Mata Wardina tajam memerhatikan gerak-geri gadis di hadapannya ini. Tangannya lincah menyuap nasi ke dalam mulut. Tidak kekok langsung walaupun berdepan dengan orang asing sepertinya. Dah berapa lama perempuan ni tak makan sebenarnya? Nampak pelahap betul.
Setelah habis menyuapkan nasi ke mulut, pinggan yang sudah pun licin ditolak ke tepi. Air teh o ais yang diorder dicapai sebelum straw minuman tersebut disua ke mulut.
Sedap!
“Kenyang?”
Gadis itu hanya mengangguk sebelum menyambung perbuatannya menyedut air dengan rakus. Haus sangat ke?
“Terima kasih belanja saya hari ni, kak” kata gadis tadi setelah selesai menghabiskan airnya dengan hanya beberapa sedutan.
Wardina hanya tersenyum nipis.
Macam mana mereka boleh jumpa semula? Panjang ceritanya. Ni semua gara-gara Zurin yang membuka cerita bahawa dia pernah nampak gadis itu di tempat mereka menuntut ijazah. Gadis yang bernama Shafiyah. Pekerja papanya.
Flashback.....
“Kau biar betul, Rin?”
Wardina masih tidak percaya dengan apa yang dia dengar sebentar tadi. Zurin yang kelihatan beria-ria itu dipandang tidak percaya.
“Betul! Aku berani sumpah. Ke kau nak aku tunjukkan baru nak percaya?”
Cadangan Zurin itu sedikit sebanyak dapat memujuk Wardina untuk mempercayakan apa yang dikatakan sahabatnya itu.
“Kalau betul, apa yang dia buat dekat kampus kita?”
Soalan cepumas itu dibiarkan tidak berjawab. Manalah Zurin ada jawapan melainkan siasat sendiri hal itu. Dia sendiri tidak percaya dengan mata kasarnya saat susuk gadis yang pernah mereka jumpa beberapa hari yang lepas di kafe bersama Tan Sri Jeffri menerjah tiba-tiba.
Apa ya nama dia?
“Aku pun tak percaya mula-mula aku nampak dia. Tapi bila aku fikir balik, aku tak rasa pelik pun.
Sebab memang sebelum ni aku macam pernah nampak dia kat kampus ni”
Telahan Zurin diamati oleh Wardina. Sebagai seorang sahabat yang sentiasa jujur, Wardina tiada sebab untuk tidak percaya dengan kata-kata Zurin. Tambah pula, Zurin ada bukti.
“Mana dia? Tunjuk pada aku”
Setelah itu, Zurin membawa Wardina ke tempat ‘persembunyian’ gadis misteri tersebut. Ternyata telahan Zurin benar sekali.
End Flashback....
“Apa nama penuh awak?”
Wardina mula berbicara. Terasa canggung bila masing-masing tiada topik perbualan. Bukan berat mulut tapi lebih kepada awkward.
“Akak boleh panggil saya Shaf. Nama saya Shafiyah”
Wardina yakin bahawa gadis di hadapannya itu tidak menjawab soalannya dengan tepat.
Takkanlah nama dia Shafiyah sahaja dalam kad pengenalan? Nama bapak takde ke?
Namun Wardina tidak mahu memaksa gadis tersebut. Takut jika dia tidak selesa dengan pertanyaan Wardina. Maklumlah, Wardina ini kira macam orang asing pada gadis itu. Cumanya, yang sentiasa bermain di minda Wardina ialah hubungan gadis itu dengan papanya.
Sebab apa? Sebab Wardina yakin mereka bukan hanya berhubung atas dasar pekerja dan majikan sahaja!
“Awak memang study dekat UIA jugak ke? Jurusan apa awak ambil?”
Yang memusykilkan Wardina lagi ialah jika benar gadis bernama Shafiyah itu masih menuntut di universiti, masakan dia bekerja dengan syarikat Tan Sri Jeffri? Kelulusan ada ke?
Gadis itu seperti teragak-agak untuk menjawab. Sedar akan perkara itu, Wardina cuba menukar topik perbualan. Kesian pula dia tengok perubahan sikap gadis muda itu.
“Berapa umur awak?”
Jika bertanya umur, Wardina yakin dia boleh pancing rahsia gadis itu. Senyuman sinis disimpan sementara. Risau juga gadis itu menolak untuk menjawab pertanyaan dia.
“Sa...saya....baru 19 tahun, kak”
Terangkat kedua-dua kening Wardina saat jawapan yang tak disangka-sangka itu terbit dari bibir Shafiyah.
Sah! Dia masih belajar. Adakah papanya menipu lagi?
Wardina mengepalkan penumbuk yang masih berada di bawah meja. Rasa geram mula menyelubungi diri. Geram kerana ditipu dan geram kerana melihatkan ketidakselesaan gadis di hadapannya ini. Apa yang papanya dah lakukan pada Shafiyah?
“Jadi awak masih menuntut lagilah ni. Kenapa papa cakap awak ni pekerja dia?”
Wardina tidak mahu lagi bermanis mulut. Biar sahaja terus ke soalan panas. Dia pun bukannya jenis penyabar untuk interview lebih-lebih. Jika ada rezeki, dapatlah dia cungkil segala mak nenek rahsia yang disimpan oleh gadis itu berkenaan Tan Sri Jeffri. Lagi cepat, lagi bagus!
Wajah kelat Shafiyah menunjukkan dia tersilap langkah apabila terlalu jujur dengan umurnya tadi.
Barangkali dia tidak terfikir bahawa Wardina boleh korek rahsia secara halus? Well, ini Wardina Zahralah geng! Bakal pendakwa raya ni.
Namun Wardina yakin Shafiyah tidak mudah untuk menyerah diri. Otak gadis itu ligat memikirkan alasan untuk menjawab pertanyaan Wardina tadi.
“Saya memang bekerja dengan Tan Sri Jeffri. Dalam amsa yang sama, saya juga masih menuntut di sini”
Terang Shafiyah dengan senyuman manisnya. Dia cuba untuk mengawal debaran di dada saat panahan mata Wardina seperti hendak menebusi kepalanya. Garang sungguh! Sudahlah dia lebih muda dari Wardina, lebih naif pula tu!
Sejujurnya, dia tidak pernah dididik untuk menipu. Namun apakan daya jika soalan cepumas Wardina boleh bikin perang dunia terakhir? Haruslah dia mengatur strategi bagi mencari taktik selamat jika mahu terus hidup. Tipu sunat!
“Awak terlalu muda, Shaf. Apa yang papa saya offer awak dalam syarikat dia?” soal Wardina dengan kening yang masih berkerut. Suspicious.
“Tukang bancuh kopi Tan Sri”
Jika bukan kerana Wardina baru selesai menghirup kopinya ketika itu, sudah tentu wajah cantik Shafiyah yang menjadi sasaran penyembur cafein turbo. Memang mantap!
Dengan wajah yang masih tidak percaya, Wardina menggeleng perlahan. Tidak mampu untuk dia cerna apa yang dikatakan oleh Shafiyah tadi. Pembancuh kopi? Biar betul?
“Awak biar betul?”
Shafiyah hanya mampu tersenyum. Harapannya agar Wardina akan termakan dengan kata-katanya. Bonus juga orang seperti Shafiyah ni berwajah polos. Jika mereka yang baru mengenali si Shafiyah ni, sudah tentu menganggap Shafiyah ini lurus bendul. Hakikatnya, hanya memang
Shafiyah seorang yang polos dan lurus. Namun kerana seorang insan yang menjadikan dia daripada gadis yang naif kepada gadis yang penuh dengan dosa.
Semuanya angkara Tan Sri Jeffri!
“Saya perlukan wang lebih untuk bayar yuran universiti. Walaupun saya bukan PA Tan Sri, saya dah bersyukur dapat peluang bekerja. Walaupun hanya budak pantri”
Wardina tergamam mendengar penjelasan Shafiyah itu. Hatinya ralat memikirkan kesusahan yang ditanggung gadis di hadapannya ini. Segala prasangka buruk terhadap gadis itu melayang pergi tatkala gadis itu menjelaskan perkara sebenar.
Jauh di sudut hati, Wardina ragu-ragu untuk percaya akan kenyataan tersebut namun kerana tiada alasan untuk gadis seperti Shafiyah menipu, Wardina anggukkan sahaja.
“Saya bukan apa. Saya takut papa saya ada cakap apa-apa yang buat awak tak selesa”
Shafiyah menjongketkan kening sebelahnya.
“Kenapa pula akak cakap macam tu?”
Wardina jeda seketika. Terlepas bicara, buruk padahnya. Sekarang ini, tiada pilihan lain selain meluahkan apa yang terbuku dalam hati.
“Saya nampak awak...hmm...lempang papa saya?”
Terhenti segala pergerakan Shafiyah ketika itu yang sedang ralit menguis hujung baju dressnya.
Wardina yakin Shafiyah tidak menyangka bahawa soalan itu yang bakal ditanya. Buktinya, tengok sahaja perubahan yang ketara pada gadis itu. Sesekali Wardina terpukul dengan rasa kasian terhadap Shafiyah. Namun kerana rasa ingin tahu yang terlalu mendalam, Wardina kentalkan juga hati tisunya itu.
Shafiyah yang sedang pucat menahan rasa, hanya terme nung tidak percaya akan soalan yang terluncur keluar dari bibir Wardina. Matanya yang meluas itu, dikerdip tidak percaya. Dia tidak sangka perbuatannya termpoh hari dierhatikan Wardina.
Rasa bersalah dan malu mula bertandang dalam hati.
“Saya minta maaf, kak. Saya tak sepatutnya memalukan Tan Sri waktu tu”
Shafiyah tunduk memandang ke bawah. Agaknya kasut jenama sketchers dia lebih menarik daripada wajah anggun Wardina ketika itu.
“Awak tak perlu minta maaf, Shaf. Saya cuma nak tahu kenapa awak bertindak macam tu sahaja. Mesti papa saya ada cakap something yang buat awak marah, kan?”
Kata-kata Wardina itu mengundang air mata pada tubir mata Shafiyah. Rasa sakit di hati mula bertandang saat memori lama menerjah minda. Segala perbuatan dan kata-kata Tan Sri Jeffri kini berlayar di minda Shafiyah. Jiwa wanitanya tidak kuat untuk menanggung lagi derita.
Namun wanita hebat seperti Wardina tidak mungkin dapat menerima keburukan si ayah yang dianggap mulia. Ayah yang disanjung. Ayah yang menjadi tempat bergantung di saat ibu pergi meninggalkannya.
Shafiyah tidak sampai hati ingin membuka mulut mengenai sejarah silamnya bersama Tan Sri Jeffri.
“Shaf? Are you alright?”
Soalan yang penuh kerisauan itu menyentakkan Shafiyah dari lamunan. Cepat-cepat dia menyeka air mata yang pada bila-bila masa sahaja akan mengalir di pipi.
“Ya..ya, saya okey. Akak janganlah risau” pujuk Shafiyah yang sedikit panik dengan keterlanjurannya.
Melihatkan perubahan sikap pada gadis di hadapannya ketika itu, Wardina langsung menutup mulut dari terus berbicara lagi mengenai hal tadi. Namun Wardina nekad untuk mencari punca kepada air mata Shafiyah. Adakah Shafiyah menderita berkerja dengan papanya? Atau stress menguruskan masa dia untuk belajar dan mencari rezeki?
“Akak jangan salah faham. Air mata ni sebab saya terkenang pada semua usaha saya. Penat sikit. Kena struggle lebih”
Kalau bukan kerana Wardina seorang yang tidak suka melihat penampilan dan jenama pakaian orang lain, sudah tentu Wardina takkan percaya Shafiyah seorang yang miskin. Maklumlah, sepasang kasut Sketchers boleh tahan juga harganya.
Wardina hanya mengangguk faham. Senyuman dibibir cuba untuk dimaniskan. Bukan sikapnya untuk menjaga tepi kain orang namun kerana ada sesuatu yang tidak kena pada Shafiyah, Wardina rasakan dia patut berasa optimis.
Asalkan papanya tidak melakukan perkara yang di luar batas. Biarlah papa berubah sekali pun, jika dia tahu Tan Sri Jeffri ada terlibat dengan mana-mana kegiatan buruk, sudah tentu dia tidak dapat menerima kenyataan tersebut dengan hati yang terbuka.
I need your comment to improve my writing<3
Share this novel