Pen berdakwat cair itu dihempas hingga bergolek ke tanah. Nota-nota yang berselerak di atas meja, dibiarkan tidak bersusun. Dua saat berlalu, tangan kekarnya menarik tali leher yang tergantung di leher dengan kasar. Dua butang kemeja teratas, direntap ganas bagi pengaliran udara.
Panas. Hatinya panas dengan masalah yang melanda.
Minda lelaki itu masih terngiang-ngiang akan suara wanita yang telah menghantui lenanya.
Rayuan wanita itu. Tangisan wanita itu benar-benar mengacau-bilaukan hidupnya yang tenang selama ini. Hilang sudah ketenteraman dalam hari-hari lelaki tersebut.
Dengusan kasar terbit dari bibirnya.
Telekom yang berhampiran, ditekan laju sebelum suara garaunya memenuhi ruang bilik.
“Aisya”
“Ya...bos?”
Takut-takut suara itu membalas. Masakan tidak jika suara lelaki itu sudah mula menggigil menahan amarah. Bos tak bos, jika amarah mula menguasai jiwa, sudah tentu tiada siapa yang berani bertentang mata dengan CEO Falconwest Coorperation itu.
“Arahkan Jamal masuk jumpa saya sekarang”
Tanpa membuang masa, pembantu peribadi yang bernama Aisya itu langsung mendapatkan Jamal yang kelihatan sedang menaip sesuatu di komputer ribanya.
Tidak sampai 2 minit, pintu bilik yang menempatkan CEO syarikat itu diketuk perlahan oleh Jamal. Peluh sudah lebat membasahi dahi menunggu arahan seterusnya dari lelaki yang berada di dalam bilik tersebut.
“Enter”
Lelaki yang berumur separuh abad itu kelihatan sedang sibuk menggentel puntung rokok di tangan kanan. Sesekali tangan kirinya menggenggam erat kotak rokok sehingga kemik akibat tekanan dari genggamannya.
Dia menoleh ke arah Jamal yang dari tadi tunduk memandang lantai. Tidak berani berlawan mata dengan sang CEO.
“Jamal”
Lelaki yang bernama Jamal itu perlahan-lahan mengangkat kepala. Mata mereka bersabung. Liur ditelan kesat. Tangan sudah berpeluh gara-gara anxiety.
“Ya, Tan Sri?”
Jeffri meletakkan puntung rokok yang sudah habis disedut ke dalam bekasnya. Mata dialihkan ke arah salah seorang pekerja bawahannya. Lebih tepat lagi, orang upahannya.
Di sebalik imej Tan Sri yang dibawa, Jeffri memasang empayar haram di belakang tabir. Hanya orang-orang dia yang mengetahui tentang agenda misteri lelaki separuh abad tersebut. Wardina? Semestinya tidak.
“Macam mana Black Market? Lancar?”
Jamal laju mengangguk. Bersertakan senyuman nipis dibibir, lelaki itu mengeluarkan satu sampul putih dari blazernya dan menyerahkan sampul tersebut kepada Tan Sri Jeffri.
Selepas sahaja sampul tadi bertukar tangan, Jamal diarahkan untuk mengambil tempat berhadapan dengan Tan Sri Jeffri.
“Upah kali ni lagi banyak untung dari yang sebelum ni?”
Soalan itu sekali lagi dibalas dengan anggukan dari Jamal. Senyuman masih tidak lekang dari bibir lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu. Muda-muda lagi dah terjebak dengan kes kongsi gelap. Demi sesuap nasi, status halal haram langsung tak diendahkannya.
“Dragon beli hampir lapan puluh peratus daripada ‘barang’ yang baru kitorang order bulan lepas. Nasib ada Khai tolong uruskan” jelas Jamal.
Tan Sri Jeffri mengangguk faham. Senyuman sinis mula terbit dibibir. Fikirannya yang kusut tadi, dibiarkan seketika saat mendengar berita baik yang dibawa Jamal. Namun rasa itu hanya bertahan sementara saat mindanya teringat akan seorang insan yang susuknya sudah lama tak ditemui.
“Mana Riyyadh?”
Serta-merta senyuman yang menghiasi wajah Jamal tadi terhapus dek soalan cepumas yang dilontarkan oleh Tan Sri Jeffri. Rasa bersalah menggunung saat tiada jawapan yang dapat dipakai untuk menjawab persoalan tersebut.
