Kawasan tanah perkuburan yang dipenuhi dengan pokok-pokok rimbun itu dipandang sekilas sebelum dia langkah mendekati dua pusara yang dipenuhi dengan pokok hijau di atasnya.
Jag jernih berisi air yang dipegang segera diletak atas tanah kemudian Irzan duduk bertinggung di tepi pusara itu.
MUHD IRZAM HAFIZ BIN IDRIS
ROSE ARISSA BINTI RAZIQ
Nama yang terpampang pada batu nisan itu ditenung lama oleh Irzan. Hanya senyuman hambar yang tergaris pada bibir merahnya.
Tangannya perlahan-lahan memegang pada kawasan yang dipenuhi rumput- rumput kecil yang tumbuh merata.
Irzan mula mengalunkan bacaan surah yassin buat kedua pusara yang terletak bersebelahan antara satu sama lain.
Suasana hening bersama bunyi kicauan burung yang bertebaran di atas langit menambahkan lagi rasa pilu di hati Irzan.
"Assalamualaikum, along." Ucap Irzan seakan berbisik.
"Aku minta maaf long, baru sekarang aku ada masa nak lawat kau. Aku busy betul urus hal syarikat." beritahu Irzan.
"Mama sihat long. Walaupun dia tak pernah kata yang dia rindukan kau tapi aku tahu long, dia betul-betul rasa kehilangan."
"Kalau kau tanya mama dah berubah belum, jawapan dia tak. Dia masih sama macam mama kita 7 tahun lepas. Dia tak berubah. Perangai makin menjadi ada la. Kadang-kadang tu ada ja benda kami nak gaduh."
Irzan tersenyum lebar sambil ketawa kecil.
"Banyak kali aku ajak dia datang jumpa kau, tapi macam tu la. Kau tahu kan, mama tu ego mana nak mengalah."
Panjang lebar Irzan bercerita seolah-olah Irzam berada dihadapannya. Wajahnya yang tadi ceria bertukar mendung dengan tiba-tiba.
"Aku betul-betul rindu kau long, kalaulah malam tu..." suara Irzan terhenti.
Air mata yang di tahan dari tadi laju berguguran membasahi pipi Irzan. Dia sudah menangis teresak-esak sambil tangan memeluk pusara itu.
"Aku minta maaf long, aku janji kat kau yang aku akan jaga anak-anak kau. Aku akan tengokkan diaorang. Aku tahu mungkin aku terlambat, tapi aku ikhlas. Kau jangan risau ya."
Irzan bangun, dia menyiram air pada pusara Irzam. Kemudian beralih pula pada pusara Rose di sebelah.
"Kak Rose, jangan risau. Zan akan jaga adik akak sampai bila-bila." Janji Irzan.
"Zan pergi dulu ya, ada masa Zan datang lagi. Assalamualikum."
Irzan terus melangkah meninggalkan tanah perkuburan itu. Sesekali dia mengesat air mata yang tidak berhenti dari tadi.
......................................
Dato'sri Aqilah yang baru turun dari tingkat atas villa mewah itu. Dia sudah bersiap-siap mahu keluar berjumpa rakan persatuanya.
Kakinya menuju ke arah Irzan yang baru masuk ke dalam rumah. Wajah mendung Irzan di pandang tak lepas.
"Kamu ke mana Irzan ?" Soal Dato'sri Aqilah.
"Kubur." Jawab Irzan sepatah
Berubah muka Dato'sri Aqilah. Ada riak kurang senang pada wajah tua itu.
"Berapa kali mama pesan, jangan pergi situ lagi !" Marah Dato'sri Aqilah.
Irzan buat tak tahu dengan amaran mamanya. Bagai angin lalu saja. Dia malas nak gaduh dengan wanita itu.
"Salah ke Zan pergi melawat ma ? Bukan orang lain, abang sendiri." Ujar Irzan sambil kaki sudah mahu melangkah pergi.
"Mama tak suka !" Tempik Dato'sri Aqilah.
Habis satu villa kedengaran suaranya. Mak Ami, pembantu rumah mereka juga sudah memanjangkan leher dari balik dapur. Apa lagi tak kena dua beranak ni? Ada saja yang digaduhkan.
Kaki Irzan terpasung di lantai. Dia menarik nafas dalam. Selama ini dia diam, tak pernah sekali pun dia bahas tentang arwah Irzam di hadapan Dato'sri Aqilah. Dia tahu wanita itu tidak suka. Tapi hari ini dia seolah tercabar dengan kesabarannya selama ini.
"Besar sangat ke dosa along pada mama ? Tak ada langsung ke rasa rindu pada dia ma..."
"Along tu darah daging mama tau, tak kan sebab dia kahwin dengan arwah kak Rose mama terus buang dia ?"
"Along dah tak ada ma ! Dia dah tak ada ! tak kan mama masih berkeras tak nak maafkan dia. Mama suka ke anak mama jadi derhaka !?" Ucap Irzan dengan suara yang sudah terketar menahan rasa.
Terdiam Dato'sri Aqilah. Kata-kata Irzan bagai belati tajam yang menusuk hatinya. Jika soalan rindu yang ditanya sudah pasti dia yang paling merindui anak sulungnya itu.
Dia ralat dengan pemergian Irzam tetapi bila berlawan dengan ego yang tinggi amarahnya 7 tahun lepas masih teguh tersisa dalam hati.
Dato'sri Aqilah bagai tidak boleh terima bila mana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh melawan cakapnya hanya disebabkan perempuan dan cinta.
Hatinya hancur-sehancurnya. Jika boleh dikutip dan di cantum semula, sudah pasti dia berbuat demikian.
"Jangan bagi mama marah Irzan. Jangan sampai mama tak mengaku juga kamu anak mama." Ujarnya dengan penuh amarah.
"Mama..." luluh hati Irzan. Sampai hati Dato'sri Aqilah berkata begitu.
"Kamu tahu kan mama tak suka bila kamu ungkit hal lama. Mama tak nak dengar lagi pasal hal ni." Dato'sri Aqilah melangkah dengan penuh gaya. Tidak dihirau langsung dengan Irzan.
Irzan hanya membatukan diri. Hilang saja bayang Dato'sri Aqilah, dia meraup muka beberapa kali. Mamanya itu masih keras kepala !
"Zan tak apa-apa ?" Tanya Mak Ami ambil tahu.
Risau dia melihat anak majikannya itu. Dia yakin dalam masalah yang dihadapi penghuni villa ini, Irzan lah yang paling terluka.
Mata Mak Ami adalah saksi yang melihat bagaimana anak muda itu berperang dengan diri sendiri. Dato'sri Aqilah tak pernah tahu apa terjadi 7 tahun lepas yang membuat Irzan menyalahkan dirinya.
Pernah Mak Ami ingin ceritakan kepada Dato'sri Aqilah, tetapi dihalang keras oleh Irzan. Katanya dia tidak mahu rasa bersalahnya berpindah bahu.
"Okey Mak Ami, kami dah biasa." Irzan tersenyum tawar.
"Sabar la Irzan, setiap yang tak baik itu akan diganti dengan pelangi indah. Tunggu masa dia akan datang." Pujuk Mak Ami.
"Sampai bila Mak Ami ?"
"Sampai Allah menghantar sendiri takdir yang indah kepada kamu." Ujar Mak Ami sambil tersenyum lembut.
Lega hati Irzan mendengar kata-kata wanita yang seusia mamanya. Irzan sudah menganggap Mak Ami seperti ibunya sendiri.
Di saat Dato'sri Aqilah sibuk dengan urusan kerja dan persatuannya, Mak Ami la tempat dia meluah rasa dan berkongsi cerita.
"Dah, tak nak emo-emo. Zan nak makan apa malam ni ? Mak Ami masak ya."
"Zan tak rasa nak makan." Irzan hilang selera. Rasa macam mahu duduk atas katil dan hanya berbaring saja.
Esok dia sudah kembali ke pejabat. Masih banyak urusan kerja yang perlu dia selesaikan. Rasa macam tak cukup tangan mahu menguruskan masalah di office.
"Kalau macam tu Mak Ami masak nasi kerabu untuk mak Ami sorang saja la." Pancing Mak Ami, tahu benar makanan kesukaan lelaki itu.
"Nasi kerabu ? Nak !!!" Irzan sudah terlompat suka.
Share this novel