Kaki yang melangkah dari tadi terus berhenti bila Haira perasan kelibat Hairi tiada di sampingnya. Dia sudah ketap bibir menahan geram apabila melihat Hairi yang terkemut- kemut berjalan di belakangnya.
Bukan main lenggang- lenggok langkah adiknya itu. Sudah lah cuaca agak panas dan dia pula tengah kehausan, boleh si Hairi ni berjalan macam mak datin !
"Ari, cepat la ! waktu macam ni la nak buat catwalk pun." jerit Haira kuat.
Dia buat tak peduli dengan mata kanak- kanak lain yang sudah memandang mereka sambil berpusu- pusu keluar dari kawasan sekolah rendah itu.
"Isy, tak menyempat." mulut Hairi sudah terjuih kedepan.
"Ara dah la dahaga ni. Ari ni lembab tau nanti mama bising kita keluar lambat." bebel Haira pula.
"Nah, ambil air Ari dulu." Hairi menyua botol yang bercorak kuromi kepada kakaknya.
Mata Haira terus bulat bila melihat botol yang disua Hairi. Dia sudah mula geleng dan menepuk kepala. Apa barang guna botol kuromi, Hairi ni tak rock betul la ! buat malu muka dia saja ada adik yang taste perempuan ni.
"Ari ni buat malu Ara je, apa orang laki pakai botol kuromi ?" ujar Haira dengan wajah yang menjengkelkan.
Laju Hairi tersengih lebar. Comel apa kuromi ? tak salah pun kalau lelaki nak pakai botol air macam gini. Haira saja yang over. Tahu la kakaknya itu gangster, jangan la pertikaikan kecomelan botol kurominya.
"Ala... Ari suka je botol ni. Cute kan ?" tangan Hairi yang memegang botol tadi digerak- gerak depan mata Haira.
"Cute apanya macam budak- budak !" Haira menjulingkan mata pula.
"Memang kita budak- budak pun." balas Hairi tak puas hati.
"Ari je yang budak- budak, Ara tak !" jawab Haira bangga. Dia menyambung langkah yang tergendala.
"Kata dahaga nah la..." Hairi masih sua botol tadi apabila melihat Haira tidak menyambut.
"Tak nak la, Ari tak gosok gigi. Geli Ara nak minum !"
"Hello, Ari gosok gigi okey !"
"Mana ada, Ara nampak sendiri pagi tadi Ari tak gosok gigi."
"Mana ada !"
"Ari tak gosok gigi... Euw, datang sekolah tak gosok gigi malu la kat orang..." ejek Haira sambil menjelir lidah kepada adiknya.
Hairi yang sudah geram pantas ligan Haira yang berada tidak jauh di depan. Badan kakaknya itu dipukul kuat lalu dia menolak hingga tubuh Haira terdorong ketepi.
"Isy, tak guna. Sakit la Ari !" tempik Haira marah.
"Padan muka, rasakan !"
Ingat Haira saja yang boleh membuli ? mentang lah dia adik suka- suka saja Haira nak kenakan dia. Kalau nak di ikutkan Haira itu cuma keluar beberapa minit awal saja darinya, maklum lah mereka kan kembar. Tapi Haira punya perangai bajet kakak itu macam mereka berbeza umur jauh.
Laju Hairi berlari sebelum Haira mula mengejarnya. Mereka berdua sama- sama berlumba sambil masing- masing cuba menolak antara satu sama.
Sampai saja depan pagar sekolah tiba- tiba kaki Haira dan Hairi terus berhenti dengan mengejut bila melihat kelibat Irzan yang sedang berdiri terpacak berdekatan kawasan itu.
Irzan yang perasan dengan kedatangan Haira dan Hairi terus melambaikan tangan kepada dua beradik itu sambil tersenyum lebar.
"Uncle !" jerit Hairi teruja sambil berlari mendapatkan Irzan. Haira yang berada di belakang turut mengikut.
"Uncle buat apa dekat sini ?" soal Haira dengan muka tanda tanya.
"Uncle datang nak ambil kamu berdua la." jawab Irzan masih dengan senyuman di bibir.
"Tapi kami tengah tunggu mama ni."
"Tak pa, uncle dah cakap kat mama yang Ara dengan Ari balik dengan uncle."
"Betul ni ?" tanya Haira seolah tak percaya. Jari digosok pada bawah dagu.
"Betul la tak kan uncle nak tipu pula." Irzan sudah tersengih sambil menggaru kepala.
Okey, sebenarnya dia belum bagi tahu Syaiha. Ikutkan Irzan memang sengaja tak nak cakap, saja nak buat surprise orang kata. Mesti dia akan kena bebel punya dengan wanita itu.
Sebetulnya Irzan ada misi lain, misi untuk mengambil hati sang bunga. Tapi sekarang apa-apa pun dia harus ambil hati anak- anak bunga dulu.
Kalau anak tak berkenan emaknya apa lagi ? Irzan sudah tergelak jahat dalam hati. Kepalanya sudah memasang pelbagai strategi.
"Dah, jom uncle !" laju Hairi menarik tangan Irzan.
"Cepat la... uncle macam orang tua la asyik termenung !" Haira pula sudah membebel bila melihat Irzan masih berdiri tak berganjak.
Irzan yang baru tersedar dari lamunan hanya tersengih senget. Terus mereka bertiga berjalan beriringan ke kereta yang terletak tidak jauh dari situ.
..........................................
Irzan membawa Hairi dan Haira makan di salah satu restoran yang berada dalam mall itu. Sambil- sambil tu boleh lah dia mencuci mata untuk melihat baju yang ingin dibeli.
Habis saja makan, Irzan membawa pula dua beradik itu bermain di playground yang terletak di tingkat paling atas. Penat juga Irzan dibuatnya bila Hairi dan Haira menariknya keseluruh pelosok yang ada.
Tapi bila melihat wajah ceria Hairi dan Haira, rasa penat yang hadir tadi terus hilang. Yang ada sekarang hanya rasa seronok bila Irzan berjaya buat mereka berdua gembira.
Irzan hanya tersenyum kecil melihat gelagat Hairi dan Haira yang sedang asyik bermain tidak jauh dari tempat duduk Irzan yang disediakan oleh pihak pengurusan playground ini.
Telefon bimbit di dalam kocek seluar di keluarkan. Irzan menekan- nekan skrin mendail seseorang lalu dia meletak telefon di telinga. Tidak sampai beberapa minit panggilannya di sambut.
Irzan sudah tersengih apabila mendengar suara lembut seorang wanita. Pasti lepas ni suara itu akan bertukar menjadi singa bila dia memperkenalkan diri.
"Hello... siapa ya ?" lembut nada suara itu bertanya.
"Tak kan tak kenal ?" soal Irzan balik sambil gelak.
"Jangan main- main, ni siapa ?" soal suara itu lagi.
"Bakal suami awak." ujar Irzan ringkas.
Syaiha yang tengah duduk di meja sambil membuat kerja menggunakan komputer sudah mengerutkan dahi. Dia seperti kenal dengan suara yang berada disebalik panggilan itu tapi dia tidak ingat.
Lama Syaiha diam. Dia seolah sedang memikirkan sesuatu. Syaiha mencerna kata- kata lelaki yang berada dalam talian itu. Bakal suami ? sejak bila dia nak berlahwin ni ? dia sendiri pun tak tahu.
Zass ! tiba- tiba kepala otak Syaiha berfungsi. Baru dia teringat akan mamat seorang ini. Telefon yang berada pada telinga ditarik kemudian dia membelek nombor yang tertera di skrin. Macam mana lelaki ini boleh tahu nombornya ?
"Haa ! kenapa diam ?" jerkah Irzan pula bila Syaiha hanya diam tak bersuara.
"Ehh... gila ! macam mana awak dapat nombor saya ?" jerit Syaiha dengan tiba- tiba.
Terbatuk Irzan bila mendengar jeritan wanita itu dari balik telefon. Uish, macam tu ja dia kena label gila ehh... kot ia pun bagi la salam dulu. Ini tidak, main serang ja tak tengok kiri kanan. Kus semangat dia !
"Amboi... mulut tak beli insuran ke cik Syaiha ?"
"Beli, tapi kalau nak bercakap dengan lelaki macam awak ni saya tak pakai. Rugi !"
"Itu maksudnya insuran awak murah." Irzan ketawa dengan suara mengejek.
"Mana awak dapat nombor saya ? awak stalk saya eh !" soal Syaiha dengan nada marah.
"Kenapa saya nak stalk bakal isteri saya pulak ?" Irzan saja nak hangatkan lagi suasana.
"Siapa bakal isteri awak ? saya tak kata pun saya setuju !" Syaiha ketap bibir menahan geram.
"Saya dah cakap kan jangan kacau saya lagi awak tak faham bahasa ? ke nak saya cakap bahasa alien baru nak faham." ujar Syaiha lagi sambil menjulingkan mata.
Irzan terus melepaskan ketawa kuat bila mendengar bebelan wanita itu. Syaiha yang mendengar suara Irzan sedang ketawa sudah memasamkan muka. Main- main pulak mamat ni ! ingat dia buat lawak ka ?
"Sekarang awak yang tak faham. Awak ingat awak cantik sangat sampaikan saya nak stalk awak ? jangan perasan !" perli Irzan.
"Saya bukan saja- saja nak call tapi saya nak cakap yang Ari dan Ara ada dengan saya." kata Irzan sambil menahan gelak.
"Huh, Ari dan Ara ada dengan awak ? Ya Allah, saya lupa !" jerit Syaiha lagi. Dahi ditepuk kuat.
Laju mata Syaiha kalih melihat jam yang melekat pada dinding. Pukul 3 ! sumpah dia tidak ingat langsung tentang Hairi dan Haira. Macam mana dia boleh cuai macam ni sekali ? berubah terus wajah Syaiha.
"Awak culik diaorang ehh, baik ngaku ! awak bawak anak- anak saya pergi mana Irzan !?" tuduh Syaiha pula.
"Hey, hey calm down. Yang awak gelabah tak tentu pasal ni kenapa ? jangan risau saya bawa diaorang datang makan dan main ja dekat sini."
"Muka saya ni ada nampak macam nak culik budak- budak ke !?" Irzan ketap bibir geram.
"Awak dekat mana ? bagi location dekat saya, now !" arah Syaiha pula.
Irzan sudah geleng kepala. Laju jarinya menekan punat end call pada skrin. Padan muka ! saja dia biar Syaiha tertanya- tanya buat sementara waktu. Kejap lagi dia sendiri akan hantar Hairi dan Haira pulang ke rumah.
Tut...
Syaiha membuntangkan mata bila Irzan sengaja matikan talian. Isy, tak guna ! dia mendail semula nombor lelaki itu. Sekali tak dapat, dua kali tak dapat, masuk kali ketiga mulut Syaiha sudah mula memaki hamun Irzan sambil mengetuk- ngetuk telefonnya.
Lara yang sedang berdiri tidak jauh dari majikannya itu sudah mengerutkan dahi sambil menggeleng- gelengkan kepala. Dia menggaru pula kepala yang tidak gatal.
"Pelik- pelik bos aku ni." ujar Lara sendiri sebelum menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
Share this novel