BAB 16

Romance Series 17858

Troli yang penuh dengan pelbagai barang ditolak Syaiha. Saja hari ini dia membawa Hairi dan Haira keluar berjalan dan membeli barang dapur yang sudah habis. Bukan main seronok dua beradik itu berlari kesana kesini mencari apa yang berkenan.

Hujung- hujung minggu ini pasar raya pasti penuh dengan orang ramai yang mengambil waktu untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Syaiha juga tidak ketinggalan.

"Mama, can i have this ?" Haira bersuara tiba-tiba sambil menunjukkan anak patung yang dipegangnya.

Laju Syaiha menggeleng. "No. Haritu anak patung yang mama baru beli elok lagi kan ?"

"Ala... boleh la mama... haritu tu yang lain ini yang lain. Please..." Haira membulatkan mata supaya nampak lebih comel. Saja nak bagi mamanya itu termakan dengan pujukkan.

"No la sayang..." Syaiha mengambil anak patung dari tangan Haira dan meletak kembali ke tempat asal.

"Nak juga ! nak ! nak !" Haira sudah mula buat perangai. Terjerit-jerit dia di situ.

"Ara ! kenapa macam ni ? mama tak ajar tau." tegur Syaiha dengan suara garang.

"Nak patung !" tempik Haira marah.

Orang ramai yang sedang lalu-lalang di situ sudah berpaling ke arah mereka berdua. Dahi Syaiha di picit berkali- kali. Lama dah si Haira ni tak buat perangai, alih-alih kat tengah orang ramai ni juga la dia nak tantrum pun. Adoi la !

"Mama tak suka la Ara buat perangai ni. Mama tinggal kat sini nak ?" gertak Syaiha pula.

"Mama jahat... benci mama !" Haira sudah mula menagis kuat.

Terlopong mulut Syaiha melihat drama sebabak anak perempuannya itu. Kalau bab sinetron nombor satu ! macam la dia tidak tahu yang semua itu hanya lakonan semata- mata. Banyak kali dah Syaiha terkena.

"Isy ! pening la mama dengan kamu ni. Dah, stop nangis !"

"Mama jahat !" bentak Haira pula. Anak patung tadi diambil semula lalu di baling ke lantai.

"Rose Haira !" jerit Syaiha hilang sabar.

Hairi yang dari tadi hanya memerhati sudah mula mahu menangis bila suara Syaiha berubah rentak. Dia cukup takut kalau mamanya itu sudah masuk mood marah.

"Jangan nak melampau !" marah Syaiha. Dia hampir- hampir hilang sabar.

"Nak ! nak ! nak !!!"

"Tak pa, meh uncle belikan." ujar suara seseorang dari arah belakang mereka.

Syaiha pusing belakang, matanya bertembung dengan anak mata lelaki yang agak tinggi dan berkulit putih itu. Ya, dia ingat dengan seraut wajah yang membantunya beberapa hari lepas.

"Irzan ?"

Lelaki itu tersenyum lebar. Dia menghampiri Haira yang sedang menangis dari tadi. Anak patung yang dibaling Haira tadi dia ambil dan disua ke kanak-kanak itu.

"Kalau Ara berhenti nangis nanti uncle belikan. Promise ."

Dengan serta-merta tangisan Haira berhenti. Syaiha yang berdiri di sebelah sudah mengeluh. Dah agak dah, propa ja budak sorang ni ! agak-agak bila besar nanti Haira boleh jadi pelakon tak ?

"Uncle janji ?" tanya Haira polos. Dia angkat anak jari tanda promise.

"Yes, uncle janji. Tapi awak kena lap dulu hingus yang meleleh tu. Ee, geli la !" ujar Irzan.

Haira menghambur ketawa bila melihat muka Irzan yang seakan menahan geli. Air mata dan hingus di lap menggunakan tapak tangan kemudian dia menghulur tangan ke arah Syaiha.

"Mama, kain."

Syaiha menjulingkan mata dengan tangan diseluk ke dalam beg dan mengambil sehelai sapu tangan berwarna pink lalu diberi kepada Haira.

"Lain kali kalau buat drama lagi mama heret ja keluar. Faham ?"

Haira mengangguk laju. " Faham !"

"Jangan cakap faham ja nanti buat lagi."

"Tak... Ara tak buat dah." Haira tersengih seperti kerang busuk.

Irzan yang dari tadi memerhati sudah kerutkan kening. Bukan main menangis beria tadi alih-alih sudah tukar angin. Macam-macam hal !

"Awak buat apa dekat sini ?" tanya Syaiha.

"Saya datang basuh kereta." jawab Irzan dengan sengihan panjang.

Syaiha ketap bibir. Isy ! loyar buruk.

"Uncle kawan baru mama kan !" jerit Hairi dan Haira serentak.

"Awak berdua ingat uncle ?"

"Mestilah, uncle kan handsome !" ujar Haira dengan teruja.

"Tak padan dengan budak, gatal eh !"

Syaiha disebelah sudah menjegilkan mata. Laju tangannya mencubit Haira.

"Jom, uncle belanja makan nak ?" ajak Irzan seraya menarik tangan Hairi dan Haira.

"Nak !!!" Hairi dan Haira bersorak gembira.

...........................................

Mencuka wajah Syaiha apabila melihat lelaki yang tidak diundang itu menyuap makanan kepada Hairi dan Haira. Ceria saja wajah anak-anaknya itu apabila Irzan tetap melayan kerenah mereka. Dari tadi tidak habis- habis minta macam-macam, naik segan Syaiha dibuatnya.

Cuba juga Syaiha menegur tapi jejaka itu pun sama naik, ikut saja permintaan melampau Hairi dan Haira. Kejap nak itu, kejap nak ini pening kepala Syaiha melihat. Bukan apa, mereka baru dua kali berjumpa tidak pasal- pasal terhutang budi pula.

"Awak buat apa dekat sini ? awak mengintip kami ya ?" soal Syaiha minta kepastian lagi. Mana tahu memang lelaki itu betul-betul ada niat jahat.

Tapi ada ka orang jahat yang buat perangai macam si Irzan ni ? elok saja dia tengok melayan Hairi dan Haira. Tak ada pula tanda-tanda lelaki itu mahu membuat sesuatu yang tidak elok. Muka pun nampak macam orang baik-baik saja.

"Ehem... ehem..." Irzan berdehem. Lidahnya terasa keras. Syaiha seperti menangkap apa yang sedang dia lalukan. Memang niat asal Irzan mahu mengintip mereka. Saja dia rancang seperti mereka terjumpa disini.

"Mana ada, awak siapa saya nak mengintip ? perasan !"

Syaiha buat muka tak percaya "Iya, boleh percaya ke ni ?" dia menaikkan kening pula.

"Betul la tak kan saya nak tipu pula. Nama awak pun saya ingat-ingat lupa."

"Okey la kalau macam tu. Saya ingat awak mengintip saya."

"Awak ingat saya tak ada kerja lain ke?"

"Kot la awak terpikat dengan saya." Syai tersenyum sinis.

Tercengang Irzan. Amboi, bukan main angkat bakul ya cik Syaiha ni ?

"Daripada terpikat dengan awak baik saya terpikat dengan tiang, tak ada beza !"

"Apa !? awak sama kan saya dengan tiang ? mata awak rabun ke apa, saya punya la cantik." ujar Syaiha puji diri sendiri.

"Betul, mama cantik apa !" Hairi tiba-tiba mencelah percakapan mereka.

Syaiha sudah tersenyum lebar. Kembang hatinya bila anak lelakinya itu memuji sebelum dipotong oleh suara Haira yang membuat dia mahu humban anaknya yang lagi seorang ini.

"Mama biasa ja, Ara cantik lagi." kata Haira dengan wajah tak berperasaan.

Cis ! mulut si Haira ni memang seperti pisau, tajam sungguh. Bagai disiat- siat hati bila Haira tidak berpihak kepadanya. Laser betul mulut anaknya seorang ini. Irzan disebelah sudah ketawa mengekek.

"Orang tua cakap jangan menyampuk !" Syaiha mencubit pipi Haira kuat. Geram !

"Sakit la mama..." Haira menepis tangan Syaiha dan mencebik manja.

"Kalau dah habis makan jom kita balik." Syaiha sudah bangun sambil betulkan baju yang sudah keronyok.

"Eh, tunggu ! nak balik dah ?" Irzan menghalang.

"Habis tu nak buat apa lagi ?" tanya Syaiha bodoh.

"Jom la kita sembang-sembang. Banyak benda saya nak tanya lagi." ujar Irzan kelam- kabut.

Wajahnya penuh mengharap agar gadis itu mahu memberi sedikit masa untuk diluang bersama-sama. Susah payah dia datang ke sini alih-alih Syaiha mahu cepat-cepat balik. Habis la rancangan Irzan kalau begini.

"Saya sibuk ni, awak nak tanya apa lagi ?" soal Syaiha pelik. Dia duduk semula dengan bibir sudah dimuncungkan.

"Boleh ke tanya ?"

"Tanya la !" Syaiha mendengus.

"Saya tanya jangan marah pula."

"Iya, apa dia ?"

"Harini awak dengan Hairi dan Haira je ke ? suami awak mana?" saja Irzan mencipta soalan. Bukan dia tidak tahu yang Syaiha itu masih single. Dia saja nak dengar dari mulut gadis itu sendiri.

Lidah Syaiha kelu tak tahu nak cakap ataupun tidak. Perlu ke dia bagitahu Irzan tentang statusnya. Bukan kah mereka baru kenal ? lama Syaiha berfikir sebelum Haira menyampuk lagi sekali.

"Mama tak ada suami tapi kami ada daddy !" jawab Haira. Hairi yang hanya diam mengangguk sokong.

"Daddy ?"

"Iya uncle, daddy baik sangat... selalu belanja kami macam-macam. Baru je kami jumpa daddy haritu. Daddy beli chocolate and ice cream. Kan Ari ?" cerita Haira lagi sambil tergelak suka.

Syaiha sudah menjegilkan mata kepada Haira. Pantang orang tanya ada saja benda yang nak diceritakan olehnya. Penat-penat Syaiha hendak menyimpan rahsia terus terbuka disebabkan mulut becok Haira.

"Yang mereka panggil daddy tu kawan saya." ujar Syaiha sambil menghirupkan air.

Irzan tersenyum kecil. Dia tahu saja siapa gerangan kawan Syaiha itu. "Maksudnya awak single la kan ?"

"No comment."

"Kalau..."

Belum habis Irzan berkata tiba-tiba telefon Syaiha berbunyi. Laju gadis itu menjawab. Irzan hanya melihat Syaiha bercakap dengan pemanggil di sebelah sana. Terlihat wajah bimbang yang dipamer oleh Syaiha.

"Okey baik kak, Syai gerak sekarang." tergopoh-gapah Syaiha bangun.

"Ara, Ari jom ! nenek pengsan." ucap Syaiha selepas talian di matikan. Kelam- kabut dia mencapai lengan Hairi dan Haira.

"Awak, kenapa ni ?"

"Bonda... bonda saya jatuh !"

"Jom, saya hantar !"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience