2 tahun kemudian.....
Buku log yang berada di atas meja ditarik masuk ke dalam beg galas yang dibawa. Meja di susun rapi agar tiada satu pun kertas yang berselerak. Jam di pergelangan tangan menunjukkan pukul 5 sekali gus menandakan waktu bekerja sudah tamat.
Wardina menutup suis laptop yang dibawanya bersama dan menyimpan alat elektronik tersebut ke dalalm beg khas. Telefon bimbit dicapai sebelum pesanan ringkas dibuat.
Zurin aku baru habis kerja. Dalam setengah jam lagi aku sampai jemput kau.
Memandangkan sahabatnya itu masih belum mahir membawa kereta, Wardina telah dilantik menjadi pemandu peribadi Zurin. Bukan tiada lesen, namun kerana rasa takut melebihi segalanya.
Banyak sahaja alasan wanita itu apabila disuruh pandu kereta sendiri. Kononnya takut kemalangan, terlanggar orang dan sebagainya. Bukan murah ya nak bayar belajar bawak kereta! Nasib baiklah keluarga Zurin ni bukanlah orang yang susah.
Setelah memastikan keadaan pejabat teratur dan kemas, Wardina segara berlalu keluar demi mengejar masa ke tempat kerja Zurin pula. Sebaik sahaja tiba di kawasan parkir kereta, mata melilau mencari kereta yang diparkirnya pagi tadi.
Masalah Wardina ini hanya satu. Selalu sangat lupa dekat mana dia parking kereta. Bukan tidak snap gambar. Namun kerana lebih mengejar masa, perkara mudah itu selalu lupa untuk dilaksanakan.
Setelah hampir 2 minit berlegar di kawasan tersebut, kereta Mini Cooper Countryman yang berwarna kelabu menarik pandangannya. Tanpa berlengah masa, kaki dilajukan beberapa langkah untuk menuju ke arah kereta tersebut.
Setelah meloloskan diri ke dalam keretanya, Wardina segera menghidupkan enjin dan berlalu pergi dari kawasan tempat kerjanya itu. Wardina tidak kekok lagi untuk keluar dan masuk ke dalam kawasan tersebut.
Sudah hampir 2 tahun dia bekerja dia syarikat guaman itu. Cita-citanya untuk menjadi seorang peguam akhirnya digapai juga. Namun kes pembunuhan bapanya tidka pernah dilupakan. Sebaliknya, Wardina tekun mencari bukti untuk dikemukakan pada mahkamah nanti.
Sudah lama kes itu ditutup akibat masih tidak menjumpai pelaku misteri. Walau bagaimana pun, pendirian Wardina tetap teguh demi menegakkan keadilan. Dia tidak akan memaafkan apatah lagi membiarkan pembunuh papanya hidup bersenang-lenang di luar.
Biar siasatannya mengambil masa berpuluh tahun sekalipun, apabila tiba masanya nanti dia sendiri akan mengheret pelaku tersebut ke dalam lokap.
Sebaik sahaja bangunan tempat Zurin bekerja kelihatan, Wardina membelok kereta Mininya ke dalam kawasan tersebut. Selalunya dia akan pick up sahaja si Zurin itu memandangkan wanita itu lebih selesa menunggu di lobi bangunan.
Sudah pastinya memudahan kerja Wardina, bukan?
Apabila kelibat Zurin kelihatan, Wardina segera memberhentikan keretanya di kawasan lobi bangunan tersebut. Sebaik sahaja terpandangkan kehadiran kereta Wardina di situ, Zurin dengan terujanya berlari anak ke arah kereta yang dipandu Wardina.
Pintu bahagian penumpang di hadapan dibuka sebelum Zurin menghenyakkan punggungnya di atas kerusi kulit kereta itu.
“Thanks a lot, my friend!”
Wardina hanya mencebik. Mestilah harus berterima kasih kepada pemandu peribadi yang tak dibayar gaji kan?
“Yelah. Aku kan driver tanpa gaji kau” perli Wardina dengan mimik wajah yang dibuat-buat menyampah.
Zurin pula hanya ketawa berdekah. Suka betul dia kenakan sahabatnya itu. Wardina kalau geram pasti comel.
“Kalau macam tu, biar aku rawat hati kau tu dengan belanja kau makan. Nak?” pelawa Zurin dengan wajah yang penuh harapan.
Dia pun sebenarnya memang tengah lapar. Lunch tadi tak sempat nak menjamah sebutir nasi pun apabila ada tugasan penting yang perlu disiapkan. Kalau tidak, kena pecatlah dia dengan big boss nanti!
Bos Zurin pun satu. Dia punya tak boleh bawak bincang tu mengalahkan ah long yang kutip hutang. Ada sahaja yang tidak kena. Mesti pentingkan perfection. Nasib badanlah bekerja di situ. Apa boleh buat? Gaji yang ditawarkan boleh tahan lumayan. Kalau bukan disebabkan gaji, dah lama Zurin angkat kaki.
“Boleh tak, Dina?”
Wardina hanya tersenyum sinis.
“Kau nak belanja aku ke nak isi perut kau tu?”
Zurin menyengih tidak bersalah.
“Fine. Tapi tak payahlah nak belanja aku sangat. Kau tu ingat aku tak tahu, kalau dah lapar memang belanja sakan, kan?”
Zurin terjerit riang. Sayang betul dia pada Wardina ini. Sentiasa memahami. Walaupun sahabatnya itu menolak, namun Zurin tetap ingin belanja wanita itu makan. Tanda berterima kasih sebab sudi hantar dan ambil dia bekerja.
------------------------------
“Kenyang?”
Zurin mengangguk laju. Tangan masih memegang erat gelas teh o ais. Mulut pula tidak henti dari menyedut air itu. Sukanya hati bila perut sudah kenyang.
Cumanya kali ini ada kejutan. Wardina yang gatal nak hulur duit. Katanya biarlah dia yang belanja hari ini memandangkan duit gajinya masuk hari ini. Zurin pula, ambil kesempatanlah!
“Thanks belanja aku. Mesti mahal kan kau nak bayar semua ni?”
Rasa serba-salah mula terbit dalam hati. Dia juga tidak beragak-agak order makanan tadi. Habis segala jenis seafood dia order. Wardina pula hanya diam dan mengangguk bila ditanya. Dia jenis makan semua. Tidak memilih.
Wardina hanya menggeleng. Satu senyuman manis terbit di bibir.
“Aku ikhlas. Makanlah banyak-banyak”
Zurin kembali tersengih.
Sedang mulut sedap mengujah sotong goreng tepungbyang diordernya tadi, mata Zurin tertancap pada satu susuk tubuh yang sangat mencurigakan dari arah sudut kedai. Nampak gaya seperti lelaki. Zurin tidak dapat mengecam lebih-lebih disebabkan lelaki itu berhoodie.
Terus mati seleranya. Rasa macam diperhatikan. Lelaki misteri itu juga tidak lepas memandang ke arah Wardina.
“Kau okey tak?” soal Wardina apabila perasan akan perubahan air muka Zurin.
Zurin menghalakan pandangannya pada Wardina. Wanita itu sentiasa oblivious pada keadaan sekeliling. Dia pula terlebih paranoid. Agaknya kalau betul lelaki misteri di sudut kedai tadi memang memerhatikan mereka, adakah mereka dalam bahaya?
Zurin memejamkan mata sebelum menarik nafas dalam.
“Aku rasa tak sedap hatilah”
Kening Wardina bertaut kehairanan.
“Asal? Kau nampak apa?”
Belum sempat Zurin menghalang, Wardina terlebih dahulu menghalakan kepalanya ke arah sudut kedai. Lelaki tadi sudah bangun secara tiba-tiba. Kelakuannya agak mencurigakan dan kalut. Wardina pula masih tidak sedar akan perubahan tersebut.
Kepalanya hanya memandangkan sekeliling sebelum kembali memandang wajah cuak Zurin.
“Ada apa? Aku tak nampak apa-apa, pun”
Zurin tidak mengendahkan soalan Wardina sebaliknya memerhatikan gerak-geri lelaki tadi sehingga dia meninggalkan kedai makan.
“Tak ada apa-apa kut. Biasalah, aku kan jenis yang paranoid” nafi Zurin. Sedikit lega apabila lelaki tadi sudah meninggalkan kedai.
Wardina pula hanya menjongketkan bahu tanda dia tidak ambil peduli pun dengan hal tadi. Dia pun tahu perangai Zurin yang satu itu. Semuanya hanya disebabkan oleh satu peristiwa.
Peristiwa hitam yang sentiasa terpahat dalam memori mereka berdua.
“Kau nak pergi mana-mana tak lepas ni?” soal Wardina kembali mengalihkan perhatian Zurin.
Sahabatnya itu pantang ditanya, pasti otak ligat berfikir destinasi mana yang perlu disinggah sebentar nanti.
Bila muka Zurin sudah bercahaya, sudah tentu ada idea yang terlintas dalam otak ligatnya itu.
“The Mines!”
Okay. Kali ni mungkin Wardina tidak boleh menghantar Zurin ke sana. Dia perlu pulang awal ke rumah. Kalau nak ke Mines tu memakan masa berminit lamanya. Tak masuk lagi kalau ada kesesakan lalu lintas.
Zurin yang seperti faham dengan keadaan Wardina berkata,
“Kali ni kau tak payah hantar aku. Aku naik grab je”
Nafas lega dilepaskan.
“Betul ni? Ke kau nak aku hantarkan jugak?”
Wardina rasa bersalah pula bila biarkan Zurin berseorangan ke sana. Sudahlah sahabatnya itu masih ada trauma berikutan kisah lama.
“Tak apa. Aku serious. Kau balik je dulu. Lagi pun kau dah belanja aku makan mahal-mahal ni!” kata Zurin ingin menyedapkan hati Wardina.
Setelah diyakinkan oleh Zurin, Wardina kembali lega. Sebaik sahaja makanan sudah habis dijamah, mereka berdua keluar meninggalkan kawasan kedai makan tersebut.
-------------------------------
“Pergi elok-elok tau!” pesan Wardina kepada Zurin.
Wanita itu hanya mengangguk. Sudah 10 kali dia mendengar benda yang sama. Risau betul Wardina untuk lepaskan dia berjalan berseorangan. Trauma yang dialami dulu pun sudah dia atasi.
Apa-apa pun, Zurin tetap terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Wardina terhadapnya.
Setelah memastikan Zurin selamat masuk ke dalam kereta yang menyediakan perkhidmatan e-hailing itu, Wardina kembali menapak ke arah kereta yang diparkir berhadapan dengan kawasan kedai makan tadi.
Untuk ke sana, Wardina perlu melintasi jalan raya. Disebabkan jalan terlalu sibuk dengan kereta, Wardina perlu menunggu seketika. Orang ramai berpusu-pusu ingin pulang ke rumah. Tidak hairanlah jika jalan raya sesak.
Beberapa detik kemudian, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej baharu yang masuk ke dalam notifikasi.
Wardina tersenyum membaca mesej tersebut.
Nama Shafiyah tertera di pesanan tersebut. Sudah lama mereka tidak bertemu. Namun mereka tidak pernah putus berhubung. Mungkin gadis itu masih menuntut di UIA? Wardina masih tidak berpeluang untuk bertemu dengan gadis itu.
Sedang mata asyik membaca pesanan ringkas itu, Wardina tidak perasan akan masa yang berjalan laju. Jalan raya juga sudah mula berkurangan kereta. Apabila menyedari akan hal tersebut, Wardina cepat-cepat menyimpan semula iphonenya ke dalam kocek seluar.
Kepala dihalakan ke arah jalan. Memerhatikan kehadiran kereta di kiri dan kanan jalan. Setelah memastikan tiada kereta yang hampir dengan kedudukannya sekarang, Wardina cepat-cepat melintas.
Malangnya, sedang kaki telah tiga tapak ke hadapan, matanya tertancap pada kelibat kereta yang laju menghala ke arahnya. Tidak sempat berbuat apa-apa, Wardina hanya menjerit sebagai refleks.
Dalam hati sudah berzikir dan mengucap. Mata dilelapkan tanda menanti takdir yang bakal menimpa dirinya. Wardina pasrah. Mungkin ini adalah pengakhiran jalan hidupnya. Dia kesal. Kesal kerana tidak sempat untuk menegakkan keadilan terhadap kematian bapanya.
Tidak sampai sesaat, Wardina merasakan tubuhnya ditarik kuat oleh seseorang dan menyebabkan dia jatuh ke dalam pelukan penyelamatnya itu. Kereta tadi pun sudah berlalu pergi meninggalkan kawasan tersebut.
Jantung Wardina mengepam laju. Terasa darah banyak mengalir ke otak. Bila minda sudah mula berfungsi dengan baik, mata dibuka perlahan.
Saat itu, mata hazel Wardina bertembung dengan mata hijau milik penyelamatnya tadi.
Semakin mendebarkan tak bab ni??? NANTIKAN BAB SETERUSNYA OKAY! Teruskan membaca dan share pada yg lain ye<3
Share this novel