“Kami tak dapat sebarang berita pasal dia, Tan Sri”
Tan Sri Jeffri mendengus geram. Sudah dia agak! Lelaki itu hanya mencabar egonya. Kalau bukan disebabkan rahsia yang dia simpan ini, sudah tentu lelaki itu Jeffri lucutkan jawatan.
“When did last you hear about him?”
Tan Sri Jeffri sudah mula mengepalkan penumbuknya. Rahang diketap kasar sebelum punggung diangkat untuk bermundar-mandir bagi menghilangkan rasa marah.
Jamal yang kehabisan kata itu seperti teragak-agak untuk membalas. Kepala yang tidak gatal digaru laju. Macam mana ni?
“Bulan lepas, Tan Sri. Itu pun waktu malam Black Falcon lancar ‘barang’ baru. Lepas daripada tu, dia langsung tak tunjuk muka lagi”
Wajah bengis Tan Sri Jeffri dipandang sekilas. Liur diteguk rakus. Tangan yang bergetar disorok bawah meja. Segala perlakuan jeliknya harus disembunyikan dari pandangan lelaki itu.
Sesaat kemudian, wajah bengis Tan Sri Jeffri bertukar sinis. Mata hitam pekatnya, penuh dengan anasir-anasir jahat yang mula bermain di minda. Jika seorang boleh main dalam permainan kotor ini, takkanlah lagi seorang tak boleh kan?
“Baik. Kalau itu yang dia mahukan”
Jamal sudah tidak sedap hati. Perubahan pada sikap ketuanya itu sungguh mengerikan. Tambah pula senyuman yang menjanjikan penderitaan itu.
“Jamal. Macam biasa. Hantar orang aku yang lain pergi cari perempuan sial tu. Biar Tuan Syed kita tahu kedudukan dia dalam poket aku”
Setelah itu, kedengaran ketawa garau pecah memenuhi ruang bilik pejabat tersebut. Sejuknya bukan kerana penghawa dingin lagi. Tapi kerana dinginnya tawa yang meletus dari bibir Tan Sri Jeffri.
Jamal pula hanya tunduk memandang kasut hitam berkilatnya. Tidak berani melihat senyuman jelik di wajah lelaki separuh abad itu. Dalam hatinya juga terdetik rasa kesal dengan tindakan Riyyadh untuk mengabaikan tugasnya sebagai ahli kongsi gelap di bawah pengaruh Tan Sri Jeffri.
Sudahnya, rancangan untuk menjatuhkan Riyyadh pula dirangka oleh Tan Sri Jeffri. Sebagai orang suruhan, Jamal tidak ada kuasa untuk menghalang apatah lagi memberi amaran kepada Riyyadh. Cukuplah dulu dia sudah dikenakan hukuman kerana membantu Riyyadh seleweng duit syarikat.
Siapa Riyyadh ini sebenarnya? Segala tindak-tanduk Riyyadh tidak difahami oleh Jamal. Tan Sri Jeffri juga tidak menyangka pada mulanya bahawa Riyyadh sanggup berpaling tadah dari kumpulan mereka. Namun kerana Riyyadh seorang lelaki yang banyak rahsia, niat sebenar lelaki itu tidak pernah diketahui.
------------------------------------------------
Senyuman miang diukir pada wajah saat matanya bertentang mata dengan pemilik mata bewarna hazel itu. Penampilan gadis itu dipandang penuh nafsu. Rambut ikal mayang gadis itu sentiasa menjadi pujaannya.
Kaki mengorak langkah ke arah bangku yang diduduki gadis yang berpakaian serba unggu itu.
“Hello, sayang”
Tangan tuanya menyentuh bahu gadis itu. Terkejut bukan kepalang apabila lelaki itu memunculkan diri saat si gadis tidak perasan dengan keadaan sekeliling.
“T..tuan!”
Wajah pucat gadis itu dipandang sekilas sebelum Tan Sri Jeffri melabuhkan punggung di sebelah gadis malang itu.
“Miss me?”
Melihat keengganan gadis itu untuk melayannya, Tan Sri Jeffri mula naik berang. Namun amarahnya pantas dikawal supaya tidak memeranjatkan lagi si dia.
“Shafiyah, sayang.....I tanya you ni” suara miang sengaja dileretkan lagi. Tangan yang sudah berkedut itu tidak henti marayap di segenap tubuh genit gadis itu.
Shafiyah tidak menyangka bahawa kedatangannya di kafe kegemarannya ini akan mempertemukan dia dengan syaitan yang bertopengkan manusia itu. Sungguh, rasa takut sedang menyelubungi hati di saat lelaki tua itu mula mendekati dirinya.
Tangan yang cuba merayap masuk ke dalam dress yang dipakai, ditepis laju sebelum Shafiyah mengalihkan kerusinya menjauhi Tan Sri Jeffri.
Tan Sri Jeffri hanya senyum mengejek. Sedikit pun tidak terasa dengan penolakkan Shafiyah.
“Apa tuan buat dekat sini?” bisik Shafiyah tegas.
Risau jika perbuatan miang dari lelaki di sebelahnya ini mengundang tanda-tanya daripada orang ramai. Sudahlah pelanggan yang ada di kafe tersebut agak ramai berbanding hari biasa.
“Saja. Cari sugar baby I. You?”
Jijik. Shafiyah jijik dengan lelaki di sebelahnya saat ini. Rasa geram dengan diri dan lelaki itu menguasai diri. Angkara kebodohannya dalam menilai kesenangan yang sementara, Shafiyah terjebak dengan kehidupan lelaki gila seperti Tan Sri Jeffri. Hatinya meronta ingin dilepaskan pergi.
Namun apakan daya? Shafiyah sedar keterlanjurannya dalam membuat keputusan telah mengheretnya ke dalam neraka dunia. Dia dikurung dalam sangkar dunia dan hanya dijadikan tatapan dan hak milik lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Demikianlah orangnya Tan Sri Jeffri.
“Saya bukan sugar baby tuan! Tolong, saya nak balik” kata Shafiyah dengan tegas.
Suara dinaikkan seoktaf. Harap lelaki miang itu faham akan kehendaknya. Namun hampa apabila Tan Sri Jeffri melakukan tindakan maut apabila tangan Shafiyah diraih sebelum satu kucupan halus singgah di belakang tapak tanagn mulus gadis itu.
Terbeliak mata Shafiyah dibuatnya sebelum cepat-cepat dia menarik semula tangannya dari genggaman lelaki itu.
“Enough, Tan Sri! Tuan ingat saya ni apa?”
Shafiyah sudah tidak peduli dengan pandangan orang sekeliling. Tan Sri Jefrri disisinya ini lebih penting untuk diselesaikan. Senyuman sinis yang menghiasi wajah tua lelaki itu menunjukkan sedikit pun dia tidak terkesan dengan amarah Shafiyah.
“Whoa, relax! I cium tangan you je. Kenapa nak melenting sangat ni, sayang? You pregnant ke?”
Soalan cepumas itu sudah cukup untuk meruntuhkan tembok kesabaran Shafiyah.
PANG!
Terasa pijar pipinya selepas dilempang kuat oleh Shafiyah. Tan Sri Jeffri kaku di tempat duduknya. Orang ramai sudah bisik-bisik antara mereka melihatkan situasi mereka yang tak ubah seperti pasangan yang tengah berperang dingin.
Wajah Tan Sri Jeffri sudah merah menahan amarah dan malu yang berganda. Tubuh Shafiyah juga dia perasan sedang menggeletar hebat akibat penangan penampar sulungnya tadi. Maruah seorang lelaki hebat seperti dia tercabar.
Tubuh genit Shafiyah dipandang dengan penuh benci. Tangannya terasa ringan untuk mencengkam leher gadis itu. Namun sebelum dia sempat berbuat demikian, terdapat satu suara familiar yang sayup-sayup kedengaran memanggil dirinya.
“Papa!”
------------------------------------
Langkah kaki Wardina terhenti saat susuk tubuh papanya kelihatan jelas di sebalik cermin kaca sebuah kafe. Setelah dia dan Zurin selesai makan tegahari tadi, Wardina terus berjalan ingin menuju ke Parkson. Niatnya ingin membeli sehelai baju kemeja buat papanya.
Namun saat dalam perjalanan untuk ke arah kawasan eskalator, matanya seakan-akan terpaku pada kejadian yang berlaku dalam kafe tersebut.
Pergaduhan yang melibatkan seorang lelaki berumur 40-an bersama seorang gadis yang jauh lebih muda dari dia. Sekali imbas seperti pasangan yang sedang beertegang urat. Saat ingin melintas pergi, sisi wajah lelaki itu dapat dilihat dengan jelas oleh Wardina.
Papa!
Betapa terkejutnya dia saat mulutnya sendiri secara automatik memanggil papanya.
Lelaki itu berpaling dan sah! Memang Tan Sri Jeffri yang sedang menoleh ke arahnya.
Laju saja kaki Wardina melangkah ke arah kafe tersebut. Zurin yang dari tadinya berjalan beriringan dengannya, dibiarkan ketinggalan di belakang. Ada urusan yang lebih mustahak yang perlu diselesaikan!
“Apa semua ni, pa? I thought you were in Italy!” marah Wardina. Rasa tertipu pula.
Wajah pucat gadis di depan Wardina dipandang sekilas sebelum matanya kembali tertumpu pada tubuh kaku Tan sri Jeffri.
“You lied”
Terbuntang luas mata Tan Sri Jeffri saat anak perempuannya berkata sebegitu. Rahang diketap kuat sebelum tangan anaknya direntap kasar. Tubuh Wardina dibawa keluar dari kafe, jauh dari telinga awam di situ.
“Kenapa terjah macam ni, Wardina? Apa yang papa tipu?” bentak Tan Sri Jeffri dengan amarah yang cuba dikawal.
Wardina tergelak sinis.
“Papa cakap dekat Dina yang papa akan ke Itali for 5 days! Hari ni baru hari ke 3”
Tan Sri Jeffri meneguk liur. Terasa tersekat di kerongkong saat panahan mata Wardina menembusi jiwa seorang ayah. Ya. Dia tipu anaknya. Apa yang boleh dia kata lagi?
Wardina pejam mata. Rasa sakit di hati ditepis jauh-jauh. Wajah serba salah si ayah dipandnag dengan riak kecewa. Sungguh, papanya sudah berubah!
“Siapa perempuan tu? Kenapa dia lempang papa?”
Soalan anaknya dibiar sepi. Otak ligat ingin mencari jawapan yang munasabah. Dia tidak bersedia dengan hal ini. Dia tidak berfikir panjang sebelum memunculkan diri di sini. Memang shopping kompleks ini berdekatan dengan institusi pengajian Wardina.
Kepala sempat menoleh ke arah kafe. Rasa geram di dada kembali apabila kelibat Shafiyah hilang di sebalik kesibukan di dalam kafe tersebut.
“I’m asking you, Tan Sri Jeffri”
Hilang panggilan hormat kepada seorang ayah. Wardina telah terluka.
“I’m sorry”
Jujur, hanya perkataan itu yang terlintas di bibir Tan Sri Jeffri. Bukan niatnya untuk merasa serba salah. Sebaliknya, otak lelaki itu kusut dengan kehilangan perempuan yang telah menjauhkan diri darinya. His sugar baby!
“Sorry je papa cakap? Perlu ke Dina rasa curiga dengan siapa papa berjumpa tadi? You made quite a scene!”
Sebelum Tan Sri Jeffri dapat menyangkal pertuduhan Wardina, Zurin hadir sebagai penyelamat. Tan Sri Jeffri melepaskan nafas lega.
“Dina....it’s okay” pujuk Zurin lembut di telinga Wardina. Sedari tadi, dirinya menjadi penonton tak berbayar dua beranak ini. Zurin musykil juga dengan gadis yang ada bersama papa Wardina tadi.
Macam pernah nampak. Lokasi sahaja yang dia tidak ingat.
Melihatkan Wardina semakin tenang dengan kehadiran Zurin, Tan Sri Jeffri mengambil peluang untuk mendekati anak perempuan tunggalnya. Tubuh kaku itu didakap erat sebelum ciuman dihadiahkan ke atas tudung yang melitupi ubun-ubun anaknya.
“Maafkan papa ya, sayang? Papa ada sebab kenapa papa bohong pada Dina”
Wajah Wardina mula dibasahi dengan air mata.
“Siapa perempuan tu, tak penting pon. She’s one of my workers. She’s disobey my words. Papa marah and dia lempang papa sebab tu je”
Licik. Sungguh hebat permainan seorang Tan Sri Jeffri. Walaupun Wardina agak tidak bijak dalam menilai isi hati sebenar si ayah, Zurin terlebih dahulu merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sikap Tan Sri Jeffri. Namun dia hanya mampu mengunci mulut. Tidak mahu menjadi batu api di antara persengketaan dua beranak itu.
Share this novel