Bab 12

Romance Series 13246

“Kau buat apa dekat sini?”

Wardina menarik nafas lega apabila susuk tubuh papanya menerpa ke arah penglihatannya. Tubuh kaku pak ciknya dipandang dengan senyuman sinis.

Tan Sri Jeffri menapak ke arah adik iparnya dengan wajah yang bengis. Berani dia jejakkan kaki di rumahnya setelah dilarang dahulu?

Dan berani dia hendak bocorkan rahsia yang disimpan rapi dari pengetahuan anaknya, Wardina?
Lelaki itu memenag jahanam!

“Abang ipar!” tegur Sharol dengan suara yang dibuat-buat teruja. Wajah bengis Tan Sri Jeffri dipandang tanpa rasa serba salah.

Tangan kekar milik Tan Sri Jeffri mencengkam kuat kolar baju yang dipakai Sharol. Hanya disebabkan saiz mereka berbeza, tubuh genit Sharol terdorang ke hadapan dek kekuatan Tan Sri Jeffri yang melebihi tenaga lelaki seumur dengannya.

“How. Dare. You!”

Wajah merah padam Tan Sri Jeffri dipenuhi dengan urat yang timbul serta peluh yang mula membasahi dahinya. Sikit lagi. Jika dia terlewat tadi, agaknya apalah rahsia gelapnya akan diberitahu kepada Wardina?

Dia tidak dapat membayangkan wajah anak perempuannya dipenuhi rasa kecewa disebabkan sikap liar dan tidak berperikemanusiaan papanya.

Sejahat-jahat dia, dia masih sayangkan anak perempuannya!

“Kenapa? Kau takut, huh?” cabar Sharol. Cengkaman yang semakin kuat di lehernya dibiarkan sahaja.

Wardina yang hanya menyaksikan adegan tersebut hanya mendiamkan diri. Otak masih ligat mencerna apa yang dikatakan oleh pak ciknya sebentar tadi. Jauh di dalam sudut hatinya, Wardina tidak percaya dengan kata-kata Sharol. Namun riaksi agresif daripada Tan Sri Jeffri membuatkan dia ragu-ragu terhadap insan yang bergelar bapa itu.

Kebenaran pasal apa?

“Kau dengar sini, Sharol. Dulu kau dah musnahkan hidup aku dan isteri aku. Sekarang ni kau nak kacau anak aku pulak?”

Pandangan tajam Tan Sri Jeffri dibalas tenang oleh Sharol. Senyuman sinis bermain di bibir lelaki separuh abad itu. Wajah tenang Sharol sedikit pun tidak menunjukkan bahawa dia tergugat dengan amarah Tan Sri Jeffri.

Sebaliknya, dia geli hati melihat wajah cuak lelaki yang bergelar abang iparnya itu.

Jarak di antara Tan Sri Jeffri dan Sharol didekatkan lagi apabila Tan Sri Jeffri tunduk ke arah telinga adik iparnya untuk membisikkan sesuatu. Perkara yang dia tidak mahu Wardina tahu antara mereka berdua.

Dia tahu tindakannya itu akan menimbulkan syak wasangka dalam diri anaknya namun perasaan itu dicampak jauh agar rahsia yang dia simpan ini terpelihara untuk sementara waktu. Lelaki seperti Sharol tidak boleh dibuat main.

Lelaki itu tahu segala hal mengenai empayar Tan Sri Jeffri. Termasuklah kerja ‘keduanya’. Jika dia perlu suap lelaki itu dengan berbilion-bilion duit sekali pun, dia sanggup.

Asalkan kerjanya sebagai pengedar dadah tersimpan rapi daripada pengetahuan Wardina.

“Listen here. I will give you anything you want but please! Tolong jangan bukak mulut mengenai perkara ni depan anak aku. Faham?”

Tan Sri Jeffri tidak peduli lagi. Jika dia harus merayu, biarkan! Maruah nombor dua jika dibandingkan dengan rahsia gelapnya itu.

Bertahun-tahun dia simpan agar tidak terbongkar. Hatta daripada pengetahuan arwah isterinya dahulu!

Jika Sharol setuju dengan niatnya itu, rahsia Tan Sri Jeffri masih selamat buat sementara waktu. Cuma satu lagi masalah yang perlu diselesaikan.

Riyyadh.

“Kenapa? Kau takut ke, Jeffri?” bisik Sharol sinis.

Genggaman dikolar baju Sharol semakin kuat. Walaupun kekurangan nafas, Sharol tidak ingin memberikan kepuasan pada abang iparnya itu.
Biar dia melutut padanya!

“Sharol. Kau minta apa sahaja aku bagi. But please....Wardina can’t know this!” bisik Tan Sri Jeffri separuh merayu.

Wajah pucat anaknya dikerling sekilas. Betapa polosnya anak daranya itu. Jika dia tahu kerja haram papanya, agaknya Wardina akan memaafkan dirinya tak?

Perkara yang paling ditakuti Tan Sri Jeffri adalah kerjaya Wardina nanti. Wanita itu sudah berjaya menghabiskan pelajarannya dan hanya menunggu masa untuk memulakan hidupnya sebagai seorang peguam bertauliah.

Wardina suka menegakkan keadilan. Benci kepada kejahatan. Jika suatu hari nanti rahsianya diketahui Wardina, sudah tentu anaknya itu akan menghumbannya ke dalam lokap. Walaupun dia adalah bapa sekalipun. Amanah tetap amanah.

“Well, kalau betul itu yang kau nak. Aku terima”

Tan Sri Jeffri menghembuskan nafas lega.

Namun kelegaan itu hanya sementara apabila senyuman sinis kembali menghiasi wajah tua Sharol. Pasti permintaan dia tidak masuk akal kali ini.

“Tapi dengan satu syarat....”

Liur diteguk kesat sebelum telinga dipasang untuk mendengar setiap bait kata yang keluar dari mulut Sharol.

“Tell me!”

Tan Sri Jeffri semakin terdesak. Lelaki dihadapannya itu suka mempermainkan kesabarannya. Jika bukan kerana kehadiran Wardina dalam rumah itu, sudah tentu wajah adik iparnya itu pecah gara-gara ditumbuk leh tangan sasanya.

Menguji kesabaran betul! Sudahlah kesabarannya senipis kulit bawang.

“Replace me with your servent Riyyadh in the company or give me your beautiful sugar baby. Choose, Jeffri”

Tan Sri Jeffri tidak membalas sebaliknya matanya mula terasa berat. Telinganya sempat menangkap jeritan Wardina yang memanggil dirinya sebelum mata mula terpejam dan jantungnya mula berhenti bekerja.

Apa yang Sharol sudah lakukan padanya?

----------------------------------

Riyyadh menutup kembali fail yang dibaca sebentar tadi. Segala maklumat yang tercatat di dalamnya benar-benar memeningkan kepala. Otaknya ligat mencerna segala bait perkataan yang tertulis di dalam report yang disediakan oleh sepupunya.

Zer Qaiden memang licik dalam bekerja. Segala maklumat yang diperlukan Riyyadh sudah lengkap disusun di dalam satu fail.

Namun cuma hati yang masih ragu-ragu untuk mempercayai maklumat tersebut. Maklumat yang sudah dijamin tulen oleh penyiasat terhandal Malaysia. Siapa lagi kalau bukan sepupu merangkap kawan baiknya?

“Kenapa? Kau tak percaya?” soal Qaiden kehairanan.

Riyyadh angkat wajah. Bahu dijongket sekali tanda tidak pasti.

“Bukan aku tak percaya maklumat kau. Tapi sebab aku tak boleh terima kenyataan yang perempuan ni adik ipar aku sebenarnya”

Qaiden mengangguk faham.

Pada mulanya, dia agak terkejut juga dengan maklumat yang dia perolehi sendiri mengenai wanita yang dimaksudkan Riyyadh sebagai adik iparnya itu. Wanita sama yang pernah hadir ke kedai bunga Riyyadh.

Pertemuan pertama mereka sudah menimbulkan api kebencian dalam diri wanita itu. Jika dia tahu tuan kepada kedai bunga yang pernah dia bertemu dulu adalah abang iparnya, sudah tentu meroyan hingga ke anak cucu.

Masakan tidak terkejut jika selama ini dia hanya hidup sebagai anak tunggal Tan Sri Jeffri? Tidak pernah mengetahui kewujudan kakaknya yang bernama Rania Tihani?

“Kenapa Tan Sri Jeffri nak sorokkan perkara ni?” soal Qaiden senada.

“Mungkin dia kahwin dengan mummy Rania senyap-senyap dulu? Aku pun tak tahu apa motif orang tua tu, Qai” balas Riyyadh lemah.

Hatinya terkilan kerana arwah isterinya pergi meninggalkan dunia tanpa mengetahui akan kewujudan adik dan ibu tirinya. Dia pergi tanpa mengetahui kerja ‘kedua’ papanya dan identiti gelap suaminya dahulu.

Riyyadh meraup wajah. Air mata jantannya tumpah jua.

Rasa serba salah yang menggunung dalam jiwa, tidak mampu ditanggung sendirian. Masalah kehilangan adiknya juga tidak diketahui sehingga ke hari ini. Qaiden gagal menjejaki keberadaan Shafiyah.

“Aku risau dengan kau, Yad. Kau stress”

Riyyadh tidak membalas sebaliknya hanya membuang pandang ke luar tingkap kedai bunga miliknya. Mindanya serabut untuk berfikiran logik. Otaknya kusut memikirkan masalah yang tidak pernah habis.

Hidup dia tidak lagi indah sejak kematian Rania. Walaupun dia terperangkap dengan dosa dan dunia gelap Tan Sri Jeffri, sekurang-kurangnya dia ada Rania sebagai sumber kekuatannya.

Hidupnya tidak lagi terurus setelah Rania pergi selamanya meninggalkan dirinya terkontang-kanting.

Riyyadh tidak lagi peduli dengan kebahagiaannya. Makan dan minum kadang tidak terurus. Berat badan pun menyusut. Nasib baiklah ada kedai bunga sebagai tempat dia mengubat rasa rindu terhadap isteri.

Menghantar pesanan ringkas juga sering menjadi aktiviti terluang Riyyadh. Walaupun nombor Rania sudah tidak digunakan lagi, Riyyadh tetap tidak terlepas daripada menukilkan kata-kata cintanya terhadap si isteri.

“Love makes you miserable. I hate it”

Riyyadh tersenyum hambar. Sepupunya memang alergik dengan cinta. Kata Qaiden, cinta hanya melemahkan manusia. Menambahkan kekusutan dalam kepala ketika bekerja.

Mungkin belum tibanya masa untuk Qaiden bertemu dengan gadis yang tepat untuknya. Jika masa itu tiba, sudah tentu Riyyadh akan kembalikan paku buah keras pada sepupunya itu.

“Kau tak faham, Qai”

“Memang aku tak faham. Look at you! Sebab cinta kau jebakkan diri kau dalam kancah haram orang tua tu. Sebab cinta kau tak terurus macam ni. Tell me why love is worth it”

Pandangan sayu terbias di sebalik iris hijau milik Riyyadh. Qaiden memang betul tidak faham dengan konsep cinta. Jika dia perlu tahu betapa pentingnya cinta dalam hidup seseorang, Riyyadh akan jelaskan padanya. Mungkin bukan sekarang.

“Kau akan faham bila tiba masa tu, Qai. Trust me. Waktu tu, kau akan sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan cinta hati kau”

Benar. Dan kerana itulah Riyyadh sanggup melepaskan Rania kerana isterinya itu telah pun bergembira di sana. Tidak perlu lagi menanggung kesakitan selama dia hidup. Untuk itu, Riyyadh reda dan menerima ketentuan Allah terhadap dirinya.

Mungkin juga Allah ingin menegur hambanya. Jika Allah tidak ambil kembali Rania, mungkin sampai hari ini Riyyadh tidak akan keluar dari kumpulan haram Tan Sri Jeffri.

Kerana itu, Riyyadh bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk kembali ke jalan yang benar.

Sorry sebab author lambat update bab baru memandangkan author pergi bercuti 2 hari ni... Anyway teruskan membaca dan support, commemt and share karya author niii<3 Love you guys!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience