Dua botol susu yang ada atas rak itu diambil Syaiha. Tangan dia laju membancuh susu untuk kedua botol itu. Syaiha memasukkan air suam mengikut sukatan kemudian di ikuti dengan dua sudu susu formula. Digoncang kedua-dua botol dengan tangannya.
Selesai saja kerja di dapur dia berlari kecil menuju ke dalam bilik. Kedengaran bunyi tangisan bayi dan rengekan yang sedari tadi tak henti. Laju Syaiha melangkah mendapatkan katil queen yang berada tengah bilik.
"Kesian anak-anak mama ni lapar ya..." ujar Syaiha sambil tersenyum.
Dia mengambil tempat bersebelahan dua bayi yang elok terbaring atas katil. Mereka sudah merengek sambil tangan merawang-rawang ke atas meminta susu.
Syaiha menyuap susu dengan tangan kiri di letak pada mulut Hairi dan tangan kanan pula pada mulut Haira. Terus dua kembar itu diam bila sudah dapat apa yang dihajatkan.
Gembira dia melihat mereka berdua minum dengan rakus. Mungkin lapar sangat kot ! iya la Syaiha terlupa yang malam ni dua beradik itu belum dapat susu lagi, baru sekejap tadi dia teringat.
Selalunya bonda Hawa yang akan peringatkan tapi malam ini wanita itu ada kelas mengajar pula untuk anak-anak rumah Madihah yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.
Jadi sekarang ini hanya Syaiha yang berada di rumah ini sedangkan anak-anak lain masing-masing sibuk belajar di blok yang disediakan bonda Hawa untuk mereka mengulang kaji pelajaran.
Rumah anak-anak yatim Madihah ini tidak la besar mana, di hujung kiri adalah blok untuk anak-anak yang berada disini tinggal atau tidur manakala belah kanan pula dewan makan dan bilik belajar.
Ditengah-tengah kawasan pula ialah rumah bonda Hawa dan sekarang ini sudah menjadi rumah Syaiha juga. Sejak arwah Irzam dan Rose meninggal, Syaiha sudah berpindah kembali ke rumah anak-anak yatim ini. Senang baginya untuk melihat Hairi dan Haira.
Siang hari Syaiha akan berulang-alik ke universiti kalau ada kelas yang perlu dia hadiri. Kadang-kadang dia berasa penat juga tapi nak buat macam mana sudah itu pilihannya.
Pernah juga bonda Hawa memujuk dia kembali duduk di asrama tetapi dia yang degil. Syaiha mahu lebih banyak menghabiskan masa dengan bonda Hawa dan juga si kembar Hairi dan Haira.
Syaiha menarik botol susu dari mulut Hairi dan Haira bila dua beradik itu sudah menolak. Seperti mereka sudah kekenyangan. Dia menepuk pula mereka berdua bila masing-masing macam sudah mahu melelapkan mata.
"Syai !" laung bonda Hawa. Kelibat Syaiha dicari.
"Bonda... shhh... Hairi ngan Haira baru nak tidur tu." laju Syaiha menegur bila melihat bonda Hawa sudah berada depan bilik.
Bonda Hawa sengih. "Sorry la... bonda tak perasan."
"Kenapa bonda ?"
Laju bonda Hawa menapak ke dalam bilik. Dia melabuhkan duduk dekat dengan Syaiha. Hairi dan Haira yang sudah tertidur itu dipandang sayang.
"Esok Syai tak ada kelas kan ?" tanya bonda Hawa minta kepastian.
Dia mengangguk laju. "Ya, tak da. Bonda nak ajak Syai pergi mana-mana ke ?"
"Tak ada lah. Esok ada tetamu nak datang. Syai tolong masak ya." minta bonda Hawa.
"Siapa bonda ?"
"Adalah... diaorang saja nak tengok-tengok rumah kita ni."
"Orang nak bagi sumbangan ke ?"
"Eh, tak la ! rahsia." Bonda Hawa tersenyum penuh makna.
"Bonda ni semua nak rahsia." Syaiha sudah buat-buat merajuk.
"Syai masak ya esok ?"
"Yalah, yalah..." ujar Syaiha malas.
"Tidur dah cucu-cucu bonda ni." ucap bonda Hawa perlahan sambil mengusap pipi Haira kemudian beralih pada Hairi.
Syaiha hanya tersenyum senang. Melihat Hairi dan Haira saja sudah buat dia bahagia. Tak susah mana mahu menjaga dua beradik itu, tak banyak ragam setakat ini.
"Comel kan bonda ? putih bersih ja muka diaorang." ujar Syai.
"Mesti la, tengok cucu siapa." kata bonda Hawa bangga.
"Eh ! tengok pula mama dia siapa." Tak mahu kalah Syaiha pun.
Selepas itu mereka sama-sama ketawa.
.........................................................
"Prof buat apa kat sini ?"
Berkerut muka Syaiha melihat Prof.Hadi yang sudah terpacak depan rumah mereka. Selepas Syaiha selesai masak tadi kalut bonda Hawa memanggilnya untuk menyambut tetamu.
Alih-alih wajah lelaki itu yang muncul depan matanya. Prof. Hadi bukan datang berseorang, ada wanita dan lelaki juga seusia bonda Hawa yang sedang berdiri disisinya.
"Tuan, puan... jemput masuk." pelawa bonda Hawa bila Syaiha hanya diam tak berkutik.
"Eh tak payah bertuan-puan lah, panggil saya Mas ja. Ini pula suami saya, Hassan." kata wanita yang merupakan ibu kepada Prof.Hadi itu.
"Betul tu, tak payah formal sangat la. Kita datang ni nak bersembang-sembang dulu." ujar lelaki yang bernama Hassan pula. Dia tersenyum lebar.
"Ibu dengan abah masuk dulu, Hadi nak cakap sikit dengan Syaiha." ujar Prof.Hadi kepada kedua orang tuannya.
Mereka hanya mengangguk dengan senyuman manis.
"Marilah Mas, Hassan..." ajak bonda Hawa lagi.
Mereka bertiga sama-sama masuk ke dalam rumah dan meningglkan Prof.Hadi dan Syaiha disitu.
"Jadi Prof la tetamu yang bonda Hawa kata semalam ? Prof datang buat apa ?" soal Syaiha lagi.
Rasa macam soalan itu sering di tanya bila bertemu dengan pensyarahnya ini. Sebenarnya Syaiha tidak tahu mahu bersembang apa dengan lelaki itu.
"Saya datang ada hajat."
Hajat ? Syaiha tercengang.
"Hajat apa pula ni ?"
"Bonda tak ada bagitau ke ?" Prof.Hadi pula menyoal.
"Tak." jawab Syaiha sepatah.
"Awak tak tanya bonda ?"
"Eh kejap ! sejak bila bonda saya jadi bonda prof ni ?" ujar Syaiha tak puas hati.
"Ish, awak ni bonda Hawa tu pun boleh jadi bonda saya. Jangan kedekut."
"Mana ada saya kedekut !" balas Syaiha tk puas hati. Bibirnya diketap.
"Prof tak jawab lagi soalan saya."
"Soalan mana ?" Prof.Hadi sudah tersengih. Saja mahu main tarik tali dengan gadis itu.
"Huh ! main-main la prof ni." Syaiha menarik muka masam.
"Kalau awak nak tahu hajat apa jom masuk dalam dulu !"
Laju Prof.Hadi melangkah masuk ke dalam rumah. Ditinggal Syaiha yang sudah terpinga-pinga diluar itu.
.................................................
Dia terpempan. Lidahnya kelu setelah mendengar apa yang barusan keluar dari mulut wanita yang merupakan ibu kepada Prof.Hadi.
Padangan Syaiha kalih memandang bonda Hawa yang duduk di sebelahnya sambil tersenyum lebar. Kemudian wajah Syaiha memandang pula Prof.Hadi, Mas dan Hassan silih berganti.
"Macam mana Syaiha, sudi tak jadi menantu mak cik ?" soalnya lagi bila Syaiha hanya membantu dari tadi.
Terlihat riak terkejut pada wajah gadis itu. Mas faham, mungkin Syaiha tidak menyangka kedatangan mereka bertiga pada hari ini adalah untuk melamar gadis itu buat anaknya ini.
Mula-mula Prof.Hadi memberitahu tentang lamaran ini dia juga terkejut sebenarnya. Tidak menyangka anak bongsunya itu boleh terjatuh suka pada pelajarnya sendiri.
Mas dan Hassan tidak kisah siapa pun bakal menantu mereka asalkan budak itu baik dan boleh membahagiakan Prof.Hadi.
"Syai... mak cik Mas tanya tu." bonda Hawa memegang lembut tangan Syaiha.
"Erm... Syai..." Syaiha tergagap. Tak terluah apa yang nak dicakap. Dia betul-betul tak faham apa yang sedang berlaku sekarang ni.
"Saya dah lama sukakan awak Syai, Saya ikhlas nak jadikan awak isteri saya. Saya nak jaga awak, Hairi dan Haira." luah Prof.Hadi tiba-tiba tanpa segan-silu. Dia sudah fikir masak-masak.
Dang !
Kepala Syaiha tiba-tiba pusing. Apa semua ni ? dia muda lagi tau, kenapa nak kena kahwin pula?
"Syai... Syai tak boleh bonda !" ujar Syaiha.
Berubah muka Mas dan Hassan. Senyuman Prof.Hadi pula tiba-tiba kendur.
"Kenapa Syai ? bonda rasa Hadi sesuai dengan Syai." Bonda Hawa seakan memujuk. Dia rasa lamaran ini ada baiknya juga.
"Syai muda lagi bonda." ujar Syaiha dengan wajah menunduk.
"Umur bukan alasan Syai." sambung bonda Hawa lagi.
"Syaiha tak suka anak pak cik ?" soal Hassan secara tiba-tiba.
Syaiha panggung kepala dan dengan laju dia mengangguk.
"Saya tak suka dan tak cintakan prof. Lagipun saya tak terfikir langsung nak kahwin. Saya rasa sekarang ni keutamaan saya adalah Hairi dan Haira jadi saya minta maaf. Saya tak boleh." kata Syaiha panjang lebar.
Hassan mengangguk perlahan.
"Tak apa la Hawa, kita tak boleh memaksa. Kalau dah jodoh satu hari nanti kahwin la mereka."
Hassan menepuk belakang badan anaknya yang dari tadi hanya diam. Dia tahu Prof.Hadi pasti kecewa. Tapi mahu buat macam mana lagi sudah orang tak mahu, tak kan nak paksa pula ?
"Saya minta diri dulu." pamit Syaiha sebelum bangun dari tempat duduknya.
Prof.Hadi hanya memandang sepi pada gadis itu.
Share this novel