Sudah seminggu kejadian yang memalukan Wardina di kedai bunga berlalu. Dalam tempoh itu jugalah dia tidak pernah menjejakkan kaki lagi ke kedai tersebut. Kad ucapan yang tertinggal pun, dibiarkan di sana. Sebaik sahaja Wardina tiba di kampus, dia terus berlari mendapatkan Zurin dan menceritakan segala apa yang telah terjadi.
Zurin pula sebagai kawan yang baik, dia hanya mendengar segala luahan Wardina. Terbit rasa kasihan dalam diri Zurin saat Wardina tidak henti mengalirkan air mata. Maruahnya sebagai seorang wanita seperti dipijak-pijak oleh lelaki asing yang tidak berperikemanusiaan.
“Apa salah aku, Zurin? Kau cakap dengan aku! Salah apa yang aku dapat kalau aku ni anak papa aku?”
Zurin hanya memandang Wardina dengan pandangan sayu. Dia sendiri tiada jawapan untuk itu. Sebagai anak orang sederhana, Zurin faham jika ada orang mencemburui kehidupan mewah Wardina.
Mungkin lelaki tadi musuh ketat Tan Sri Jeffri?
“Aku rasa mungkin lelaki tadi musuh papa kau ke?”cadang Zurin. Walaupun tekaan itu tidak logik, pasti ada sebab tertentu lelaki tadi mengenali Tan Sri Jeffri bukan?
Wardina menggeleng laju.
“Aku tak rasalah, Zurin. Dia jual bunga je kut. Musuh papa ni rata-rata ahli perniagaan saja” terang Wardina dengan yakin.
Dia pasti lelaki itu bukan musuh papanya. Masakan lelaki itu musuh papanya jika dia hanyalah golongan bawahan yang hanya menjual bunga di kaki lima?
Logikkah? Tidak.
“Habistu, kenapa dia terkejut sangat yang kau ni anak Tan Sri Jeffri? Sampai nak tengking bagai”
Zurin berkata dengan logik akalnya. Mengapa Wardina terlalu menidakkan bahawa lelaki tadi berkemungkinan musuh papanya? Siapa yang tersakiti sekarang ni? Zurin berkerut kehairanan.
“Mungkin....dia tak expect yang Tan Sri Jeffri ada anak? Yelah, aku pun mana pernah tunjukkan diri dalam media atau apa-apa event syarikat papa aku”
Zurin menjulingkan mata. Dalam pada sedih, sempat juga minah ni berfikiran husnuzon.
Baik sungguh!
“Mungkin juga..”
“Tapi ia tak mengizinkan dia untuk tenging aku macam tu! Kalau terkejut pun, janganlah layan aku macam aku ni kena tangkap mencuri! Aku cakap benda betul je”
Zurin mengetap bibir. Dengusan kecil terlepas dari bibir.
“Ikut kaulah, Wardina. Aku nasihatkan kau, jangan percaya sangat lelaki zaman sekarang ni”
Wardina meraup wajah. Laptop di depan mata, ditutup dan dimasukkan ke dalam beg galas.
Minggu ini adalah minggu terakhir peperiksaan akhir semesta. Setelah kejadian lalu, Wardina lebih banyak menghabiskan masa mengulang kaji dan melupakan segala peristiwa hitam itu.
Selama itu jugalah dia cuba menahan diri daripada menghubungi lelaki misteri yang kerap kali menghantarkan mesej romantis buat dia.
Bukan pada dia. Tapi pada isterinya.
Tapi mengapa?
Wardina tidak mengerti mengapa lelaki itu terus-terusan menghantar pesanan ringkas dengan penuh makna cinta pada nombornya. Seolah-olah lelaki tadi memang tidak tahu bahawa nombor telefon isterinya sudah bertukar.
Sekarang nombor itu milik Wardina Zahra. Bukan isteri lelaki misteri itu!
Perkara ini tidak pernah diketahui Zurin. Wardina ingin selidik terlebih dahulu sebelum menjemput Zurin ke dunia penyiasat seorang Wardina Zahra. Namun kerana kesuntukan masa dalam mengulang kaji, niat Wardina untuk cuba menghubungi lelaki itu terbantut.
Sedang dia leka menyimpan kembali buku-buku rujukan ke dalam bag sandang, bunyi burung berkicau kedengaran di sebalik telefon pintarnya yang berada di atas meja. Menandakan bahawa ada notifikasi yang masuk melalui aplikasi whatsapp.
Sangka Wardina, Zurin menghantar mesej kepadanya. Namun sangkaan itu meleset saat nombor lelaki misteri tadi yang muncul pada ruang notifikasi.
Again?
Tanpa membuang masa, Wardina mencapai iphone miliknya dan membuka notifikasi tersebut.
Kerana rasa cinta yang terlalu mendalam, abang nukilkan segala perasaan abang terhadap sayang dalam pesanan ni. Sesungguhnya, abang tak mampu nak berhenti mencintai isteri abang yang sempurna ini. Minda abang tak mampu nak melupakan segala memori indah kita bersama. Abang harap, kita dapat berjumpa semula kelak.
Suamimu
Wardina menggaru kepala yang tidak gatal. Sejujurnya, pesanan ringkas lelaki ini benar-benar menyentuh jiwa perempuan Wardina. Situasi mereka seakan-akan terpisah jauh antara satu sama lain. Si lelaki tidak berputus asa mengungkap kata cinta.
Wardina kagum dengan sifat penyayang lelaki itu. Bertuah isterinya bersuamikan lelaki seperti itu.
Telefon kembali dimatikan. Tiba-tiba rasa sendu. Maklumlah, dia ni single. Rasa cemburu pun ada ketika Wardina membaca segala pesanan yang dihantar oleh lelaki itu.
Kawasan sekeliling kafe dipandang sekilas. Lepas habis exam, Wardina tidak yakin bahawa dia mampu ke kafe ini atau tidak lagi. Kafe yang menjadi tempat healingnya jika dilanda kekusutan. Bersama Zurin. Kafe yang menyimpan 1001 rahsia.
Setelah puas mengamati dekorasi kafe pilihannya itu, Wardina bergerak menuju ke kaunter pembayaran. Setelah mejelaskan bil makanan, Wardina berjalan menuju ke pintu keluar pusat membeli-belah tersebut.
Dia sanggup ke mall yang berada di tengah-tengah bandar ini demi sebuah kafe.
Wardina berjalan menghampiri kawasan parkir kereta. Sejak ada kereta sendiri, Wardina lebih suka memandu sendiri berbanding menaiki grab. Katanya jimat masa.
Wardina perlu berjalan jauh memandangkan dia memarkir keretanya di tempat tersembunyi. Maklumlah, kawasan parkir kereta yang lain telah penuh. Namun saat Wardina ingin membuka pintu kereta audinya, telinganya menangkap jeritan seorang wanita. Kepalanya laju menoleh ke arah suara tersebut.
Alangkah terkejutnya Wardina saat matanya tertancap pada dua orang lelaki yang bertubuh tegap dengan mengenakan topeng hitam mengheret seorang gadis masuk ke dalam sebuah van putih.
Wardina tidak dapat menangkap wajah gadis itu disebabkan wajahnya terhalang dek susuk tubuh tegap lelaki tadi. Wardina ingin menjerit minta bantuan namun dia tersedar akan sesuatu.
Kawasan itu tiada orang melainkan dia dan penculik tadi. Namun kerana penculik tadi lebih fokus kepada gadis yang diheret tadi, kehadiran Wardina tidak dipeduli oleh mereka. Wardina tertekan.
Dia tidak sanggup melihat wanita itu meronta-ronta ingin dilepaskan. Tapi dia takut. Takut jikalau dia mengeluarkan suara, dirinya juga bakal dijadikan galang-ganti.
Kerana dia adalah saksi.
Ya Allah, kau selamatkanlah wanita tadi. Bantulah dia, Ya Rabb. Aku tak mampu untuk menolongnya.
----------------------------------
Air sejuk disimbah tepat ke wajah pucat Shafiyah. Gadis itu tidak lagi meronta seperti awalnya. Barangkali sudah hilang tenaga dek beradu kekuatan dengan dua orang lelaki tegap tadi.
Matanya terpisat-pisat dek kerana cahaya yang menembusi ruang bilik yang menempatkan dirinya sejak tadi apabila tali leher yang menjadi penutup mata direntap kasar oleh seseorang. Dia lemah. Dia tak berdaya kerana segala kudratnya telah habis digunakan.
Apakan daya jika dia hanyalah seorang gadis yang lemah?
“Cantik siot perempuan ni. Pandai Tan Sri pilih”
Telinga Shafiyah menangkap kata-kata lelaki tadi. Keningnya berkerut kehairanan.
Tan Sri? Jeffrikah?
“Asal? Kau nak dia ke?”
Shafiyah ingin meronta namun dia takut jika lelaki tadi perasan akan tindakannya. Dia tidak selesa dengan perbualan mereka. Perbualan jijik yang menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.
“Kalau Tan Sri dah habis kerjakan dia, aku nak pulak merasa”
Shafiyah menahan rasa. Betapa jijiknya dirinya saat itu. Lelaki tadi berbual bagai memijak-mijak maruahnya sebagai wanita. Tidakkah mereka berasa serba-salah dengan kata-kata mereka itu?
Ketawa garau mereka pecah dek kerana lawak yang tak seberapa nak ‘suci’ salah seorang daripada mereka.
Namun perasaan genting mula menerjah diri saat lelaki tadi mula memberikan perhatian terhadap Shafiyah.
Mata mereka tidak lepas daripada merenung lekuk tubuh Shafiyah disebabkan bajunya yang telah basah disimbah air tadi. Shafiyah dapat merasakan mukanya membahang kerana malu dan rasa jijik.
“Lawa jugak kau ni, kan? Sayang....muda-muda dah terjebak dengan sugar daddy”
Tangan digenggam menjadi penumbuk. Terasa seperti ada urat yang timbul di sebalik genggaman itu. Mata sudah panas dengan air mata yang bila-bila masa saja akan mengalir.
Shafiyah sakit. Kecewa kerana dihina sebegitu rupa.
Tapi dia tahu. Dosa silamnya bakal menghantui dirinya.
“Kau nak duit kan? Bukan abang kau kaya ke?” perli salah seorang dari mereka. Tawa mengejek kedengaran janggal di telinga Shafiyah.
Dia mengetap bibir. Rasa serba salah mula terbit dalam hati. Bila teringat pasal Riyyadh, sudah tentu dosa silamnya menghantui. Abangnya tidak pernah tahu akan sikap adiknya yang dulu. Riyyadh tidak pernah mengetahui kehadiran dan kedudukan adiknya dalam lingkungan Tan Sri Jeffri.
Dan Riyyadh juga tidak pernah menyangka bahawa Shafiyah telah lama mengetahui pekerjaan ‘kedua’ abangnya yang telah lama ditinggalkan.
“Ke, abang kau tak pernah tahu?”
Air mata Shafiyah tumpah jua.
Dia ingin merayu. Merayu supaya mereka tidak bocorkan rahsia yang telah lama dia simpan daripada pengetahuan abangnya.
Namun kerana maruah yang masih tersisa, Shafiyah enggan membuka mulut untuk merayu kepada insan durjana dihadapannya saat itu. Biarlah Riyyadh memandang jijik kepada dia daripada dia sendiri yang melutut dan merayu kepada syaitan yang bertopengkan manusia.
Mungkin ini kifarah untuknya.
“Leave her alone”
Suara tegas itu. Suara yang paling dibenci Shafiyah. Suara yang telah lama menghantui mimpinya.
