"Impressive !"
Terpacul perkataan itu dari mulut Hani. Syaiha yang sedang elok mengunyah keropok yang berada di tangan sudah buat muka tak puas hati. Wajah sahabatnya itu dijeling geram.
Dia datang ke studio Hani untuk meluah apa yang terbuku dalam hati tapi bila melihat reaksi yang ditunjuk Hani buat Syaiha panas hati. Rasa nak dihumban saja sahabatnya itu.
"Pebenda yang impressive sangat ? aku tak rasa apa-apa pun." ujar Syaiha tak teruja. Laju tangan menyumbat baki keropok ke dalam mulut.
"Bagus betul mamat tu, terus ajak kahwin. Bukan senang nak jumpa laki macam tu tau Syai. Bertuahnya kau !" jerit Hani teruja. Tangan kanannya sudah menampar- nampar Syaiha.
"Iya pun jangan la tampar aku !"
"Sorry, sorry... aku excited !" jerit Hani sekali lagi dengan muka gatal.
"Kau ni pantang cakap pasal lelaki datang la penyakit angau kau tu. Dasar gatal !" Syaiha mencebik kemudian plastik keropok yang sudah habis dimakan tadi dibaling ke arah Hani.
Laju Hani menepis plastik yang sudah betul-betul mendarat ke mukanya. Wajahnya di masamkan. Cis ! apa barang main baling plastik, lain kali baling la kerusi ka, meja ka baru ada thrill !
"Tapi Syai, handsome tak dia ? selalu laki limited edition macam ni handsome dia tak boleh bawa bincang." tanya Hani dengan mata bersinar- sinar.
Syaiha mengusap dagu seolah- olah berfikir. Kacak sangat ka si Irzan tu ?
"Cepat la ! yang ni ke ?" Hani menaikkan thumbs up.
"Tak, yang ni." laju Syaiha memegang tangan Hani kemudian dikalih ke bawah.
Muka Hani terus berubah. "Huh ! kalau gitu tak guna juga."
Syaiha sudah melepaskan tawa bila melihat muka tak sudah Hani.
"Kau ni dasar memilih sungguh. Ingat muka helok boleh bagi kau makan ke ?"
"Boleh apa, aku kalau tengok muka mamat-mamat handsome ni terus rasa kenyang. Kau apa tahu." Hani ketawa gedik.
"Setakat kenyang angin boleh la !" balas Syaiha tak setuju.
"Habis tu kau setuju ke tidak ?"
"Gila nak setuju. Kau ingat aku ni mereng macam kau ke ?"
"Apa salahnya, kau bercinta la lepas kahwin. Kau tak nak bagi papa dekat Ari dan Ara ke ?"
Syaiha mengeluh panjang. Soalan sama itu yang masih menghantui hari- harinya. Kalau tak Hani yang menyoal pasti bonda Hawa atau kak Siti. Penting sangat ka untuk Hairi dan Haira ada ayah ?
"Kenapa la orang kalut suruh aku kahwin ? aku muda lagi kot."
"Tak muda mana Syai, dah 28 tahun pun. Sesuai la kau nak kahwin sekarang."
"Kau cakap orang habis tu kau ? umur kita ni sama, ke kau lupa ingatan." bebel Syaiha dengan wajah mencuka.
"Aku tak pa, kalau jadi anak dara tua pun masih berpusu- pusu lelaki nak kat aku. Aku kan hot !" Hani tersengih sambil memuji diri sendiri.
"Banyak la kau muka pun macam ikan masin !"
"Kalau aku ikan masin kau apa, ikan perkasam !"
Kedua- dua mereka terus menghambur tawa lepas masing- masing tak nak kalah. Begini la hubungan Syaiha dan Hani, ada masa bertekak ada masa mereka boleh satu kepala.
"Tapi betul ke kau tak nak kenal- kenal dengan mamat tu ? mana la tau jodoh kan. Kadang- kadang benda yang kita tak harap tu la yang datang kat kita. Takdir ni kita tak tahu Syai, mungkin Allah nak pertemukan jodoh kau dengan cara begini." ujar Hani dengan mood serius.
Syaiha mengangguk- angguk "Tu kalau jodoh, kalau bala pula macam mana ?"
"Isy ! penat la aku bebel panjang berjela." Hani sudah buat muka meluat. Nak nasihat kawannya itu bagai mencurah air ke daun keladi. Tak lut langsung !
Hani sudah putus asa untuk menjodohkan sahabatnya itu. Prof.Hadi yang baik dan penyayang pun ditolak mentah- mentah oleh Syaiha ini kan pula lelaki yang tiba-tiba muncul entah dari mana.
Hani bukan apa, dia risau Syaiha sorang-sorang membesarkan Hairi dan Haira. Kalau Syaiha berkahwin ada juga pasangan yang dapat berkongsi rasa dan dapat tengokkan mereka bertiga.
"Kak !"
Lantang suara yang tiba-tiba menyapa telinga Hani dan Syaiha. Masing- masing sudah pandang anatara satu sama lain.
..............................................
"Hana ?"
Dia terkedu. Tidak sangka pula Syaiha ada di sini. Hana singgah ke studio Hani pun sebab nak ambil barang sebelum dia hendak berlepas kembali ke Paris.
"Kau sihat Hana ? lamanya aku tak jumpa kau." soal Syaiha dengan wajah ceria. Pantas dia bangun dan memeluk tubuh Hana.
"Aku... aku... sihat." jawab Hana dengan muka tak selesa. Ditolak sedikit tubuh Syaiha supaya menjauh darinya.
"Sebulan kat Malaysia baru hari ni aku nampak batang hidung kau. Bukan main susah nak jumpa ya." perli Hani dengan jelingan tajam.
Hana mendengus. "Kau kenapa ? asal jumpa nak cari pasal dengan aku."
"Bukan nak cari pasal tapi kau tu, jarang telefon aku kenapa ? rumah pun jarang balik kau duduk mana ?" tanya Hani dengan muka tak puas hati.
"Aku duduk dengan kawan." jawab Hana malas.
"Rumah kita tak cukup besar ke sampai kau kena duduk dengan kawan ?"
"Apa masalah kau Hani ?"
"Aku tak ada masalah tapi kau ! tak boleh ke duduk je kat rumah tu."
"Suka hati aku la nak duduk mana !" marah Hana.
"Kau buat rumah mummy dan daddy macam hotel !"
"Mummy, daddy pun tak bising kau pulak kalut. Huh !"
Syaiha yang melihat bibit- bibit pertengkaran yang mula timbul sudah tercengang. Dah kenapa dua beradik ini ? apa yang dia terlepas selama ni sampai dia tak tahu apa yang terjadi kepada Hani dan Hana.
"Guys ! korang berdua ni kenapa ?" Syaiha cuba mencelah. Silap hari bulan ada juga barang terpelanting kejap lagi.
"Tak sekarang ni aku geram betul dengan budak ni !" Hani mahu menerkam Hana tapi sempat dihalang oleh Syaiha.
Tubuh Hana ditarik kebelakang Syaiha. "Hani ! rilek la. kau kena sampuk jin mana ni tiba-tiba jadi macam ni ?"
Hana yang melihat kelakuan Hani sudah mencebik menyampah. Tak suka kakaknya itu masih berkawan rapat dengan gadis yang berdiri di hadapannya ini. Ada riak kurang senang bila melihat Syaiha.
"Dah, tepi !" laju Hana menepis kuat tangan Syaiha yang memegang lengannya.
Lantas dia melangkah meninggalkan mereka berdua di situ. Kaki Hana dihala keluar dari studio. Syaiha yang melihat kelakuan Hana sudah kebingungan. Tak habis fikir Syaiha dengan perangai Hana yang sudah berubah 90 darjah.
Hani yang perasan dengan perubahan wajah Syaiha sudah mendengus geram. Pantas dia membontoti langkah Hana. Tinggal la Syaiha yang masih terpingga- pingga.
"Hana !" panggil Hani kuat. Lengan Hana ditarik kasar.
"Sakit la, kau nak apa !?" marah Hana sambil mengurut lengan yang ditarik kakaknya tadi.
"Kenapa kau buat Syai macam tu ? dia dah lama tak jumpa kau. Dia rindu kau tahu tak."
"Habis tu kalau dia rindu aku kenapa ? bukan masalah aku !"
"Apa yang kau tak puas hati sangat dengan Syai ? kau ingat aku tak nampak perangai kau dah lain sekarang ni."
"Bukan perangai aku tapi kau ! sibuk sangat dengan kawan baik kau tu sampai aku pun kau tak ingat !"
"Kau masih tak puas hati dengan benda lepas tu ?" tanya Hani dengan nada suara perlahan.
Hana terdiam. Dia menahan rasa. Pandangan dikaliih menghadap tempat lain, tidak mahu bertentang mata dengan Hani. Kembarnya itu seperti memahami apa yang terbuku dalam hatinya selama ini.
"Sudah la Hana, ramai lagi lelaki lain yang kau boleh dapat. Kenapa nak lepaskan tak puas hati kau dekat Syai ? bukan salah dia." tegur Hani dengan lembut.
"Ini aku malas nak cakap. Kau asyik nak menang kan dia saja !" Hana sudah tarik muka. Kaki dihayun semula meninggalkan Hani disitu.
"Hana, aku belum habis cakap lagi !" jerit Hani sambil menghantar bayang Hana yang sudah hilang dari deret-deret kedai.
Share this novel