BAB 9

Romance Series 17858

Tergopoh- gapah Hani dan Hana memasuki kelas mereka. Nampak saja kelibat Syaiha yang sudah mengambil tempat duduk mereka pun turut sama-sama mengikut.

Pagi ini kelas mereka mula agak awal dan hampir saja Hani dan Hana terbabas tidur lagi. Kalau tidak tak pasal-pasal kedatangan mereka dikira kosong. Rasanya sem ni sudah banyak kali mereka ponteng.

"Ha, ada pula korang berdua hari ni." Perli Syaiha dengan kening terangkat.

Hani dan Hana dua-dua tersengih.

"Kau mengata kitaorang eh ?"

"Tidak la perli, tapi sejak dua menjak ni susah betul aku nak tengok kau berdua dalam kelas. Luar kelas ada pula !"

Pap ! Hana menampar lengan Syaiha.

"Itu perli la gila !"

Syaiha tersengih pula. Tahu terasa. Ingat kembar berdua ni tak ada perasaan. Iyalah asyik ponteng memanjang. Dah ditegur pun tak jalan juga.

"Yang korang berdua ni asyik tak masuk kelas apasal ? saja nak bagi gagal sem ni ke macam mana." Syaiha menggeleng kepala.

"Itu kau tanya budak ni, asyik bangun lambat lepastu dengan aku sekali terpengaruh dengan dia." Hani menunding jari kepada Hana.

Hana membulatkan mata. Cis ! dasar kakak tak guna. Ada ka patut salahkan dia sorang ja. Dah nama pun kembar mesti la perangai mereka berdua lebih kurang.

"Eh engkau ni ! yang pergi ikut aku dah kenapa ? kau pun sama suka ponteng." bebel Hana tak puas hati.

"Aku ikut kau la Hana. Kau yang mengajar." Hani menjelir lidah pula.

Laju Hana mencubit geram lengan Hani.

"Sakit la !" menjerit Hani bila mana jari Hana sudah mengetitnya.

"Padan muka !"

Menggeleng Syaiha melihat petengkaran kecil dua beradik itu. Dia tak pelik, benda tu dah biasa dia lihat dari tahun lepas lagi.

"Korang tak penat ke ayik gaduh ?" tertanya-tanya Syaiha bila setiap kali melihat itu.

"Tak !" serentak Hani dan Hana menjawab.

Terkejut Syaiha. "Okey fine ! teruskan..." dia mengngkat kedua belah tangan seperti orang menyerah. Matanya kembali mengadap depan.

"Good morning class !" ucap Prof.Hadi yang sudah melangkah masuk ke dalam dewan kuliah itu.

"Good morning prof." terdengar suara satu dewan menyambut.

"Syai..." panggil Hani perlahan sambil menyiku lengan sahabatnya itu.

"Apa lagi?" soal Syaiha sambil berbisik. Takut tiba-tiba kena panggil pula dengan Prof.Hadi.

"Perasan tak Prof.Hadi dah kurang marah kau sekarang." ujar Hani dengan suara berbisik juga.

"Betul la, Hana pun perasan." Hana menyampuk.

"Kau ada apa-apa ke dengan dia ?" Hani sibuk nak tahu.

Syaiha diam. Soalan Hani tergantung tidak berjawab. Melalui telinga bagai angin lalu. Kepalanya sibuk memikirkan pekara lain.

"Syai ! dengar tak apa Hani tanya tu ?" Hana mencuit Syaiha.

Syaiha mendengus tak puas hati. Busy body betul la dua ketul ni !

"Mana ada." jawab Syaiha malas.

"Eleh... ya la tu. Habis tu kenapa kau tak bagi tahu kami pasal kau kenal rapat dengan Prof.Hadi tu ? kau jeles ke Syai ?" ujar Hana seakan merajuk.

Selepas Rose meninggal baru lah mereka tahu yang Prof.Hadi ialah kawan kepada arwah abang ipar gadis itu dan mempunyai hubungan yang agak rapat.

Kalau bukan disebabkan mereka berjumpa lelaki itu pada hari pengebumian Irzam dan Rose, sampai ke hari ini Hani dan Hana tidak tahu.

"Tak ada makna aku nak jeles. Aku tak bagi tahu korang dua sebab mulut korang ni tak reti zip. Kejap lagi satu universiti ni korang hebohkan." ucap Syaiha dengan jelingan.

"Ish ! tak kan kami nak bagi tahu satu universiti. Sekurang-kurangnya satu kelas ja." balas Hani dengan ketawa mengekek.

Hana di sebelah sudah buat muka tak suka. Ingat kelakar ka ? dia memandang semula Syaiha yang hanya tersenyum kecil mendengar lawak Hani. Hatinya ada sedikit rasa tidak puas hati.

"Betul ke kau tak ada apa-apa dengan Prof.Hadi tu ?" soal Hana lagi.

Syaiha mengangguk yakin. " Ya la... kenapa susah sangat nak percaya. aku kenal dia pun sebab arwah abang Irzam ja."

"Habis tu kenapa dia pandang kau sekarang." ujar Hana tak puas hati sambil menjuih bibir ke arah depan dewan kuliah.

Serentak Syaiha dan Hani memandang ke depan. Tersentak Syaiha. Mata Prof.Hadi sedang memerhati tepat ke arahnya. Syaiha meneguk air liur.

...................................................

"Okey sampai sini saja kelas kita hari ini. Jangan lupa siapkan presentation yang saya bagi tu ya." pesan Prof.Hadi bila melihat pelajar-pelajarnya sudah bersiap mahu meninggalkan dewan kuliah .

Pandangan Prof.Hadi dihala pula ke arah Syaiha yang sedang mengemas barang.

"Syaiha Ariffin ! jumpa saya kejap." panggil Prof.Hadi.

Terhenti kerja Syaiha bila mendengar suara itu. Syaiha sudah buat muka malas. Apa pula yang Prof.Hadi mahu ?

"Kami gerak dulu la Syai, nanti kita jumpa dekat libary. Jom Hana !" Hani menarik tangan adiknya sambil tersenyum sumbing.

Hana mengikut langkah Hani. Sesekali pandangannya diahala ke Prof.Hadi dan Syaiha silih berganti. Terus mereka berdua meninggalkan Syaiha.

Syaiha berjalan malas menghampiri Prof.Hadi. Mukanya mencuka. "Prof nak apa ?"

"Tak ada apa." balas Prof.Hadi sambil tersenyum kecil.

Ini buat dia marah ni ! kalau saja-saja tak payah panggil la. Ada juga makan kaki kejap lagi. Syaiha sudah membebel dalam hati.

"Cepat la prof ! nak apa ? saya nak pergi study ni." gesa Syaiha. Dia sudah la busy, tak kuasa nak melayan perangai pelik-pelik lelaki di depannya ini.

"Awak ni kalut nak pergi mana ?"

"Saya banyak kerja la."

"Kerja apa ?"

"Ish ! prof ni busy body tau." Syaiha mencebik.

"Yalah, yalah... saya cuma nak tanya bonda Hawa sihat ke ?"

Syaiha mengerut dahi. "Alhamdullilah, sihat. Kenapa prof tanya ?"

"Saja la tanya sebab rasa macam lama saya tak pergi melawat rumah Madihah."

Syaiha terdiam. Kepalanya ditunduk memandang kaki yang elok berada atas lantai.Hujung bucu selendang yang dipakai digentel-gentel.

"Awak sihat Syaiha ? awak okey ?" soal Prof.Hadi lagi.

Syaiha tergamam dengan soalan yang baru diaju oleh Prof.Hadi. Dia panggung kepala melihat wajah lelaki itu. Tajam anak mata Prof.Hadi menikamnya.

"Saya okey." jawab Syaiha lemah.

"Betul ni ?"

Dia mengangguk.

"Syai..." panggil Prof.Hadi lembut.

"Ya."

"Kalau awak perlukan tempat untuk meluah awak boleh cari saya. Kalau awak tak okey saya ada untuk dengar cerita. Awak tak sorang, saya ada." ujar Prof.Hadi memberi kata semangat.

Dia tahu gadis itu nampak saja kuat tapi hakikatnya Syaiha hanya seorang gadis biasa yang mana kadang-kala ada masa dia tak mampu nak hadap masalah yang datang sorang-sorang. Itu perkara biasa bagi anak gadis seusianya.

Sudah masuk enam bulan arwah Irzam dan Rose pergi, dan sejak itu Prof.Hadi perasan dengan perubahan Syaiha. Dia sudah tidak segembira dulu. Senyuman yang diberi sepertinya dibuat- buat saja.

"Tak elok pendam Syai... luahkan kalau awak rasa awak tak kuat. Kita manusia ada masa kita down. Jadi jangan malu untuk cerita." sambung Prof.Hadi lagi.

Berair mata Syaiha bila mendengar apa yang diperkata Prof.Hadi. Hatinya sebak. Tidak sangka ayat itu boleh keluar dari mulut lelaki yang dia sudah mula anggap macam abangnya.

Walaupun Syaiha suka cari pasal dengan pensyarahnya itu, tetapi masih ada rasa kagum dan hormat kepada lelaki yang sebaya arwah Irzam.

"Saya harap awak tak sedih dengan apa yang jadi. Kita mesti teruskan hidup. Baby Hairi dengan Haira pun tak suka tengok mama diaorang sedih-sedih." Prof.Hadi tersenyum lebar.

"Baik prof, terima kasih." ucap Syaiha malu.

Tiba-tiba rasa macam terfeeling pula. Apa la kau ni Syaiha ! baru Prof.Hadi buat ayat sedih macam gini kau dah sentap ? oh la Syaiha Ariffin !

"Sudah, saya tak nak tengok awak sedih. Saya lagi suka awak cari pasal dengan saya. Jom gaduh !" ajak Prof.Hadi tiba-tiba dengan kening dinaikan.

Huh ? Syaiha garu kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience