BAB 6

Romance Series 17858

Rose melepaskan keluhan berat. Kertas putih yang terisi dengan tulisan tangannya di pandang sepi. Dia melipat kertas itu lalu dimasukkan ke dalam sampul surat.

Dia meletak sampul itu ke dalam laci bersebelahan katil bersama kotak kecil empat segi berwarna biru. Lama Rose termenung di birai katil.

Tubuhnya dibawa ke keluar bilik. Sesekali wajah Rose dikalih melihat jam pada dinding. Ada riak risau pada wajah wanita itu.

Malam ini memang hatinya tidak sedap, seperti ada sesuatu yang akan berlaku. Lama dia tunggu Irzam pulang dari tempat kerja dan selalunya lelaki itu tidak akan pulang selewat ini.

"Mana tak balik lagi dia ni ?" Rose merungut sendirian.

Kepala Rose terjenguk-jenguk ke luar rumah mahu melihat apa Irzam sudah pulang. Jiran yang lalu-lalang dihadapan rumah tidak dihirau Rose.

Flat 4 tingkat itu memang begitu, kalau ada jiran sebelah yang mahu pulang ke rumah perlu melewati rumah dia dan Irzam dahulu kerana kawasan itu sangat sempit.

"Suami kamu tak balik lagi ke?" soal Kak Som yang baru lalu dihadapan rumah.

Rose hanya tersenyum pada Kak Som. Dia agak rapat juga dengan wanita itu. Kak Som tinggal selang dua pintu dari rumah Rose.

Kadang-kadang kalau ada masa terluang Rose rajin bertandang ke rumah wanita itu untuk membantu Kak Som membuat kuih.

Kalau sudah jam begini pasti Kak Som baru pulang dari warungnya yang berada di simpang rumah flat ini.

"Belum Kak Som, tak tahu la kenapa hari ni lambat pula dia balik." ujar Rose risau.

Kak Som hanya tersenyum. "Tak apa, Rose jangan risau kejap lagi balik la tu. Ni ada sedikit makanan lebih, ambil la."

Kak Som menghulur beg plastik kepada Rose.

"Terima kasih Kak Som, buat susah je." laju Rose menyambut huluran itu.

Memang setiap kali Kak Som balik dari warung akan ada makanan yang tidak habis. Itu yang Kak Som akan bagi saja. Dia tahu Rose tak larat untuk masak vila kandungannya sudah sarat.

"Tak pa la Kak Som balik dulu." Kak Som meminta diri

Rose hanya mengangguk kepada wanita itu sambil menghantar tubuh Kak Som dengan matanya. Rose berjalan ke sofa perlahan-lahan kemudian dia duduk di situ.

"Hai la anak-anak ibu, mana ayah ni? dah lewat pun dia tak balik lagi. Ibu risau la." ujar Rose sambil mengusap perutnya.

TIba-tiba telefon bimbit yang berada atas meja berbunyi. Laju Rose mencapai dan melihat nama pemanggil. Terus ada senyuman pada bibirnya.

"Hello abang! kenapa tak balik lagi ? sayang risau tau!" Belum sempat pemanggil itu memberi salam Rose terlebih dahulu menyoal.

"Maaf puan, saya rakan sekerja Irzam."

Hilang terus senyuman Rose. Tiba-tiba hati dia rasa berdebar. Rasa seperti berita buruk yang akan dia akan terima sekejap lagi. Rose cuba berlagak tenang.

"Kenapa awak call guna nombor Irzam?"

"Macam ni puan, sebenarnya... Irzam accident."

Rose tergamam. Dia seperti terpukau dengan berita yang baru disampaikan lelaki itu. Telefon bimbit yang di pegang Rose terus terlepas dari tangan.

"Abang!" Air mata sudah mula mengalir. Rose seakan bungkam di sofa.

.....................................................

Laju Rose melangkah ke arah perhentian bas. Jam sekarang sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Rose sendiri pun tidak tahu masih ada bas atau tidak malam-malam begini.

Dari tadi Rose tidak tenang selagi dia tidak tahu keadaan Irzam. Apa suaminya itu baik saja?

Rose memandang ke arah jalan raya. Kalau tidak ada bas mungkin dia boleh gunakan teksi sahaja.

Rose sudah mula gelisah apabila tidak ada satu pun bas atau teksi yang lalu di situ.

Kawasan jalan raya itu memang agak lengang kalau malam-malam begini, cuma beberapa kenderaan saja yang akan lalu lalang untuk pulang ke flat yang terletak dihujung kawasan itu.

Lama Rose menunggu di perhentian bas itu, sekejap dia bangun sekejap dia duduk. Kepalanya masih tertoleh ke kiri dan ke kanan.

"Tak boleh jadi ni, memang tak ada teksi ke?"

Rose bangun dari tempat duduk dan perlahan-lahan dia berjalan kehadapan. Telefon bimbit yang berada dalam beg diambil.

Dia mendail nombor Syaiha. Lama dia menunggu tetapi panggilannya langsung tidak disambut. Rose mendail sekali lagi tetapi hampa, tetap sama seperti tadi.

"Syai...angkat la."Rose mengetap bibir.

Kemudian nombor Prof.Hadi pula didailnya untuk meminta tolong. Dia sudah tidak tahu nak mengharapkan siapa lagi. Hanya kawan baik Irzam itu yang terlintas dalam fikiran Rose sekarang.

Tiba-tiba Rose rasa terasa seperti perutnya memulas. Tangannya cepat mencapai tiang perhentian bas itu.

Dahi Rose sudah dibasahi dengan peluh. Nafasnya juga sudah sedikit tercungap. Makin lama perut Rose makin sakit.

"Hello." sapa Prof.Hadi dari balik telefon.

Telefon bimbit yang dipegang tadi terus terlepas kebawah. Mata Rose mula berpinar-pinar. Sekejap saja Rose sudah rebah di perhentian bas itu.

"Rose ?"

Hanya sayup-sayup suara Prof.Hadi kedengaran di telinganya.

"Abang...maafkan Rose."

Mata Rose terus tertutup rapat dan dia sudah tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience