Syaiha membuka pintu bilik sambil menatang dulang yang berisi air dan ubat. Dilihat bonda Hawa hanya terbaring lesu di atas katil.
Dia melangkah ke arah katil. Dulang yang dibawa tadi Syaiha letak atas meja kemudian dia melabuhkan punggung bersebelahan bonda Hawa.
"Bonda betul tak nak pergi klinik ?" soal Syaiha dengan wajah risau.
Bonda Hawa yang sedang berbaring dengan kedua belah mata terkatup segera membuka mata apabila mendengar suara Syaiha. Senyuman tipis dihadiahkan buat anaknya itu.
"Tak pa, sikit ja ni." ujar bonda Hawa.
"Ish, sikit apa dah bengkak ni. Jom la Syai bawa pergi klinik nanti melarat pulak" ajak Syaiha.
Risau kalau kaki yang nampak kurang bengkak itu tiba- tiba jadi teruk. Kadang bukan boleh kira, kita tak tahu dalaman macam mana ?
"Tak payah la Syai... bonda dah suruh kak Siti panggilkan tukang urut. Nanti elok la bila dah lepas urut."
"Bonda ni degil la..."
"Bukan degil, bonda takut nak pergi klinik tu. Mana tau nanti doktor tu cucuk bontot tak ke naya. Isy, seram la bonda !" ujar bonda Hawa bersungguh-sungguh.
Syaiha hanya tahan senyum. Ada ka patut bonda Hawa terfikir doktor nak cucuk dekat situ ? yang sakit tu kaki bukannya bontot.
"Tak da maknanya bonda, doktor pun tak hingin tengok bontot bonda tu." Syaiha sudah tergelak terbahak-bahak. Seronok dapat kenakan bonda Hawa.
Pap ! laju tangan bonda Hawa hinggap pada peha Syaiha.
"Apa kamu ingat bontot bonda tak lawa dah ke ?"
"Adoi ! sakit la..." adu Syaiha dengan wajah yang sudah memuncung.
"Itu la, gelak kan bonda lagi !"
"Yalah, yalah... tak gelak dah. Tapi sambung dalam hati boleh kan ?" Syaiha tersengih pula.
Bonda Hawa hanya menggeleng kepala. Ada saja benda yang nak dijawab gadis itu. Kadang-kadang pening kepala bonda Hawa nak layan. Tapi bila anaknya itu tak ada, dia pula rasa sunyi.
Sekali- sekala ada juga Syaiha dan cucu-cucunya, Hairi dan Haira tidak datang melawat dia di rumah Madihah ini akibat kesibukkan tetapi macam mana sekali pasti mereka akan curi masa untuk datang ke sini.
Kalau diikutkan bonda Hawa sudah tiada hak ke atas Syaiha. Gadis itu sudah besar dan ada kehidupan sendiri malah Syaiha juga sudah pandai untuk menguruskan Hairi dan Haira.
Semua anak-anak yang menghuni di rumah Madihah ini akan keluar dan berhijrah jika sudah sampai masa atau sudah boleh menguruskan kehidupan mereka sendiri. Hanya bonda Hawa yang masih setia berada disini.
"Nah makan ubat ni." Syaiha menyua air dan ubat kepada bonda Hawa.
Laju bonda Hawa menelan ubat yang diberi Syaiha. Berkerut wajahnya bila rasa pahit ubat melekat pada lidah. Sudah tua- tua ni banyak lah ubat yang kena makan kalau tidak macam- macam penyakit datang bertandang.
"Sampai bila bonda nak uruskan rumah ni ? kesihatan bonda pun bukan elok sangat. Sat-sat kak Siti call, naik risau Syai tau. Ajak duduk dengan Syai tak nak pula." bebel Syaiha panjang lebar.
"Kenapa bonda tak bagi ja orang urus rumah ni ?" soal Syaiha pula.
Bonda Hawa hanya tersenyum tipis. "Hati bonda sejuk ja tengok anak-anak dekat sini."
"Ya Syai tahu bonda suka duduk sini tapi kalau jadi apa- apa macam mana ? dah la bonda duduk sorang-sorang. Kak Siti bukan selalu ada."
"Syai tahu kan bonda tak ada waris ? tak kan bonda nak bagi entah siapa-siapa yang uruskan tempat ni."
Syaiha hanya mengangguk bila bonda Hawa sudah kata begitu. Dia tahu ibu angkat merangkap penjaganya itu tidak mempunyai anak. Lebih tepat wanita itu tidak boleh mengandung atas faktor kesihatan.
Kata bonda Hawa, walaupun tak diberi peluang untuk melahirkan tetapi dengan kehadiran anak-anak yang berada di rumah Madihah ini cukup buat dia merasa menjadi seorang ibu.
"Lagipun Syai tak nak kahwin tidak boleh bagi bakal suami Syai uruskan rumah ni. Macan mana ?" sambung bonda Hawa dengan sengihan nakal.
Terkulat- kulat Syaiha dibuatnya. Mula la tu nak masuk bab kahwin. Syaiha sudah mengeluh. Kalau la bonda Hawa tahu Prof.Hadi sudah pulang ke Malaysia pasti wanita itu lagi sakan nak kenenkan dia dengan jejaka itu.
"Bonda ni, kesitu pulak !"
"Betul la apa bonda cakap, tu lelaki kat luar tu siapa ? boyfriend Syai ke ? sampai hati rahsiakan dari bonda." bonda Hawa buat- buat merajuk.
"Mana ada la, tu kawan ja."
"Ya ke kawan ? kak Siti tengok bukan main mesra lagi dengan Ari, Ara." sampuk Kak Siti yang baru masuk ke dalam bilik ini.
"Betul la buat apa Syai nak tipu. Tak caya pergi la tanya dia." jawab Syaiha malas.
"Tanya apa ni ?" soal Irzan yang sudah terpacak depan pintu bilik bersama Hairi dan Haira.
Syaiha ketap bibir. Isy ! pantang diseru betul mamat sorang ni laju saja muncul.
"Ini bonda tanya kamu tu boyfriend Syai ke tapi dia tak ngaku. Siap suruh pergi tanya kamu lagi." jawab kak Siti bagi pihak tuan badan.
Irzan sudah tersenyum sumbing bila melihat muka cemberut Syaiha yang sedang duduk sebelah bonda Hawa.
"Boyfriend tu apa nenek ?" soal Haira yang sudah berdiri disamping Syaiha.
Laju telapak tangan Syaiha menekup mulut becok Haira. Lagi dibiar nanti pelik- pelik pula soalan yang keluar dari mulut kecil itu. Bukan boleh kira mulut anak dara seorang ini.
"Ara jangan sibuk la !" marah Syaiha geram.
"Apa kamu ni Syai, tak bernafas budak tu satgi." tegur bonda Hawa.
"Dah, pergi main kat luar. Ari ikut Ara." gesa Syaiha sambil menolak tubuh Hairi dan Haira.
"Nenek tak bagi tahu lagi boyfriend tu apa..."
"Mama cakap main kat luar !" tempik Syaiha pula.
Bertempiaran Hairi dan Haira berlari. Kak Siti dan bonda Hawa sudah ketawa bersungguh bila melihat perangai tiga beranak itu. Terhibur hati mereka melihat telatah Hairi dan Haira.
"Siapa nama kamu nak ?" tanya bonda Hawa pula bila melihat Irzan hanya terpacak di depan pintu.
"Irzan mak cik..."
"Bonda... panggil mak cik bonda. Semua orang dekat rumah ni panggil bonda." ujar bonda Hawa bersama senyuman mesra.
"Ya, mak... eh bonda. Nama saya Irzan." Irzan sudah garu kepala. Dah kenapa pula tiba- tiba gugup ni ?
"Irzan ni siapa ? boyfriend Syai ke ?" tanya bonda Hawa lagi.
"Mana ada !" jawab Irzan dan Syaiha serentak sebelum mereka berpandangan antara satu sama lain.
"Amboi, jawab pun sama-sama. Sehati sejiwa betul kamu berdua ni." kak Siti sudah tersengih disebelah.
"Kak siti !"
"Tak bonda, kami hanya kawan. Lagipun kami baru je kenal." jawab Irzan bagi mereda suasana.
"La ya ka, bonda ingat Syai bawa balik bakal menantu bonda." usik bonda Hawa smbil ketawa.
"Tapi muka kamu betul- betul teringatkan bonda dengan seseorang." kata bonda Hawa. Ditatap wajah Irzan dalam- dalam.
Syaiha kalih memandang lelaki itu. Lama. Siapa yang dimaksudkan bonda Hawa ? kenapa Prof.Hadi juga cakap pekara yang sama ? siapa lelaki ini sebenarnya ? Irzan hanya mampu senyum.
.................................
Dia terpempan selepas mendengar apa yang baru diucap oleh Irzan. Kepala Syaiha terasa berdenyut- denyut. Dari tadi dia tidak dapat cerna dengan kata-kata Irzan .
Betul ka apa yang baru keluar dari mulut lelaki itu ? dia tidak bermimpi kan ? ka Syaiha yang salah dengar ?
"Jom kahwin !" ajak Irzan bersungguh- sungguh.
"Awak gila ke !?" suara Syaiha sudah naik seoktaf.
"Apa yang gilanya ? saya cuma ajak awak kahwin. Kahwin tu kan ibadah." ujar Irzan tanpa rasa bersalah.
Irzan hanya menghadiahkan sengihan panjang buat Syaiha. Muka gadis itu sudah merah padam menahan marah. Irzan tak kira, bagaimanapun dia harus memaksa Syaiha untuk menerima lamarannya sebelum gadis itu jatuh ke tangan lelaki lain.
Sepatutnya rancangan awal Irzan dia hanya mahu berkenalan dahulu dengan Syaiha kemudian baru lah selepas tu dia ajak gadis itu kahwin, kata orang step by step. Tapi bila mendengar apa yang di kata bonda Hawa tadi terus berubah niat Irzan.
"Sebenarnya Syai sudah dipinang orang." kata bonda Hawa sambil memandang Irzan yang elok duduk di kerusi.
"Apa maksud bonda ?" soal Irzan tak faham.
"Maksud bonda kalau Irzan berkenan nak jadikan Syai isteri kena cepat la. Lelaki yang melamar dia dulu tu masih berharap lagi. Cuma tu la, Syai yang menolak. Mungkin sebab dia nak kamu tak ?" gelak bonda Hawa pula.
"Kami kawan ja bonda." bantah Irzan.
"Iya ke kawan ? kalau kawan tak ada la dia bawa kamu balik ke sini. Syai tu susah nak bawa orang datang sini. Kalau ada pun cuma kawan baik dia, si Hani tu."
"Betul tu Irzan, kak Siti pun terkejut bila nampak kamu. Tak pernah-pernah si Syaiha tu bawa balik kawan lelaki." sampuk kak Siti pula.
Irzan sudah garu kepala. Sesekali dia melihat ke arah pintu, takut kelibat Syaiha terpacak depan pintu, naya !
"Bonda tak kisah siapa pilihan Syai, asalkan anak bonda tu bahagia." bonda Hawa tersenyum lebar.
"Sah, otak awak separuh terkeluar !" marah Syaiha lagi.
Irzan kembali ke dunia nyata bila suara Syaiha sudah menceroboh gegendang telinganya.
"Saya serious ni, jom kita kahwin." ajak Irzan lagi. Dia sudah bangun menghadap Syaiha.
"Saya rasa otak awak jem ni. Awak ada accident dekat mana- mana ke sebelum jumpa saya ?"
"Mana ada, kalau accident saya dah kat hospital."
"Habis tu yang awak cakap benda merepek kenapa ?"
"Isy ! saya tak main la, memang saya nak ajak awak kahwin."
"Pebenda ajak kahwin dengan perempuan yang tak sampai seminggu kenal. Awak gila !" bentak Syaiha pula. Gigi sudah diketap menahan geram.
"Ala... perlu ke alasan kenal lama baru boleh kahwin ? lepas kahwin nanti kita kenal la." ujar Irzan dengan sengihan nakal.
"Dah la awak pergi balik ! sebelum saya hambat dengan penyapu, awak balik sekarang !" keras Syaiha memberi amaran.
"La... suruh balik dah. Makan-makan tak ada ke ?"
"Balik !!! jangan muncul depan saya lagi. Gila !" tempik Syaiha yang sudah jauh berjalan.
"Punya handsome aku ni dia boleh panggil gila. Tak patut tak patut..." bebel Irzan sendirian. Kepalanya sudah menggeleng- geleng.
Share this novel