Syaiha melangkah ke rak buku yang tersusun cantik dalam perpustakaan itu. Kepalanya tertoleh mencari buku yang harus di ulangkaji.
Dapat saja buku yang dicari Syaiha kembali ke meja belajar. Dia menyelak buku yang berada di hadapan dan dia membaca satu persatu maklumat yang berada disitu.
Bila hari minggu macam ni, terpaksa la Syaiha melepak di perpustakaan. Kalau di bilik bukan ada benda pun dia mahu buat, terbongkang saja memanjang. Lebih baik dia datang ke sini untuk belajar, tak ada lah terbuang masa.
Hani dan Hana awal-awal lagi sudah pulang ke rumah orang tua mereka di Kuala Lumpur. Mana nak lekat dua beradik itu di sini bila hari minggu. Maklum saja dua-dua anak manja !
Ada juga Hani dan Hana mengajak dia untuk sama-sama pulang ke Kuala Lumpur tetapi Syaiha pula rasa malas. Minggu ini memang dia rasa mahu ulangkaji saja. Peperiksaan pun sudah mau dekat.
Lama Syaiha duduk di situ, sekali sekala dia menguap sebab mengantuk. Matanya makin lama makin kuyu, mahu saja dia berbaring di sini. Bukan ramai orang pun !
Ini la orang cakap, kalau nak buat benda baik atau berfaedah ada saja syaitan yang duduk bergayut pada kelopak mata. Huh ! waktu macam gini la engkau nak datang pun kan ! hatinya sudah membebel.
"Kalau mengantuk balik saja la." tegur satu suara.
Syaiha yang sudah mahu terlelap tadi tiba-tiba terus terbuka luas matanya. Dia kenal suara yang menegurnya itu. Siapa lagi kalau bukan prof kesayangan.
Kepala Syaiha di naikkan. Dia saling membalas pandang dengan lelaki yang sedang berdiri berpeluk tubuh itu.
Syaiha mengeluh dalam hati. Bala ! asyik-asyik muka ni yang selalu muncul depan mukanya. Apa tak ada orang lain ka ?
"Prof buat apa kat sini ?" soal Syaiha tak puas hati.
Rasa macam nak marah saja bila nampak lelaki itu. Syaiha cuba buat cool, tak nak la angin tak tentu hala nanti tak pasal-pasal kena halau keluar dari perpustakaan ini.
"Saya datang jual ikan." jawab Prof.Hadi sambil menarik bangku dihadapan Syaiha.
Syaiha mencebik. Cis ! layar buruk gila ! ada juga yang kena cekik japgi.
Selamba Prof.Hadi duduk di situ. Buku-buku yang di ambil tadi di letak atas meja. Dia langsung tidak peduli dengan wajah masam yang di tanyang Syaiha.
"Ehh kejap! kan banyak lagi tempat kosong, kenapa prof duduk sini ?" Syaiha menyoal geram.
Prof.Hadi menjongketkan kening. "Ikut suka saya la nak duduk mana. Ada nama awak ke kat sini?"
Syaiha menarik nafas dalam-dalam. Rasa nak hempuk saja lelaki itu. Huh ! menyebalkan ! nasib la lelaki itu pensyarahnya. kalau tidak dah lama arwah.
"Prof ni kalau tak menyakitkan hati tak boleh ?"
"Bila pula saya menyakitkan hati awak ? saya cuma duduk saja."
Syaiha menjuihkan bibir. "Ha, ini la ! ini yang saya allegik ni. Saya tak boleh tengok prof depan mata saya, sakit mata !"
"Kalau sakit mata pergi jumpa doktor." ujar Prof.Hadi
Langsung dia tak peduli Syaiha yang sudah marah. Dia lagi suka tengok muka gadis itu, nampak comel sangat.
Syaiha mengetap bibir apabila mendengar apa yang di kata Prof.Hadi, ada saja nak balas katanya. Dalam hati, Prof.Hadi sudah ketawa.
"Huh ! annoying !"
Malas Syaiha mahu duduk di situ lama-lama. Lihat saja muka Prof.Hadi terus hilang mood nak study. Laju Syaiha mengemas barang-barangnya. Buku yang berselerak di susun.
"Awak nak pergi mana pula ni?" soal Prof.Hadi pelik apabila melihat gadis itu sudah bersiap mahu bangun.
"Saya nak pergi jumpa doktor la, mata saya sakit !" Syaiha menekan sedikit perkataan sakit itu.
Prof.Hadi sudah ketawa. "Tengok macam okey ja mata awak."
"Apa-apa ja la, malas saya nak layan prof." Syaiha menjeling Prof.Hadi
Pantas dia bangun dari tempat duduk dan melangkah pergi.
Kelam kabut Prof.Hadi mengemas buku-bukunya dan mengikut langkah Syaiha. Dia cuba bersaing dengan langkah gadis itu tetapi langkah Syaiha terlalu laju. Agak semput Prof.Hadi di buatnya.
Syaiha tiba-tiba berhenti mengejut. "Prof ni kenapa ?"
"Sorry !"Prof.Hadi pun turut berhenti. Lagi sikit dia nak terlanggar Syaiha.
Syaiha buat muka masam kepada lelaki itu. Sibuk ja nak ikut-ikut orang !
"Saya bukan nak ikut tapi lebih kepada nak protect. Awak ingat saya suka ke ?"
Syaiha naik rimas."Prof tak perlu jaga saya."
"Mana boleh ! abang ipar awak yang suruh saya tengok-tengokkan awak."
"Ouh... mentang la prof ni kawan baik dia so semua nak ikut cakap abang Zam, macam tu ?" jelingan tanjam di berikan pada Prof.Hadi.
"Sya bukan ikut cuma jalankan amanah je." Prof.Hadi sudah tersengih.
Terbuntang biji mata Syaiha melihat Prof.Hadi. Lain sungguh perwatakkan lelaki itu di luar kelas, tak macam pensyarah langsung !
Tahu la lelaki itu kawan baik kepada abang iparnya,Irzam. Tak kan apa yang Syaiha buat semua lelaki itu nak tahu.
'Yang abang Zam ni pun satu, ada ke suruh kawan baik dia tengok-tengok kan aku? ada nampak macam aku ni perlu perhatian ka ? sudah la Prof.Hadi tu selalu marahkan dia dalam kelas. Ish ! geram betul.' cakap Syaiha dalam hati.
"Saya tak suka la prof." Syaiha meneruskan langkah.
"Berapa kali saya cakap, kalau kat luar panggil Hadi je." ujar Prof.Hadi sambil mengikut Syaiha.
"Kenapa saya kena panggil prof macam tu? prof tu sama baya dengan abang ipar saya je."
"Okey, kalau tak nak panggil Hadi tak pa. Panggil abang Hadi lagi bagus."
Lagi sekali Syaiha berhenti mengejut. Prof.Hadi yang berada di belakang juga turut berhenti. Syaiha memandang tajam lelaki itu, rasa macam nak telan hidup-hidup manusia yang berada di depannya ini.
"Abang ?"
"Lambert lagi !" laju Syaiha pergi dari situ.
Prof.Hadi sudah tersenyum lebar melihat Syaiha yang sudah jauh kehadapan. Rasa nak gelak pun ada lihat muka cemberut gadis itu.
"Kalau tak nak abang tak pa, abe pun boleh !" teriak Prof.Hadi kuat, saja mahu bagi Syaiha dengar.
Lagi laju Syaiha melangkah apabila Prof.Hadi sudah main jerit-jerit. Nasib baik tak ada student lain yang lalu di situ . Kalau tidak mati dia ! pasti orang lain akan tahu hubungan rapat antara dia dan Prof.Hadi.
Hani dan Hana juga tidak tahu Prof.Hadi itu merupakan sahabat baik Irzam, abang iparnya.
Memang Syaiha sudah lama kenal dengan Prof.Hadi cuma selama ini dia saja rahsiakan daripada pengetahuan orang lain.
Dia tidak mahu orang lain salah sangka. Bahkan Hani dan Hana yang kepochi itu juga dia tidak beritahu. Ala... macam lagu Dato' sri Siti Nurhaliza, biarlah rahsia.
......................................................
Irzam menyangkut jaket kerja di lokernya kemudian dia mengambil beg dan telefon bimbit. Shif kerjanya pada malam ini sudah tamat jadi dia sudah berura-ura mahu pulang. Fikiran Irzam melayang ingatkan Rose.
Sudah dua hari dia tidak bertegur dengan isterinya gara-gara wanita itu membangkitkan pekara yang paling dia mahu lupakan. Irzam rasa bersalah, tak patut dia buat macam tu dekat Rose. Isterinya hanya mengambil berat.
Benar kata isterinya, sampai bila mereka harus hidup begini. Jauh dari restu keluarga. Bukan Irzam tidak mahu pulang, tetapi hatinya masih sakit bila teringatkan kejadian malam itu dan apa yang di kata mamanya.
Irzam meramas rambutnya kasar. Allah, apa yang harus aku buat ? jahatkah dia sebagai seorang anak ? berdosakah dia kepada mamanya ?
Tapi Irzam masih tidak boleh lupa pekara yang keluar dari mulut wanita yang sudah berusia itu.
"Mama tak setuju !" bangkang Dato'sri Aqilah.
"Kenapa ma, apa kurangnya Rose?" Soal Irzam sambil menahan rasa.
Rose yang berdiri bersebelahan dengan Irzam sudah menundukkan kepala. Dari mula kakinya memasuki villa ini, tidak sedikit pun dia di jemput duduk oleh tuan rumah.
"Apa kurangnya kamu tanya Zam? perempuan macam ni ke kamu nak jadikan isteri? entah sapa-sapa la mak ayah dia. Kamu tahu ke keturunan dia baik ke jahat ?"
Rose tersentak. Matanya sudah basah. Wajahnya diangkat memandang wajah sombong Dato'sri Aqilah. Sampai hati wanita itu mengeluarkan ayat-ayat sebegitu rupa. Wanita itu juga seorang ibu.
"Ya Allah ma ! kenapa mama cakap macam tu? Zam kenal Rose, walau dia anak yatim piatu tapi dia di didik dan di besarkan oleh orang baik-baik." Irzam buat muka kecewa.
"No ! mama tetap tak setuju kamu nak kahwin dengan dia. Malika kamu nak campak mana ? kamu dah bertunang pun !" Bantah Dato'sri Aqilah lagi.
"Zam tak suka Malika, mama yang pandai-pandai jodohkan kami. Zam tak nak !"
"Kamu memang degil ! apa perempuan ni dah guna-gunakan kamu hah !" Marah Dato'sri Aqilah. Mukanya merah padam.
"Astaghfirullah, mama ! bawa mengucap boleh tak?" Irzam sudah menggelengkan kepala.
"Baik, kamu nak dia sangat kan ?"
"Mulai hari ini kau bukan anak aku lagi ! kau nak sangat kahwin dengan perempuan ni kan ? berambus dari rumah aku ! jangan sesekali kau jejak kaki kau dekat sini !" tengking Dato'sri Aqilah bersama wajah bengis.
"Mama !" Irzam menjerit.
"Eh perempuan ! sebab kau la anak aku hilang hormat dekat aku, berambus !" dia menunjal kepala Rose yang tengah menangis.
"Baik, kalau itu yang mama nak Zam tak kan jejak lagi rumah ni. Halalkan makan minum zam ma, halalkan segala yang mama beri sepanjang mama besarkan Zam. Jom, Rose !" Irzam menarik lengan Rose laju.
"Along !"
Laju Irzam meninggalkan villa mewah itu. Tak sesekali dia menoleh kebelakang.
"Kau nak pergi sangat, pergi ! satu sen pun harta aku kau jangan tuntut !" Jerit Dato'sri Aqilah seperti orang kena rasuk.
Lamunan Irzam terus terhenti bila mana ada satu mesej masuk ke dalam whatsapp. Dahinya berkerut. Hatinya tiba-tiba bagaikan tidak dipam. Laju dia belari keluar dari ruangan bilik rehat itu.
Share this novel