibanggakan.

Perkara itu berlanjutan namun mama enggan mengetepikan adiknya sendiri. Kata mama, mungkin Pak Lang tertekan kerana kesempitan hidup dengan wang yang sedikit. Pernah suatu ketika dahulu Pak Lang meminta wang sebanyak sepuluh ribu daripada mama.

Seperti biasa, papa enggan membenarkan mama daripada terus menghulurkan wang kepada adiknya yang biadap itu. Akhirnya, Pak Lang bertindak kejam dengan mensabotaj perniagaan papa.

Namun Allah Maha Berkuasa. Segala niat jahat pak ciknya itu telah terbatal apabila lelaki itu diserang strok.

“Baliklah, Pak Lang. Papa kejap lagi balik” kata Wardina dengan tegas. Masih enggan menjemput pak ciknya itu untuk masuk ke dalam rumah.

Sekali lagi, tawa sinis terpancar keluar dari bibir lelaki tua itu. Kali ini sungguh mengerikan bunyinya. Psiko ke mamat ni? Wardina mula diselubungi rasa takut.

“Dina yakin papa akan balik, huh?”

Wardina mengepalkan penumbuknya. Jika ikutkan rasa hati, sudah pecah muka lelaki itu dikerjakannya. Biarlah orang nak kata apa, janji dia selamat daripada tipu helah lelaki durjana itu.

“Apa yang Pak Lang tahu pasal papa saya? Papa mestilah kerja!”

Kembang kempis dadanya menahan rasa. Mengapa lelaki ini kembali lagi untuk memusnahkan hidupnya? Mengapa tidak mati sahaja sewaktu diserang strok dahulu? Kan senang!

Ternyata jawapan Wardina mengundang tawa jahat daripada lelaki itu. Muka sengaja dibuat-buat sedih agar dapat menunjukkan bahawa dia bersikap simpati dengan anak buahnya itu. Seakan-akan jawapan yang bakal didengari oleh Wardina kejap lagi akan membunuh segala kepercayaannya terhadap Tan Sri Jeffri.

“You don’t know your own father it seems....pity”

Wardina tidak betah lagi berdiri berhadapan dengan pak ciknya ketika ini. Tahap kesabarannya semakin menipis gara-gara mulut yang tidak ada insurans milik lelaki itu. Tanpa segan silu, lelaki itu menepis anak buahnya perlahan sebelum meloloskan diri ke dalam rumah agam milik Tan Sri Jeffri.

Pandangan dibuang ke sekeliling rumah tersebut. Rasanya sudah berbelas tahun dia tidak menjejakkan kaki ke dalam rumah arwah kakaknya ini. Sejak peristiwa sabotaj dahulu, Tan Sri Jeffri mengharamkan dia dari menjejaki rumah agam mereka.

Kepala digeleng beberapa kali. Wajah kelat anak saudaranya dipandang sekilas. Naif sungguh. Kalaulah dia tahu perangai sebenar ayahnya, sudah tentu wanita sebaik Wardina rela mengasingkan diri di tempat jauh daripada duduk serumah dengan....

Pengedar dadah.

“Papa pasti marah kalau nampak Pak Lang masuk rumah ni” Wardina menghampiri pak ciknya yang kini sudah melabuhkan punggung di atas sofa mewah milik papanya.

“Why? Bukannya papa you ada pun sekarang ni. Kan?” bidas Sharol semula. Geram pula bila tindakannya disekat oleh manusia yang sama jeliknya dengan dirinya.

Keluarga Tan Sri Jeffri memang tak berperikemanusiaan. Ketika kakaknya Sarimah ingin berkahwin dengan jejaka kaya raya dari bandar dahulu, Sharol bulat-bulat tidak setuju dengan niat kakaknya itu.

Sifat orang kaya dari bandar seperti Jeffri dahulu sangat meluat. Sharol pantang jika ada orang luar dari kampung mereka ingin masuk menjadi ahli keluarga mereka. Namun bangkahannya itu ditolak oleh Hj Arshad, bapa mereka apabila dia bersetuju ingin menjadikan Jeffri sebagai menantunya.

“Pleaselah, Pak Lang. Kalau papa balik macam mana?”

Sharol tergelak sinis sebelum wajah anak saudaranya dipandang dengan pandangan jelik.
Tak sangka anak perempuan Tan Sri Jeffri senaif ini.

“Papa you takkan balik, Dina. Trust me”

“Why?”

Pandangan pak ciknya ketika itu benar-benar membuatkan Wardina tidak keruan. Rasa tidak selesa mula bangkit dalam jiwa. Mereka bukanlah saudara yang rapat apatah lagi untuk berbual sebegini. Tujuan pak ciknya ke mari pun masih menjadi tanda tanya buat Wardina.

“You don’t want to know...”

“Apa maksud Pak Lang? Kenapa saya tak nak tahu pula apa yang papa buat?”

Senyuman hambar terukir di wajah Sharol. Rasa kesian terbit dalam jiwa. Wardina memang naif. Namun di sebabkan sikap itulah kakaknya terperangkap dengan syaitan yang bertopengkan manusia. Sharol tidak mahu anak buahnya ini terlibat sama dengan penipuan papanya sendiri.

Jadi, dia harus jujur. Walaupun kebenaran itu akan melukai jiwa seorang anak yang tidak bersalah.

“I will tell you the truth, Wardina. The truth about your father”

Keep reading guys! <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience