Wardina memandang susuk tubuh yang berada di hadapannya dengan pandangan tajam. Ekspresi wajah dikawal segala mungkin. Seluruh tubuhnya menggigil menahan amarah yang bila-bila sahaja boleh meruap seperti gunung berapi. Tangan digenggam erat disisi.
Air bandung yang dipesan tidak bersentuh dari tadi. Lelaki yang berkaca mata di hadapannya saat itu dipandang sekilas sebelum fail di atas meja kembali dibuka.
Fail yang diserahkan oleh lelaki tadi sebagai bukti kes yang disiasatinya.
“Take a look, Miss Wardina” kata lelaki itu tenang.
Kepala masih tekun menunduk memandang skrin ipad yang berada di tangannya. Wajah masam mencuka Wardina tidak dipandang apatah lagi diendahkan.
Kening Wardina bertaut saat mata melihat dokumen tersebut dengan terperinci. Otak tidak berfungsi untuk mencerna segala maklumat yang diperoleh lelaki misteri di hadapannya itu. Wardina ragu-ragu.
Lelaki misteri itu tidak banyak bercakap sepanjang pertemuan mereka. Bagaimana mereka boleh berjumpa?
“Macam mana encik boleh tahu alamat rumah saya?”
Suara dingin Wardina memecah kesunyian di antara mereka. Bila pandang sekeliling, tiada satu pun umat manusia yang bertandang ke kedai makan mewah 5 bintang pilihan lelaki tadi. Sebab itulah Wardina tidak memesan makanan.
Air bandung pun sudah mencecah 10 ringgit! Walaupun dia anak orang berada, Wardina tidak pernah menggunakan harta papanya untuk berjoli sakan di luar. Lebih banyak perkara berfaedah boleh dilakukan dengan wang yang banyak.
Bantu orang susah juga penting.
“Let’s say....I am an expert?” balas lelaki tadi tidak berperasaan. Sesekali jari runcing milik lelaki itu menolak kaca matanya untuk kembali terletak elok dibatang hidung mancungnya.
Wardina mendengus geram.
Sebaik sahaja peristiwa pergaduhan antara papa dan pak ciknya minggu lepas, Wardina banyak menghabiskan masa bersendirian di rumah tanpa papanya. Sikap Tan Sri Jeffri juga semakin dingin sejak peristiwa itu.
Sampaikan Wardina berfikir bahawa papanya seperti orang asing di rumah. Hubungan mereka juga semakin terganggu dengan sikap tidak acuh papanya. Baran jangan cakap. Jika Wardina tersalah cakap, sudah tentu Tan Sri Jeffri melenting dulu.
Nak bawa bincang? Tidak. Papanya sudah berubah.
Dalam tempoh seminggu itu fikiran Wardina terganggu. Setelah tamat pengajian beberapa hari lepas, Zurin terlebih dahulu mengajaknya untuk balik ke kampungnya. Malangnya Wardina menolak gara-gara hati tidak tenang dengan papanya.
Dia perlukan masa untuk mencerna apa yang telah berlaku sepanjang mama mereka meninggal dunia.
“Saya tak percaya dengan semua ni. Bukti ni tak meyakinkan saya!” Fail yang berada di tangan dicampak menjauhi diri. Lelaki tadi hanya pandang tidak beriak.
Senyuman sinis terbit dibibirnya sebelum fail yang dicampak oleh Wardina tadi diambil. Wajah merah padma Wardina ditenung dengan penuh makna.
“Do you know who I am?”
Wardina menggeleng.
Ketawa halus terbit dari bibir lelaki itu.
“I am an inspector, Miss Wardina. Semua bukti yang saya kumpul ni takkanlah palsu, kan?”
Wajah Wardina serta-merta berubah pucat. Mata memandang fail dan wajah sinis lelaki tadi silih berganti. Kening berkerut tidak percaya. Jantung berdegup luar biasa lajunya. Terasa seperti aliran darah disekat dengan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki misteri yang bergelar ‘inspektor’ tadi.
“Awak tipu!”
Wardina ingin bangun beredar dari kedai tersebut. Malangnya, niatnya itu terhalang apabila lelaki tadi lebih pantas bertindak dengan menolak meja makan mereka ke arah Wardina dan menyebabkan dia terduduk kembali di atas kerusinya.
Melopong mulut Wardina dengan tindakan lelaki tadi.
Kurang ajar!
“Apa ni! Awak gila ke apa?” Wardina sudah menggelegak tahap maksimum. Suara ditahan sehabis mungkin agar tidak menjerit memandangkan restoran telah mula dibanjiri pelanggan.
Wajah tidak bersalah lelaki di hadapannya itu ditenung seperti mahu diterajang ke pluto.
Langsung tidak ada maaf yang terbit dari bibir itu. Elok pula dia kembali menumpukan perhatian pada ipad miliknya.
Sudahnya, hanya tinggal Wardina yang menahan rasa. Nak lari? Mahu dia kena jerat pula nanti. Akhirnya, Wardina hanya akur dan kembali menghirup udara segar bagi menenangkan kemarahan hati.
“I know my father well. Dia tak akan lakukan benda haram macam ni” kata Wardina tenang. Mata kembali dihalakan ke arah lelaki yang bergelar inspektor itu.
“Saya akan tanya cik dengan satu soalan sahaja. And then, you can judge your own father after this”
Wardina tidak mengangguk atau menggeleng. Hanya mendengar. Tanpa rela.
“Perasan tak perubahan papa cik? Tan Sri Jeffri mesti ada masalah kalau dah tak semesra dulu kan?”
Ayat tersebut tepat menghiris hati tisu Wardina. Siapa lelaki ini? Mengapa dia tahu segalanya? Rasa tidak senang mula bertandang dalam jiwa. Mahu balas apa? Kalau jawab ya, sudah tentu akan memberikan kemenangan kepada lelaki itu.
Kalau nafi, hati sendiri yang sakit. Hati mabu percaya butiran yang ada dalam dokumen tadi, namun akal menghalang kebenaran daripada menghancurkan kepercayaannya terhadap seorang bapa.
“Kalau sikap papa saya berubah sekali pun, ia tidak membuktikan bahawa dia terjebak dengan perkara ni. Saya harap inspektor boleh tutup kes ni atau saya sendiri akan saman encik!”
Nah, ambik kau! Wardina sudah mula mengugut menggunakan kuasa vetonya. Inilah kelebihan menjadi anak Tan Sri, lelaki terkaya di Malaysia!
Inspektor atau tidak, jika fitnah berleluasa, Wardina tidak akan teragak-agak untuk menghumbannya dalam lokap jika perlu. Biar satu dunia tahu perangai sebenar lelaki itu.
Malangnya ungutan Wardina ternyata menjadi bahan lawak lelaki tadi. Ketawa terhambur keluar dari bibirnya. Lucu sangat ya? Ingat dia tidak berani buat? Setakat pegawai polis, orang atasan papanya juga dia boleh heret dalam lokap!
“Okay, fine. But you will remember this, young lady. Kebenaran akan terbongkar juga. Lambat atau cepat, itu urusan tuhan. Yang berbuat salah, pasti ada balasannya. Fikir masak-masak. Ambil dokumen ni dan kaji baik-baik”
“You are too young to know the truth about the world we are living in”
Tangan yang mengenggam fail dieratkan hingga menampakkan urat di tangan mulus milik Wardina. Habis kemek fail tadi akibat rasa amarah yang cuba di kawal olehnya. Kata-kata lelaki tadi sedikit sebanyak membuka minda Wardina terhadap jalan penyelesaian.
“Tapi saya tak senaif yang encik maksudkan”
Kerusi diheret ke belakang. Tubuh tegap lelaki tadi menghalang pandangan Wardina gara-gara ketinggian melampaunya. Kalah mat saleh! Kaca mata dibuka sebelum senyuman ikhlas diberikan khas buat Wardina.
Tapi...nampak macam senyum kesian?
“Only time will tell”
Sejurus itu, kelibat lelaki tadi tidak terlihat lagi di restoran mewah itu. Tinggalah Wardina melayan perasaan bersama dokumen rahsia yang terlekap erat di dada.
Adakah ini satu jawapan terhadap segala tanda-tanya terhadap sikap papanya? Namun mengapa hati tidak boleh menerima jika papanya terlibat dengan kancah haram yang dikatakan oleh lelaki tadi?
Papanya seorang yang amanah. Tidak mungkin papanya sanggup melakukan perkara terkutuk seperti mengedar dadah! Wardina meraup wajahnya.
Mungkin, dia perlu buka hati untuk menerima kenyataan atau selamnaya tinggal dalam keraguan terhadap bapanya sendiri.
-----------------------------------
Gambar yang diterima melalui hantaran nombor misteri di aplikasi whatsapp ditenung oleh Riyyadh. Segala urat mula timbul di wajah apabila gambar yang dihantar khas buatnya itu jelas menunjukkan adik perempuannya bersama dengan Tan Sri Jeffri!
Shafiyah kelihatan tidak selesa dengan kehadiran lelaki tua itu bersamanya. Namun apa yang yang membuatkan jantung Riyyadh luruh apabila kelakuan mereka yang berpegangan tangan seperti pasangan bercinta.
Kepala yang tadinya elok berfungsi kembali berdenyut dengan segala macam andaian buruk. Mengapa hati rasa tidak senang melihat keintiman adiknya dan musuh ketatnya itu? Bagaimana mereka boleh berkenalan sehingga mewujudkan hubungan terlarang tersebut?
Sudah seminggu lebih Shafiyah tidak menghubungi Riyyadh. Hati seorang abang risau tidak kepalang apabila adiknya menghilangkan diri tanpa berita. Nasib baik ada sepulu seperti Qaiden. Sekurang-kurangnya sepupunya itu dapat menolong sedikit sebanyak untuk mendapatkan maklumat mengenai keberadaan adiknya.
Namun usaha mereka dalam menjejaki Shafiyah hampa apabila Qaiden tidak dapat mengesan punca utama kehilangan Shafiyah. Selama tempoh kehilangan adiknya, Riyyadh tidak terurus memikirkan keselamatan Shafiyah di tempat asing baginya.
Riyyadh hampir berputus asa dan ingin menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis. Mengapa tidak repott sewaktu hari pertama Shafiyah menghilangkan diri? Semuanya gara-gara keengganan Qaiden dalam melibatkan pegawai atasan. Kes kehilangan Shafiyah mungkin ada kaitan dengan Tan Srii Jeffri.
Jika Riyyadh berkeras ingin menyerahkan segalanya kepada pihak polis, rahsia lamanya juga akan terbongkar. Jadi, keinginan itu hanya terkubur.
Setelah lama menyiasat, akhirnya Riyyadh ditemukan dengan bukti yang dihantar oleh nombor asing. Pada mulanya dia ingin menafikan dan menyekat nombor telefon asing itu dari kenalannya. Namun kerana hati berkobar-kobar ingin mengetahui gerangan sebenar yang menghantar gambar tersebut, niatnya dibatalkan.
Mana tahu jika gambar tersebut benar?
Nombor misteri tadi ditekan untuk berhubung. Riyyadh perlu bercakap dengan orang asing tersebut. Apa motifnya menghantar gambar tersebut? Mesti orang ini mengenali dirinya dan Tan Sri Jeffri. Masakan tidak jika melihat wajah Shafiyah, dia terus menghantar gambar tersebut kepada Riyyadh?
Dua kali Riyyadh cuba untuk menghubungi nombor misteri tersebut namun gagal. Perasaan curiga mula menguasai jiwa.
Sebagai orang yang bersikap hati-hati, Riyyadh memilih untuk merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Qaiden. Jika sepupunya itu mengetahui hal seperti ini, sudah tentu dia akan bertindak dengan mengorek segala rahsia lelaki misteri itu padanya.
Jika hal sedemikian berlaku, sudah tentu lelaki itu akan melarikan diri.
“Ya Allah….”
Jujur. Dia perlukan isterinya. Kehadiran Rania dulu menyenangkan kegelisahannya. Hatinya tidak keruan. Otaknya kusut memikirkan masalah. Adakah Shafiyah benar selama ini? Yang abangnya memerlukan seseorang dalam hidup untuk mengurusnya?
Riyyadh beristighfar berkali-kali.
Pagi tadi, dia dapat maklumat daripada Qaiden mengenai anak perempuan Tan Sri Jeffri yang bernama Wardina Zahra. Adik kepada arwah isterinya Rania.
Jadi, memang benar lelaki keparat itu berkahwin dua selama hidupnya dan memilih untuk berahsia dengan semua ahli keluarganya.
Masakan tidak jika selama Rania hidup, tidak pernah sekali pun dia bercakap mengenai adik atau ibu tirinya yang lain? Sudah tentu lelaki jahanam bernama Jeffri itu merahsiakan perkara sebenar.
Adakah wanita yang bernama Wardina Zahra itu mengetahui segala rahsia keji bapanya? Tahukah dia bahawa dia mempungai keluarga lain selain dari bapa dan ibunya sendiri?
Riyyadh masih tidak percaya dengan kenyataan tersebut. Dia ada adik ipar! Adik ipar yang dia sakiti masa lalu. Peristiwa di kedai bunga dan pertemuan tak dijangka di kampus Shafiyah.
Adakah mereka berpeluang untuk bertemu kembali?
“She’s a stubborn woman, Yad”
Bahu Riyyadh sedikit terangkat apabila disergah oleh sepupunya, Qaiden. Sejak bila dia masuk ke dalam kedai bunga Riyyadh pun, dia tidak pasti.
Dah namanya Inspektor, sudah tentu pandai buat kerja pengintipan. Memang tiada bunyilah kalau dia dah keluarkan modenya sebagai seorang penyiasat rahsia. Memang misteri sungguh seorang Zer Qaiden ini!
“What do you mean?”
Qaiden melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan kaunter pembayaran. Wajah Riyyadh yang penuh kerutan itu dipandang dengan senyuman kecil di bibir.
“Adik ipar kau. Orangnya yang sangat tegas” balas Qaiden selamba. Tangan disilangkan ke dada.
Riyyadh tergelak kecil. Teringat pula dia pada peristiwa pertemuan tak dijangka mereka tempoh hari. Nampak sahaja ayu namun sikapnya yang garang itu boleh buat mana-mana sahaja lelaki berlari ketakutan akibat takut dibaham.
“Kenapa gelak? Kau tak percaya aku ke?”
Riyyadh menggeleng kepala. Cepat sahaja Qaiden salah faham dengan riaksinya.
“Aku teringat dulu waktu kami terserempak. Boleh tahan garang orangnya” ujar Riyyadh. Tidak perasan bibir sendiri ukir senyum simpul.
Bila buka topik mengenai anak perempuan Tan Sri Jeffri itu, Riyyadh sedar seperti segala masalahnya hilang ke tepi. Terbayang sahaja wajah ayu Wardina, serta-merta bibir mengukir senyuman manis. Rasa bersalah juga turut timbul akibat kekhilafan diri waktu dahulu. Riyyadh belum ada peluang untuk betul-betul memohon maaf kepada wanita itu.
Pertemuan di kampus dulu merupakan pertemuan kali terakhir mereka. Setahu Riyyadh, wanita itu telah menamatkan pengajiannya di UIA. Jika dia bertanyakan hal ini pada Shafiyah, sudah tentu adiknya mengenali Wardina bukan?
“Kau tak nak jumpa dia semula?”
Soalan cepumas yang terbit keluar dari bibir Qaiden, mematikan senyuman yang bermain dibibir Riyyadh.
Kening kembali bertaut kehairanan. Sesekali kepala digelengkan tanda tidak mengerti dengan maksud sepupunya itu. Jumpa semula? Mustahil wanita itu mahu berjumpa dengannya. Kali terakhir mereka jumpa pun, wanita itu seperti tidak sudi memandang wajahnya.
Barangkali masih berdendam dengan layanannya dahulu?
“Maksud kau?”
“Tak nak ceitakan perkara sebenar pada dia?”
Riyyadh menggeleng laju. Cerita pada Wardina segalanya? Tidak! Apa yang Qaiden fikirkan sampai rahsia gelap dia dan Tan Sri Jeffri perlu diketahui wanita naif seperti Wardina itu? Dan macam mana Qaiden boleh tahu perangai Wardina yang tegas?
Takkanlah...
“I met with her just now”
What!
“Qai! Kau buat apa?” suara Riyyadh naik seoktaf. Tidak menyangka bahawa tindakan gila itu dilakuka oleh sepupunya tanpa pengetahuan dari dia.
“Aku jumpa dengan adik ipar kaulah. Asal?”
Jawapan selamba Qaiden benar-benar menyemarakkan lagi api kemarahan Riyyadh. Asal dia kata? Tidak tahukah dia jika Wardina tahu segalanya pasti akan berlaku pergelutan antara dua beranak itu?
Apa yang akan terjadi jika Tan Sri Jeffri membuka mulutnya mengenai rahsianya berkahwin lain? Bahawa dia ada zuriat dengan isteri keduanya? Tidakkah Wardina akan sedih apabila mengetahui bahawa dia mempunyai seorang kakak yang telah lama meninggalkan dunia?
Dan dia sebagai abang ipar kepada wanita itu? Riyyadh tidak sanggup. Jika wanita itu tahu akan hubungan mereka, sudah pasti rahsia gelapnya juga akan terbongkar.
“No, Qai”
Biarlah Wanita itu hidup dengan 1001 rahsia, asalkan kisah silam yang sudah lama terkubur tidak akan digali semula.
“Dia berhak untuk tahu tentang Rania. Pasal kau!” bentak Qaiden.
Sungguh dia tidak bersetuju dengan sikap keras kepala Riyyadh. Mengapa perlu berahsia lagi? Kan sennag jika Wardina tahu akan semua rahsia gelap papanya? Mudahlah kerja dia untuk menghumbankan Tan Sri Jeffri itu ke dalam lokap. Lagipun, kehadiran Riyyadh sebagai abang ipar sudah tentu boleh menjaganya dengan baik.
“Fikir baik-baik, Qaiden. Kalau dia tahu siapa aku, sudah pasti segala rahsia silam aku dia akan tahu jugak. Kau nak ke dia tahu yang bekas pengedar dadah ni pernah berkahwin dengan kakak dia dulu?”
Qaiden terdiam seribu bahasa. Kata-kata Riyyadh tadi menusuk terus ke jiwanya. Sungguh dia tidak berfikir dengan risiko tersebut. Riyyadh benar. Teruk kesannya nanti jika Wardina tahu akan kewujudan Riyyadh dan Rania sebagai ahli keluarganya.
Riyyadh bangun dari duduknya. Tingkap kedai bunganya diperhati dengan minat. Pandangan di luar kedai sungguh menyenangkan hatinya yang bergelora. Cuaca pada hari itu agak baik. Tumbuhan juga banyak menyegarkan bumi. Tambah lagi dengan koleksi bunganya.
Mata dipejam sesaat. Saat mata ingin kembli dibuka, telinganya menangkap bunyi deringan telefon dari arah kaunter. Riyyadh berfikir bahawa telefon tersebut merupakan kepunyaan Qaiden. Namun apabila sepupunya itu menghampirinya dengan membawa iphone miliknya,
Riyyadh menyambut seraya berkata terima kasih.
Butang hijau ditekan. Serentak dengan itu, talian disambungkan.
“Hel...?”
Riyyadh tidak sempat membuka bicara apabila corong telefonnya dipenuhi dengan suara serak basah milik lelaki asing.
“Datang ke kondo Tan Sri Jeffri sekarang juga. Berseorangan atau adik kau mati malam ni juga”
Dan di saat itu, bagaikan ada batu bata yang menghempap kepala, Riyyadh rebah ke tanah bersama air mata yang jatuh berguguran. Qaiden sempat menyambut sepupunya itu sebelum iphone milik Riyyadh diambil dari tangannya.
Ternyata, talian sudah dimatikan oleh lelaki misteri tadi.
Author nak mohon maaf sebab beberapa hari ni tak update bab baru sebab kekangan masa but insya Allah author akan cuba merajinkan diri siapkan cerita ni <3 Enjoy semua!
Share this novel