"Geram betul aku dengan Prof.Hadi tu!"
Kuat tangan Syaiha menampar meja Kafe itu. Hani dan Hana yang sedang menghirup air laju saja menahan cawan mereka dari terjatuh.
Muka Syaiha merah padam menahan marah. Mata-mata yang sedang memandang langsung tidak dihiraukan. Yang pasti sekarang ni hatinya panas !
"Rilek la, dia memang macam tu kan." Hani bersuara
Hana yang berada di sebelah hanya mengangguk mengiakan apa yang dikata kakak kembarnya.
"Ini semua sebab korang !" pantas jari telunjuk Syaiha dihala tepat ke arah Hani dan Hana.
"Kenapa kami pula?" soal Hana tak puas hati
"Yalah,kenapa kami pula ?" Hani pula menyokong
Mereka berdua terus buat muka comel di hadapan Syaiha. Saja mahu meraih simpati dari sahabat baik mereka berdua itu.
Tiba-tiba Syaiha mrengeluh apabila melihat wajah Hani dan Hana. Rasa macam tak sampai hati pula nak marah kembar seiras itu.
Tengok saja muka mereka berdua terus cair hati Syaiha. Kalau sekali tengok Hani dan Hana, pasti tak dapat bezakan yang mana satu adik dan yang mana satu kakak.
Maklum saja Hani dan Hana adalah sepasang kembar seiras, dua-dua muka comel. Cuma yang bezanya Hani ada tahi lalat di bawah mata manakala Hana pula di bawah mulut.
"Korang la yang beria-ria ajak karok semalam, kan dah terbabas tidur." ujar Syaiha perlahan
Hani tersenyum. " Sorry la Syai, kami pun tak sangka semalam punya syok sampai tak ingat nak balik."
"Itu la, kau macam tak kenal kami berdua. Kalau dah dapat nyanyi tu tak ingat dunia." Hana pula menyampuk.
"Itulah korang cuba buang tabiat karok tu. Kan dah bangun lambat." Syaiha memuncungkan bibir sedikit.
"Ala... sekali sekala bangun lambat apadahal." Hani sudah ketawa mengekek.
"Tau tak pa. Bukan selalu cik Syaiha oi..." Hana turut ketawa.
"Banyak la korang berdua ! yang kena marah lebih aku ni. Korang biasa ja Prof.Hadi tu marah." Syaiha mencebik.
Hana meletak jarinya di bawah dagu apabila Syaiha berkata begitu.
"Itu la,pelik kan. Apa yang dia tak puas hati dengan kau?"
Hani pula laju mengangguk. "Kan... sekarang baru aku perasan. Dia macam tak puas hati dengan kau Syai."
"Itu la, apa masalah dia pun aku tak tahu."
Laju tangan Syaiha menarik cawan yang berada di depan dia. Rakus saja dia meneguk air yang sudah separuh itu. Sejuk sedikit hatinya yang panas tadi.
"Aku syak Prof.Hadi syok kat kau la Syai !" Hani tiba-tiba bersuara apabila lama mereka mendiamkan diri.
Hana di sebelahsudah ternganga mendengar cerita kartun Hani. Tak logik langsung !
"Nonsense ! apa kau merapu ni Hani ?" soal Syaiha geram.
Laju Hana menampar lengan Hani. "Entah kau ni Hani ! merepek la."
"Apa yang merepek? apa yang aku cakap ni ada kemungkinan betul. Selalunya orang lelaki ni kalau suka perempuan tu mesti suka marah-marah.
Laju Hana mencantas percakapan Hani. "Drama melayu mana Hani tengok ni?"
Hani buat muka blur. " Ish ! mana ada drama. Hani dengar la."
"Dengar tak semestinya betul la."
"Adoi la, Hana ni suka tak percaya."
"Memang la tak percaya sebab semua tu mengarut. Ada ke Prof.Hadi tu suka kat Syai?"
"Apa salahnya? Prof.Hadi tu muda lagi tau. Sesuai la dengan Syai yang cantik !"
"Tak ada makna !"
"Ada !"
"Tak la !"
Syaiha sudah buat rolling eye apabila kembar dua orang tu sudah mula bertekak. Kalau tak bergaduh sehari tak sah! malas pula dia melayan perangai budak-budak mereka.
"Stop it, guys!" Syaiha menekan suaranya
Serentak Hani dan Hana memandang dia semula
"Korang ni kalau tak bergaduh tak sah. Malas aku nak layan ! dua-dua merepek."
Pantas Syaiha mengangkat punggung bila air di dalam gelas dia sudah habis. Mahu pergi dari situ, sakit telinga melayan Hani dan Hana.
"Aku gerak dulu sebab ada hal. Jumpa korang esok. Bye !" laju Syaiha melangkah.
Hani dan Hana yang sedang sibuk menolak antara satu sama lain terus berhenti.
"Kau nak pergi mana?" Hani menyoal kuat bila Syaiha sudah berjalan agak jauh.
Syaiha hanya mengangkat tangan dan di lambai keepada Hani dan Hana. Langkah diteruskan, tak pandang dah ke belakang.
......................................................
Hala tuju Syaiha laju masuk ke dalam Zawara Cafe yang terletak di hujung bangunan itu. Kakinya menapak mencari tempat duduk.
Syaiha mengambil tempat paling belakang sekali , saja mahu tersorok sedikit dari orang ramai. Dia beberapa kali menoleh melihat jam di tangan. Awal lagi !
Hari ini dia sendiri sudah berjanji untuk berjumpa dengan kak Rose dalam pukul 5 petang tetapi Syaiha datang setengah jam lebih awal. Dia tidak mahu kak Rose menunggunya. Maklum saja kak Rose sudah lah sedang sarat mengandung.
Syaiha menarik kerusi lalu dilabuhkan punggung. Mata Syaiha sempat melilau pada segenap ruang cafe. Dia mencari kak Rose tetapi bayang-bayang wanita itu masih tidak kelihatan.
Syaiha mengambil telefon bimbit yang berada dalam poket seluar. Jarinya laju menaip pesanan ringkas lalu dihantar kepada kak Rose. Dia meletak semula handphone di atas meja dan memanggil pelayan.
"Oder, cik ?" soal pelayan tadi
"Bagi saya ice lemon tea dua."
"Yang itu saja?" soal pelayan itu lagi
Syaiha hanya mengangguk sambil tersenyum. Terus pelayan itu pergi selepas mengambil pesanan.
Pandangan Syaiha dikalih melihat luar kafe apabila ada rintik-rintik air hujan yang baru turun. Dia menongkat dagu melihat hujan yang semakin lebat. Ada sedikit keluhan pada bibirnya.
"Tak baik mengeluh."
Tiba-tiba ada satu suara menegurnya dari tepi. Yang pasti suara itu bukan suara kak Rose, suara itu garau seperti suara seorang lelaki. Laju Syaiha menoleh mahu melihat.
"Awak tak ingat saya?" soal lelaki itu sambil tersenyum manis.
Mata Syaiha dikecilkan sedikit seperti mengingati siapa lelaki di hadapannya itu. Otak Syaiha tiba-tiba jadi beku, tak jumpa ingatan tentang lelaki tinggi lampai itu.
"Awak siapa ?" soal Syaiha dengan muka pelik
Lelaki tadi hanya tersenyum sahaja. Pinggan cheese cake yang berada pada tangannya di letak atas meja bersebelahan telefon bimbit Syaiha tadi.
"Saya belanja." ujar lelaki itu bersahaja
Lagi Syaiha buat muka pelik bila matanya sudah jatuh pada cheese cake yang diberi lelaki itu. Dah kenapa nak belanja-belanja orang pula ni ? ingat dia tak ada duit ke nak beli ?
Syaiha menggeleng "Maaf, saya tak kenal awak. Saya tak boleh terima."
Dia menolak perlahan pinggan cheese cake itu kepada tuannya. Lelaki tadi hanya ketawa kecil melihat muka Syaiha.
"Don't worry, awak kenal saya. Anggap ni tanda minta maaf saya."
Syai menggeleng lagi." Sorry, saya tak kenal awak. Ambil balik ni !"
Syaiha memusing badannya menghadap ke luar tingkap semula. Tidak hirau lelaki yang masih terpacak berdiri di sisinya.
"Awak mesti kenal saya. Kan awak yang cakap mata saya ni besar." ucap lelaki itu perlahan.
Laju kepala Syaiha tertoleh melihat lelaki itu kembali. Ditenung wajah bersahaja itu dalam-dalam. Tiba-tiba mata Syaiha jadi seperti berapi apabila dia sudah tahu dimana dia bertemu lelaki itu.
"Awak !"
Lelaki itu sudah tersengih.
"Sorry pasal pagi tadi and please, tolong terima cheese cake ni. Saya minta diri dulu."
Lelaki itu terus melangkah pergi. Tak sempat Syaiha mahu menghalang. Dia memandang semula cheese cake yang diberi lelaki tadi. Lama.
"Syai !" tegur kak Rose lepas mengambil tempat.
Lama dia tenung kek itu sampaikan kak Rose datang pun dia tidak perasan. Kepala Syaiha di angkat dan kelihatan kak Rose sudah duduk berhadapan dengannya.
"Huh ?" Terpinga-pinga Syaiha sebentar.
Share this novel