Riyyadh meraup kasar wajahnya. Kejadian pagi tadi masih bermain-main dikotak memori. Sungguh, dia tidak menyangka dia akan berdepan dengan rahsia yang Tan Sri Jeffri cuba tutup selama ini. Hatinya tidak dapat menerima kenyataan tersebut.
“Tan Sri Jeffri, you are the best man in the world”
Kata-kata tadi terngiang-ngiang di telinga Riyyadh. Dia pelik. Dia kecewa. Di marah kerana lelaki itu merahsiakan segala perkara ini daripada pengetahuan Rania mahupun dia! Tidak mungkin perempuan tadi menipu statusnya sebagai anak perempuan Tan Sri Jeffri.
Lihat sahaja pada cara pemakaian dia tadi. Memang menunjukkan di adalah golongan yang ada-ada. Tidak hairanlah jika dia merupakan anak kepada salah satu daripada lelaki terkaya di Malaysia.
Riyyadh tidak tahu apa yang merasuknya tadi sehinggakan dia menghalau wanita yang tidak bersalah tadi keluar dari kedainya.
Segala kad ucapan tidak sempat diserahkan, wanita itu pergi membawa bunga bersama air mata yang membasahi pipi mulusnya. Sedih kerana ditengking oleh tuan kedai. Ditengking oleh dia!
Flashback....
“You are....Tan Sri Jeffri’s daughter?”
Wardina mengangguk perlahan. Pelik dengan perubahan sikap pada lelaki dingin itu. Jika tadi dia dingin, sekarang dia beku! Beku yang amat!
“Of course saya anak dia”
“Don’t lie to me!”
Tersentak bahu wanita itu. Riyyadh memejam matanya. Perit. Terasa bagai ada air mata yang minta untuk dimuntahkan.
Wardina hanya diam memandang lelaki itu. Hatinya sakit ditengking sebegitu rupa. Tidak pernah seumur hidupnya ditengking oleh lelaki apatah lagi oleh lelaki asing!
“Just....go”
“Kenapa encik tiba-tib...”
“Aku kata keluar!”
Riyyadh hanya mampu beristighfar saat wanita tadi mendapatkan bunganya dan berlari keluar bersama hati yang hancur tanpa diketahui sebabnya. Pergi tanpa mengambil kad ucapan. Pergi bersama air mata kekecewaan.
End Flashback.....
“Forgive me, miss....”
Dia tahu. Dia tidak sepatutnya menengking wanita tadi tanpa sebab. Sudah tentu dia tidak mengetahui apa-apa mengenai kisah silam bapanya.
Apa lagi yang dirahsiakan oleh lelaki durjana itu? Sampai macam itu sekali? Kalau betul wanita tadi merupakan adik Rania, mengapa Rania sendiri tidak menahu mengenai hal itu? Jika Rania tahu, sudah tentu dia menceritakan hal tersebut kepada Riyyadh.
Riyyadh mendengus kasar sebelum sekotak rokok diambil dari atas meja. Sebatang rokok dikeluarkan lalu dihidupkan dengan pemetik api.
Asap yang terhasil mengaburi pandangan Riyyadh ketika itu.
Belum sempat dia menyuakan rokok tersebut ke dalam mulut, ada tangan yang menepis lengannya sehingga menyebabkan rokok tadi jatuh ke tanah.
“Kau buat apa ni, Yad?”
Ya, suara itu yang sangat dikenali.
“Zer Qaiden”
Kerusi di hadapan Riyyadh ditarik oleh Qaiden. Punggung dihenyak kasar ke atas kerusi tersebut. Pandangan tajam dihalakan buat Riyyadh. Jelas rasa tidak puas hati meluap-luap keluar dari wajah tampan Qaiden.
Marahkah dia?
“Kau janji dah tak nak merokok”
Riyyadh menjeling tajam ke arah sepupunya. Sebab itu je ke dia nak tepis bagai? Tahu tak yang rokok ni mahal! Belum sempat guna pula tu.
“Tu dulu”
Qaiden tergelak sinis.
“Aku dah agak dah kau ni, Yad. Dulu janji bagai nak rak demi Rania konon. Sekarang bila dah takde, kau lupa semua tu kan?”
Kata-kata Qaiden tadi bagai menusuk ke kalbu. Tangan dikepalkan kepada penumbuk. Darah naik mendadak menyebabkan dia kesesakan nafas. Wajah sudah merah menahan amarah yang bakal meluap bila-bila masa sahaja.
Wajah tenang Qaiden ditenung bagai nak tembus isi kepala. Perlian sepupunya tadi benar-benar mematikan segala rasa serba salah terhadap wanita yang mengunjungi kedai bunganya tadi.
Hilang terus rasa sedihnya!
Jari telunjuk diangkat dan dituju pada wajah Qaiden.
“Kau dengar sini, Qaiden. Jangan sesekali kau sebut nama Rania lagi dalam hal aku. Jangan libatkan kisah silam aku dengan habit aku!”
Turun naik dada Riyyadh menahan amarah. Telinganya terasa bernanah dengan perlian Qaiden tadi. Apa masalahnya jika dia kembali seperti dulu? Dia tiada siapa lagi di dunia ini untuk menjaga hati.
Benar, memang arwah isterinya yang melarang dia merokok. Katanya dapat membahayakan kesihatan. Jangan cakapkan habitnya yang satu itu, segala permintaan Rania dulu dituruti Riyyadh tanpa banyak songeh.
Betapa besar cintanya pada wanita itu.
“Aku tak ungkit apa-apa, Yad. Aku cuma nak ingatkan kau balik je tentang janji kau pada arwah dulu”
Qaiden berkata dengan nada yang cuba dilembutkan. Dia tahu dia dia sudah mengecilkan hati Riyyadh. Sudah itu lumrahnya sebagai seorang lelaki kasar. Perasaan orang lain susah sikit untuk dijaga.
Dan kerana itulah dia susah untuk bertemu dengan jodohnya.
Sikap dia yang sentiasa naik hantu itu benar-benar mendorong wanita lain untuk pergi jauh dari laluan lelaki yang bernama Zer Qaiden. Dah macam magnet pun ada!
Qaiden pandang sekeliling tempat. Kini, mereka berada di kedai mamak berdekatan dengan kedai bunga milik Riyyadh. Qaiden hairan mengapa terlalu ramai anak muda yang menghabiskan masa di kedai ini. Sepanjang dia hidup, ini kali pertama dia menjejakkan kaki di kedai mamak.
Tak sangka pula tarikan dia lain macam. Qaiden tiada niat untuk ke sini melainkan untuk bertemu dengan Riyyadh di kedainya. Malangnya, kedai bunga itu telah ditutup sebelum waktunya. Tiada pelanggankah?
Namun saat mata melilau melihat sekeliling kawasan kedai, mata dia tertancap pada susuk tubuh yang sangat dikenali.
Ternyata orang itu ialah Riyyadh. Terus dia tangguhkan dulu niatnya untuk pulang dan berjalan menuju ke kawasan kedai mamak yang berada hanya beberapa lot kedai dari kedai bunganya.
Sepupunya nampak seperti dalam masalah.
“Kau buat apa datang sini? Asal kau tutup kedai kau awal sangat? Aku baru nak lawat kau tadi” soal Qaiden prihatin.
Riyyadh hanya menjongket bahu. Kotak rokok kembali disimpan rapi dalam poket seluar. Soalan Qaiden dibiar tidak berjawab.
“Riyyadh...”
Riyyadh meraup kasar wajahnya yang sudah dipenuhi kumis nipis. Hadidah kerana tidak bercukur selama dua minggu.
Wajah Qaiden dipandang sayu sebelum air kopinya dihirup laju.
“Jeffri ada anak lain, Qai”
Qaiden yang tidak prepare untuk berita sensasi itu, tersedak kuat ketika mulut sibuk menghirup teh tarik yang baru dipesannya tadi.
Wajah tak berperasaan Riyyadh dipandang sekilas sebelum salah seorang pekerja mamak dipanggil.
“I want some tissues, please”
Setelah mamak tadi berlalu, wajah Riyyadh kembali dipandang. Muka yang tidak menunjukkan bahawa dia lepas menipu atau bergurau kasar. Hanya kebenaran yang terelah di wajah kacak milik lelaki itu.
“Kau biar betul, Yad?”
Riyyadh tidak sempat membalas sebelum mamak tadi datang membawa tisu untuk Qaiden.
Setelah mengucapkan terima kasih, perhatian Qaiden kini ditumpukan khas buat Riyyadh.
“Tell me”
Riyyadh membetulkan postur badannya sebelum nafas dalam ditarik. Bagai mencari sumber kekuatan. Dia juga perlukan bantuan Qaiden untuk siasat latar belakang wanita tadi dan segala rahsia gelap milik Tan Sri Jeffri.
Dan mungkin...
Jika dia diizinkan untuk bertemu semula dengan wanita tadi, dia ingin memohon maaf atas keterlanjurannya dalam berbicara sebagai seorang penjual bunga. Ada kad ucapan yang perlu dipulangkan kepada tuan badan.
Tolong saya share kan cerita ni.....kasi hit and insya Allah ada rezeki saya ingin bukukan cerita ni<3
Share this novel