BAB 7

Romance Series 17858

"Kak Rose !"

Syaiha terus terjaga dari tidurnya. Dia sudah tercungap-cungap menarik nafas. Kepalanya yang dibasahi peluh segera dilap.

Keadaan bilik dipandang sepi oleh Syaiha. Laju dia bangun dari meja belajar dan berjalan kehulu-kehilir.

Syaiha berdiri di tingkap, pandangan di hala keluar melihat langit yang gelap. Malam itu langit tak bercahaya dan tak berbintang. Hanya kepekatan malam menghiasi dada langit.

Perlahan Syaiha mengeluh. Hatinya tiba-tiba tidak sedap apabila memikirkan mimpi yang baru saja dia alami tadi.

"Ya Allah, lindungi Kak Rose dan abang Zam." ucap Syaiha sambil merenung ke luar tingkap.

Lama Syaiha termenung disitu. Bila hatinya sudah tenteram sedikit dia kembali ke meja belajar.

Dia membuka semula buku yang di ulang kaji tadi. Habis bercampur nota yang sudah dia asingkan.

Ini la jadi kalau tertidur waktu belajar, semua sudah kacau bilau jadinya.

Syaiha mengikat semula rambutnya yang sudah kusut masai itu, dia mahu belajar dari bab awal balik. Cukup la sudah lama dia tidur tadi.

Belum sempat dia mula ulangkaji, tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dari luar. Syaiha terdiam, matanya dikalih melihat jam loceng yang berada di tepi meja.

Pukul 1.30 pagi ! dia sudah menelan air liur. Siapa pula pagi-pagi buta datang ke biliknya. Seram ! Syaiha masih diam ditempat duduk, langsung tidak bergerak.

Syaiha terkejut apabila lagi sekali pintu biliknya diketuk. Dia tarik nafas dalam-dalam. Think positive Syai ! positive !

Perlahan-lahan Syaiha bangun dan bergerak ke arah pintu. Kakinya seakan-akan tidak memijak lantai apabila pintunya diketuk lebih kuat dari tadi.

Syaiha mengucap dalam hati, harap-harap bukan benda pelik la ketuk biliknya itu. Syaiha memulas tombol pintu perlahan.

"Syai !" sergah suara seorang gadis.

"Opocot !" laju Syaiha memegang dada apabila ada orang yang menyergahnya dari luar.

"Kenapa lambat sangat buka pintu?"

Syaiha buat muka tak puas hati. Rupanya si mak cik Jemah jiran bilik sebelah rupanya. Ingatkan hantu tadi !

"Yang kau ni cuba bagi salam !" marah Syaiha.

Maira tersengih saja. "Sorry la, lupa !"

"Yang kau datang bilik aku pagi buta ni apasal ? terkejut aku tau." Syaiha sudah menarik muncung.

"Kenapa ehh aku datang bilik kau ?" Tanya Maira bodoh.

Syaiha sudah mengetap bibir. "Ish kau ni ! cepat la nak apa ? aku nak study ni.

"Ouhh, aku dah ingat !" Maira menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kenapa ?" soal Syaiha lagi.

"Ni aku ada pesanan. Tadi waktu aku nak naik bilik aku terserempak dengan Prof.Hadi depan pagar blok." ujar Maira.

Syaiha buat muka pelik. Kenapa Prof.Hadi ada dekat asrama perempuan pulak ni ?

"Habis tu ?"

"Dia suruh tolong panggilkan kau. Katanya dia call kau banyak kali tak jawab. Itulah tujuan aku datang sini."

Laju Syaiha mengambil telefon bimbit yang berada di atas katil. Terkejut Syaiha apabila melihat ada 40 miss call dari Prof.Hadi dan 5 miss call dari Rose.

"Tadi aku tengok muka prof.Hadi tu macam sedih je." ujar Maira lagi.

"Eh kejap ! macam mana dia boleh call kau eh ? kau kena dia ke Syai ?" Tanya Maira dengan muka pelik.

Syaiha mahu terbatuk bila soalan itu yang keluar. Alamak ! macam mana tak nak bagi kantoi ni ? dia buat-buat berdehem.

"Eh kau pergi mana jam macam ni baru balik ?" Syaiha saja menukar topik.

"Aku baru balik dari library la, study. Kan exam dah nak dekat." Maira tersengih.

"Dah shuh shuh, pergi balik bilik kau." Halau Syaiha.

"Cis ! menghalau nampak. Ya lah aku nak blah la ni." Bebel Maira sambil melangkah pergi.

Laju Syaiha menyambar tudung bawal yang tersangkut belakang pintu. Terus disarung ke kepalanya.

Dia keluar dari bilik dan terus mengunci pintu. Malam ini memang Syaiha tinggal seorang saja dibilik.

Room matenya, Nur memang akan tidur di bilik rakan sekelasnya pada hujung minggu. Katanya senang untuk membuat perbincangan.

Laju Syaiha menuruni anak tangga, sekali- sekala dia menelefon Rose tetapi panggilan langsung tidak dijawab.

Hati Syaiha mula risau. Apa yang di mimpinya tadi tentang Irzam dan Rose betul-betul berlaku ka ?

Dari jauh Syaiha sudah nampak Prof.Hadi yang sedang bercakap di telefon. Perlahan-lahan dia mendekati lelaki itu.

Pantas telinga Syaiha menangkap sesuatu yang keluar dari mulut Prof.Hadi. Syaiha jadi tergamam melihat muka keruh Prof.Hadi.

Lagi mengejutkan Syaiha bila matanya menangkap air mata yang sudah mengalir dari mata lelaki itu. Syaiha tergamam. Prof.Hadi menangis ?

"Prof..." Panggil Syaiha perlahan.

Prof.Hadi terus memusingkan badan apabila mendengar suara gadis itu. Pandangan Prrof.Hadi dan Syaiha bersatu. Lama.

"Kenapa ni prof ?" soal Syaiha tidak sabar.

"Syai... dengar apa yang saya nak kata. Saya nak awak kuat."

.........................................................

Kepalanya seakan berputar bila mendengar apa yang baru di sampaikan doktor Aizat. Air mata yang di tahan tadi akhirnya terkeluar juga.

Syaiha seperti tidak percaya dengan khabar itu. Betul ka Irzam sudah tiada ? kenapa secepat ini abang iparnya itu pergi menhadap pencipta.

"Saya minta maaf, pihak kami dah cuba yang terbaik." mendung saja wajah doktor Aizat.

Prof.Hadi yang berdiri di sebelah hanya mengangguk lemah. Dia juga terkejut dengan berita itu. Baru minggu lepas dia berjumpa dengan lelaki itu.

Sahabat baiknya itu sudah menghadap ilahi, mana mungkin dia tidak sedih. Banyak jasa arwah Irzam padanya dahulu.

"Lagi satu, saya nak minta tanda tangan waris untuk operation Puan Rose." ujar doktor Aizat.

Syaiha mengelap air matanya. Ya ! dia harus kuat, sekurangnya masih ada Rose yang sedang bertarung nyawa.

Macam mana sekali pun dia harus selamatkan Rose, dia harus salurkan kekuatan buat wanita itu.

"Tak ada cara lain ke doktor ?" soal Syaiha.

"Kita perlu melakukan operation dengan kadar segera. Keadaan Puan Rose tak beberapa baik buat masa sekarang ni. Kemungkinan kami tak dapat selamatkan salah seorang dari mereka. Kalau kita lengahkan lagi kita akan hilang kedua-duanya sekali." panjang lebar penerangan doktor Aizat.

Syaiha mendengus. "Saya nak doktor selamatkan mereka, saya merayu !"

Doktor Aizat menggeleng. "Saya minta maaf cik, keadaan tak mengizinkan."

"Doktor, tolong la ! jangan bagi saya buat pilihan." Syaiha sudah teresak-esak.

"Saya minta maaf." doktor Aizat hanya meberi senyuman hambar sebelum melangkah pergi.

Syaiha hanya memandang sepi doktor itu. Dia tidak tahu mahu buat apa sekarang. Kenapa dia harus berada dalam situasi begini ?

Dia jadis serba salah, siapa harus di selamatkan ? Kak Rose atau bayi kembar yang baru mahu melihat dunia itu ?

Syaiha buntu !

Air mata Syaiha makin deras jatuh apabila memikirkan pekara yang di sampaikan doktor Aizat. Dia menarik nafas dalam-dalam.

Perlahan Syaiha duduk di kerusi yang berdekatan bilik bersalin itu. Dia menekup muka dengan menggunakan kedua belah tangan.

Dia harus fikir keputusan yang paling tepat. Syaiha tahu keputusannya ini adalah keputusan yang paling besar penah dia lakukan.

Prof.Hadi hanya memandang sayu gadis itu. Dia tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran Syaiha. Dia tahu gadis itu kuat !

"Syai..." panggil Prof.Hadi lembut.

Syaiha masih menekup mukanya sambil menangis.

"Awak kena kuat Syai. Rose perlukan awak." ujar Prof.Hadi sambil melabuhkan punggung di sebelah Syaiha.

Syaiha mengangkat wajah dan pandangannya jatuh pada lelaki itu. Sayu hati Prof.Hadi melihat mata yang berair itu. Kalau boleh dipeluk gadis itu sudah lama dia lakukan.

"Apa yang perlu saya buat ?" soal Syaiha sambil menahan air mata dari jatuh.

"Saya yakin awak tahu apa yang terbaik buat mereka."

"Saya tak tahu !"

"Syai, awak kuat ! awak kena terima takdir ni. awak kena selamatkan mereka !"

"Tolong saya prof, saya tak nak kehilangan Kak Rose ! saya tak nak kehilangan baby Hairi dan Haira juga !" air mata Syaiha lagi laju turun, hatinya benar-benar sedih.

Prof.Hadi memaling menghadap lain. Matanya juga sudah mula berair melihat keadaan Syaiha. Dia seperti tidak kuat melihat tangisan gadis itu.

Nafasnya ditarik. " Syai, dengar sini. Sesuatu pekara yang jadi ada sebabnya. Awak tak boleh macam ni, awak kena kuat. Kalau awak tak boleh selamatkan Rose sekurang-kurangnya awak kena selamatkan anak-anak dia. Saya yakin kalau diberi pilihan macam ni, Rose juga akan selamatkan anak-anak dia. Faham ?"

"Kalau awak sayangkan Rose, ikut apa yang doktor cakap."

Syaiha tergamam. Laju dia menggeleng. "Saya tak boleh ! saya takut kehilangan Kak Rose."

"Syaiha, ini yang terbaik." Prof.Hadi menggenggam bahu Syaiha.

"Tak ! saya tak boleh hidup tanpa Kak Rose ! saya tak kuat, saya tak boleh !" Syaiha sudah meronta-ronta.

Air mata Prof.Hadi juga sudah mula mengalir. Sedih dia melihat Syaiha. Besar sungguh ujian buat gadis itu. Dulu gadis itu kehilangan kedua orang tuanya.

Dan sekejap tadi kehilangan abang iparnya. Kini dia akan kehilangan satu-satunya tempat bermanja dan menumpang kasih pula.

"Awak kuat Syai, saya tahu..."

Syaiha sudah teresak-esak di tepi Prof.Hadi. Orang ramai yang sedang lalu lalang langsung tidak menarik minat Syaiha. Perasaannya sekarang bercampur aduk.

Prof.Hadi menghembus nafas. Matanya dikalih menghadap bilik bersalin. Dia tahu isteri kepada arwah sahabatnya itu sedang bertarung nyawa di dalam.

Sedangkan dia dan Syaiha sedang bertarung rasa di luar ini. Apa yang boleh dia lakukan hanya mengirim doa buat wanita itu. Selebihnya hanya Allah sahaja yang tentukan.

Sekiranya sesuatu terjadi kepada Rose, dia janji akan jaga Syaiha. Itu janji dia buat arwah Irzam. Dia janji !

"Cik Syaiha, Puan Rose nak jumpa." tegur seorang nurse yang baru keluar dari bilik bersalin itu.

Syaiha memandang Prof.Hadi dan lelaki itu terus mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience