“Abang!”
Belum sempat dia hendak berpaling pada suara itu, terasa tubuhnya dipeluk erat oleh seseorang. Kalau bukan disebabkan wangian yang familiar itu, sudah tentu Riyyadh menepis tubuh tadi.
Setelah tubuhnya menjadi mangsa pelukan gadis yang berambut ikal mayang tadi, Riyyadh memfokuskan pandangan kepada gadis yang kini sudah duduk menghadap dirinya. Sesekali senyuman manis menghiasi wajah manis si gadis.
“Surprise tak?” tanya Shafiyah dengan teruja.
Sudah lama dia tidak bertemu dengan abang kesayangannya itu. Sejak mengetahui bahawa abangnya pernah berkerja dengan Tan Sri Jeffri, Shafiyah sedaya upaya mengelakkan diri daripada bertembung dengan abangnya ketika berada di syarikat milik lelaki berpengaruh tersebut.
Abangnya tidak boleh tahu tentang pekerjaan dia di situ mahupun hubungan sulitnya dengan Tan Sri Jeffri.
“Well, I’m surprised. How are you?”
Riyyadh membuka bicara. Rasa rindu terhadap si adik kian menggebu dalam jiwa. Sejak adiknya masuk ke universiti, mereka jarang berjumpa. Tambah pula kerjanya yang tidak menentu. Kalau berjumpa pun bila hari raya atau event-event penting.
Maklumlah, Shafiyah memilih untuk tinggal dalam kampus berbanding di rumah mama mereka. Hakikatnya Riyyadh faham mengapa Shafiyah membuat keputusan seperti itu. Mama mereka tidak lagi seperti dahulu sejak kematian papa mereka.
Mamanya lebih banyak berdiam diri dan berkurung di dalam bilik. Sesekali Riyyadh akan balik menjenguk ibunya namun Puan Sharifah Maisarah lebih suka menyendiri dan bersikap dingin dengan anak-anaknya.
“I’m fine. Alhamdulillah. Abang macam mana?”
Riyyadh tersenyum sumbing. Jika mama sudah tidak sudi melayan dan mendengar masalahnya, adiknya Shafiyah lebih setia mendengarnya. Riyyadh tidak dapat bayangkan jika suatu hari nanti adiknya pergi meninggalkan dirinya.
“Alhamdulillah, macam nilah hidup abang. Shaf dekat uni okay?”
Shafiyah tersenyum nipis sebelum mengangguk.
“Okey je. Shaf pun dah dapat banyak kawan” Riyyadh mengangguk faham sebelum tangan mencapai secawan kopi yang masih belum habis diminum.
Air kopi itu diteguk rakus sebelum perhatiannya dikalihkan pada sang adik.
“Can I ask you something, abang?”
Tubuh Riyyadh mengeras seketika namun wajahnya dibuat neutral sehabis boleh. Tidak mahu jika Shafiyah beranggapan buruk dengannya. Walau apa pun soalan yang bakal keluar dari mulut adiknya, Riyyadh perlu berlaku jujur.
Badan ditegakkan sebelum dia memberi isyarat kepada Shafiyah untuk meneruskan niatnya.
“Abang rindukan Kak Rania ke?”
Soalan itu ternyata memberi impak besar terhadap Riyyadh. Air muka lelaki itu jelas berubah apabila tubir matanya mula bergenang dengan air mata. Rasa rindu yang menghimpit jiwa kembali menyesakkan dada Riyyadh.
Hati lelakinya rapuh saat nama arwah isterinya disebut oleh orang. Sakit yang sudah lama dibiarkan, ternyata kembali memakan jiwa sendiri. Tak terluah rasanya cinta yang dalam terhadap wanita yang menjadi kekasih hatinya.
Satu-satunya wanita yang dia berjanji untuk cintai dan hidup semati dengannya.
“Bohonglah kalau abang kata tak rindu. Dia isteri abang, Shaf”
Shafiyah tersenyum hambar.
Jelas di wajah abangnya saat itu rasa sakit yang terbias dan rindu yang menebal dalam jiwa.
Sungguh besar cinta seorang Syed Riyyadh Al Mateen pada Rania Tihani. Shafiyah sendiri kagum dengan abangnya yang tulus mencintai tanpa berbelah bahagi. Ternyata Rania Tihani beruntung ada suami seperti abangnya.
“Shaf harap abang dapat cari semula kebahagiaan abang. You need someone to take care of you”
Kata-kata adiknya itu membuatkan Riyyadh berkerut tidak setuju.
“No, Shaf. There will be no women for me. I can’t love again. You know that”
Shafiyah ingin membangkang kenyataan abangnya itu namun terhalang dengan wajah ketat Riyyadh. Rahang yang diketap kasar menimbulkan urat-urat di dahinya. Barangkali sedang menahan amarah.
Shafiyah tahu dia sudah tersilap langkah. Abangnya tidak suka jika dia bercakap mengenai pengganti Kak Rania. Mana mungkin Riyyadh akan memandang wanita lain. Inikan pula berbicara mengenai kahwin lagi.
Shafiyah mengetap bibir.
“I’m sorry...”
“It’s okay. Abang faham Shaf risaukan abang, kan? Abang boleh jaga diri sendiri. Don’t worry, sunshine”
Wajah mendung Shafiyah kembali bersinar tatkala nama manja yang selalu digelar abangnya meniti dibibir lelaki itu. Sekurang-kurangnya, marah Riyyadh sudah reda.
Tangan si abang diraih sebelum kucupan ikhlas dilabuhkan pada tangan kekar yang berurat itu.
“Walau apa pun yang jadi, Shaf sayang abang. Shaf tahu Shaf tak sepatutnya cakap benda ni tapi abang memang perlukan someone untuk jaga abang. Jaga makan minum abang. Siapa lagi nak buat semua tu? Takkan mama pulak?”
Perlian itu ternyata membuatkan Riyyadh tergelak kecil.
“Listen here, Riyyadh. Abanglah satu-satunya abang dan kawan yang paling Shaf sayang dekat dunia ni. Andai kata kalau Shaf dah tak ada dekat dunia ni, abang kena jaga diri tau?”
Suara Shafiyah mula mengendur. Terasa sebak di dada saat menuturkan kata-kata itu. Riyyadh yang jelas tidak selesa dengan kata-kata Shafiyah, terus memotong percakapan adiknya.
“Apa yang Shaf cakap ni? Jangan merepek boleh tak?”
Namun Shafiyah hanya tersenyum manis sebelum kembali berkata-kata.
“Janji dengan Shaf satu perkara...”
Riyyadh mendengus perlahan. Rasa tidak sedap mula menjalar dalam hati. Fikirannya sudah mula memikirkan yang bukan-bukan. Wajah adiknya dipandang kosong tidak beriak.
“Abang....please?”
Rayuan penuh harap adiknya itu ternyata dapat meruntuhkan tembok ego yang bermaharajalela dalam hati dingin Riyyadh. Masakan dia boleh menolak permintaan satu-satunya adik yang dia ada? Sharifah Shafiyah adalah satu-satunya wanita setelah Rania yang berjaya meruntuhkan ego lelaki itu.
Setelah Riyyadh mengangguk setuju, Shafiyah kembali meneruskan perbicaraannya.
“Shaf tahu permintaan Shaf ni agak keterlaluan tapi untuk kebaikan abang juga”
Riyyadh hanya diam menantikan ayat yang seterusnya.
“But please, promise me that you will learn to love again”
Riyyadh memejamkan matanya. Permintaan adiknya terlalu berat untuk dia laksanakan. Masakan dia mampu jika hatinya masih tersisa untuk Rania? Walaupun Rania telah lama pergi meninggalkannya, hati lelaki Riyyadh tidak mampu untuk mencitai wanita lain.
Segala kenangan yang dicipta bersama tidak mungkin akan diganti dengan yang lain. Riyyadh sudah berjanji pada diri bahawa dia akan tetap mencintai Rania sehingga akhir hayatnya. Masa yang diberikan untuk mereka bahagia terasa singkat tak terkata.
Jiwa lelakinya meronta untuk pergi bersama si dia.
“I don’t know, Shaf!”
Shafiyah menggeleng kepala tanda protes.
“Please! Abang, Shaf tak minta abang untuk lupakan Kak Rania. Tapi benarkan abang buka pintu hati abang untuk mencintai yang lain”
Shafiyah sudah separuh merayu. Mengapa abangnya tetap berdegil? Tidakkah dia nampak betapa besarnya kelebihan jika dia dapat buka semula pintu hatinya? Dia perlukan teman untuk menguruskan hidupnya, menjaga dan mendengar segala dukanya.
Sampai bila mahu jadi duda?
“Kak Rania dah 5 tahun tinggalkan kita semua. Sampai bila abang nak hidup terkontang-kanting macam ni? Siapa nak uruskan makan minum abang?”
Riyyadh meraup kasar wajahnya. Melihatkan wajah separuh merayu adiknya, Riyyadh tidak mampu hendak menolak lagi. Tambah pula apa yang dikatakan Shafiyah tadi ada benarnya.
Apa lagi pilihan yang dia ada?
Dia dah tiada sesiapa untuk dijadikan teman bersama. Adiknya? Sampai bila mahu bergantung harap pada seorang gadis yang nantinya akan mencari kebahagiaan sendiri? Mama pula? Entah. Riyyadh sendiri tidak pasti.
“Alright. Tapi Shafiyah kena faham. Abang tak janji akan mencintai lagi. Abang mungkin akan berkahwin tapi untuk mencintai, abang tak rasa hati abang ni mampu lagi”
Shafiyah tersenyum mendengarnya. Dalam hati, dia berharap agar abangnya dapat mencintai lagi tapi hati manusia tidak boleh dipaksa. Shafiyah sudah cukup bersyukur jika abangnya sudi untuk menikah lagi. Dia perlukan teman sehidup dan semati. Cinta boleh dipupuk di kemudian hari.
“Thanks abang. Shaf yakin cinta tu dengan sendiri akan datang kalau abang bersabar”
Riyyadh mengangguk perlahan. Mengiyakan apa yang dikatakan oleh adiknya. Hatinya sedikit lega apabila wajah Shafiyah bersinar dengan harapan baru. Barangkali ingin melihat kebahagiaan si abang kesayangan.
Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas. Fail yang bersusun elok di tepi meja diambil sebelum dibuka. Riyyadh membelek-belek hingga ke muka surat yang ingin dituju.
Satu surat yang bersampul putih diserahkan pada si adik.
Shafiyah berkerut kehairanan dengan tindak-tanduk abangnya namun tangan masih setia menyambut huluran Riyyadh.
“Apa ni?”
Riyyadh tersenyum manis. Bahu sengaja diangkat seraya tangan memberi isyarat supaya Shafiyah membuka sampul tersebut.
Tangan mulus Shafiyah ligat membuka sampul tadi. Setelah berjaya, sepucuk surat dikeluarkan dan lipatan mula dibuka.
“Abang! Are you serious?” teriak Shafiyah dengan ekspresi muka yang jelas terkejut.
Riyyadh tertawa halus dengan telatah adiknya.
“I am”
“Bila abang nak buka balik kedai ni?” soal Shafiyah dengan teruja. Surat yang masih berada di tangan digenggam di dada. Rasa sebak mula membaluti jiwa.
“As soon as possible. Abang nak hias balik kedai tu”
Kedai apa yang dimaksudkan Riyyadh ya?
“Macam mana dengan kerja abang?”
Soalan Shafiyah serta-merta menghilangkan senyuman yang menghiasi wajah Riyyadh. Soalan yang mesti ditanya lambat laun.
“Abang nak letak jawatan abang”
Terbeliak biji mata bundar milik Shafiyah dengan respon abangnya itu. Tidak menyangka Riyyadh begitu mudah melepaskan jawatan yang telah disandang bertahun lamanya. Jawatan yang sudah tentunya membawa hasil yang lumayan. Masakan tidak jika dia bekerja dengan syarikat gah milik Tan Sri Jeffri?
Syarikat papa mereka dulu pun sudah bankrupt. Itu pun masih beroperasi di bawah pantauan Tan Sri Jeffri yang terlalu pemurah untuk tidak merobohkan syarikat milik arwah Tuan Syed Mokhtar.
“But why?”
Riyyadh hanya menjongketkan bahu. Alasan apa yang mahu dia kemukan buat Shafiyah?
Sepanjang dia bekerja di bawah pengaruh Tan Sri Jeffri, adiknya tidak sekali pun tahu kerja ‘keduanya’ dalam syarikat itu.
Kerja yang di mana Riyyadh lakukan demi meraih restu Tan Sri Jeffri dahulu ketika ingin mengahwini ananknya, Rania.
Kerja yang di mana menjadikan dia bergelumang dengan dosa. Kerja yang di mana Riyyadh harus mengetepikan hukum halal dan haram demi memuaskan hati seorang manusia yang jahilnya terhadap hukum agama.
Kerja yang merosakkan masa depan dan kebahagiaannya.
Namun sejak kematian Rania, Riyyadh telah nekad untuk cuci tangan dan meninggalkan kumpulan haram itu. Tidak mahu melakukan dosa yang bakal memakan diri sendiri. Dia sudah tiada apa untuk meneruskan perjuangan lagi.
Rania tiada lagi di sisi untuk menjadi sumber kekuatan. Tiada sebab untuk dia berterusan mengotorkan tangan dengan sindiket haram yang diterajui oleh Tan Sri Jeffri secara rahsia.
Dia ingin kembali ke jalan yang benar. Dia ingin bertaubat dan menjalani hidup seperti biasa tanpa perlu melakukan kerja haram secara paksa. Hatta niatnya tidak disetujui.
Benar, niatnya untuk menarik diri ditentang hebat oleh Tan Sri Jeffri. Namun Riyyadh tiada pilihan lain selain dari keluar secara senyap. Dia memilih untuk memutuskan segala rangkaian yang menghubungkan dia dengan dunia haram Tan Sri jeffri.
“Dah tiba masa untuk abang fokus pada impian arwah Rania. Kedai bunga ni yang akan abang hidupkan semula setelah sekian lama ditutup”
Tangan di bawa ke dada. Jantung yang sentisa menyebut nama si dia kembali bernyawa. Impian yang tidak sempat dilaksana Rania dahulu. Satu-satunya impian arwah untuk membuka kedai dan menjual bunga dan gubahan.
Kedai yang dibuka dengan hasil titik peluh sendiri. Malangnya, belum sempat kedai itu beroperasi, Rania jatuh sakit.
Rania telah disahkan menghidap kanser hati tahap empat. Betapa luruhnya jantung Riyyadh ketika berita itu sampai ke pengetahuannya. Doktor telah berhempas-pulas ingin menyelamatkan Rania namun hampa. Allah lebih menyayangi isterinya itu.
“Abang nak kedai bunga arwah beroperasi semula. Abang akan jadi tauke. I don’t need any staff to help me”
“Kenapa pulak macam tu?” soal Shafiyah kehairanan. Kenapa pula tidak mahu pekerja untuk membantu? Tak mampu bayar gaji, rasanya Riyyadh ini lebih dari mampu.
“Kedai tu dibuka dengan duit Rania sendiri. Jadi, hanya abang yang layak untuk uruskan kedai. Kalau Rania masih hidup, sudah tentu dia juga akan lakukan benda yang sama”
Riyyadh berharap agar suatu hari nanti, kedai yang akan dia uruskan tidak lama lagi akan membuahkan hasil seperti mana yang diharapkan oleh arwah Rania suatu ketika dahulu. Masih panjang perjalanannya untuk mengukuhkan kedai bunga mereka.
Perjalanan yang akan ditempuh dengan penuh kesabaran. Dan kali ini, hasil yang bakal wujud dari jualan bunga nanti bakal menjadi sumber yang halal.
Untuk itu, Riyyadh berdoa agar masih ada peluang untuk dia kembali menjadi hamba-Nya yang taat dan beroleh kebahagiaan setelah musim keresahan yang berlalu begitu panjang.
-------------------------------
Kalander yang berada ditangan, ditenung lama tanpa berkedip mata. Tanda bulat yang diletakkan khas pada tarikh 25 Julai itu meraih perhatian Wardina. Lagi tiga hari!
Hari apa?
Hari jadi papanya!
Wardina mengeluh panjang. Sejak peristiwa papanya di kafe hari tu, Wardina jarang nampak papa dia pulang ke rumah selalu. Katanya urusan kerja yang menimbun di office. Sesekali Wardina termakan juga dengan helah papanya itu.
Namun makin lama, semakin menjadi-jadi sikap Tan Sri Jeffri.
Sebagai seorang anak, Wardina tidak mahu menjadi beban pada ayahnya. Tambah pula Tan Sri Jeffri sekarang menguruskan syarikat yang kini kian membangun pesat di serata dunia. Salah dia juga menolak tawaran untukbekerja di samping papanya.
“Nak belikan papa apa eh?”
Setahu Wardina, Tan Sri Jeffri bukanlah penggemar kek. Sejak kematian Puan Sri Sarimah, papanya sudah jarang menyambut hari kelahirannya. Jika tiba hari yang bermakna tersebut, dia lebih banyak menyendiri dan melakukan segala kerja yang ada di pejabat.
Wardina pula?
Tukang masak lauk kegemaran papanya dan bungkus untuk dihantarkan ke pejabat.
Mahu belikan papa telefon baru macam tak kena. Papanya banyak duit. Tak mungkin telefon bimbit menjadi barang yang paling diperlukan saat ini.
Baju? Teli leher?
Wardina buntu.
Tan Sri Jeffri tidak pernah meminta atau memberi isyarat mengenai isi hatinya. Jika dia teringin makan ini, dia tidak menyuarakan hasrat itu. Sebaliknya, hanya Wardina yang rajin menyelidik minat papanya.
Tragis sungguh kan?
Mahu call papa, rasa tidak sesuai. Papanya ada meeting penting hari ini. Katanya ada pelancaran hotel baru dekat Kuala Lumpur. Setahu Wardina, ini merupakan hotel pertama yang didirikan dalam sejarah syarikat Tan Sri Jeffri.
Kata papa, jika hotel kali ni berjaya, dia ingin melebarkan sayap ke Australia.
Jujur, Wardina tumpang bahagia dengan apa yang dikecapi oleh Tan Sri Jeffri. Setelah bertahun lamanya berkerah keringat, sudah tiba masa untuk usaha dibalas dengan ganjaran yang setimpal.
Kalander tadi kembali dilipat sebelum disimpan dalam laci meja. Pandangan dibuang ke arah tingkap. Menikmati suasana yang tenang tanpa orang ramai yang bersesak dengan jam di tengah bandaraya.
Maklumlah, kampusnya berada di tengah kota.
Tidak lama lagi, exam akhir akan memunculkan diri. Pejam celik, sudah hampir 5 tahun Wardina menghabiskan masanya di bumi UIA ini. Segala usaha dan pergorbanan bakal terjawab dalam peperiksaan nanti.
Zurin pula tidak sabar nak balik kampung. Katanya sudah lama tak menjenguk nenek kesayangan yang berada di Pulau Pinang. Selama mereka berkawan, Wardina tidak pernah melawat ke kampung halaman Zurin untuk bertemu dengan Puan Rasyidah. Sebaliknya, hanya rumah Zurin di bandar sahaja yang pernah dia jejakkan kaki ketika hari raya menjelma.
Wardina sudah pasang niat mahu menjadi pendakwa raya yang terhandal dalam negara. Namun sebelum berbuat demikian, dia ingin mengambil pengalaman bekerja di kedai-kedai kecil sebelum mendaftarkan diri di mahkamah berdekatan.
Kerja apa itu yang Wardina tidak pasti. Mahu jadi cashier? Tentu memenatkan. Papa dia juga pernah berpesan supaya tidak menghabiskan masa mencari duit di kedai-kedai biasa. Namun apakan daya jika Wardina ingin mencari pengalaman? Sesekali ingin merasa erti hidup dalam kesusahan.
Maklumlah, dia ini sejenis yang minta apa hanya diturutkan si bapa.
Jaranglah orang kata kalau nak merasa hidup dalam kesusahan. Semuanya serba-serbi lengkap.
Tidak mahu lagi mengelamun tanpa tujuan, Wardina terus mencapai telefon bimbitnya. Belum sempat tangan ingin mendail nombor si ayah, ada satu mesej terlebih dahulu memunculkan diri di ruangan notifikasi.
Aik? Siapa pulak yang hantar mesej pada dia ni? Nombor pun tak kenal. Takut juga kalau scammer yang terdesak minta duit haram orang lain.
Namun kerana akal logik sentiasa mendahului sikap prejudis Wardina, tangannya laju menekan mesej tadi. Kut-kutlah ada kecemasan yang dia tak tahu. Mungkin PA papanya? Atau mana-mana pihak atasan yang minta bayar hutang?
Hutang jangan dibuat main tau!
My heart will always belong to you no matter how hard our test is. Even if you are not here beside me, I’ll always treasure our moment together. I believe we will meet again in future, my love.
Your husband
Wardina terlopong membaca mesej romantis tersebut.
Salah nombor ke orang ni? Wardina menggaru kepala yang tidak gatal. Kesian pulak dia rasa kerana lelaki ini terang-terang salah nombor. Dia bukan isteri lelaki itu! Aduh...Nak buat macam mana ni?
Kerana rasa kekok dan tidak selesa dengan luahan lelaki misteri tadi, Wardina lupa bahawa dia ingin menghubungi si ayah. Otaknya ligat ingin memikirkan apa yang perlu dilakukan sekarang.
Mahu block? Kejam sangat. Mungkin ni nombor lama isteri dia kut?
Maklumlah....Wardina guna nombor baru.
Telefon bimbitnya yang lama hilang sewaktu bercuti di Langkawi tempoh hari. Agaknya dah selamat dalam air kut. Waktu dia sedar telefonnya tiada di poket apabila mereka telah selamat berlayar di atas feri. Memang mengucap panjang Wardina ketika itu.
Nasi sudah menjadi bubur. Takkanlah nak berenang pula? Mahu syahid pula dia di tengah pulau tu nanti!
Jadi, Wardina mengambil keputusan untuk mebiarkan nombor itu dalam kontak kenalan. Mungkin lelaki itu akan sedar bahawa dia telah salah nombor.
Tapi, takkanlah dia tak tahu nombor telefon isteri sendiri? Atau isterinya sudah menukar nombor baharu tanpa pengetahuan si suami?
Mungkin.....mereka adalah pasangan yang tengah mengalami perang dingin?
Atau....
Mereka telah bercerai?
Enjoy!
Share this novel