"Berapa cik ?"
Soal jejaka yang melanggar Syaiha tadi kepada petugas yang menjaga kaunter farmasi klinik itu.
Syaiha diam ditempat duduk. Sesekali mata mencuri pandang pada wajah putih bersih yang sedang berdiri di hadapannya.
Nasib baik lelaki itu menawarkan diri untuk menjelaskan bayaran perubatan. Jimat sikit duit dia... harga klinik pun bukan kaleng-kaleng, boleh cekik darah juga kalau main dengan sakit !
Mujurlah kaki Syaiha hanya terseliuh biasa kalau tidak naik pusing kepala nak kira angka- angka yang akan berterbangan. Sudah lah bulan ini banyak benda yang nak dibayar.
"Terima kasih..." ucap Irzan sebelum dia mendapatkan Syaiha yang elok duduk di bangku menunggu.
"Nah... ubat awak" Plastik ubat yang di pegang diserah kepada gadis itu.
Malas- malas Syaiha ambil. Ini tak suka ni, nak kena makan ubat la pula. Dia memanjangkan leher melihat isi dalam plastik yang di ambil tadi.
Mak aih ! banyak gila ubat. Ini nak suruh dia makan hari-hari macam nasi ke ? tak rilek betul la doktor. Bukan kaki dia patah ka apa, cuma terseliuh sikit saja. Bagi ubat macam tak ada hari esok, cis !
"Banyaknya ubat..." Syaiha mengherot bibir tanda tak suka.
"Memang la banyak tidak bila nak baik kaki awak tu ? awak bukan ultraman yang caj sekejap dah elok. " perli Irzan seraya memandang wajah masam Syaiha.
"Masalahnya ultraman ada terseliuh kaki ke !?" balas Syaiha sambil menahan suara dari naik.
Nasib baik mereka berada di klinik, kalau tidak ada juga yang makan kaki kejap lagi ?
"Dah la, malas saya nak layan cerita kartun awak !" laju Syaiha bangun dan menapak ke depan tanpa menunggu apa-apa lagi.
"Hah ! awak nak pergi mana pulak ?" tegur Irzan sambil bersaing jalan dengan Syaiha.
"Pergi mana lagi nak balik la." jawab Syaiha. Jam di pergelangan tangan di pandang. Dia sudah lewat nak pickup Hairi dan Haira dari sekolah !
"Nak balik naik apa ?"
"Naik kereta la..."
"Kereta siapa ?"
Syaiha mendengus. Banyak soal pulak mamat ni !
"Kereta saya la !"
"Sejak bila awak datang naik kereta ?"
Terus kaki Syaiha yang laju berjalan itu berhenti. Dia sudah menepuk dahi sendiri. Alah, lupa ! tadi dia datang ke sini menaiki kereta lelaki itu.
Macam mana nak balik tak kan nak oder grab ? otaknya sudah tak berfungsi untuk membuat tempahan. Zaman study dulu rajin la juga dia kehulu kehilir menggunakan perkhidmatan awam itu tetapi sekarang dia dah lupa. Maklum la benda dah lama tinggal, betul tak ?
"Jom..." ajak Irzan.
"Pergi mana ?" tanya Syaiha bodoh.
"Saya hantar..."
"Saya boleh balik sendiri."
"Tak ada, saya hantar."
"Saya balik sendiri !"
"Saya cakap saya hantar, saya hantar la !"
"Isy ! awak ni..." Syaiha mengetap bibir geram. Kaki sudah menghentak lantai. Tak ubah seperti budak- budak.
Irzan menjongket kening. "Dah kenapa hentak- hentak kaki macam tu, dah tak sakit ?"
Syaiha mencebik. " Sakit la... tapi lagi sakit hati ada la !"
"Amboi, boleh berjangkit- jangkit ya sakit ?" perli Irzan dengan sengihan panjang.
"Saya tak nak balik." ujar Syaiha dengan muka bersahaja.
"Eh, tadi kata nak balik ni tak nak pulak. Mana satu ni, pening la !" Irzan sudah memicit kepala.
"Saya nak pergi tempat lain. Awak balik saja la. Thanks untuk ubat ni. Saya balik sendiri." Syaiha tak nak kalah. Terus- terus dia menolak ajakkan lelaki yang baru dikenali itu.
"Awak nak pergi mana pula ? tak pa biar saya hantar. Lagipun saya yang buat kaki awak macam tu." Irzan menjelaskan alasannya
Syaiha pandang tak percaya. Kenapa beria- ria sangat nak hantar dia pulang. Jangan- jangan lelaki yang berdiri di hadapannya ini orang jahat apa ?
"Dah la saya penat tau. Awak ni degil ! awak nak pergi mana ?" soal Irzan sekali lagi bila melihat gadis itu hanya diam memikir.
"Betul awak nak hantar ?" Syaiha buat senyum jahat.
"Betul la."
"Awak hantar saya ke sekolah."
"Buat apa pergi sekolah ? nak sambung ambil spm balik ke ?" Irzan loyar buruk.
"Apa benda ambil spm, saya nak ambil anak- anak saya la !" jawab Syaiha geram.
"Anak ? awak dah kahwin ?" tanya Irzan dengan wajah yang saja dibuat- buat.
Syaiha tak menjawab. Menonong saja dia berjalan meninggalkan lelaki itu di belakang. Irzan hanya diam memerhati Syaiha. Tiba- tiba dadanya rasa berdebar.
“Sabar Zan, sabar... lambat- laun kau jumpa juga mereka." ujar Irzan sendiri.
...................................
Kawasan hadapan sekolah itu dipenuhi dengan kenderaan yang mahu mengambil anak masing-masing.Kepala Syaiha terjengul dari balik cermin kereta. Matanya meliar mencari kelibat Hairi dan Haira.
Irzan yang diam tak bersuara di tempat pemandu itu memandang pelik. “Kepala awak tak reti diam ke ? dah macam kepala unta."
Dengar saja ayat yang keluar dari mulut lelaki itu sudah buat hatinya panas. “Diam lah !"
Ada saja perkataan yang menyakitkan hati Syaiha. Paling dia tak faham macam mana sekarang ni dia boleh satu kereta dengan lelaki yang baru sekejap tadi dia berjumpa.
“Saya Irzan." beritahu lelaki itu tiba- tiba. Punya lama mereka bersua baru sekarang nak cakap.
“Tak tanya pun..." ujar Syaiha acuh tak acuh seolah tak berminat nak tahu.
“Nak cakap juga"
“Okey."
“Nama awak ?" tanya Irzan.
“Rahsia." jawab Syaiha sepatah.
Irzan menjulingkan mata. “Kedekut !”
Laju kepala Syaiha tertoleh “Syaiha. Kalau nak panjang lagi boleh panggil si cantik, manis, menawan, tertawan."
“Eh kejap, kenapa kita perlu bagi tahu nama ? awak tu stranger tau, lepas ni kita tak jumpa dah." ujar Syaiha dengan nada kurang senang.
“Ala... apa salahnya lepas ni kita jadi kawan. Boleh kan ?" soal Irzan pula.
“Tengok la dulu kalau saya rajin nak tambah kawan la."
“Kena la rajin tidak sendu hidup awak tau." Irzan sudah ketawa bila wajah Syaiha bertukar masam.
Huh, Syaiha malas nak layan. Matanya kembali mencari Hairi dan Haira. Sekali lagi kepalanya dijengul ke luar tingkap kereta. Nampak saja Hairi dan Haira yang tengah berjalan beriringan sambil berpegangan tangan membuat Syaiha tersenyum kecil. Dia melambai kepada dua beradik itu. Hairi dan Haira yang melihat Syaiha terus berlari.
“Mama !" panggil kanak-kanak itu serentak.
Cepat Syaiha membuka pintu kereta dan keluar mendapatkan mereka. Irzan hanya membontoti langkah Syaiha dari belakang. Matanya terhala kepada kanak-kanak yang comel memakai baju sekolah rendah itu.
Hati Irzan tiba-tiba dipagut rindu bila melihat wajah Hairi dan Haira. Sama ! saling tak tumpah raut wajah itu dengan arwah Irzam. Dalam Irzan tak sedar matanya sudah basah.
Cepat- cepat dia menghapus air yang bertakung di kelopak mata sebelum ada yang perasan. Sudah lama dia tunggu saat ini, baru sekarang dia berpeluang berjumpa mereka.
“Ara buat perangai tak hari ni ?" tanya Syaiha kepada anak perempuannya itu.
“Mana ada... Ara good girl la mama." jawab Haira dengan mulut comel yang bergerak- gerak.
“Betul ni Ari, tak ada benda pelik-pelik korang buat ?" soalan berkalih pula kepada Hairi di sebelah.
“Betul mama ! Ara baik tau hari ni." tambah Hairi pula.
“Macam ni la anak-anak mama, good !" Syaiha mencuit pipi mereka berdua.
“Mama..." panggil Haira dengan suara comel bila dia terpandang Irzan yang berdiri betul- betul di belakang Syaiha.
“Siapa uncle tu ? dia pandang kita la mama." jari Haira lurus ke arah Irzan dengan muka tertanya- tanya.
Alamak, dia terlupa pula. Syaiha memandang pelik ke arah lelaki itu bila dia hanya membatukan diri. Syaiha perasan ada riak sedih yang terlukis pada raut wajah Irzan. Yang lagi Syaiha pelik bila matanya tak lepas dari memandang Hairi dan Haira.
“Irzan ?"
Irzan tersedar dari lamunan bila Syaiha memanggil namanya. Pelan- pelan dia menghampiri mereka bertiga. Tubuh Irzan di tundukkan betul- betul di hadapan Hairi dan Haira.
“Uncle ni siapa ?" soal Haira lagi.
“Uncle ?" wajah naik menghadap Syaiha. “uncle ni kawan mama awak la." jawab Irzan bersama senyuman kecil.
“Kalau uncle kawan mama kenapa kami tak pernah jumpa ?" tanya Hairi pula.
“Uncle kawan baru mama. Sebab tu awak berdua tak pernah nampak uncle."
“Wah... mama ada kawan baru la." ucap mereka berdua teruja.
“Ini mama awak berdua ke ?" tiba-tiba Irzan tanya soalan di luar kotak.
Syaiha kerut dahi dengan soalan itu. Baru sekejap tadi budak berdua ni panggil dia mama sudah tentu- tentulah dia emak mereka. Apo !
“Ya uncle, cantik kan mama kami ?" serentak Hairi dan Haira mengiakan.
Irzan mengurut dagu seolah sedang berfikir.
“Cantik ! macam nenek- nenek." Irzan sudah tersenyum senget sambil pandang Syaiha.
Air liur yang berada di kerongkong terasa tersekat. Terbatuk Syaiha bila mendengar kenyataan yang tak beberapa bernas dari lelaki itu. Hairi dan Haira pula sudah bantai gelak. Dasar ! bertuah punya anak- anak !
“Cis, dia nenek- nenekkan aku !" bebel Syaiha dalam hati.
“Sudah, jom balik ! lagi lama lagi merepek korang ni ya." laju sepit ketam Syaiha mendarat pada lengan Hairi dan Haira.
“Lari !!!" jerit Hairi dan Haira serentak sambil berkejaran sesama mereka. Irzan hanya ketawa gembira.
“Syaiha Ariffin !"
Serentak mereka berdua memandang ke arah datangnya suara yang memanggil nama Syaiha. Muka Irzan terus berubah bila mana matanya di saji dengan wajah yang cukup dia kenal.
“Saya minta diri dulu, nanti kalau ada rezeki kita jumpa lagi." pamit Irzan dengan tergopoh- gapah sebelum dia meninggalkan mereka di situ.
Syaiha terpinga- pinga bila bayang Irzan dalam sekelip mata hilang. Tidak sempat dia nak ucap terima kasih. Apa akan ada pertemuan kedua ? dia sendiri pun tidak pasti.
“Syai !" panggil suara tadi lagi.
“Hadi ?"
Fuh ! rasa macam nak update 2 bab pun termegah ya Hahhahahha. Sorry guys Lia lambat update. Kita busy bila ada masa baru update. Thanks semua yang sudi support dan baca cerita yang biasa2 ni. Muah ciked !
Share this novel