BAB 20

Romance Series 17858

Lepas saja dia mendapat mesej dari Irzan tadi, Syaiha terus pecut pulang ke rumah. Ditinggal semua kerja pada Lara, pekerjanya. Syaiha benar- benar risau bila teringat akan Hairi dan Haira.

Dari apa yang dia tahu lelaki itu sendiri akan hantar anak- anaknya sampai ke depan rumah. Itu yang diperkata Irzan dalam pesanan yang dihantar tadi.

Syaiha mundar- mandir di hadapan pintu pagar rumahnya. Telefon yang berada pada tangan dibelek melihat jam. Sudah pukul 6 petang namun kelibat Irzan masih lagi tidak muncul.

Hati Syaiha berasa tidak sedap. Kalau lah betul- betul lelaki itu culik Hairi dan Haira macam mana ? isy, minta simpang !

"Isy, tak boleh jadi ni !" keluh Syaiha.

Belum sempat dia mendail nombor Irzan tiba- tiba kereta proton X70 berwarna hitam perlahan- lahan menghampiri kawasan rumahnya. Syaiha menarik nafas lega bila matanya tertacap pada wajah Hairi dan Haira yang berada dalam kereta itu.

Riak wajah Syaiha yang awal tadi risau terus berubah garang. Siap package cekak pinggang lagi tanda bila- bila masa saja dia boleh bertukar manjadi hulk. Kalau ikutkan hati mahu saja di report Irzan ke polis. Biar lelaki itu kena tahan lokap, padan muka !

Senyuman Irzan sedikit ternaik bila mata jatuh pada tubuh tegak Syaiha yang sedang bercekak pinggang. Dalam hati dia sudah ketawa jahat. Pasti wanita itu sempat mengutuknya sekejap tadi.

Irzan keluar dari kereta kemudian dia ke tempat penumpang untuk membuka pintu buat Haira dan Hairi. Laju mereka berdua keluar sebelum berlari ke arah Syaiha.

"Mama, mama... uncle bawa kami pergi jalan- jalan tadi." laju mulut Hairi bercerita.

"Uncle beli mainan dekat kami, tengok ni !" beritahu Haira sambil menunjuk mainan yang ada pada tangan.

Riak marah yang ada pada wajah Syaiha tadi terus perlahan- lahan berubah bila melihat keterujaan Hairi dan Haira. Dia hembus nafas lega. Mungkin dia yang berlebihan risau.

"Dah, pergi masuk dalam." suruh Syaiha dengan suara serius.

Hairi dan Haira saling berpandangan bila  melihat riak kosong Syaiha. Mereka tahu pasti ada perkara yang buat Syaiha kurang senang. Perlahan- lahan mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.

"Bye uncle !" sempat Hairi dan Haira melambai kepada Irzan sebelum mereka berdua hilang dari balik pintu. Irzan yang melihat hanya tersenyum kecil sambil membalas lambaian itu.

Tajam anak mata Syaiha menikam wajah Irzan. Ada rasa tidak puas hati bila melihat muka tak bersalah lelaki yang berada di hadapannya ini.

"What ?" soal Irzan sambil tersengeh.

"Saya tak suka awak buat macam ni. Kenapa awak pandai- pandai bawa Ari dengan Ara ?" ujar Syaiha dengan nada geram.

"Bukan sepatutnya awak berterima kasih dengan saya ke ? ini tak, tau nak marah je. Kalau saya tak ambil mereka rentung la budak berdua tu tunggu awak tadi." perli Irzan tiba- tiba.

Syaiha ketap bibir. Isy, menyampah ! saja la tu nak perli orang. Dia tahu la dia lupa tapi tak payah la nak perli-perli pula.

"Awak ni... memang la !" marah Syaiha sambil menggengam penumbuk. Silap hari bulan sampai juga ke muka lelaki itu.

"Eleh... dia yang salah pastu nak marah orang."

"Irzan !"

"Apa !"

"Awak ni annoying la !"

"Okey, saya anggap itu pujian. Terima kasih." Irzan tersengih mengejek.

"Isy !!!"

Syaiha sudah menghentak kaki tanda protes. Dia sudah berura- ura mahu pergi dari situ. Duduk lama- lama pun buat menyakitkan hati saja. Belum sempat dia melangkah tiba- tiba tangan Irzan laju menarik bucu lengan bajunya.

"Eh, nak pergi mana ? tak habis lagi urusan kita ni." ucap Irzan kelam- kabut bila melihat Syaiha sudah mahu melangkah.

"Apa ni, lepas la." laju Syaiha menolak tangannya supaya pegangan Irzan terlepas tetapi makin kejap pula lelaki itu genggam.

"Tak nak. Awak kena janji dulu dengan saya. Lusa saya nak awak ikut saya jumpa mama saya." desak Irzan pula.

Terbuntang biji mata Syaiha. " Dah kenapa saya kena jumpa mama awak pula ? no way !"

"Manusia jenis apa awak ni ? balas la jasa saya tolong ambil Hairi dengan Haira tadi." Irzan buat muka minta simpati.

"Elehh... takat jasa kecil tu pun nak bekira." Syaiha sudah menjulingkan mata sambil mengherot bibir.

"Kena la kira. Sekarang tak ada benda free tau. Masuk tandas pun dah 50 sen." ujar Irzan tak nak kalah.

Syaiha menjuihkan bibir sambil buat muka menyampah. Apa samakan dengan tandas pula ?

"Tak kira, saya nak awak ikut saya juga." paksa Irzan lagi.

"Tak nak la, awak tak faham bahasa ke ? nak paksa- paksa orang pula." Syaiha masih berusaha menolak tangan Irzan yang kejap memegang bucu bajunya.

"Saya tak kira, kalau awak tak nak sekarang juga saya cempung awak bawak pergi jumpa mama saya. Jom !" ugut Irzan pula.

"Irzan ! awak gila ke !" jerit Syaiha bila Irzan sudah mula mahu menariknya.

"Hah ! nak janji tak ikut saya lusa ni ?" soal Irzan sudah menahan senyum.

"Yelah, yelah... saya ikut !" balas Syaiha malas.

Terbit senyuman kecil pada bibir Irzan. Bila dah gertak baru nak setuju. Huh ! letih betul dia nak memaksa si Syaiha ni. Hati keras, macam batu ! kalau tak buat macam ni sampai bila rancangan Irzan mahu selesai.

"Saya ikut dalam mimpi !" sambung Syaiha lagi bila melihat Irzan sedang mengelamun.

Laju dia pecut lari ke dalam rumah. Sampai saja depan pintu Syaiha pusing melihat Irzan kemudian dia menjelir lidah kepada lelaki itu sebelum menutup pintu rumah dengan kuat.

Irzan yang tak perasan dia ditipu wanita itu hanya tercengang. Laju dia meramas- ramas rambut dengan geram. Cis, tak guna ! wanita itu memang tak makan saman betul. Tak boleh jadi, Irzan keluarkan phone dari poket seluar. Jari laju menaip skrin.

Okey, done ! sent...

Lama Irzan merenung pintu rumah Syaiha sebelum pintu itu tiba- tiba terbuka dari dalam. Terbit senyuman sinis dari bibirnya. Mata dia dan Syaiha bertembung. Dari jauh Irzan perasan riak mendung pada wajah wanita itu.

'Maafkan saya Syaiha, dah sampai masa kita selesaikan semuanya.' ujar Irzan dalam hati.

...........................................

Laci putih yang berada di sebelah katil itu ditarik Syaiha. Dia mengambil sebuah kotak empat segi yang terletak elok disitu. Perlahan- lahan dia membuka kotak baldu berwarna biru tua. Seutas rantai berbentuk huruf 'S' yang masih berkilat itu dipandang tak lepas.

Sudah bertahun rantai itu di simpan tak berusik. Syaiha betul- betul sayang mahu pakai, takut terjatuh dan terhilang. Dia rasa sepanjang hidupnya hadiah itu yang paling mahal pernah dia terima. Syaiha mengambil pula surat yang turut ada bersama kotak rantai dan dia membuka surat itu.

'Assalamualaikum adik akak yang paling comel. Happy birthday Syaiha yang ke-21. Semoga Syai jadi anak yang solehah buat bonda Hawa dan semoga Syai berjaya dalam hidup, dapat capai apa yang Syai inginkan. Kak Rose betul- betul bangga Syai jadi adik akak. Walaupun tuhan tak hadirkan Kak Rose dengan keluarga sempurna tapi Dia hadirkan Syai dalam hidup akak. Akan datang keluarga kita akan bertambah lagi. Tak sabarnya Kak Rose nak tunggu baby Hairi dan Haira keluar. Nanti boleh la Syai tolong jaga mereka ? hahahaha tolong kalau Kak Rose ada kerja la. Boleh ya ? apapun Kak Rose doa supaya Syai bahagia dalam hidup bersama orang yang boleh bahagiakan Syai. Tak tahu la kenapa tiba- tiba awal pula Kak Rose sediakan hadiah Syai sedangkan birthday Syai bulan depan. Okey la awal tak kalut kan ? Kak Rose sayang Syai sampai bila- bila. Sayang dunia akhirat'

Selesai saja dia membaca surat itu, air mata Syaiha menitik satu persatu. Setiap kali dia membaca surat terakhir yang di tinggal Rose itu hatinya seakan disiat- siat. Rose seperti tahu ajalnya akan tiba awal.

Walaupun sudah tujuh tahun berlalu tetapi rindunya terhadap Rose seakan tiada penghujung. Dia perlukan wanita itu untuk meluah rasa. Syaiha betul- betul perlukan seseorang sekarang.

"Apa Syai patut buat Kak Rose ? Syai tak sanggup hilang Ari dan Ara." ujar Syaiha sendiri sambil menangis teresak- esak.

Ingatan Syaiha kembali pada kejadian petang tadi bersama Irzan.

Laju Syaiha melangkah ke arah Irzan yang hanya merenungnya di luar pagar. Hatinya berdegup laju. Tidak percaya dengan apa yang baru di hantar oleh Irzan sekejap tadi.

"Apa maksud ni ?" Syaiha menghala telefon bimbit ke arah lelaki itu.

'Jangan sampai saya guna cara paksa Syaiha Ariffin. Hairi dan Haira hak saya, darah daging saya. Awak tak berhak ke atas mereka !'

Irzan pandang sepintas lalu sebelum menunduk muka. Dia menghembus nafas dalam. Irzan mengangkat muka dan matanya tajam menikam mata Syaiha. Mencari apa yang ada pada fikiran wanita ini disebalik mata bundar itu.

"Itu la maksud dia Syai. Tak ada maksud lain. Apa yang awak baca itu la kenyataan." ujar Irzan dengan nada lembut. Dia tahu pasti wanita itu akan terkejut.

Tiba- tiba Syaiha gelak kuat sebelum tersenyum sinis kepada Irzan. "Awak cakap pasal hak ? awak merapu, awak tak betul Irzan. Awak gila ! saya mama diaorang jadi mereka hak saya !"

"Syaiha, pandang muka saya betul- betul. Awak tak kenal saya ? tengok muka saya, ada awak teringat dekat seseorang ?" soal Irzan dengan suara tenang.

Syaiha bagai tersedar. Di tenung wajah Irzan lama. Syaiha terpempang bila ada satu wajah yang cukup dia kenal melekat di ingatanya.

"Awak jangan main- main Irzan. Saya tanya ni apa maksud chat awak ni ? cakap Irzan, cakap !" jerit Syaiha kuat bagai orang kena rasuk.

"Syaiha ! saya adik arwah Irzam. Hairi dengan Haira tu anak saudara saya." beritahu Irzan laju. 

"Awak adik abang Irzam ? macam... mana..." Syaiha rasa dunianya seakan berputar. Suaranya sudah tersekat di kerongkong.

"Saya lebih berhak ke atas Hairi dan Haira. Awak tahu kan ? awak bukan ibu kandung diaorang, awak bukan adik Kak Rose. Awak tak ada kaitan..."

"Diam ! saya kata diam !" jerit Syaiha memotong kata- kata Irzan. Dia menolak tubuh Irzan yang lagi tinggi darinya.

"Pergi ! saya tak nak dengar apa awak cakap. Mengarut, pergi !" dia menutup mata dan kedua belah telinga.

"Syaiha, dengar apa saya nak kata dulu..."

"Berambus Irzan ! saya tak kan benarkan awak ambil Hairi dengan Haira. Pergi !"

"Okey fine ! saya pergi. Tapi ingat, kalau awak tak nak saya guna cara kasar baik awak ikut saya jumpa mama saya. Awak kena terima lamaran saya. Kita kahwin !" ucap Irzan memberi amaran.

Dia terus melangkah meninggalkan Syaiha yang sudah menangis di situ. Irzan tak kisah, sekalipun dengan cara paksaan dia akan pastikan Syaiha jadi miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience