Irzam membuka pintu pintu rumah flat itu kemudian dia menapak masuk perlahan-lahan. Matanya mencari kelibat isteri yang tersayang.
"Assalamualaikum !"
Beg kerja yang berada di bahu di letak atas meja. Terus Irzam melabuhkan punggung pada sofa dan matanya dipejam sebentar.
Rose yang baru saja selesai solat isyak terus keluar dari bilik. Dengar saja suara Irzam laju senyuman terukir pada bibirnya.
"Abang dah makan ?" soal Rose lembut.
Mata Irzam yang sedang tertutup rapat dibuka perlahan. Satu senyuman manis dihadiahkan kepada Rose. Dia hanya menggeleng menjawab pertanyaan itu.
"Kalau macam tu sayang panaskan lauk dulu."
Rose mahu bangun tetapi belum sempat Irzam sudah menari tangannya kembali. Terus dia terduduk semula.
"Kenapa ?" soal Rose pelik.
"Abang minta maaf." ujar Irzam dengan wajah sayu.
Muka Rose tiba-tiba berkerut.
"Dah kenapa abang minta maaf pula ?" soal Rose lagi
Laju Irzam menarik tangan isterinya dan digenggam lembut.
"Abang minta maaf sebab balik lambat dan selalu tak ada masa dengan sayang dan anak-anak kita ni."
Tangan Irzam dibawa pula ke perut isterinya yang sudah membulat itu.
Rose hanya tersenyum mendengar kata-kata yang baru saja keluar dari mulut suaminya.
"Tak pa la bang, lagipun abang balik lambat sebab kerja kan? nak cari duit untuk anak-anak kita ni juga. Sayang faham..." Rose mengenggam tangan Irzam kuat untuk menghilangkan perasaan bersalah lelaki itu.
"Thanks sayang, sebab faham keadaan kita." Irzam sudah mengukir senyuman manis.
Rose membalas senyuman suaminya itu semula. Tiba-tiba ingatan Rose merawang kepada kisah lepas.
Sekali pun mereka berdua dalam keadaan susah, Irzam tak pernah mengeluh dengan kehidupan mereka sekarang ini. Rose tahu, suaminya itu memang lelaki yang baik dan tabah.
Tak pernah melihat kekurangan yang ada padanya. Dulu lelaki itu sanggup hidup susah semata-mata mahu bersamanya dan sampai sekarang Irzam masih setia walaupun mereka hanya tinggal di flat yang serba kekurangan ini.
Walaupun perkahwinan mereka berdua dihalang oleh keluarga Irzam, tetapi takdir itu yang membawa mereka hingga ke hari ini.
Ya! mama Irzam tidak setuju mereka berdua berkahwin kerana dia bukan menantu pilihan mereka. Rose hanya anak yatim piatu, tidak sama taraf dengan keluarga mereka.
Tapi disebabkan Irzam terlalu sayangkan Rose, dia sanggup meninggalkan kehidupan mewah yang dia miliki. Irzam sanggup dibuang keluarga sendiri.
Hati Rose tiba-tiba jadi sayu apabila dia mengingati pekara itu. Sudah terlalu banyak yang sudah suaminya korbankan demi melihat Rose bahagia. Apa perlu lelaki itu meminta maaf ? sepatutnya Rose yang harus meminta maaf.
Melihat isterinya itu sedang berkhayal terus buat Irzam mengherotkan bibirnya.
"Ha ! termenung lagi."
Rose kembali tersedar apabila disergah Irzam. Dia hanya tersenyum sumbing kepada lelaki itu. Kantoi pula dia sedang mengelamun.
"Tak pa, biar sayang panaskan lauk dulu. Abang pergi mandi okey ?" ujar Rose.
Irzam hanya mengangguk apabila Rose sudah bangun. Mata Irzam hanya mengikut langkah isterinya itu sampai ke dapur.
Tiba-tiba ada keluhan pada bibirnya, dia tahu apa yang sedang difikirkan Rose. Kadang- kadang Irzam sendiri rasa serba salah dengan wanita itu.
Dia tidak mampu memberi kehidupan yang lebih sempurna dan rumah yang besar kepada Rose, cukup dengan flat kecil ini saja.
Isterinya itu sedikit pun tidak pernah merungut dan meminta apa-apa darinya asalkan mereka cukup makan minum dan ada tempat berteduh.
Irzam tahu Rose tak pernah pandang kekayaan yang dimiliki keluarganya dahulu dan sebab itu Rose sanggup hidup bersamanya walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan.
Mama tak pernah melihat kebaikan Rose, apa yang dilihat hanya latar belakang wanita itu.
"Abang ! tolong sayang kejap." laung Rose dari dapur.
Irzam terus tersedar apabila Rose memanggilnya. Laju dia bangun dan kakinya di bawa ke dapur.
.............................................................
"Tadi sayang jumpa Syai." ujar Rose tiba-tiba
Irzam yang sedang elok makan terus berhenti apabila nama Syaiha disebut. Teringat dia kepada adik iparnya. Lama juga dia tak berjumpa gadis itu.
"Lama abang tak jumpa, sihat ke dia?" soal Irzam prihatin.
Rose senyum lebar. "sihat je tapi tu la tak habis-habis bising pasal si Hadi tu."
Irzam buat muka pelik. "Kenapa dengan Hadi pula?" soalnya lagi.
"Abang macam tak kenal mereka berdua tu. Pantang selisih bahu."
Irzam terus ketawa. Tahu benar Syaiha memang tak ngam dengan kawan baiknya itu. Setiap kali Syaiha berjumpa mereka berdua, ada saja maki hamun yang hendak dilepaskan kepada Prof.Hadi.
"Abang ingat dah masuk sem baru ni dia tak belajar dah dengan Hadi, rupanya makin menjadi."
Pantas Irzam ketawa. Rose yang dari tadi tersenyum mendengar apa yang di kata Irzam juga ikut sama-sama ketawa.
"Cuba la abang suruh kawan baik abang tu lembut sikit dengan Syai. Ini tak asyik emo ja sepanjang masa." ujar Rose sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan.
Irzam yang sedang menghirup air laju menggeleng.
"Biar la, dua-dua keras kepala."
Rose membulatkan mata. "Ish ! boleh pula macam tu."
"Nanti ada masa kita pergi jumpa Syai ya, lama abang tak jumpa dia." Irzam meneruskan suapannya.
"Yalah kalau abang cakap macam tu. Abang nak tambah nasi lagi ?" Rose mempelawa.
Irzam menolak. "Tak pa, abang dah kenyang."
Rose meneruskan makan manakala Irzam pula sudah selesai makan. Air yang berada dalam cawan dicapai dan dihirup Irzam.
Seketika suasana meja makan itu senyap sunyi. Cuma bunyi kunyahan Rose yang kedengaran. Pandangan Rose tiba-tiba tepat kepada suaminya.
"Abang..." panggil Rose lembut.
Irzam yang sedang ralit minum air terus memaling memandang Rose.
"Kenapa ?" soal Irzam pula.
"Sayang nak tanya sikit boleh?" Rose sudah buat muka comel.
Irzam mengecilkan mata apabila isterinya sudah buat muka seperti itu. Lain macam aja !
"Tanya je la."
"Abang janji tak marah?" soal Rose lagi.
Dia sudah selesai makan. Pinggan yang berada di depan di tolak ke tepi supaya dia berada dalam keadaan selesa. Maklum la nak tanya benda serius ni !
"Kalau tak tanya macam mana saya nak marah.?" Irzam pula sudah menjongket keningnya.
Rose jadi serba serba salah mahu bertanya tentang hal ini. Wajah suaminya dipandang lama. Ada kerutan pada wajah itu.
"Sayang cuma nak tanya..." Rose berhenti sekejap mahu mengambil nafas.
"Abang tak nak pergi jumpa mama ke ? beri tahu pasal cucu dia ni." sambungnya lagi. Wajah Rose sudah ditundukkan sedikit.
Serta merta wajah Irzam bertukar mendung. Hilang terus senyuman yang ada pada wajahnya tadi. Pantang kalau persoalan itu yang keluar.
"Tak." jawab Irzam acuh tak acuh saja.
"Tapi sayang dah nak bersalin pun. Tak kan abang tak nak bagi mama tangok cucu dia?" Rose cuba memujuk.
Tiba-tiba Irzam mendengus kasar.
"Sayang lupa apa yang dia dah buat kat kita !?" soal Irzam kasar.
Rose pula sudah mengeluh. " Sayang tahu bang, tapi mama tetap nenek untuk anak-anak kita."
"Dia yang buang kita Rose, jadi sama macam dia dah buang cucu-cucu dia !" suara Irzam tiba-tiba naik.
"Abang ! tak baik cakap macam tu. Dia tetap mama abang." Rose mengeluh lagi.
"Dengar sini Rose, abang tak suka cakap pasal hal ni. Rose lupa apa yang dia buat kat Rose ? dia hina Rose ! seolah Rose ni tak ada mak ayah." Irzam tarik nafas dalam-dalam.
" Abang tak nak anak-anak kita nanti terima nasib yang sama macam Rose. Biar satu hari nanti bila dia dah sedar dia sendiri akan cari kita. Abang dah cukup terseksa selama ni ! abang tak nak dengar lagi Rose cakap pasal ni !
Laju Irzam bangun dari kerusi. Langkahnya diatur ke dapur. Langsung tak pandang Rose yang sudah terdiam di tempat duduknya.
Rose mengeluh panjang. Susah nak runtuhkan ego suaminya itu, dua-dua pihak tak nak mengalah ! kalau macam tu siapa yang akan menang akhirnya?
Share this novel