Selendang putih yang berada atas kepala Syaiha bergerak-gerak ditiup angin. Dia membetulkan semula selendangnya sambil memandang ke luar tingkap.
Rumah anak-anak yatim Madihah itu sunyi pada awal-awal pagi ini kerana kebanyakkan penghuni berada di tanah perkuburan.
Pagi ini arwah Irzam dan Rose akan di kebumikan. Hanya Syaiha saja tidak turut serta dengan penghuni lain.
Dia tidak kuat melihat wajah bonda Hawa dalam kesedihan. Dari semalam wanita itu tidak berhenti menangis. Ibu mana yang sanggup melepaskan anaknya meskipun hanya anak angkat.
Syaiha lebih memilih untuk berada di situ. Hanya titipan doa yang akan dikirim buat arwah Rose dan Irzam. Padangan Syaiha jatuh pada poko pelam yang berada di luar rumah.
Matanya tak lari dari melihat tiga ekor burung yang tumpang berteduh di situ. Kalau dilihat pasti burung-burung itu adalah sebuah keluarga. Ada ibu, bapa dan juga anak.
Hati Syaiha tiba-tiba meratap hiba. Andai saja dia seperti anak burung itu pasti seronok. Ada ibu dan bapa sepanjang masa disisi.
Kenapa hidupnya tidak seperti orang lain ?
Kenapa dengan secepat ini Allah mengambil Rose darinya ? sudahlah tidak mempunyai orang tua, Rose yang dia sayang sepenuh hati juga turut diambil.
Seperti dunianya tidak adil !
Setitis demi setitis air mata yang sedaya upaya ditahan itu mengalir ke pipi. Syaiha sudah menangis teresak-esak disitu.
Pandangan Syaiha kembali pada pokok itu apabila burung-burung tadi sudah terbang pergi. Matanya seakan melihat wajah Rose dan Irzam yang sedang tersenyum kepadanya.
"Syai rindu Kak Rose'
'Kak Rose, Syai janji akan tunaikan permintaan akak.' ujarnya dalam hati. Laju ingatannya kembali pada kemarin hari.
Perlahan Syaiha menolak pintu bilik wad bersalin itu. Dia menapak perlahan-lahan ke arah katil yang berada pada tengah bilik.
Hati Syaiha tiba-tiba pilu apabila melihat Rose sedang terbaring atas katil sambil mata tertutup. Ada wayar yang berselerat ditubuh wanita itu.
Laju Syaiha menekup mulutnya, cuba ditahan air mata yang hampir menitik. Ya ! dia harus kuat demi Rose. Dia tak boleh lemah !
Syaiha genggam tangan Rose lembut apabila melihat wanita itu sedang menahan kesakitan.
"Akak, Syai kat sini." ujar Syaiha perlahan.
Rose membuka mata bila suara itu menyapanya. Dia hanya tersenyum tawar.
"Akak kena kuat ya, Syai tahu akak kuat."
Rose mengangguk lemah dengan wajah berkerut-kerut.
"Abang Zam mana Syai ?" soal Rose dengan suara tersekat-sekat.
Syaiha jadi tergamam dengan soalan yang diberi Rose. Hatinya bertambah pilu bila melihat wajah Rose yang penuh mengharap. Laju saja air mata Syaiha gugur, dia tak kuat !
"Mana abang Zam ? mana suami akak Syai ?" soal Rose lagi.
Kali ini Rose menarik-narik tangan Syaiha bila gadis itu hanya berdiam diri. Wajah Rose terus berubah mendung. Tiba-tiba ada air jernih yang mengalir dari matanya.
"Kak Rose, abang Zam..."
Seperti tidak terluah apa yang hendak disampaikan Syaiha. Air matanya lagi laju mengalir. Syaiha sudah teresak-esak di tepi Rose.
Rose tergamam melihat Syaiha. Dia sudah dapat jawapan dari persoalannya tadi.
Rose memejam matanya lama. Air mata yang jatuh ke pipi di lap perlahan. Rose membuka matanya semula lalu tangan Syaiha digenggam.
"Syai... dengar apa Kak Rose nak cakap."
Syaiha mengangkat wajah. Pandangannya bertemu dengan pandangan Rose.
"Kalau jadi apa-apa kat akak, tolong jaga anak-anak akak ya." minta Rose.
Syaiha menggeleng. "Apa Kak Rose cakap ni ?"
"Akak nak Syai selamatkan anak-anak akak..."
"Kak Rose !" laju Syaiha menggeleng.
"Tolong... akak nak anak-anak akak tengok dunia. Akak nak diaorang membesar dengan baik." ujar Rose lagi.
Mukanya sudah menahan sakit, mungkin sudah sampai masa untuk dia dibedah.
"Akak... Syai tak boleh hidup tanpa akak. Please Kak Rose, jangan tinggalkan Syai..." Syaiha menggeleng sambil mukanya sudah basah dengan air mata.
"Akak sayang Syai, macam adik akak sendiri. Tolong besarkan anak-anak akak baik-baik. Jangan biar mereka rasa apa yang kita rasa. Tolong bagi kasih sayang yang secukupnya untuk mereka." pesan Rose.
Nafas Rose makin lama tidak teratur. Kejap dia pusing ke kiri, kejap pusing ke kanan. Tangan Rose masih menggenggam kuat tangan Syaiha.
"Doktor ! nurse !" panggil Syaiha kuat.
"Kak Rose ! akak kena kuat !" Syaiha membalas genggaman Rose.
Beberapa orang nurse yang memakai baju biru laju masuk ke dalam bilik itu.
"Cik, kami akan bawa dia ke bilik operation. Minta cik sign borong di kaunter ya." ujar salah seorang nurse itu.
Syaiha hanya mengangguk.
"Kak Rose... Syai sayang akak."
Perlahan-lahan genggaman Rose dan Syaiha terlerai apabila semua nurse itu mula menolak katil Rose.
Syaiha hanya melihat bayang-bayang Rose sudah hilang. Lama dia berdiri disitu dengan air mata yang dari tadi tidak berhenti.
Dan itu adalah kali terakhir Syaiha berjumpa dan melihat Rose.
.....................................................
Dari luar bilik bonda Hawa hanya memandang Syaiha dengan perasaan sedih. Luluh hati seorang ibu apabila melihat keadaan anaknya begitu.
Perlahan-lahan bonda Hawa melangkah mendekati Syai yang sedang duduk di tepi katil dengan mukanya ditekup pada lutut.
""Syai..." panggil bonda Hawa.
Syaiha hanya diam tidak berkutik. Langsung tidak hiraukan kedatangan bonda Hawa.
"Sampai bila Syaiha nak macam ni ?" soal bonda Hawa pula.
Sepi. Tiada langsung perkataan yang keluar dari mulut gadis itu.
"Bonda tahu Syaiha sedih. Tapi bonda lagi sedih tengok anak bonda macam ni. Kita tak boleh lawan takdir Syai, ini dah ketentuan." ujar bonda Hawa lembut.
"Arwah Rose tentu sedih tengok Syai macam ni. Dah nak dekat seminggu arwah pergi."
Bonda Hawa memeluk Syaiha sambil menggosok perlahan bahunya. Syaiha yang tadi diam tanpa riaksi tiba-tiba mengalirkan air matanya.
"Bonda tahu dan yakin anak bonda ni kuat orangnya." ujar bonda Hawa lagi.
"Syai takut bonda." Syaiha sudah memanggung kepala.
"Syai takut apa sayang?"
"Syai takut kalau Syai tak boleh jalankan amanah yang Kak Rose bagi dengan baik. Syai takut tak dapat besarkan Hairi dan Haira macam apa yang Kak Rose harapkan."
Bonda Hawa tersenyum apabila mendengar apa yang diperkata Syaiha. Perlahan dia menarik tubuh kecil Syaiha menghadapnya.
"Dengar sini bonda nak cakap. Arwah Rose yakin yang Syaiha boleh besarkan anak-anak dia, sebab itu dia amanahkan Hairi dan Haira kepada Syai. Sebab Syai kuat la arwah suruh Syai pikul tanggungjawab tu."
"Jadi Syai tak payah risau, bonda selalu ada belakang anak-anak bonda. Syai kena yakin ya sayang." kata bonda Hawa sambil mengusap lembut wajah Syaiha.
Syaiha mengangguk . "Terima kasih bonda sebab selalu ada dengan Syai."
Bonda Hawa hanya tersenyum. Laju dia memeluk tubuh Syaiha.
"Lepas ni kita sama-sama jaga Hairi dan Haira. Bonda tak kan biar Syai pikul sorang-sorang." pujuk bonda Hawa sambil menggosok belakang Syaiha.
Syaiha mengeratkan lagi pelukkan bonda Hawa sambil mengelap sisa air mata dipipinya.
"Syaiha sayang bonda." ucap Syaiha perlahan.
"Bonda pun sayang Syai. Macam darah daging bonda sendiri."
Mereka berdua sama-sama tenggelam dalam emosi
Hai semua ! sorry bab awal-awal ni slow sikit. Heroin tak jumpa lagi dengan hero so tak da sweet sangat. Janji nanti kita belanja yang sweet hokey ! thank you yang dah sudah baca.
Share this novel