Bab 5

Romance Series 13246

Mata dipisat sekali dua. Sungguh, dia tidak salah tengok. Susuk tubuh lelaki yang berada tidak jauh dari pandangannya saat itu benar-benar berada di situ. Senyuman jahat menghiasi bibir sebelum telefon jenama nokia diseluk keluar dari poket jeans lusuhnya.

Jari-jemari runcingnya ligat menaip nombor seorang kenalan. Tidak sabar rasanya untuk melaporkan penemuannya waktu itu.

Saat talian berjaya disambungkan, kedengaran suara garau lelaki dari sebalik corong telefon menyapa kasar.

“Ada apa kau call ni?”

“Barang baik, boss. Jantan keparat tu ada dekat sini”

Lelaki yang dusah berjaya menjejaki mangsanya itu berkata bangga. Serasa bagai esegala harta peninggalan Qarun dimilikinya. Mneharapkan upah lumayan dari seorang Tan Sri yang dia hubungi saat itu.

“Dekat mana?”

“Bello Cafe. Damansara, Tan Sri” jawab lelaki itu dengan riak. Barangkali harapannya untuk meraih kekaguman daripada tuannya.

Tiba-tiba ketawa jantan terletus dari corong telefon. Berdekah-dekah Tan Sri Jeffri ketawa sehinggkan lelaki yang membuat panggilan itu berkerut hairan. Apa yang lawak? Aku ada buat punch line ke tadi?

“Tan Sri? Saya buat lawak ke tadi?”

“Kau memang boleh diharap, Aman. Bagus!” puji Tan Sri Jeffri dengan sisa tawa yang jelas kedengaran.

Lelaki yang bernama Aman itu tersenyum penuh bangga. Bukan selalu kena puji dengan big boss! Manalah tau dapat upah lebih ke? Senang hidup kalau dapat makan texas chicken sesekali.

Aman kembali membuang pandangan ke arah kafe yang menempatkan seorang jejaka yang sibuk membelek sebuah fail. Sesekali lelaki tersebut menghirup kopinya dan kembalik kepada urusan yang Aman sendiri tidak pasti.

“Dia tengah buat apa sekarang?” soal Tan Sri Jeffri setelah berdiam diri seketika.
“Saya tak sure, Tan Sri. Tapi nampak dia tengah busy belek-belek fail. Hal penting kut” balas Aman dengan kerutan di dahi.

Tan Sri Jeffri terdiam seketika. Otaknya ligat memikirkan apa yang membuatkan lelaki dalam pantauannya terlalu taksub dengan kerjayanya.

Hal syarikat?

Tan Sri Jeffri tersenyum sinis. Apa ada lagi pada SM Holdings? Semuanya sudah jatuh muflis! Mana ada lagi sumber pendapatan lelaki itu setelah bekerja di bawahnya. Segala perjanjian yang termaktub dalam kontrak mereka disimpan oleh Tan Sri Jeffri.

Kontrak di mana Syed Riyyadh akan menyerahkan segala saham syarikat bapanya kepada Tan Sri Jeffri dan memaksa Riyyadh untuk bekerja dibawah lelaki itu. Kontrak yang dipersetujui oleh Riyyadh atas dasar cintanya kepada Rania Tihani, anak perempuan Tan Sri Jeffri.

Anak perempuan dia bersama Saleha, isteri kedua dan ternyata isteri rahsia yang disimpan rapi dari pengetahuan arwah isteri pertamanya.

Bagaimana perkara itu boleh berlaku?

Benar, Tan Sri Jeffri mengahwini Sarimah atas dasar cinta ketika mereka menuntut di luar negara. Sayangnya, perkahwinan yang dibina selama 6 tahun tidak berbuah dengan zuriat. Sebagai lelaki yang normal, Tan Sri Jeffri mengharapkan agar ada keturunan yang akan menyambung salah silahnya. Namun hal itu seperti menghalang dia daripada memiliki pewarisnya suatu hari nanti.

Takdir telah menemukan Tan Sri Jeffri dengan seorang wanita bernama Saleha ketika dia sibuk menghadiri outstasion di overseas. Pertemuan tak diduga itu menimbulkan bibit cinta yang akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin. Tanpa pengetahuan dan restu dari Sarimah, isteri pertama Tan Sri Jeffri.

Sebaik sahaja berkahwin, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang dinamakan sebagai Rania Tihani.

Kehadiran Rania ternyata menyerikan hidup Tan Sri Jeffri sekali gus menjadikan dia permata hati lelaki tersebut. Malangnya, kebahagiaan yang dikecapi mereka selama 5 tahun berakhir saat Saleha terlibat dengan kemalangan jalan raya. Hidup Tan Sri Jeffri kembali kosong dan muram.

Sebaliknya, Tan Sri Jeffri mengambil keputusan untuk menyerahkan Rania kepada rumah kebajikan untuk dibesarkan. Baginya, kematian Saleha meragut segala kegembiraan yang pernah dirasai hatta dengan kehadiran anak yang dinantikan selama ini.

Kesedihan Tan Sri Jeffri ternyata terubat dengan berita kehamilan Sarimah. Dia sedar dia telah berlaku tidak adil dengan wanita itu. Namun kerana takut Sarimah akan berkecil hati dan meninggalkannya, Tan Sri Jeffri membuat keputusan untuk tidak menceritakan kisah sebenar.

Sehinggalah Sarimah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Tan Sri?”

Lamunan Tan Sri Jeffri terhenti saat teringat bahawa talian masih belum dimatikan.

“Apa dia?”

Aman seperti teragak-agak ingin bertanya.

“Jadi, Tan Sri nak saya buat apa kali ni?”

Lelaki yang berada dalam panggilan itu diam seketika. Memikirkan apa yang perlu dilakukan oleh orang suruhannya pada Riyyadh. Peluang sudah ada namun bila difikirkan semula, sekarang bukanlah masa yang sesuai.

Lagipun dia ada seseorang untuk dipancing bagi mendapatkan perhatian lelaki itu.

“Biarkan dia. Tugas kau dah selesai” kata Tan Sri Jeffri seraya tangan ingin menekan butang merah bagi menamatkan panggilan.

Dia banyak kerja yang perlu dilakukan daripada bergayut dengan Aman!

“Kejap, Tan Sri!”

Tan Sri Jeffri berdecit geram. Mahu apa lagi mamat ni?

“Kau nak apa lagi ni? Aku banyak kerjalah!” bentak Tan Sri Jeffri dengan kasar.

Aman menjadi gemuruh dengan herdikan tuannya itu. Nampaknya line tak clear hari ni.

Kempunanlah dia nak makan Texas Chicken hari ni. Aman mengeluh sebelum senyum paksa.

“Oh, tak ada apalah, Tan Sri. Kalau macam tu, Tan Sri letaklah panggilan ni. Saya minta..”

Belum sempat memohon maaf, talian terus dimatikan.

Ternganga Aman dibuatnya, Sungguh dia tidak menyangka bahawa lelaki itu sebiadap itu. Baru nak minta upah. Bukan senang nak intip manusia! Riyyadh Al Mateen pula tu!

Kalau bukan disebabkan lelaki itu pernah bekerja di bawah Tan Sri Jeffri dan bekas Ketua Black Falcon, sudah tentu Aman backflip dia dan ragut segala duit yang ada dalam poket lelaki itu. Ya, bekas. Bak kata Tan Sri Jeffri, itulah pilihan Riyyadh. Dia memilih untuk berpaling dari kumpulan mereka dan akhirnya gelaran bekas menjadi miliknya.

Aman memandang semula ke arah kafe tadi. Kini, lelaki itu tidak lagi berseorangan. Seorang gadis yang berusia lebih kurang 19 tahun menghampiri meja Riyyadh sebelum dia memeluk lelaki itu.

Aman mengerutkan dahi. Sesekali kepala yang tidak gatal, digaru perlahan.

Siapa perempuan tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience