Bab 14

Romance Series 13246

Riyyadh memandang kosong bangunan kondo mewah di hadapannya. Jantungnya tidak henti berdegup laju sejak panggilan yang diterima tadi. Kini, Riyyadh berseorangan seperti yang diminta oleh pemanggil misteri tadi. Lelaki misteri yang dia percaya ada bersama adiknya saat ini.

Sebelum Riyyadh bergerak ke lokasi itu, Qaiden berkeras untuk ikut bersama. Bimbang jika lelaki misteri tersebut hanya pasang perangkap bagi mendapatkan Riyyadh. Maklum saja sepupunya itu memiliki ramai musuh.

Namun Riyyadh dengan tegasnya menolak permintaan sepupunya. Kes adiknya, hanya dia yang perlu selesaikan. Riyyadh tidak mahu melibatkan Qaiden dan akhirnya akan membahayakan nyawa lelaki itu.

“But I’m your cousin! I want to help” bentak Qaiden kasar.

Riyyadh masih diam membatu. Sudah lima minit dia tersedar dari pengsan. Kepalanya masih berdenyut memikirkan tindakan yang harus dilakukan bagi mendapatkan semula Shafiyah.

Wajah tidak puas hati Qaiden dikerling sekilas. Jawapan dia tetap sama.

“Tak boleh”

Sejurus sahaja Riyyadh sedar dari pengsannya, telefon bimbitnya kembali berdering minta diangkat. Kini, Riyyadh tidak teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut tanpa melihat pemanggilnya terlebih dahulu.

Ternyata pemanggil itu adalah Shafiyah sendiri.

“Abang!”

Suara adiknya kedengaran terdesak dan penuh kesakitan. Sungguh, terasa darah dipam laju ke seluruh badan. Riyyadh hampir sahaja pitam semula namun digagahkan untuk menyambut panggilan adiknya.

“Adik dekat mana? Please....let me help you!” rayu Riyyadh tanpa malu.

Tangisan mula memenuhi corong telefon. Hati seorang abang mula gelisah dengan rsepon adiknya. Adiknya mesti lemah didera!

“Shafiyah, tell me sweet” pujuk Riyyadh lagi.

Qaiden yang berada di sebelah hanya setia mendengar. Hati batu lelakinya juga terdetik rasa kasihan terhadap sepupu perempuannya itu.

“Kon..kondo Jeffri..”

Jadi, lelaki misteri tadi mengatakan perkara yang sebenar. Riyyadh mahu bertanya mengenai lelaki misteri itu kepada adiknya namun niatnya terbatal apabila jeritan adiknya memenuhi gegendang telinganya.

“Abang!”

Putus. Talian diputuskan secara tiba-tiba. Riyyadh kelu seketika.

Saat itu, Riyyadh tidak lagi teragak-agak untuk ke kondo Tan Sri Jeffri. Biar nyawa berganti nyawa hari ini. Nyawa adiknya perlu diselamatkan walau nyawa dia yang akan menjadi galang-gantinya. Kerana Riyyadh telah berjanji kepada arwah papanya.

Dia perlu lindungi Shafiyah sebaik mungkin. Jika dia terlewat, maka dia sendiri telah mungkiri janjinya.

Riyyadh meraup kasar wajahnya. Memori tadi sungguh segar dalam benak fikirannya. Qaiden juga telah bersetuju untuk tidak mengikutinya. Sebaliknya, dia meminta agar dapat membantu Riyyadh walaupun sebagai transport sahaja.

Setelah kereta audi hitam Qaiden hilang dari pandangan, Riyyadh menggagahkan diri untuk bergerak menuju ke pintu masuk utama kondo mewah tersebut.

Ekspresi muka dibiarkan selamba. Bimbang jika wajah risaunya akan membangkitkan tanda-tanya terhadap pengawal keselamatan di situ. Segala maklumat mengenai tingkat dan nombor bilik telah diketahui apabila lelaki misteri tadi melakukan pesanan melalui aplikasi whatsapp.

Kaki bergerak menghampiri lif berdekatan. Nasib saat itu tiada orang yang keluar masuk kondo. Jika tidak, sudah juga dia ingin serang hendap rumah musuhnya.

Apabila lif terbuka di tingkat yang menempatkan Riyyadh, lelaki itu terus meloloskan diri ke dalam lif tersebut tanpa fikir panjang. Jari runcingnya menekan butang yang bernombor tujuh belas. Boleh tahan tinggi juga rumah Tan Sri Jeffri ini.

Apabila tiba di tingkat yang ingin di tuju, Riyyadh cepat-cepat bergerak untuk mencari nombor rumah yang tertera 301-A. Hati semkain tidak keruan apabila suasana di kondo itu kelihatan terlalu sunyi.

Tiada suara langsung. Seperti tahu-tahu sahaja ada berlaku jenayah di aras tersebut. Namun Riyyadh hanya kuatkan semangatnya dengan zikir dan istighfar berulang kali. Dia yakin Allah akan menolong hambanya yang dalam kesusahan.

Setelah lima minit meronda di kawasan aras tersebut, mata Riyyadh tertancap pada nombor rumah yang dicari-cari. Akhirnya!

Tanpa membuang masa, Riyyadh mengetepikan segala adabnya dengan menerjah bilik tersebut. Ternyata pintu bilik tersebut tidak berkunci. Riyyadh menggunakan peluang itu untuk menerjah masuk bagi mencari susuk tubuh adiknya.

Tiada suara. Tiada tangisan. Hati Riyyadh diburu rasa takut. Di manakah adiknya? Adakah dia di apa-apakan? Ya Allah, Riyyadh risau dengan segala kemungkinan tersebut. Dia tidak sanggup untuk meneruskan lagi langkahnya. Namun kerana rasa tanggungjawab dan sayang terhadap insan yang bergelar adik, Riyyadh kentalkan jiwanya.

Satu persatu pintu bilik dibuka dalam rumah itu. Semuanya tidak dihuni oleh manusia. Riyyadh ingin berputus asa namun niatnya itu terbatal saat telinganya menangkap satu suara yang amat dia kenali.

“Tolong....”

Shafiyah!

Tanpa berlengah lagi, Riyyadh terus berlari ke arah satu bilik yang berhadapan dengan stor rumah. Dia tidak betah adab lagi. Adiknya dalam bahaya. Tiba sahaja di depan pintu bilik tersebut, suara adiknya semakin kuat kedengaran.

Hanya satu di mindanya saat tangan ingin memulas tombol pintu. Dia ingin melihat adiknya selamat tanpa dikasari oleh binatang yang dinamakan manusia.

Namun apa yang menjamah pandangannya saat pintu bilik dibuka adalah jauh dari sangkaannya. Riyyadh rebah di muka pintu. Hanya jeritan adiknya yang memenuhi pendengarannya.

------------------------------------

Tubuh kaku Tan Sri Jeffri dipandang kosong. Darah pekat berlumuran di baju dan cadar katil. Lelaki itu sudah tidak bernyawa. Kesan tembakan jelas kelihatan di perut lelaki itu. Perkara yang sangat mengaibkan. Riyyadh lelapkan matanya. Tidak sanggup melihat tubuh kaku musuhnya itu.

Rasa kasihan mula menjalar dalam jiwa.

“Abang...”

Lamunannya mati apabila namanya di seru oleh si adik. Riyyadh terkesima. Dia lupa bahawa dia ke sini untuk menyelamatkan Shafiyah. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, kakinya membawa ke arah sudut bilik yang menempatkan Shafiyah.

Wajah pucat adiknya meruntunkan jiwa lelaki Riyyadh. Terdapat kesan tamparan di pipi gadis itu.

“Shafiyah, are you okay? What happened?”

Tubuh adiknya dibawa ke dalam pelukan. Getaran yang terhasil adalah kerana tubuh genit itu menggigil ketakutan.

“Shaf tak bunuh dia, bang....Shaf tak tipu!”

Shafiyah meronta-ronta dalam pelukan abangnya. Jiwa gadis itu tidak tenteram selagi kebenaran tidak diungkap terlebih dahulu. Dia trauma. Trauma dengan kejadian yang berlaku depan matanya tadi.

Riyyadh pula hanya sedia mendengar. Tangan tidak henti mengusap belakang tubuh adiknya. Dia ingin menenangkan Shafiyah namun gadis itu bertindak lebih agresif. Apa yang sudah berlaku pada adiknya?

Mengapa Tan Sri Jeffri dibunuh?

“Bukan Shaf yang bunuh...”

“Ya, sayang. Abang tahu” Riyyadh masih setia memujuk.

Riyyadh buntu. Dia ingin membawa adiknya keluar dari tempat itu. Namun apabila teringat pasal tubuh kaku tan Sri Jeffri di dalam bilik itu, Riyyadh menjadi gundah. Apa yang perlu dia lakukan? Apa yang bakal berlaku jika dia keluar dari bilik tersebut?

Adakah dia akan diburu oleh pihak berkuasa? Adakah dia akan dituduh sebagai pembunuh Tan Sri jeffri?

“I wanna go home....”

Permintaan adiknya itu disetujui oleh akal waras Riyyadh. Namun dia tidak faham mengapa hatinya terasa berat untuk berlalu. Sekurang-kurangnya, mayat Tan Sri Jeffri perlu diuruskan atau dilaporkan pada pihak berkuasa.

Untuk melakukan semua itu, dia perlukan cerita sebenar dari adiknya. Lagipun hanya Shafiyah yang hadir sebagai saksi.

“Shaf boleh cerita dekat abang tak apa yang berlaku tadi?” soal Riyyadh dengan lembut.

Tubuh Shafiyah serta-merta mengeras.

“Shaf takut...”

Pelukan semakin dieratkan. Akal waras Riyyadh mengatakan bahawa semakin lama mereka duduk di situ, masalah lain pula yang akan timbul.

“Do you know the one who killed Jeffri?”

Shafiyah menggeleng perlahan. Dia tidak kenal dengan lelaki yang membunuh Tan Sri Jeffri dengan kejam tadi. Sebaliknya, dia hanya mengecam wajah dan fizikal lelaki itu. Nalurinya kuat mengatakan bahawa lelaki tersebut berumur dalam lingkungan Tan Sri Jeffri juga.

“Can we go home now? Please, Shaf janji akan ceritakan semuanya pada abang”

Riyyadh tiada pilihan selain dari menurut. Tubuh kaku Tan Sri Jeffri dipandang sekilas. Walaupun lelaki itu bersikap kejam, pengakhiran seperti itu tidak sepatutnya diterima lelaki itu. Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab pasti akan ditangkap juga.

Telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek seluar jeans yang dipakai. Nombor Qaiden di dail sebelum talian disambungkan. Riyyadh menceritakan apa yang berlaku secara ringkas kepada sepupunya itu.

Qaiden yang faham akan kegelisahan Riyyadh hanya berkata,

“Kau tak perlu risau. Biar aku settle”

Setelah panggilan dimatikan, Riyyadh mengendong adiknya keluar dari bilik tersebut. Mereka perlu bertindak cepat atau nyawa mereka yang akan menjadi galang-ganti. Dengan kudrat yang ada, Shafiyah cuba berjalan dengan normal apabila melepasi pengawal keselamatan.

Setelah berjaya melepasi pintu masuk kondo, mereka berdua meloloskan diri ke dalam kereta audi milik Qaiden yang setia menanti kepulangan mereka.

Sorry sebab lambat update bab baharu :) Ada hal yang kena settle dua tiga hari lepas but author harap readers semua don't give up on me ye? Continue support me and share this story okay? Comment korang amat dihargai untuk perbaiki penulisan saya<3 Terima Kasih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience