Bab 3

Romance Series 13246

Sekeping gambar lama yang berada di tangan, ditenung dengan pandangan redup. Sesekali ibu jari naik mengusap wajah yang berada dalam gambar tersebut. Sudah hampir 15 minit lelaki itu menenung bagaikan tidak mahu lepas dari gambar itu.

Gambar yang sentiasa menjadi tatapan saat hati mula sesat dalam kerinduan. Bertahun lamanya gambar tersebut menjadi peneman setia kemana sahaja dia pergi. Gambar tersebut sentiasa berada dalam poket blazernya. Jika tidak, dalam laci meja kerjanya.

Bagaikan ada salur kekuatan di saat hati mula jatuh ke dalam gaung kesulitan. Hanya kerana satu keputusan yang salah dibuat, hidupnya kini menjadi taruhan.

“I chose this way because of you”

Gambar tadi kembali disimpan rapi dalam laci meja kerjanya. Fail-fail yang menimbun di atas meja, dipandang sepi. Mood untuk bekerja merundum seketika. Rasa rindu yang tidak dapat lgi ditahan ingin meluap-luap keluar. Namun perasaan itu dikawal sebaik mungkin.

Dia perlu menahan diri. Bukan masanya lagi untuk berjumpa dengan pemilik hati.

“Kalau kau dah tak mampu tanggung sakit ni, kenapa tak nak kahwin lain?”

Soalan itu menyentakkan Riyyadh dari lamunan. Susuk tubuh lelaki yang bertenggek di pintu masuk pejabatnya, djeling geram.

“Inspektor Qaiden”

Lelaki yang bernama Qaiden itu melangkah ke hadapan dan melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Riyyadh.

“Rindu aku tak, cousin?” terbit sengihan kecil dibibir Qaiden saat wajah cemberut Riyyadh menjadi tatapan mata. Soalan dibalas dengan jelingan rupanya!

Riyyadh tidak lepas merenung wajah selamba sepupunya Qaiden itu. Bila masa dia munculkan diri? Sudahlah salam tak diberi, masuk pula tanpa izin. Nasib baik sepupu. Kalau tidak, memang dia gulaikan mamat selenga sorang ni!

“Datang nak promote style baru rambut ke, Inspektor? Dah lupa adab nak mengetuk pintu sebelum masuk?” perli Riyyadh. Qaiden hanya mampu sengih tak bersalah.

Kalau berjumpa dua manusia ni, tidak ubah seperti dua magnet yang sama kutubnya. Memang menolak antara satu sama lain! Kalah kucing Mak Senah dengan anjing Puan Li Siew. Gaduh itu memang selalu. Perang mulut, usah dikata.

“Sorrylah. Aku ingat nak surprisekan kau. Tak tahu pula sepupu aku yang sorang ni sendu tahap dewa”

Jelingan maut sekali lagi dihadiahkan khas buat Qaiden. Bagaikan sudah imun, Qaiden sedikit pun tidak terasa dengan jelingan tajam Riyyadh itu tadi.

“Sampai bila nak seksa jiwa raga tu, mat? Disebabkan dia jugaklah kau terjebak dengan benda mengarut ni!”

Dada Qaiden berombak menahan amarah. Sudah lama dia perhatikan sikap sepupunya itu. Kerana insan yang teristimewa kononnya, dia sanggup korbankan hidup. Ada apa dengan cinta? Bukankah cinta itu melalaikan manusia? Buktinya sudah cukup di depan mata.

Riyyadh mengeluh panjang. Qaiden tidak faham dengan perasaannya.

“Kau tak ada dekat tempat aku, Qai” mudah sahaja jawapan Riyyadh. Dia juga sudah malas mahu berdebat dengan Qaiden.

“Tak payahlah, Yad. Aku yang ada depan mata kau ni ha, tak ubah macam orang hilang akal sebab seorang perempuan”

Tangan kekar Qaiden disilangkan ke dada bidangnya. Jika amati personaliti dua sepupu ini, mereka tidak ubah seperti pasangan kembar tak seiras. Dari segi perwatakan, mereka sama-sama dingin. Fizikal juga lebih kurang sama. Dua-dua tegap dan kacak maut.

Apa sahaja yang membezakan mereka? Sudah tentulah cinta.

Jika Qaiden seorang lelaki yang alergi dengan ‘cinta’, Riyyadh pula lelaki yang kalah dengan panahan cinta.

“Kalau diberi pilihan, aku tak nak pun untuk jatuh cinta. Hati manusia senang berbolak-balik, Qai. Jangan terlalu jijik sangat dengan lumrah cinta” pesan Riyyadh.

Mata Riyyadh yang unik itu dijeling ke arah Qaiden sekilas. Lelaki itu pula hanya mencebik.

“Apa yang kau dapat? Cakap dekat aku. Sedih je memanjang”

Inilah Zer Qaiden. Terlalu prejudis dengan cinta. Sehinggakan jika ada wanita yang meminati dirinya dalam diam, dia tolak mentah-mentah. Macam mana dia boleh tahu? Well, kita bercakap tentang Zer Qaiden. Tiada apa yang mustahil jika sekecil-kecil maklumat itu diketahuinya.

“Sumber kekuatan”

Qaiden gelak sinis.

“Kekuatan ke keperitan, Tuan Syed?”

Mata hijau Riyyadh yang dari tadinya lembut kini bertukar keras. Amarah mula meluap-luap keluar dari pandangannya ketika itu. Wajah Qaiden dipandang dengan serius.

“Don’t call me that, Inspektor”

Liur diteguk kesat. Wajah bengis Riyyadh dipandang serba salah sebelum Qaiden membetulkan duduknya. Terasa kecil pula diri sendiri di bawah pandangan Riyyadh itu.

Muka yang sudah ditumbuhi jambang nipis diraup kasar. Kepala Riyyadh rasa berdenyut sakit. Sejak dua menjak ini, tidurnya tidak nyenyak. Setiap malam mesti ada mimpi buruk yang menerjah minda.

“I’m sorry, Yad. Aku tahu kau dah tak terjebak lagi dengan kumpulan tu, kan?”

Soalan dari Qaiden menyentakkan Riyyadh dari lamunan. Kepala yang terasa sakit dibiarkan tidak disapu ubat. Minyak anginnya juga sudah habis gara-gara setiap hari mengurut kepala sendiri tanpa henti. Kerana stres, rehatnya terganggu.

“Aku tak official lagi. Tapi aku nak stop” balas Riyyadh ringkas. Rambut lebatnya dikuak ke belakang. Dahi licinnya terserlah dengan parut panjang di bahagian kening kiri. Keningnya itu seakan-akan terbelah akibat kesan jahitan. Parut yang membawa memori hitam. Namun tidak sekalipun mencacatkan imejnya.

Masih kekal kacak walaupun umur tidaklah lagi muda.

“Habistu, Tan Sri Jeffri tahu tak?”

Dengar sahaja nama lelaki keparat itu, wajah Riyyadh kembali garang. Sensitif sungguh dengar nama itu!

Qaiden pula hanya diam menunggu jawapan.

“Dia tak tahu. Tapi aku rasa sekarang dia dah boleh syak sesuatu kut”

“Kenapa?”

“Jamal”

Ya, Jamal. Orang suruhan Tan Sri Jeffri yang terkuat setelah Riyyadh tamatkan kontraknya secara senyap. Jamal jugalah lelaki yang pernah menolongnya untuk menyeleweng wang syarikat Tan Sri Jeffri 5 tahun yang lalu. Atas sebab apa? Atas sebab tertentulah yang pastinya.

“Kalau bukan disebabkan Rania, mesti kau takkan terjebak dengan lelaki tua tu, kan?”

Riyyadh tersenyum nipis. Qaiden betul. Kerana seorang wanita bernama Rania Tihani, hidup seorang Syed Riyyadh Al Mateen yang dahulunya tenang tanpa sebarang ancaman, kini berubah 360 darjah.

“Aku tak pernah menyesal jatuh cinta dengan dia, Qai. Mungkin kalau bukan disebabkan dia, aku takkan pernah tahu kelemahan aku”

Riyyadh memejam mata sesaat sebelum kembali membukanya. Tangan sekali lagi membuka laci meja kerjanya dan mengeluarkan sekeping gambar lama yang setia menjadi temannya. Gambar yang membawa segala memori yang pernah singgah dalam kotak ingatan Riyyadh. Memorinya bersama arwah isterinya.

Rania Tihani Binti Jeffri.

------------------------------------------------

“Kau rasa kau layak nak jadi menantu aku?”

Soalan lelaki separuh abad di hadapannya itu dibiar sepi tidak berjawab. Sebaliknya, Riyyadh menundukkan kepalanya ke lantai. Tidak berani bertentang mata dengan lelaki hebat seperti Tan Sri Jeffri itu. Aura dinginnya benar-benar membuatkan Riyyadh tertunduk ketakutan.

“Kenapa senyap? Dah tak ada mulut ke?” perli Tan Sri Jeffri sedas.

Riyyadh menghela nafas berat sebelum mata perlahan-lahan diangkat memandang ke arah wajah bengis lelaki di hadapannya itu.

“Saya...saya tak rasa saya layak untuk memperisterikan anak Tan Sri” jawab Riyyadh antara dengar atau tidak.

Tan Sri Jeffri menyilangkan tangan di dada. Sudah hampir satu jam mereka menghabiskan masa. Dalam tempoh ini jugalah Riyyadh ingin meminta izin Tan Sri Jeffri untuk meminang anak perempuannya, Rania Tihani.

Anak perempuannya bersama bekas kekasih gelap. Anak yang tiada siapa tahu kewujudannya termasuklah isterinya dan anak perempuannya, Wardina.

“Kalau tak layak, kenapa nak bazirkan masa aku untuk semua ni?” berang lelaki itu.

Riyyadh masih tiada jawapan munasabah untuk soalan Tan Sri Jeffri. Fikirannya kusut antara statusnya di mata Tan Sri Jeffri dan cintanya terhadap Rania.

“Saya terlalu cintakan Rania, Tan Sri”

Tiba-tiba, ketawa jantan Tan Sri Jeffri terletus. Ketawa yang seakan dibuat-buat. Pedih telinga Riyyadh mendengarnya namun disabarkan juga rasa hati. Dia harus bersabar demi mengambil hati lelaki tua di hadapannya itu. Riyyadh perlukan restu Tan Sri Jeffri.

“Tuan Syed datang melutut depan aku semata-mata untuk minta restu aku? Bravo!”

Semakin galak ketawa Tan Sri Jeffri berserta tepukan gemuruhnya. Riyyadh mengetap kasar rahangnya sehingga menimbulkan urat-urat dileher. Kesabarannya makin menipis. Maruah lelakinya seperti dipijak-pijak oleh lelaki durjana itu.

“Nama saya Riyyadh”

Ketawa lelaki tadi terhenti dek suara kasar Riyyadh menyapa gegendang telinganya.

“Apa?”

“Nama. Saya. Riyyadh”

Oh. Tan Sri tersenyum sinis.

“Bapak kau letak nama kau sedap-sedap Syed. Nama keturunan hebat, kut?” sinis Tan sri Jeffri.

Wajah kelat Riyyadh dipandang sekilas.

Kisah silam antara dua keluarga yang pernah bermusuhan kerana satu tender. Kekalahan dalam perniagaan, dianggap hina oleh golongan bangsawan itu. Permusuhan antara syarikat Tan Sri Jeffri dan syarikat Tuan Syed Mokhtar Al Amin sudah berlanjutan berkurun lamanya.

Bezanya, sejak kematian bapa Riyyadh, syarikat papanya itu diambil alih oleh dia.

“Saya bukan macam papa saya, Tan sri” suara Riyyadh berubah sayu.

Jujur dia katakan. Dia tidak tahu mengapa arwah papanya sangat dibenci oleh Tan Sri Jeffri. Hanya kerana kemenangan arwah Syed Mokhtar dalam mendapatkan tender syarikat, Tan Sri Jeffri sungguh cemburu akan hal itu. Di mana salah arwah papanya pun, Riyyadh tidak pasti.

Adat usahawan. Seperti permainan juga. Menang atau kalah. Maju atau rugi.

“Kau yakin kau tak tamak macam bapak kau, Riyyadh?” soal Tan Sri Jeffri dengan wajah tidak percaya.

Anak musuhnya itu dipandang lama dengan sebelah mata.

“Tak...”

Papa aku tak tamaklah sial! Jerit Riyyadh dalam hati laranya.

“Bagus”

Demi cintanya, Riyyadh sanggup mengetepikan papa sendiri. Sanggup menelan segala hinaan dan cacian Tan Sri Jeffri terhadap Tuan Mokhtar. Demi Rania!

“Kau cintakan anak aku?”

“Ya, Tan Sri”

Jeda.

Kemudian senyuman sinis terukir pada wajah lelaki yang mula berkedut itu. Janggut yang menghiasi wajah, diusap sambil otak ligat berfikir.

“Baiklah, aku benarkan kau kahwini anak aku. Tapi bersyarat”

Meluas seketika mata bundar Riyyadh dengan kenyataan dari Tan Sri Jeffri itu.

Syarat?

Liur diteguk rakus sebelum jiwa dikentalkan. Pelbagai anasir jahat sudah mula menguasai fikirannya. Apa jadi kalau syarat tersebut melampaui batas? Mampukah dia untuk turuti?

Ah, tidak mungkin! Persetankan semua itu! Demi Rania Tihani, dia akan lakukan apa sahaja.

“Apa dia, Tan Sri?”

Bagaikan langit jatuh menimpa bumi, jiwa Riyyadh dipagut rasa terkilan. Jauh sekali dari akal warasnya untuk berfikiran sebegitu rupa. Syarat yang diletakkan bikin ralat dalam jiwa.

“Jadi orang suruhan aku. Setia dengan aku. Uruskan second job aku”

Jangan lupa like and share tau cerita ni!!! <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience