Suasana di tanah perkuburan islam itu terlihat hiba dengan tangisan halus dan bacaan ayat suci Al-Quran. Jenazah Tan Sri Jeffri sudah pun dikuburkan dengan dibantu oleh beberapa orang ahli masjid.
Wardina tidak henti-henti mengalirkan air mata. Zurin yang berada di sebelah wanita itu hanya mampu mengusap bahu sahabatnya. Dia juga mati akal. Setelah berita kematian Tan Sri Jeffri tersebar, Wardina rebah ke tanah tanpa sempat Zurin menyambutnya.
Ketika itu mereka sedang bermalam di kampung Zurin. Berita tersebut telah meragut segala kebahagiaan yang dirasai Wardina saat itu. Sungguh, dia tidak menyangka bahawa sahabatnya akan diuji sebegitu.
“Papa...”
Tangisan Wardina semakin menjadi-jadi. Hilang semua rasa malu dan segan wanita itu. Hatinya hancur dengan kepergian bapanya. Satu-satunya insan yang dia ada selain daripada pak ciknya.
Tubuhnya menggigil dengan tangisan yang tidak reda-reda. Pemergian mengejut papanya telah meragut kesemua kebahagiaan yang pernah dikecapi selama ini. Hilang tempat untuk dia bergantung.
Siapa lagi yang dia ada?
Mama sudah pergi tinggalkan dia. Kini, papanya juga!
“Dina”
Panggilan Zurin tidak diendahkan wanita itu. Orang ramai sudah mula meninggalkan kawasan perkarangan kubur. Kini, tinggallah dia dan Zurin yang masih menanti di kubur arwah. Wardina tiada ahli keluarga yang lain.
Adik kepada mamanya, Sharol juga tidak menunjukkan batang hidung dari tadi. Pergaduhan di antara pak ciknya itu dan papa sedikit pun tidak menyentuh perasaan pak ciknya itu tentang berita mengenai kematian Tan Sri Jeffri.
“Kita balik jom? Dah lambat ni”
Wardina menggeleng pantas.
Dia belum bersedia lagi untuk meninggalkan papanya. Jika dia pulang ke rumah sekali pun, siapa yang ada untuk sambut kepulangannya? Siapa yang sudi menjamah lauk yang dimasaknya?
“Kau baliklah dulu. Aku tak ready lagi” jawab Wardina lemah.
Zurin memicit kepalanya yang mula berdenyut itu. Apa lagi cara yang dia ada untuk pujuk sahabatnya itu pulang? Hari sudah mendung. Tak elok duduk lama-lama dekat kubur. Seriau pula dibuatnya!
“Weh, kau janganlah macam ni. Jom balik dulu? Tak elok duduk dekat kubur lama-lama ni” Zurin cuba beralasan.
Wardina hanya tertawa sinis. Takut? Rasa sedihnya sudah mengatasi segalanya!
“Untuk apa, Rin? Kalau aku balik sekali pun, papa aku masih dekat sini”
Allahuakbar. Zurin mati akal. Jika dia mula mendesak, sudah tentu akan menambahkan lagi kesedihan yang dirasai Wardina. Apa lagi plilihan yang dia ada? Jika dia pulang terlebih dahulu, siapa yang boleh menemani Wardina seorang diri di situ?
Zurin faham benar dengan keadaan Wardina. Kehilangan kedua-dua orang tua memang sakit untuk dialami. Tambah pula Wardina tidak mempunyai adik-beradik yang lain. Memang sebatang karalah dia.
Tapi dia harta. Ya, orang ramai pasti memikirkan hal itu. Namun Zurin lebih mengenali sahabatnya itu. Wardina tidak gila harta. Harta yang ditinggalkan oleh papanya juga Zurin pasti akan didermakan kepada anak yatim.
“Kalau macam tu, kau balik rumah aku dulu ya? Aku pasti mama aku mesti nak jumpa dengan kau hari ni” pujuk Zurin lagi.
Wardina mengeluh perlahan. Pelawaan Zurin sedikit-sebanyak membuka hatinya untuk pulang. Sekurang-kurangnya jika dia bermalam di rumah sahabatnya, kesedihannya akan berkurang dengan kehadiran mama dan papa Zurin.
Mereka juga orang yang baik-baik.
“Tak susahkan kau ke?” Wardina menyoal lemah.
Zurin menggeleng seraya tersenyum.
“Mestilah tak! Kau ni dah dianggap anak mama aku tau. Kita kan dah macam adik-beradik?” seloroh Zurin.
Wardina tersenyum nipis.
Fikiran telah dibuat. Mungkin bermalam di rumah Encik Taufik dan Puan Maisarah ada baiknya. Wardina juga risau jika dia berseorangan di rumah, pasti benda pelik-pelik akan terlintas di mindanya. Maklum saja dia berada dalam kesedihan yang amat.
“Kalau macam tu, jomlah. Tapi aku tak nak lama-lama tinggal dekat rumah kau”
“Beres, bos!”
---------------------------------
Riyyadh hanya memerhatikan keadaan sekeliling di tanah perkuburan islam tersebut. Sudah hampir dua jam dia berada di situ. Penyamaran dia membuatkan tiada siapa yang boleh mengenalinya dari jauh mahupun dekat.
Proses pengebumian Tan Sri Jeffri berlangsung selama satu jam setengah. Orang ramai sudah berpusu-pusu ingin pulang. Hari ini dia datang berseorangan. Sebagai tanda penghormatan terakhir.
Walau teruk sekali pun arwah dahulu, dia tetap bekas ayah mertuanya. Bapa kepada arwah isterinya. Sejak Shafiyah diselamatkan tempoh hari, Riyyadh tidak mendesak adiknya untuk menceritakan perkara sebenar.
Namun Shafiyah memilih untuk berterus terang akan hal sebenar. Penglibatan adiknya sebagai sugar baby kepada arwah Tan Sri Jeffri benar-benar menyesakkan dada Riyyadh. Kebenaran yang susah ditelan mahupun diluahkan tetap diterima Riyyadh sebagai tanda ingin menyenangkan hati gelisah adiknya.
Tujuan Shafiyah hanya satu. Dia inginkan wang. Sejak kematian arwah bapa mereka, keluarga mereka mengalami krisis kewangan. Syarikat Tuan Syed Mokhtar juga telah dibeli oleh Tan Sri Jeffri dengan niat untuk mengelakkan syarikat yang telah berdiri gah selama bertahun lamanya daripada direbohkan sepenuhnya.
Penglibatan Riyyadh sebagai pekerja bawahan Tan Sri Jeffri tidak menjanjikan apa-apa selain daripada ‘kerja keduanya’. Sebagai abang dan suami yang baik, dia tidak menyuap adik dan isterinya dengan duit haram yang diterima dahulu.
Oleh sebab itu, Shafiyah memilih untuk menawarkan dirinya sebagai perempuan simpanan Tan Sri Jeffri tanpa pengetahuan Riyyadh. Demi kesinambungan hidup, dia terpaksa mengorbankan maruahnya. Shafiyah tidak mahu menyusahkan abangnya tambah lagi Rania baru sahaja meninggal dunia waktu itu.
Riyyadh tidak melenting. Dia hanya terima kebenaran itu dengan hati terbuka. Sekurang-kurangnya Tan Sri Jeffri tidak pernah memaksa adiknya untuk melakukan perkara yang dia tidak mahu.
Jadi, apa yang membuatka Tan Sri Jeffri mati dibunuh?
Jawapannya masih disiasat oleh penyiasat rahsia. Sudah tentulah Qaiden. Sepupunya itu telah menjalankan tanggungjawabnya seperti yang teah dijanji tempoh hari. Segala bukti yang mencurigakan termasuklah rakaman CCTV telah pun dipadam.
Ahli lembaga syarikat dan peguam Tan Sri Jeffri buntu akan hal ini. Punca kepada kematian Tan Sri Jeffri tidak diketahui mereka.
Selama proses pengebumian arwah, mata Riyyadh tidak lepas daripada merenung susuk tubuh anak perempuan Tan Sri Jeffri. Wanita yang dikenalinya sebagai adik kepada arwah isterinya. Adik iparnya.
Wanita itu kelihatan terlalu kusut. Riyyadh yakin bahawa wanita itu tidak punya sesiapa lagi disisinya. Pada usia yang sangat muda, dia telah hilang kedua-dua insan yang paling bermakna dalam hidupnya.
Riyyadh diketuk rasa bersalah dan kasihan terhadap wanita itu. Dia tidak bernai untuk mendekat. Pasti akan ada tanda tanya yang bakal muncul dari bibir wanita itu. Hubungan dia dan arwah Tan Sri Jeffri juga tidak diketahui oleh wanita itu.
Jadi, tiada sebab untuk dia merapati wnaita itu dan hulurkan bahu untuk dia hamburkan segala tangisan yang terbuku di dadanya.
Setelah wanita itu pulang bersama rakannya, giliran Riyyadh pula yang merapati kubur yang menempatkan arwah. Batu nisan yang tertulis nama Jeffri Bin Mohamad dipegang bersama tangan yang menggeletar hebat.
“Assalamualaikum, Jeffri”
Nafas berat dihembus. Riyyadh dapat merasakan bahawa suaranya juga menggeletar seperti tangannya.
“Aku dah tahu semua cerita tentang kau dan adik aku”
Rahang diketap kasar sebelum senyuman sinis terbit dibibir.
“Kau tahu tak apa yang aku rasa bila aku dapat tahu hal tu?”
Pasir-pasir yang berada di atas tanah perkuburan itu diambil dan digenggam. Air mata mula menitis membasahi tanah. Suara serak Riyyadh memenuhi kawasan terssebut.
“Aku kecewa. Sedih sebab kau sanggup buat macam tu pada adik aku. Adik aku sanggup serahkan diri dia pada kau”
Pasir yang berada dalam genggaman dilepaskan ke tanah. Tangan naik untuk mengusap air mata yang mula mengaburi pandangan.
“Tapi aku kagum juga pada kau. Kau sanggup lindungi adik aku dan korbankan diri kau waktu tu”
Riyyadh teringat segala perkara yang diceritakan oleh Shafiyah. Menurut adiknya, pada hari mereka di kondo mewah milik arwah, Tan Sri Jeffri berniat untuk menyentuh adiknya malam itu.
-------------------------------------
“Sayang, kenapa dengan you ni?”
Tan Sri Jeffri mendekati tubuh genit milik Shafiyah. Tubuh itu dipeluk erat dari belakang. Kehadirannya tidak langsung dipeduli oleh gadis tersebut. Sebaliknya, pandangan gadis itu dibuang ke arah luar kondo.
“Shafiyah? I cakap dengan you ni” suara Tan Sri Jeffri naik seoktaf.
Tubuh Shafiyah berpaling perlahan-lahan menghadap Tan Sri Jeffri. Wajahnya yang pucat menimbulkan kerutan pada wajah tua milik lelaki yang berada di hadapannya.
“You tak sihat ke?” soal Tan Sri Jeffri prihatin.
Shafiyah hanya menggeleng.
Sudah seminggu dia terperangkap di kondo mewah milik lelaki itu. Siang malam dia terpaksa melayan kehendak lelaki itu. Dia tiada pilihan lain atau rahsianya akan diketahui oleh abangnya.
“Saya penat” balas Shafiyah sepatah.
Tangan milik Tan Sri Jeffri diangkat untuk mengusap lembut wajah gadis yang menjadi pujaan hati tuanya itu.
Apa yang menyerabutkan fikiran dia adalah mengapa gadis di hadapannya itu terlalu cepat berubah hati? Kalau dulu, hubungan mereka baik-baik sahaja walaupun secara rahsia. Hubungan terlarang mereka itu dipenuhi dengan tawa dan senyuman gembira.
Gadis itu tidak pernah merungut atau menolak permintaannya sebelum ini. Mengapa sekarang mahu berubah? Apa salah dia?
“You dah berubah tahu tak? I ada buat salah ke?”
Shafiyah mendengus geram. Apa lagi yang orang tua itu tidak faham? Dia sudah berubah! Shafiyah tidak mahu lagi terlibat dengan kancah maksiat itu. Dia ingin berubah menjadi wanita yang baik di sisi agama.
Mereka bukannya da hubungan yang halal!
“Saya dah berubah sebab saya tahu batas saya sebagai perempuan islam!”
Ketawa jantan Tan Sri Jeffri memenuhi ruang kondonya. Geli hati dia mendengar alasan Shafiyah di atas perubahan sikapnya. Dah berubah? Nak jadi perempuan baik?
“Untuk apa sayang? Kontrak kita kan tak habis lagi? Lepas dah habis, you berubahlah macam yang you nak. I pun takkan kacau you lagi. I miss you, baby”
Apabila lelaki itu ingin mengucup bibir gadis itu, Shafiyah lebih pantas dengan menepis wajah Tan Sri Jeffri. Kerana kesilapan itu, Shafiyah tidak dapat melawan apabila tanagn kekar milik lelaki itu menariknya ke arah katil yang terletak dalam bilik itu.
Shafiyah tidak dapat menepis apabila tangan tersebut memeluk tubuhnya dengan kuat. Apabila tubuhnya dicampak ke atas katil, Tan Sri Jeffri tidak menunggu masa untuk menindih tubuh kecil Shafiyah.
“Lepaslah! Aku tak nak!”
Shafiyah meronta-ronta ingin dilepaskan. Namun Tan Sri Jeffri makin menguatkan lagi pelukannya.
“Before ni you okay je layan I? Takkanlah hari ni I nak, you tak nak bagi?”
Shafiyah sudah menangis tersesak-esak. Dia sudah penat melayan kehendak lelaki itu. Dia merasakan betapa jijiknya dia dengan dosa yang dia terpaksa lakukan.
Tan Sri Jeffri serta-merta memberhentikan segala perbuatannya ke atas tubuh Shafiyah apabila menyedari wajah gadis itu basah dengan air mata. Pilu hati lelaki itu apabila perbuatannya yang agak kasar tadi merupakan punca kepada tangisan gadis itu.
Tan Sri Jeffri kembali bangun dari menindih Shafiyah. Wajah pucat gadis itu ditenung dengan rasa serba salah yang sarat di dada. Selama mereka bersama, gadis itu tidak pernah rasa terpaksa melayan kehendaknya. Namun segalanya telah berubah.
Dia tahu dia perlu hormat akan keputusan Shafiyah. Dalam kontrak mereka juga tidak boleh menyakiti antara satu sama lain.
“I minta maaf, sayang”
Shafiyah hanya memalingkan wajah.
Dia tidak betah untuk berlamaan dengan gadis yang jelas kecewa dengan perbuatannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian. Oleh itu, Tan Sri Jeffri membuka langkah ke arah luar balkoni untuk menghirup udara segar.
Namun tidak sampai lima minit dia berada di luar, telinga dia menangkap jeritan Shafiyah dari arah bilik. Luruh jantung orang tua itu apabila matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang amat dia kenali menapak ke arah katil.
Tanpa berfikir panjang, Tan Sri Jeffri terus meluru ke arah lelaki tersebut dan menepis dadanya dengan kuat sehinggakan lelaki yang menceroboh kondonya itu terdorong ke belakang.
Tubuh Shafiyah yang menggigil ketakutan di atas katil dirapati. Kini, Shafiyah tidak memberontak sebaliknya menyembamkan wajahnya ke dada Tan Sri Jeffri. Tubuh Tan Sri Jeffri dipeluk erat oleh Shafiyah. Sungguh, hatinya meronta ketakutan saat lelaki misteri yang menceroboh kondo milik Tan Sri Jeffri menapak ke arahnya tadi.
“Jeffri...Jeffri. Sayang juga kau dekat perempuan murah tu ya?” suara garau Sharol memenuhi ruang bilik itu.
Serta-merta tubuh Tan Sri Jeffri mengeras. Tubuhnya menggeletar dengan amarah yang membuk-buak. Berani lelaki itu menceroboh rumahnya dan ingin menyerang Shafiyah? Tidak serikkah lelaki itu dengan apa yang telah dia lakukan dulu?
Tak sakit kena belasah dengan orang suruhannya dulu?
“Kau nak apa, Sharol?” soal Tan Sri Jeffri yang tangannya masih erat memeluk tubuh genit milik Shafiyah.
Lelaki yang bernama Sharol itu hanya gelak sinis disertai dengan tepukan tangan yang bergema di sebalik ruang bilik. Geli hati dia melihat posisi musuhnya dengan perempuan simpanan itu.
Pengecut!
Tangan secara senyap meraba pistolnya yang berjenama Smith and Wesson 500 Magnum di belakang kocek seluar yang dipakai. Niat untuk bunuh lelaki di hadapannya itu membuak-buak dalam jiwa. Segala dendam kesumat yang disimpan terhadap musuhnya itu membutakan dia dengan rekod jenayah yang bakal dilakukannya.
Mata tidak lepas memerhatikan tindak-tanduk Tan Sri Jeffri dalam memujuk dan melindungi buah hatinya itu. Senyuman sinis terukir di bibir. Malam ini bakal menamatkan segala dendam yang tersimpan rapi. Lepas ini, dia akan kaut segala harta jantan keparat itu!
“Aku akan tamatkan riwayat kau, Jeffri!”
Shafiyah yang masih berada dalam pelukan Tan Sri Jeffri menyedari lelaki yang bernama Sharol itu sudah menghalakan pistolnya ke arah Tan Sri Jeffri. Jantungnya seakan-akan terhenti apabila lelaki itu menarik picu pistol tersebut.
Dia ingin memusingkan badan mereka namun masa seakan-akan laju berdetik. Dengan sekelip mata, peluru dilepaskan dan menusuk tepat ke arah belakang tubuh Tan Sri Jeffri. Tangan yang tadinya erat memeluk Shafiyah, kini layu tidak bermaya dan jatuh ke sisi tubuh gadis itu.
“Jeffri!”
Share this novel