Bunga-bunga segar yang berada di hadapanya itu di ambil satu persatu mengikut susunan gubahan yang di minta oleh pelanggan.
Lincah tangan Syaiha membuat kerja. Pagi ini kedai bunga itu tidak ramai pelanggan jadi ada la masa untuk dia membantu Lara satu- satunya staf yang Syaiha ada.
Kedai bunga yang hanya baru setahun menapak itu adalah milik Syaiha. Susah payah dia mahu membangunkan perniagaan itu. Dari hasil kerja keras selama ni, akhirnya terbentuk lah H&H florist.
Habis Syaiha mengubah bunga, dia melangkah ke belakang mencari Lara. Matanya memerhati bunga-bunga yang sudah berkurang stok. Dalam kepala sudah berkira-kira untuk menelefon pembekal.
"Lara !" panggil Syaiha kuat.
Laju kaki gadis yang kecil molek itu melangkah menghampiri Syaiha. Kelam- kabut dia bila melihat muka boss sudah masuk mood serius.
"Ya ! "
"Harini ada delivery ?" soal Syaiha tanpa basi-basi.
"Ada kak Syai..."
"Area mana ?" tanya Syaiha lagi.
"Emmm.... kejap !" tergopoh- gapah Lara berlari ke kaunter. Fail tempahan di ambil dan dia kembali mendapatkan Syaiha.
Fail yang berada di tangan Lara selak laju- laju. Mata Lara mencari alamat yang di tinggal oleh pelanggan untuk mereka menghantar gubahan bunga yang di tempah.
"Tak jauh, area sini- sini juga." jawab Lara dengan sengihan.
"Ouh, okey ! macam tu biar akak la hantar."
"Tak pa ke akak yang hantar ?" Lara tanya dengan kening terangkat.
Eh ? rajin pula boss dia sorang ni. Selalunya kerja-kerja delivery barang pelanggan memang Lara sendiri yang akan buat. Maklum la dia kan hanya makan gaji.
"Ya la, lagipun waktu delivery dah nak dekat tengah hari. Boleh la akak pergi ambik Hairi dan Haira sekali."
"Ouhh... iya tak iya juga kan." Lara sudah mengangguk faham.
"Lara buat apa kat belakang ?" tanya Syaiha tiba- tiba.
Dari tadi dia tengok gadis itu tak keluar dari bilik stor, apalah yang dibuat di belakang ? nak kata curi tulang tak juga. Syaiha tahu pekerjanya itu baik. Tak pernah lagi buat perangai sepanjang Lara bekerja dengannya.
"Buat apa lagi, ni !" Tangan di angkat dan di hala ke muka Syaiha.
"Content." Lara sudah tersengih panjang.
Syaiha tepuk kepala. Lupa ! dia juga yang arahkan gadis itu. Alahai la Syaiha oi... muda-muda lagi dah nyanyok !
"Nanti Lara siapkan tempahan tu ya sebelum akak keluar." pesan Syaiha.
"Orait boss !"
Syaiha sudah melangkah ke belakang kedai. Sekarang masa untuk dia makan. Dari tadi perutnya sudah bernyanyi- nyanyi. Lapar !
..................................
Jam di pergelangan tangan di belek lagi. Alamak ! dia dah terlambat dari masa yang dijanjikan. Sepatutnya dia keluar awal tadi. Macam mana boleh tersakit perut pula tadi ?
Syaiha mengeluh geram. Jambangan bunga yang dipegang dibelek berkali- kali, takut ada yang tercabut pula. Dari hujung bangunan itu Syaiha sudah berlari anak.
Sampai saja depan pintu yang tertera tulisan 'BEE ARTS' itu, Syaiha berhenti. Skrin telefon di tenung bekali- kali sampai nak terkeluar biji mata Syaiha.
"Eh ! kenapa tak nampak pulak ni ?" bebel Syaiha.
"La... brightness tak buka rupanya." omelnya lagi.
"Betul la ni !"
Laju Syaiha panggung kepala. Belum sempat Syaiha buka langkah tiba -tiba tubuhnya di rempuh kuat oleh seseorang dari arah depan.
Bam !
Akibat tak sempat mengimbang badan, Syaiha terus terjelepok di atas lantai bersama-sama bunga yang di pegang tadi. Habis tercabut tangkai- tangkai bunga yang tersusun elok.
Alamak ! bala !
Kepalanya rasa pening-pening lalat. Mungkin orang yang merempuhnya itu berbadan sado jadi Syaiha rasa macam batu yang menghentamnya.
"Ya Allah ! cik tak apa-apa ?" soal suara lelaki yang kedengaran cemas itu.
Perlahan Syaiha angkat kepala. Dalam hati sudah menyumpah manusia yang berada dihadapannya ini. Ada nampak dia baik-baik saja ka ?
Sebaik saja mata mereka bertembung, masing- masing tergamam. Syaiha lihat ada riak terkejut pada wajah lelaki yang berdiri di depannya ini.
Mata itu ? seolah dia pernah melihat, tapi di mana ya ?
Lama mereka berkeadaan seperti itu. Masing-masing tengah lawan tenung. Syaiha mendengus, cis ! kalau macam ni sampai esok pun tak habis !
"Bunga... bunga !" jerit Syaiha dengan suara sudah mahu menangis.
"Awak buta ke !? tak nampak ke saya elok terpacak depan ni !" marah Syaiha. Suaranya sudah meninggi.
Irzan yang dari tadi diam cepat- cepat tersedar. Wajahnya tiba-tiba berubah risau melihat gadis itu sudah marah- marah.
"Maaf... saya tak perasan cik berdiri dekat sini." ujar Irzan dengan muka bersalah.
"Lain kali padang la kiri kanan, jangan jalan menonong ja. Tak pasal- pasal orang lain yang susah. Huh !" bebel Syaiha bersama muncung tajam.
"Harap mata saja besar tapi tak reti tengok elok-elok !"
Muka Irzan yang telihat bimbang tadi terus berubah bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Syaiha. Muncul satu senyuman kecil pada bibir Irzan.
Dia rasa seperti dejavu. Ayat itu pernah dilempar untuknya 7 tahun lalu. Masih terpahat dalam ingatan Irzan. Mana mungkin dia lupa.
"Eh, suka-suka nak salahkan orang. Yang awak terpacak depan pintu ni buat apa ? dah tak ada kerja nak jadi jaga ke ?" balas Irzan saja mahu cari pasal.
"Ishh ! awak ni kan... siapa nak ganti bunga saya? ganti sekarang !" Syaiha menahan geram.
Irzan tunduk memandang bunga yang sudah berterabur di atas lantai. Alahai, kesian pula tengok. Tak pasal- pasal rosak barang.
"Ini bunga client tau apa saya nak jawab ni. Awak ni memang la..."
"Okey, okey... saya minta maaf. Biar saya ganti. Berapa harga dia ?" soal Irzan sambil tangan menyeluk poket.
"Tak payah ! saya tak nak duit awak !" marah Syaiha lagi.
Irzan sudah garu kepala. Kejap cakap suruh ganti, kejap tak nak pulak. Ehh pening la dia pun. Apa yang gadis ni nak sebenarnya ? nak suruh ganti ka tidak ?
"Tepi la !" Syaiha cuba untuk berjalan. Tak berjaya. Dia hampir jatuh terjelopok sekali lagi.
"Eh, awak okey tak ?" tanya Irzan prihatin. Dari tadi dia lihat Syaiha susah nak berjalan. Mungkin ada terseliuh di mana-mana barangkali.
"Saya... saya okey." jawab Syaiha lemah.
Rasa marah yang bertandang tadi sikit- sikit terbang di bawa angin bila dalam keadaan sakit seperti sekarang. Dengan hasil kerjanya yang sudah selamat bertaburan atas lantai, Syaiha sudah mahu menangis.
Malang betul nasib dia harini. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba dilanda taufan. Kalau lah boleh, nak saja dia penyet lelaki yang merempuhnya itu. Biar jadi nasi ayam penyet !
"Awak tak okey ni. Jom saya bawak ke klinik !" Tanpa amaran , beg tangan yang dipegang Syaiha disauk jejaka itu.
"Eh ! eh ! apa ni main tarik-tarik orang !" Syaiha menarik- narik beg tangannya.
"Habis tu nak suruh saya dukung ke ?" Irzan sudah menaikkan kening sambil tersenyum kerek.
"Jangan merepek !"
"Dah tu yang awak terpekik macam orang tak siuman kenapa ? saya nak ajak ke klinik pun susah !"
"Kaki saya sakit la awak tarik-tarik macam ni !" jerit Syaiha dengan muka marah.
Terlepas pegangan Irzan serta- merta. Alamak ! dia tak sangka pula gadis itu dalam kesakitan. Mula timbul rasa bersalah bila melihat muka Syaiha yang sudah berkerut.
"Sorry ! saya tak sengaja. Okey jom saya bawa ke klinik." ujar Irzan sekali lagi.
"Tapi... bunga saya ni macam mana ?" ada riak sedih di wajah Syaiha.
Habis melayang duit dia ! gamaknya tak ada rezeki la jawabnya.
"Hurm... biar ja kat situ nanti pandai- pandai la ada yang bersihkan." Irzan sudah tersengih. Sekali lagi dia menarik Syaiha.
"Encik ! kejap ! encik !"
Irzan buat-buat tak dengar. Dalam hati sudah tersenyum senang. Bukan ini yang dia rancang dari mula tapi peluang yang datang lagi memudahkan urusannya.
Sekurang- kurangnya tak payah la dia ambil masa lama sangat. Terus jalankan misi yang bertahun- tahun tergendala. Dalam kepala Irzan sudah merangka macam- macam.
Share this novel