Kedua-dua lelaki tadi menunduk hormat kepada susuk tubuh yang baru sahaja menapak ke dalam bilik yang menempatkan Shafiyah. Dengan isyarat tangan, lelaki tadi menyuruh orang upahannya untuk beredar dari bilik.
Kini, tinggallah Shafiyah bersama insan yang telah banyak memberi duka kepadanya. Insan yang telah menghancurkan hidupnya dalam sekelip mata.
“Sayang, miss me?”
Lelaki itu mendekat. Senyuman miang terletak elok di wajah tuanya. Kaki menepak perlahan ke arah Shafiyah yang masih kaku di atas lantai.
“Dah lama I cari you. Kenapa hilangkan diri? Dah tak nak kerja dengan I ke?” soal Tan Sri Jefrri bertalu-talu.
Saat tangan kasar Tan Sri Jeffri mendarat pada pipi mulus Shafiyah, gadis itu dengan segara memalingkan wajahnya ke sisi. Tidak betah untuk dia membiarkan diri disentuh oleh tangan jijik milik lelaki tua itu.
Respon dari Shafiyah tadi ternyata menaikkan api kemarahan Tan Sri Jeffri. Tanpa berlembut, tangan lelaki itu merentap kasar dagu milik Shafiyah.
“Sombong jugak ye kau dengan aku? Dah lupa siapa yang bela kau selama ni?”
Kata-kata sinis itu seperti memulangkan paku buah keras kepada Shafiyah. Lelaki itu bijak mengumpan perasaan Shafiyah. Kerana Shafiyah memang orangnya yang senang berasa serba salah di atas kesalan yang dia lakukan.
Tambah pula, memang lelaki itu telah banyak membantunya sebelum ini.
“Jadi, aku rasa tak elok kau layan aku macam ni. Kontrak kita tak habis lagi, sayang”
Shafiyah mendengus tidak setuju. Kepala jelas menggeleng ingin membangkang dengan pernyataan Tan Sri jeffri tadi. Tidak cukupkah dengan apa yang dia telah lakukan untuk lelaki itu? Kerana dia, Shafiyah sanggup menggadaikan mahkotanya sebagai seorang wanita demi memuaskan kehendak lelaki itu.
Apa lagi yang dia mahukan? Bukankah Shafiyah sudah menjelaskan bahawa dia tidak mahu lagi terjebak dengan dosa ini? Mengapa Tan Sri Jeffri tidak boleh menerima hakikat itu dengan hati yang terbuka?
“Saya dah tak ada kaitan dengan Tan Sri lagi!” bentak Shafiyah dengan tegas.
“Are you sure, my dear?”
Provakasi yang sengaja dicipta Tan Sri Jeffri, benar-benar menipiskan kesabaran Shafiyah. Apa lagi yang boleh dia katakan supaya lelaki itu melepaskan dia pergi? Inikah balasan di atas setiap dosa yang dia lakukan tanpa berfikir panjang dahulu?
Shafiyah sedar. Dia terlalu naif untuk memikirkan risiko yang bakal berlaku pada masa akan datang. Saat dia betul-betul inginkan wang, dia tidak berdoa dan mengadu kepada Yang Maha Esa. Sebaliknya, dia adukan kesusahannya kepada manusia yang jelas tiada tandingannya dengan sifat pengasih Yang Maha Adil.
Di saat dia rasa Tan Sri Jeffri dapat memberikan dia kesenangan, dia lupa bahawa kesenangan itu tidak kekal lama. Sebaliknya akan memakan dirinya sendiri kelak.
“Apa yang boleh saya buat supaya Tan Sri lepaskan saya? Tolonglah....saya merayu”
Ahh, persetankan maruahnya! Shafiyah kini benar-benar runsing dengan masalah yang satu ini. Biarlah jika dengan rayuan dia dapat bebas semula, maka dia akan lakukan dengan sepenuh harapan yang bersisa dalam jiwa.
Tan Sri Jeffri hanya tersenyum sinis dengan sikap Shafiyah. Betapa naifnya gadis itu. Cis, masih gadiskah dia lagi? Tan Sri Jeffri tertawa kuat.
“You nak I lepaskan you? For what, Shafiyah?”
Sindiran Tan Sri Jeffri mematikan segala harapan yang mula timbul dalam hati Shafiyah.
Kejam sungguh lelaki yang bernama Tan Si Jeffri Bin Mohamad ini!
“Tolonglah....saya nak keluar dari dunia ni, Tan Sri. Saya dah berubah!”
Makin kuat ketawa Tan Sri Jeffri kedengaran di setiap penjuru bilik. Geli hatinya saat pengakuan tadi tadi keluar dari bibir milik Shafiyah.
Dah berubah?
Dulu, waktu dapat segalanya ingat tuhan pun tidak. Kenapa tiba-tiba pula sekarang nak berubah? Tan Sri Jeffri berkerut kehairanan.
“I tak faham. Kita okay je berdua dulu? Apa yang buatkan you tiba-tiba nak putuskan semua ni?”
Ya Allah, peritnya apa yang dia rasakan saat ini. Shafiyah tidak mampu lagi menahan rasa hati. Segala usahanya untuk berubah seperti diperlekehkan oleh lelaki itu. Tidak nampakkah Tan Sri Jeffri dengan kelakuannya saat itu?
Betapa banyaknya dosa mereka di atas kekilafan mereka sendiri?
Tidakkah dia rasa serba salah kepada anaknya sendiri? Mengingatkan wajah ayu Wardina, Shafiyah kembali murung. Wajah suci seperti wanita itu melambangkan kebaikan pada dirinya. Apalah yang dia rasa jika dia dapat mengetahui mengenai rahsia gelap papanya ini?
Sungguh, Shafiyah tidak sanggup untuk membayangkannya.
“Ke you takut Riyyadh tahu?”
Soalan cepumas itu menyentakkan Shafiyah dari lamunannya. Kening bertaut tanda meminta penjelasan.
“Maksud Tan Sri?”
Tan Sri Jeffri kembali merapatkan jarak mereka. Tangan naik menyentuh kedua-dua pipi mulus milik gadis di hadapannya. Shafiyah tidak lagi menolak. Barangkali sudah kepenatan mengelak namun tetap gagal.
Pipi itu diusap penuh kasih.
Tapi Shafiyah tidak bodoh untuk menilai bahawa itu semua nafsu untuk memerangkapnya kembali ke neraka lelaki itu.
“I sayangkan you, tahu tak?”
Shafiyah memejamkan mata. Rasa jijik mula menguasai diri. Apa lagi yang lelaki ini mahukan darinya?
“Kalau you takut abang you tahu pasal kita, I boleh rahsiakan. Tapi dengan syarat...”
Shafiyah terpaksa memasang telinga. Hatinya meronta supaya dilepaskan dari genggaman Tan Sri Jeffri. Tapi kerana akalnya menguasai hati, segala macam riaksi abangnya jika mengetahui mengenai rahsia dia yang satu ini bermain dalam minda.
Memang dia takutkan hal itu. Takut jika rahsia gelapnya terbongkar.
Jika Tan Sri Jeffri dapat menjamin keselamatan rahsia mereka, mengapa dia tidak ikutkan sahaja? Namun sudah tentu lelaki tadi mahukan ganjaran.
“Syarat apa?”
Tangan yang berada di pipi tadi sudah bertukar tempat. Tan Sri Jeffri menggenggam erat tangan Shafiyah sebelum satu kucupan lembut dihadiahkan ke tangan wanita itu. Sempat lagi rambut ikal mayang Shafyah di usap perlahan. Pandangan penuh makna diberikan kepada gadis itu.
Shafiyah yang tidak senang dengan pandangan itu, mula menggeliat minta dilepaskan.
“Lupakan niat you untuk berubah dan sambung kontrak kita”
I go by Cik Tulip in facebook...I promote karya i melalui facebook novelplus. Korang semua boleh support saya by share this story and make it top!
Share this novel