“Terima kasih, Cik Wardina kerana sudi tolong kami selesaikan kes ini”
Lelaki yang berumur separuh abad itu dipandang dengan satu senyuman ikhlas di bibir. Wanita yang merupakan isteri kepada lelaki tadi menyabut huluran tangan Wardina.
“Alhamdulillah, saya gembira dapat membantu Encik Ali dan Puan Dayah selesaikan juga kes ini” balas Wardina dengan tenang.
Sejujurnya, kejayaan yang memihak kepada Wardina dan majikannya adalah satu pencapaian yang membanggakan. Kes mereka juga mendapat pertimbangan mahkamah.
“Betul tu. Makcik pun bersyukur sangat kemenangan memihak kepada kita. Kalau tidak, mana mak cik dengan pak cik nak cari duit sebanyak itu?” rintih Puan Dayah.
Kes mereka ini merupakan kes ketiga yang Wardina kendalikan. Kes saman yang melibatkan warga emas ini sungguh meruntunkan jiwa Wardina. Menurut laporan, kedua-dua pasangan suami isteri ini dituduh melakukan penyelewengan duit syarikat.
“Tak apa. Lepas ini, mak cik dan pak cik perlu lebih berhati-hati dengan orang sekeliling. Kita tak tahu siapa yang iri dengan kita, kan?” pesan Wardina.
Tidak lama selepas itu, Wardina menghantar kepulangan Encik Ali dan isterinya sebelum kembali ke masuk ke dalam bangunan mahkamah. Ada urusan yang perlu dia lakukan.
Wardina berpuas hati dapat membantu insan yang memerlukan dan juga yang teraniaya. Namun kerana hati masih berduka dengan kisah lama, Wardina tidak akan sesekali berhenti demi mencari pesalah yang melakukan jenayah bunuh ke atas arwah papanya.
Oleh itu, Wardina tekad untuk membuka semula kes pembunuhan Tan Sri Jeffri.
“Cik Wardina”
Wardina menoleh ke arah suara yang menyapa namanya. Ketika itu, kaki wanita itu baru sahaja ingin melangkah ke arah satu pintu bilik yang menempatkan bahagian pengurusan kes.
Apabila mata hazelnya bertembung dengan mata pemilik yang menegurnya itu, senyuman simpul terbit di bibir Wardina.
“Sirkhan!”
Lelaki tadi yang segak memakai sut hitam kembali tersenyum dengan sapaan mesra Wardina.
“Hai, Wardina”
Kaki lelaki yang bernama Sirkhan itu melangkah mendekati Wardina. Sesekali tongkat di tangannya meraba ke hadapan bagi membantu dia untuk berjalan.
Dengan senyuman yang masih tersisa di bibir, Sirkhan menghulurkan tangan untuk berjabat.
“Sirkhan, you know the rules” pesan Wardina.
Lelaki itu hanya tersengih seperti kerang busuk. Dia tahu sangat dengan prinsip wanita itu. Sangat menjaga kehormatan diri sehinggakan tidak pernah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya.
“Sorry. Saja bergurau”
Wardina menggeleng kepala melihat gelagat lelaki yang berada di hadapannya itu. Ada sahaja idea untuk menyakat orang. Jika tidak dapat menyakat dalam sehari, bukan Umar Sirkhan namanya!
“Awak buat apa dekat sini? Macam mana awak tahu saya ada di sini? Awak ada magik ye!” usik Wardina bersama tawa kecil.
“Saya tahulah saya buta. Tapi saya kenal dengan aura dan wangian yang awak pakai tu. Minyak wangi awak tu saya kenal sangat”
Bagi sesiapa yang tidak mengenali Sirkhan ini, pasti berlari ketakutan. Seriau mendengar apabila dengan hanya menghidu wangian, dia sudah tahu siapa pemilik wangian itu.
Tetapi, sikap sebenar Umar Sirkhan ini benar-benar meruntun jiwa sesiapa yang mengenalinya. Lelaki itu sungguh menjaga adab dan batasnya. Hidupnya menjadi taruhan apabila orang ramai menghina kecacatannya.
“You are special, Khan”
Sirkhan tersenyum mendengar pujian itu.
Bagi dia, hanya Wardina yang memahami situasi dirinya. Walaupun mereka baru mengenali antara satu sama lain, namun ikatan persahabatan itu utuh seperti sudah lama berkenalan.
Kalau bukan disebabkan wanita itu yang menyelamatkan dirinya 2 tahun yang lepas, tidak mungkin dia akan berada di dunia pada hari ini.
“Kes awak dah settle?” Sirkhan memulakan pertanyaan.
Wardina hanya mengangguk seraya mengucap kalimah syukur.
“Alhamdulillah, settle semuanya”
Lega hati Sirkhan melihat kegembiraan dan kepuasan yang terserlah di wajah ayu wanita itu. Sejak perkenalan mereka, Sirkhan cukup bersimpati dengan apa yang menimpa arwah bapa Wardina. Kes tersebut juga tidak diselesaikan lagi.
“Jadi, awak nak ke mana ni?”
Wardina jeda seketika. Niat untuk membuka semula kes lama seperti mati di hujung bibirnya. Dia tidak mahu belas ihsan daripada Sirkhan. Wardina sudah penat menanggung derita seorang diri. Tidak perlu libatkan insan lain dalam masalahnya sendiri. Cukuplah hanya Zurin dan keluarga angkatnya tahu mengenai penderitaan yang ditanggung Wardina selama ini.
Wajah simpati Sirkhan diamati dalam. Mereka hanya berkenalan selama dua tahun. Perkenalan mereka juga telah diatur cantik oleh Allah.
“Saya ingatkan nak ke bilik fail tapi tak jadilah rasanya. Penat pulak hari ni” nafi Wardina.
Biarlah untuk rahsianya sendiri.
Sirkhan hanya mengangguk faham. Jauh dalam sudut hati, dia merasakan bahawa ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Wardina namun Sirkhan tidak mahu menjadikan wanita itu tidak selesa dengan hujanan soalan.
“Awak datang dengan siapa ni? Awak nak jumpa someone ke?”
Soalan Wardina mengundang resah pada jiwa Sirkhan. Wajah yang ceria tadi bertukar murung.
Faham akan perubahan emosi Sirkhan, Wardina berdehem bagi mengurangkan kecanggungan.
“Sorry. Saya tak bermaksud nak...”
“Saya datang dengan Intan”
Wardina terkesima seketika. Jawapan Sirkhan mudah namun riak wajah lelaki itu menunjukkan dia tidak selesa dengan nama yang meniti dibibirnya. Wardina kenal siapa Intan. Tunang kepada Sirkhan.
Masalah Sirkhan dan Intan, juga diketahui oleh wanita itu. Bagaimana pula, kan? Semuanya kerana Sirkhan terlalu mempercayai Wardina. Segala ketidakpuasan hati dan masalah, semuanya diceritakan pada Wardina.
Sampaikan punca penyatuan mereka juga Wardina tahu!
“Ouh. So, mana Intan?”
Sirkhan mengerutkan kening. Barangkali tidak menduga yang Wardina akan bertanyakan hal itu.
“Entah. Tadi dia hantar saya sampai sini. Lepas saya masuk bangunan, saya rasa dia dah balik dulu”
Wardina hanya mendengar dengan perasaan yang hiba. Sungguh kejam wanita yang bernama Intan Dahlia. Sanggup meninggalkan lelaki yang kurang upaya seorang diri. Lelaki yang bergelar tunangnya sendiri!
Tiadakah rasa simpati mahupun sedih terhadap Sirkhan walaupun sedikit? Apa yang kurang pada lelaki itu sehinggakan wanita itu bersikap acuh tidak acuh pada tunangnya sendiri? Hanya kerana dia seorang yang buta?
“Kalau awak nak balik, saya boleh hantarkan. Atau awak nak jumpa sesiapa dekat sini?” soalan Wardina dibalas dengan kebisuan Sirkhan.
Wardina mula risau. Takut jika dia sudah melukakan hati lelaki itu.
Sirkhan yang faham dengan situasi Wardina, hanya tersenyum segaris.
“Kalau saya cakap saya memang datang sini nak jumpa someone awak percaya?”
Soalan dibalas soalan. Apa yang membuatkan Wardina hairan, pandangan yang diberikan oleh Sirkhan kepadanya.
Kenapa nampak lain? Macam....
“Percaya. Tapi, siapa?”
Walaupun dia tidak dapat melihat wajah Wardina, namun Sirkhan yakin wanita itu cantik seindah suara merdunya. Pandangan yang diberikannya sarat dengan 1001 perasaan yang hadir menggebu dalam jiwa. Sirkhan tahu mereka hanya kawan.
Kehadiran Wardina dalam hidupnya merubah seratus peratus hidupnya. Jika dulu dia sentiasa bersedih dengan ujian yang dia hadapi, kini tidak lagi. Wardina hadir membawa cahaya yang menerangi gelapnya dunianya sebelum ini.
Jika tunangnya sendiri tidak peduli pasalnya, Wardina hadir bersama senyuman dan soalan yang tidak pernah lekang dibibir. Sentiasa bertanyakan khabar dirinya.
“Saya nak jumpa dengan....”
“Excuse me!”
------------------------------------------
“Excuse me!”
Pandangan Wardina teralih pada si pemilik suara nyaring tadi.
Sirkhan yang belum sempat menghabiskan ayatnya hanya tertunduk kesal. Kesal dengan kehadiran orang ketiga itu.
“Umar Sirkhan Bin Dato’ Johairi”
Ketika itu, berdirinya satu susuk tubuh langsing yang berpakaian agak seksi berserta rambut ikal yang panjangya melepasi bahu di hadapan Wardina. Wanita itu memandang atas bawah terhadap penampilan Wardina.
Sesekali matanya menjeling tajam ke arah Sirkhan yang masih menunduk memandang lantai.
“Hello, I’m Intan Dahlia. Sirkhan’s fiancee”
Huluran tangan langsung tidak diberikan. Wajah masam Intan hanya dihiasi dengan senyuman sinis. Khas buat Wardina.
Jadi, wujud lagi perempuan ni, getus Wardina dalam hati.
“Saya Wardina. Kawan ‘baik’ Sirkhan” balas Wardina selamba.
Ternyata selepas Wardina memperkenalkan dirinya, Sirkhan kembali mengangkat wajahnya. Wajahnya kelihatan sedang menahan perasaan lucu yang amat sangat. Barangkali tidak menyangka bahawa Wardina yang sopan dan sentiasa bertutur dengan lembut mampu membidas semula wanita seperti Intan.
Come on la gais, ini Wardina Zahra binti Tan Sri Jeffri! Bukan calang-calang perempuan melayu terakhir tau!
“Ingatkan awak dah balik. Kenapa patah balik?” soal Sirkhan yang kembali serius. Suara lelaki itu seakan-akan sedang menahan amarah.
Wanita yang bernama Intan itu hanya bercekak pinggang. Wajah pun macam minta penyepak padu. Ni kalau dapat dekat Wardina, memang dah lama arwah Intan tu!
“I tak balik. Kalau I balik, siapa nak hantar you? You bukannya mampu pun” jawapan biadap Intan tadi benar-benar menguji keimanan Wardina.
Sikit lagi tangannya mahu naik hinggap ke pipi wanita itu. Namun amarahnya cuba dikawal sehabis baik. Tak guna bertegang leher lagi-lagi dalam kawasan mahkamah. Sudahlah kes bapanya belum selesai, jangan ditambah lagi dengan masalah baru pula!
“Saya tak rasa Cik Intan perlu bercakap kasar dengan Sirkhan. Tambah lagi cik adalah tunang dia. Kalau nak bertekak sekali pun, bukan dalam kawasan mahkamah”
Wardina perlu bertegas. Tidak perlu beri muka pada wanita sejenis Intan ini. Jika tunang sendiri pun tak boleh hormat, apatah lagi orang lain.
“Saya minta maaf, Wardina. Saya tak sepatutnya datang sini dulu”
Intan menjeling tajam ke arah Wardina. Wajah Sirkhan langsung tak dipandangnya. Jika pandang, itu pun sekilas dan penuh dengan rasa benci. Runtun jiwa Wardina melihat sikap wanita itu terhadap Sirkhan.
“It’s okay, Khan. Awak balik dulu ya. Rehatkan diri. Esok boleh jumpa dengan orang yang awak nak jumpa tu, kan?”
Sirkhan mengangguk lemah. Tidak mungkin dia akan dapat peluang itu lagi. Peluang untuk berjumpa dengan Wardina. Wanita itu sentiasa sibuk. Dengan kekurangan yang dimiliki, susah untuk dia bergerak ke sana dan ke sini.
“Dah jom balik!” teriak Intan seraya merentap kasar tangan Sirkhan. Tanpa salam atau kata akhir, Intan mengheret Sirkhan keluar dari kawasan mahkamah. Wardina hanya menghantar pemergian mereka dengan pandangan sayu.
Salam semua! Saya nak buat permohonan maaf sebab cerita ni tergantung akibat kelewatan saya untuk update cerita ni...Mungkin cerita ni slow update memandangkan saya masih belaja di alam universiti... Apa2 pon saya harap korang semua enjoy chapter baru ni kerana debaran kian terasa dengan kehadiran watak baharu! Jangan berhenti support and baca cerita ni! Enjoy!
Share this novel