Bunyi suara kanak-kanak yang bermain di kawasan taman permainan itu sedikit sebanyak mendamaikan hati Prof.Hadi. Matanya tertumpu pada Hairi dan Haira yang sedang duduk di buayan sambil ketawa keriangan.
"Elok-elok naik buayan tu !" tempik Syaiha yang duduk di sebelah Prof.Hadi.
Prof.Hadi hanya tersenyum kecil. Lama dia tidak dengar suara gadis itu secara depan- depan. Kali terakhir dia dengar pun rasa 3 tahun lepas. Maklum la mereka hanya berhubung melalui telefon selepas dia berangkat ke New Zealand untuk menyambung pelajaran PhD.
"Awak sihat Syai ?" soal Prof.Hadi dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibir.
"Sihat, alhamdulillah."
" Awak tak cakap pun nak balik. Bila sampai ?" Syaiha pandang Prof.Hadi dengan wajah tanda tanya.
"Dah 3 hari saya kat Malaysia. Baru hari ni ada masa nak jumpa." kata Prof.Hadi. Matanya tak lepas dari melihat wajah yang dia rindu selama bertahun di bumi asing.
"Kenapa tak call dulu nak jumpa ? tidak boleh kita pergi minum. Ini tak, dekat taman tengah panas ni juga nak berborak." ujar Syaiha dengan ketawa.
"Sebab saya rindu." ucap Prof. Hadi tanpa berselindung.
Tersedak Syaiha dibuatnya dengan pengakuan berani mati lelaki itu. Ketawanya tadi terus hilang diganti pula dengan rasa debar dalam dada.
Bukan Syaiha tidak tahu bahwa lelaki yang berada di sebelahnya ini masih mengharap untuk menyambung apa yang tergendala 7 tahun lepas. Cuma Syaiha saja yang buat-buat tidak faham.
"Okey sorry, saya tau awak tak selesa. Saya gurau ja." sambung Prof.Hadi bila melihat wajah terkulat- kulat Syaiha.
Syaiha garu kepala. "Lain macam awak bergurau ya." Syaiha buat-buat gelak bagi menghilangkan rasa canggung. Nampak macam tak ikhlas ketawanya tapi lantak la !
Prof.Hadi pun sama-sama ketawa. Dia tahu Syaiha kurang selesa bila dia melawak begitu. Tapi bagi dia apa yang diperkata tadi datang betul-betul dari hati.
"Macam mana hidup, semua baik kan ?" tanya Prof.Hadi lagi.
"Macam ni la. Pagi pergi kedai, tengah hari datang ambik budak-budak tu malam pula duduk rumah tengok tv sambil layan perangai Ari dengan Ara. Tak ada apa yang menarik pun nak bagi tau kat awak." celoteh mulut comel Syaiha.
"Siapa kata tak menarik ? best ja saya dengar." Prof.Hadi gelak.
"Apa yang best nya, bosan ja saya dengar." Syaiha memuncungkan mulut.
"Seronok sebab dah lama saya tak jumpa awak, Ari, Ara... diaorang pun dah besar. Rindu saya kat mereka." ucap Prof.Hadi dengan gembira.
"Kalau rindu rajin-rajin la datang jumpa mereka."
"Boleh ke ?"
"Kenapa tak boleh pula ?"
"Kot la Syai tak suka saya datang."
"Apa pula saya tak suka, awak tu kan dah macam daddy Hairi dan Haira." dahi Syaiha berkerut.
"Macam aja ? tak boleh jadi daddy betul-betul la ni."
"Macam tu dah kira daddy betul la. Kan awak juga rajin jaga mereka dulu."
"Mana sama."
"Apa yang tak sama ?"
"Saya nak jadi daddy yang ada setiap masa dengan mereka. Saya nak kahwin dengan awak Syai..." ujar Prof.Hadi dengan wajah serius.
Terbatuk- batuk Syaiha bila lelaki itu habis berkata- kata. Mukanya langsung bertukar kalut. Tak tahu dah nak pusing cerita kat mana. Banyak kali sebenarnya Prof.Hadi mengajak dia bernikah, cuma Syaiha sendiri masih belum terbuka hati.
Dia tidak mempunyai perasaan terhadap jejaka itu. Tak kan mereka nak kahwin kalau hanya sebelah pihak yang terhegeh- hegeh. Syaiha sendiri pun tidak faham, setelah bertahun- tahun dia mengenali Prof.Hadi tidak ada sedikit pun perasaan suka dan cinta itu hadir.
Kalau nak di ikutkan, Prof.Hadi mempunyai segalanya. Rupa paras yang menawan, wang yang banyak juga title yang boleh buat ramai wanita di luar sana cair. Tidak tahu kenapa pintu hatinya tertutup rapat. Mungkin ini yang di namakan tidak berjodoh ?
"Apa kurang saya Syai sampai awak tak boleh buka hati dan terima lamaran saya. Bukan sehari dua, dah bertahun saya tunggu jawapan awak." ucap Prof.Hadi bila dia melihat Syaiha hanya berdiam.
Tersentak Syaiha bila mendengar setiap butiran kata yang keluar dari mulut Prof.Hadi. Timbul perasaan kesian terhadap lelaki itu. Adakah dia harus mencuba ? tapi bagaimana kalau akan datang hatinya tetap tidak boleh menerima ?
"Awak tak kurang apa Hadi, cuma saya... saya yang tak bersedia untuk terima mana-mana lelaki dalam hidup. Cukup ada Ari dan Ara buat masa sekarang."
"Saya minta maaf..." ucap Syaiha sambil melihat anak mata Prof.Hadi
"Saya faham Syai... kalau itu yang awak nak saya hormat. Tapi saya akan cuba selagi awak tak jadi milik orang lain." kata Prof.Hadi dengan senyuman tawar.
Syaiha menelan air liur. Nampak macam bertekad sungguh jejaka itu. Rasa bersalah pula Syaiha dibuatnya. Tapi bukan dia yang paksa, Prof Hadi sendiri yang tak nak berputus asa. Jadi bukan masalah dia. Titik !
Lama mereka berdua mendiamkan diri melayan perasaan masing-masing sebelum Hairi dan Haira berlari mendapatkan mereka di tepi padang permainan itu.
"Daddy ! i want chocolate." minta Haira kepada Prof.Hadi.
"I want ice cream !" tambah Hairi pula sambil menarik lengan Syaiha.
Wajah Prof.Hadi yang muram tadi terus bertukar gembira bilamana si comel dua orang itu sudah merengek manja. Syaiha di sebelah juga sudah menggeleng.
"Kalau nak chocolate and ice cream hug daddy dulu !" pinta Prof.Hadi sambil mendepa tangan.
Hairi dan Haira yang sedang tersenyum keriangan masing-masing berlari mendapatkan Prof.Hadi kemudian mereka memeluk lelaki itu.
"Just one ! semalam mama dah belikan hari ni minta dekat daddy pula." pesan Syaiha dengan mengangkat jari telunjuk.
"Okey mama, janji !" ucap mereka berdua serentak.
"Jom !"
Prof.Hadi memimpin tangan Hairi dan Haira. Syaiha yang mengikut dari belakang sudah mengeluh lega. Suasana yang agak tegang tadi serta merta bertukar ceria. Nasib baik Hairi dan Haira menjadi penyelamat.
"Eh kejap, tadi lelaki yang ada dengan awak siapa ?" soal Prof.Hadi secara tiba- tiba bila dia teringat kejadian di hadapan sekolah tadi. Wajah yang dia hanya nampak separuh itu seperti tidak asing.
"Kenapa, awak kenal ?" tanya Syaiha pelik.
"Entah, macam familiar."
.................................................
Hani membuka pintu kedai bunga milik rakannya itu. Serta-merta hidungnya disapa dengan bau wangi. Kedai yang tertera dengan nama H&H FLORIST itu sunyi sepi saja. Dia mencari kelibat Syaiha tapi hanya kelihatan Lara yang sedang menyusun barang.
"Bos mana Lara ?" soal Hani sambil mata meliar mencari susuk tubuh rakannya.
"Allah ! cuba kak Hani bagi salam !" Lara yang tidak perasan dengan kedatangan Hani itu terus mengurut dada akibat terkejut.
Hani sudah tersengih kepada gadis muda itu. Terkejut mengalahkan nenek- nenek pula budak sorang ni. Bukan dia jerkah pun, tanya elok-elok apa.
"Sorry, sorry..."
"Bos ada kat dalam pejabat dia. Kak Hani nak jumpa pergi la." Lara memberitahu.
"Thanks Lara." kakinya segera di hayun ke arah pejabat Syaiha yang berada pada bahagian belakang kedai.
Hani membuka pintu lalu kepalanya di jengul ke dalam. Sepi. Hanya bunyi angin aircond yang kedengaran. Terhendap- hendap dia disebalik pintu. Aik ? tadi kata ada dalam ni tak nampak batang hidung pun.
Tiba-tiba mata Hani tertacap pada sebatang tubuh sedang tidur berada di meja yang agak terlindung dengan pintu. Akalnya sudah tersenyum jahat. Pelan-pelan dia menghampiri Syaiha.
Pap !
"Kerja membuta ja kau !" belakang Syaiha ditampar kuat.
Panggung terus kepala Syaiha bila rasa sakit sudah menjalar. Siapa pula yang potong mimpi dia ni ? baru dia nak main lari- lari dengan Lee Dong Wook, alih-alih mimpinya terputus di tengah jalan. Mata Syaiha ditenyeh untuk melihat lebih jelas gerangan yang membantutkan angan-angannya sebentar tadi.
"Hani ! kau tak reti bagi salam ke !?" marah Syaiha. Rasa mengantuk tadi terus hilang.
"Aku bagi salam pun bukan kau dengar. Sedap membuta." perli Hani sambil tersengih. Cepat- cepat dia mengambil tempat duduk sebelah Syaiha.
"Isy ! kau ni tak ada kerja ke ? tiba-tiba terpacak depan aku ni." Syaiha menggeleng sambil membetulkan tudung yang sudah senget- senget.
"Aku buat kerja la ni sebab tu aku kat sini. Aku datang nak ambil bunga." beritahu Hani dengan muncung sedepa.
Syaiha tepuk dahi. "Sorry, aku lupa la." baru dia teringat minggu lepas memang kawannya itu ada menempah bunga.
"Itu la kau muda-muda dah nyanyok !" Hani mengata.
Membuntang mata Syaiha. "Kau bab mengata nombor satu ! jangan sampai aku halau keluar."
Makin galak Hani ketawa. "Aku customer tau jangan lupa. Berani kau nak halau."
"Kalau customer macam ni aku pun tak hingin." ujar Syaiha lantas berdiri. "Kejap, aku nak pergi cakap dekat Lara."
Hani sambung ketawa lagi bila bayang-bayang Syaiha hilang dari balik pintu. Kepala Hani bergerak- gerak melihat sekitar bilik yang berwarna hijau pastel itu. Frame gambar yang tersangkut pada dinding mencuri perhatian Hani.
Gambar Syaiha yang berada diantara Hairi dan Haira itu cukup membuat hati Hani dipagut rasa hiba. Dia cukup bangga dengan sahabatnya seorang itu.
7 tahun membesarkan dua orang anak yang bukan dari darah dagingnya membuatkan gadis itu kuat. Kalau lah Hani sendiri yang berada di situasi Syaiha, belum tentu dia boleh pikul amanah itu.
"Sorry la Hani kau terpaksa datang ambik barang kat kedai aku. Patutnya aku yang pergi hantar." ucap Syaiha bila dia masuk balik ke dalam bilik.
Dua gelas mug yang dibawa dari luar dihulur satu ke Hani. Segera Syaiha melabuhkan punggung bersebelahan sahabat baiknya ini.
"Lama aku tak jumpa Hana, sihat ke dia ?" Syaiha menyoal.
"Bulan lepas aku jumpa hidup lagi. Tak tahu esok lusa macam mana. Aku sendiri pun dah susah nak jumpa dia tau. Mengalahkan anak raja !" bebel Hani dengan wajah mencuka.
Syaiha yang sedang menghirup air terus tergelak. " Kira anak raja juga sebab dah hot sekarang."
"Huh ! anak raja mana, raja gopal ?" Hani menjulingkan mata.
Syaiha yang mendengar hanya melepaskan tawa.
"Aku tak faham betul apa yang best sangat dia duduk dekat Paris tu. Gaya macam tak nak balik Malaysia dah. Daddy dengan mummy aku pun dah bising. Makin menjadi betul perangai si Hana ni sejak dapat tawaran jadi model dekat sana." sambung Hani lagi.
"Itu la, aku pun perasan juga. Setiap kali aku ajak jumpa macam-macam alasan dia."
"Kan... sama la aku ni. Bukan orang lain kakak dia juga. Entah la Syai aku pun tak faham !"
Syaiha kembali menghirup air. Wajah Hani yang serabut dipandang. Betul kata Hani, kawan baiknya sorang lagi tu seperti mahu menjauhkan diri dari dia. Itu yang Syaiha rasa selama ini, cuma dia malas mengambil pusing.
Mungkin gadis itu sibuk dengan kerjayanya sekarang ini. Maklum saja Hana sekarang ini sudah jadi model terkenal, siapa saja tidak sibuk ?
"Malas la aku nak cakap pasal dia buat sakit hati je. Okey la Syai aku kena gerak. Kejap lagi ada photoshoot." pamit Hani sebelum bangun dari tempat duduknya.
"Ya lah, nanti ada masa aku pergi studio kau kita sambung gosip."
"Cantik !"
Hani terus meninggalkan kedai Syaiha selepas mengambil bunga yang ditempah.
Share this novel