7 TAHUN KEMUDIAN.
Bersusah-payah dia bergegas pulang apabila menerima panggilan daripada cikgu Zara yang merupakan guru kepada Hairi dan Haira. Segala urusan penting yang sedang diuruskan ditinggalkan.
Syaiha meletak keretanya di tepi jalan sebelum melintas jalan raya yang sedang sibuk dengan lalu lintas itu. Kakinya dipercepatkan.
Apa pula hal kali ini ? ada-ada saja budak dua orang itu. Pusing Syaiha melayan kerenah Hairi dan Haira. Baru minggu lepas dia jejak kaki ke sini, tiba-tiba harini namanya diseru semula oleh pihak sekolah.
Sampai saja depan pagar sekolah, Syaiha sudah tercengang bila matanya menangkap kelibat cikgu Zara bersama Hairi dan Haira.
Yang lagi buat dia terkejut bila perasan penampilan Haira sudah tidak seperti waktu pagi tadi. Dengan rambutnya kusut masai, muka pula comot dengan hingus yang sudah kering
Buat hal lagi la si Haira !
"Ara ! Ari !" panggil Syaiha dengan suara geram.
"Mama !" sambut kanak-kanak itu lalu berlari mendapatkan Syaiha.
"Kamu berdua buat apa pula kali ni ?" tanya Syaiha dengan mata sudah dibesarkan.
"Mana ada kami buat apa-apa !" bidas Haira laju.
"Jangan nak menipu mama !"
"Betul la... kami tak buat apa pun. Kan Ara ?" sambung Hairi pula.
Cikgu Zara yang hanya berdiam dari tadi berdehem. Wajah yang nampak masih muda itu hanya tersenyum tipis kepada Syaiha.
"Cikgu." tegur Syaiha.
"Maaf, saya terpaksa call puan." ujar cikgu Zara serba salah.
"Tak pa cikgu, saya faham. Apa pula diaorang buat cikgu ?" soal Syaiha mahu tahu.
Cikgu Zara sudah garu kepala. "Macam ni puan... tadi rakan sekelas mereka cuba mengusik Hairi... lepastu si Haira ni pergi belasah budak tu. Nasib baik tak jadi apa cuma luka sikit saja la."
Syaiha melopong dengan berita yang di sampaikan cikgu Zara. Laju anak mata Syaiha menikam wajah Haira yang hanya tersengih tak bersalah.
Kau ingat WWE ka Haira oi !
"Habis budak tu macam mana cikgu ? mak dia tak marah ke ?"
"Dia okey ja puan. Nasib baik mak dia tak nak panjangkan cerita. Jadi nanti puan sendiri minta maaf dengan dia ya." pesan cikgu Zara pula.
"Yalah, terima kasih cikgu. Saya minta maaf ya kalau budak berdua ni dah susahkan cikgu."
"Baik puan, dah memang tugas saya." cikgu Zara hanya tersenyum sebelum berlalu pergi.
Syaiha merenung tajam Hairi dan Haira yang hanya berdiri tak berkutik. Masing- masing buat muka comel. Saja la tu ! nak lari dari kena marah.
.............................................
"Kenapa Ara buat macam tu ? ingat awak tu perempuan tau. Yang pergi belasah orang kenapa ?" bebel Syaiha geram sambil tangan memandu stereng kereta.
Mula sudah sesi nak brainwash anak-anaknya itu. Pelik betul la perangai anak daranya yang seorang ini, gangster tak bertempat ! lain pula dengan yang lagi sorang, sopan bukan main.
Macam tertukar tempat pula dua beradik ini. Yang perempuan sibuk nak jadi lelaki, yang lelaki pula sibuk nak jadi perempuan ! pening dia macam ni.
"Budak tu yang kacau Ari, jadi Ara tolong la." jawab Haira dengan bibir di muncungkan.
"Iya pun jangan la sampai belasah budak tu. Kalau mak dia report polis macam mana ? Ara nak masuk penjara ?" saja Syaiha menggertak supaya Haira rasa takut.
"Tak kisah pun, berani polis nak tangkap. Ara belasah polis tu !" balas Haira tak nak kalah.
Syaiha sudah mengeluh. Cis, tak makan saman betul si Haira ni !
"Hebatnya Ara, mesti polis tu pun takut." sampuk Hairi sambil menepuk tangan.
"Asyik menjawab cakap mama ja Ara ni. Nak kena cubit ke ?"
"Cubit la tak takut pun." Haira menjelir lidah pula kepada Syaiha.
Ouh... pandai ya nak melawan orang. Tak padan dengan kecik. Laju tangan kiri Syaiha cuba mencubit badan Haira yang sedang duduk di tempat penumpang.
"Geli la mama..." Haira sudah ketawa akibat kegelian. Badannya bergerak ke kiri dan kanan untuk mengelak tangan Syaiha.
Hairi yang berada di tempat duduk belakang pula sudah sama-sama mengikut tingkah mamanya itu. Seronok juga main cubit-cubit macam ni.
"Lain kali nak melawan mama lagi ?"
"Yalah, yalah... Ara tak melawan dah." Haira sudah terjerit kecil.
"Good girl !"
" Ari jangan nak ikut Ara tau, kalau tidak dua-dua mama geletek." ugut Syaiha.
"Okey mama !" serentak mereka berdua menjawab.
Syaiha yang sedari tadi memandu kenderaan segera membelok bila keretanya sudah sampai depan rumah teres sederhana itu. Pintu pagar automatik ditekan dari dalam lalu keretanya memasuki ruang garaj.
Laju Hairi dan Haira membuka pintu kereta dan masing-masing berlari masuk ke dalam rumah. Syaiha yang melihat sudah menggeleng kepala. Pasti dua beradik itu tidak sabar mahu menonton kartun kegemaran mereka.
"Ari ! Ara ! jangan berlari nanti jatuh !" jerit Syaiha kuat.
.................................................
Buku kanak-kanak yang dibaca tadi ditutup perlahan. Syaiha tersenyum bahagia melihat wajah polos yang sudah ketiduran itu. Dia bangkit kemudian buku tadi diletak di rak.
Syaiha melangkah perlahan keluar dari bilik Haira. Tak mahu buat anaknya itu terjaga semula. Suis lampu ditutup dan dengan perlahan dia menarik pintu rapat.
Kakinya melangkah ke bilik sebelah yang masih terang berlampu. Dia melihat Hairi yang sedang ralit membaca buku sambil terbaring di atas katil.
"Ari...kenapa tak tidur lagi ?" soal Syaiha. Dia melabuhkan duduk bersebelahan Hairi.
"Ari tak boleh tidur la mama." Hairi mengadu manja.
"Nak mama tidurkan ?" soal Syaiha lagi.
"Tak nak la, Ari dah besar. Tak macho la mama tidur kan." Hairi tersengih.
"Eleh... awak tu baru umur 7 tahun tau, mana ada besar lagi." Syaiha mencubit pipi tembam Hairi.
"Ari nak cepat-cepat besar la mama..." ujar Hairi dengan muka comel.
Syaiha kerut dahi. "Dah kenapa tak sabar nak besar pulak ? Ari nak tinggal mama ya ?"
"Mana ada la mama, kalau Ari dah besar nanti boleh jaga mama."
Syaiha terkedu. Mulutnya seakan terkunci.Wajah Hairi pula ditatap lama.
"Nanti kalau ada orang kacau mama boleh la Ari marah diaorang." Sambung Hairi lagi.
"Kenapa Ari cakap macam tu ? Mana ada orang kacau mama."
"Kawan Ari selalu cakap buruk pasal mama." Luah Hairi tiba-tiba.
Syaiha buat muka pelik pulak. Apa yang anaknya ini hendak sampaikan ?
"Cakap pasal mama ? Pasal apa ?" Soal Syaiha mahu tahu.
Budak-budak zaman sekarang memang dah pandai bergosip ka ? Tak padan dengan umur, dari siapa la mereka belajar mengata orang.
"Diaorang kata mama tak ada suami, sebab itu la kami tak ada papa." Jawab Hairi polos.
Syaiha terdiam. Air liur seakan terlekat di kerongkong. Cis, budak-budak ni mesti mak ayah yang mengajar ni. Tidak tak kan mereka boleh cakap begitu depan Hairi dan Haira.
Ini la orang kata, melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau dah kecik-kecik pandai bergosip faham- faham sendiri la mak ayahnya macam mana.
Menyampah Syaiha ! Sibuk betul la orang sekelilingnya ini.
"Dah, Ari abaikan ja apa mereka nak cakap. Tak semestinya kalau papa tak ada kita tk boleh gembira, betul tak ?"
"Betul ! ada mama pun dah seronok, yeah !" Ujar Hairi gembira.
Syaiha hanya tersenyum lihat wajah ceria anaknya itu. Ada rasa sayu yang menusuk ke dalam hati Syaiha setiap kali melihat muka Hairi.
Wajah itu saling tak tumpah dengan wajah Irzam manakala wajah Haira pula sama seperti Rose.
Tidak disangka sudah hampir 7 tahun Syaiha membesarkan Hairi dan Haira. Rasanya seperti baru semalam dia menyambut kedatangan mereka.
"Okey, Ari nak tidur. Selamat malam mama." Hairi sudah meletakkan buku tadi. Selimut ditarik hingga separuh badan. Pipi Syaiha dicium sebelum dia melelapkan mata.
Terus hilang lamunan Syaiha. Dia hanya tersenyum kecil melihat kelakuan itu. Kepala Hairi diusap lembut sebelum dia mencium pipi anaknya ini.
"Selamat malam sayang."
Share this novel