PAGI itu Kamelia bangun lebih awal dari biasa. Dia tidak mahu menganggu tidur suaminya lantas berlalu pergi ke bilik air untuk mandi.
Usai mandi, dia menghadap cermin bilik mandi. Cermin yang kabur itu dilap bersih. Kamelia mengeringkan rambutnya dengan tuala sambil menatap lama wajahnya di hadapan cermin. Dia tersenyum malu mengingati kejadian semalam.
Rambut yang kian mengering disisir dengan sikat yang tersedia ada di atas meja itu. Kemudian dia menyapu krim pelembap di seluruh wajahnya sebagai langkah terakhir sebelum keluar dari bilik air.
“Sayang lama lagi ke dalam bilik air? Abang nak guna tandas juga,” Shah mengetuk pintu berulang-kali dari luar.
Kamelia mengetatkan lagi balutan tuala di tubuhnya sebelum membuka pintu. Tersergam wajah suaminya yang kelihatan baru bangun dari tidur itu. Tapi apa yang membuatkan Kamelia lagi terpaku adalah melihat tubuh sasa suaminya yang tidak berbaju itu.
Dia memandang dirinya yang sedang berkemban itu lalu menelan air liur yang terasa kesat di tekaknya.
“Aaa—abang dah bangun? Mel nak pakai baju sekejap dan turun ke bawah untuk siapkan breakfast.” Kamelia tergagap-gagap ingin menyusun ayat.
Belum sempat Kamelia ingin melepaskan diri, tubuhnya sudah dirangkul oleh suaminya.
“Abang, Mel dah mandi lah. Abang peluk Mel, busuklah Mel nanti!” bebel Kamelia tidak puas hati dengan mukanya yang sudah masam mencuka.
“Five minutes.” pintas Shah dengan suara seraknya.
Kamelia mendengus perlahan.
“Abang, Mel kena turun bawah sediakan breakfast!” omel Kamelia lagi.
“Tak apalah. Kalau abang tak makan makanan, abang makan Mel,” Shah melentok kepalanya ke bahu gadis itu lalu dicium leher jinjang itu.
Kamelia kegelian bila bibir suaminya itu mendarat di lehernya.
“Gelilah abang!” marah Kamelia rimas dengan kelakuan Shah yang tidak senonoh itu.
“Ala malam semalam sayang okay aje,” balas Shah mendatar.
Kamelia mendecit sambil merenung tajam mata suaminya.
“Kalau macamtu sayang masuk bilik air dengan abang, kita mandi sama-sama?” ajak Shah bersama senyum nakalnya.
Kamelia menggelengkan kepala menolak ajakan suaminya.
“No! Lagipun kenapa Mel kena mandi dengan abang?” Kamelia menolak ajakan suaminya seraya menyoal.
Shah menggelengkan kepala.
“Kenapa malu? Sayang kan isteri abang. Lebih daripada itu lagi abang boleh minta. Lagipun lebih afdal kalau suami isteri mandi bersama.” ujar Shah.
Dia cuba menarik tangan isterinya ke dalam bilik air namun ditepis oleh Kamelia semula.
“Jomlah! Kita main sabun,” sakat Shah lagi.
“Gatal lah abang ni! Mel taknak!” jerit Kamelia sambil meronta-ronta minta dilepaskan.
“Kalau sayang tak nak ikut, abang dukung sayang masuk bilik air” ujar Shah sambil berlakon seperti sedang mendukung orang.
“Isy, abang janganlah. Mel dah mandi!” Kamelia tidak mampu menolak lagi apabila Shah sudah mendukungnya lalu dibawa masuk ke dalam bilik air.
“Abang ni suka kenakan Mel!” jeritan Kamelia kedengaran dari dalam bilik air.
Muka Kamelia masam mencuka. Dalam hatinya menyumpah seranah suaminya apabila teringat semula kejadian pagi tadi. Tidak semena-mena mereka terlepas sarapan pagi kerana dia ketiduran setelah dibuli oleh Shah pagi tadi.
Sambil Kamelia sedang sibuk menyediakan bahan masakan untuk tengahari, dia didekati suaminya.
Shah mendepakan kedua belah tangannya dari belakang sebelum tangannya ditongkatkan di atas meja dapur. Kini isterinya berada di tengah di antara dia dan meja dapur.
“Sayang masak apa tu?“ soal Shah sambil mencuit pipi isterinya.
Kamelia mendecit.
“Isy, janganlah kacau, orang nak masak ni!” Kamelia menepis tangan suaminya itu.
Shah tertawa kecil.
“Sayang marah abang ye soal tadi? Bukan selalu kan?” balas Shah sambil melihat isterinya memotong ikan.
Kamelia mengerling ke arah Shah.
“Nampak ni?” ujar Kamelia lalu mengacukan pisau ke arah suaminya. “Kalau abang taknak pisau ni mendarat dekat tangan abang lebih baik abang pergi depan.” ujar Kamelia seraya menyambung kerjanya.
Shah menjauhkan dirinya dan menuju ke peti sejuk. Dia mengeluarkan air sejuk dari dalam peti sebelum berlalu ke meja makan. Sebuah cawan dicapai lalu dituang air ke dalamnya.
“Abang minta maaf. Janji tak buat dah lepas ini,” pujuk Shah sambil mengangkat tangan kanannya ke udara seakan-akan berikrar.
“Abang tipu!” balas Kamelia tanpa toleh ke arah suaminya.
Shah tertawa kecil. Dia mendapatkan isterinya lalu dipusingkan tubuh itu menghadap ke arahnya.
“Look at me.” jari Shah memaut dagu isterinya lalu ditolehkan ke arahnya.
Kamelia masih lagi menarik muka masam. Dalam keadaan terpaksa di memandang wajah suaminya.
“Buruk dah muka isteri abang yang cantik ni sebab merajuk,” Shah mengusap lembut pipi isterinya.
Kamelia menjeling sekilas suaminya dan tertawa sinis.
“Apa kata sayang tak payah masak harini, kita makan luar aje?” ajak Shah seraya memujuk isterinya.
“Nak buat apa? Mel kan nak masak dah ni?” bantah Kamelia.
Shah diam sesaat dua.
“Okay, sayang simpan balik barang-barang ini. Lagipun abang kesian tengok sayang setiap hari buat kerja sampai abang tak tahu bila waktu sayang rehat?” pujuk Shah.
Kamelia bungkam.
Ada benar juga apa yang dikatakan oleh suaminya. Masa Kamelia banyak dihabiskan dengan mengemas rumah. Kesihatannya juga merosot akibat banyak bekerja.
“Kita makan kat luar ye? Lepas itu kita pergi jalan-jalan? Nak pergi mana? Bagitahu aje abang. Ke hujung dunia pun abang sanggup! Semuanya demi sayang,” balas Shah sambil mengecup sesaat bibir isterinya.
Kamelia tertawa kecil, “Okay boleh, bagi Mel bersiap kejap?” ujar Kamelia.
“Tak payah, isteri abang dah cantik macamni,” balas Shah sambil mengusap lembut pipi isterinya.
“Apa abang ni! Takkan Mel nak keluar freehair” tegur Kamelia sambil menggelengkan kepalanya.
Shah tertawa kecil.
“Sorry abang lupa, pergilah bersiap.” balas Shah.
Kamelia mengangguk lantas bergerak ke bilik tidurnya.
20 minit kemudian, Kamelia turun ke bawah lengkap bertudung.
“Dah siap, jom.” ajak Kamelia teruja.
“Amboi excited semacam? Kita nak keluar makan aje pun,” balas Shah sambil mendapatkan isterinya.
“Mel ingat nak tombah barang dapur. Lagi satu barang mandian pun dah nak habis, kita shopping sekali boleh tak, abang?” soal Kamelia lembut
Shah mengangguk setuju. Dia merangkul pinggang isterinya itu.
“Wanginya isteri abang. Tak boleh jadi ni, nanti kalau ada yang nak cuba sayang macammana?” soal Shah sambil bercekak pinggang.
Kamelia tertawa kecil lalu merangkul pelukan suaminya.
“Over lah abang ni! Mana ada orang nak dekat Mel! Orang tahulah yang Mel ni dah kahwin kalau abang asyik berkepit dengan Mel.”
“Tapi isteri abang cantik sangat, macam bidadari!” balas Shah, jujur.
Kamelia mengukir senyuman manis.
“Mel cantik untuk abang seorang aje,” balas Kamelia sambil tersenyum manis.
Shah mengangguk laju sambil mengecup lembut pipi isterinya.
KERETA mereka tiba di hadapan pusat beli-belah terkemuka di ibu kota itu. Shah memandu keretanya memasuki ruangan parkir lalu dia mencari tapak kosong untuk memarkir keretanya.
“Kita dah sampai, let's go.” ujar Kamelia teruja usai Shah memarkirkan keretanya.
“Happy nampak dapat shopping?” soal Shah sambil tertawa kecil.
“Mestilah happy! Shopping ni salah satu dari terapi minda tahu tak. Lelaki mana faham, perempuan aje yang pakar bab-bab ni,” balas Kamelia dengan yakin.
Shah tertawa kecil melihat perangai isterinya yang sangat comel itu.
“Apa-apa ajelah sayang. Yang penting sayang happy,” balas Shah.
Kamelia menganggukkan kepala sambil membuat muka comel.
Shah sempat mencubit pipi gebu isterinya itu.
Mereka berjalan berpimpingan tangan memasuki pusat beli-belah itu. Kamelia teruja kerana ini adalah kali pertama dia keluar berdua-duaan bersama suaminya. Jika sebelum ini mereka tidak sempat menghabiskan masa berdua, jadi hari ini dia mahu menebus waktu itu untuk bersama suaminya.
“Jadi sayang nak buat apa dulu? Makan or shopping?” soal Shah sambil mengerling ke arah isterinya.
Kamelia merapatkan jari telunjuknya ke dagu sambil berfikir. “Kita makan dululah, lapar.” jawab Kamelia sambil mengusap perutnya yang kempis itu.
Shah tertawa kecil lalu mengangguk.
Suasana pusat beli-belah malam itu tidak terlampau padat dengan pengunjung jadi mudah untuk mereka mencari kedai makan yang tidak ramai pelanggan.
“Kita makan dekat sinilah.” mereka menjumpai sebuah restoran masakan Thai.
Sejurus selepas pelayan mengambil pesanan, Shah memulakan bicara. “Sayang nak shopping apa?” tanya Shah.
Kamelia berfikir sejenak.
“Mel nak beli barang rumah,” balas Kamelia.
Shah tertawa kecil.
“Itu aje? Penat-penat datang sini, itu aje yang sayang nak shopping?” soal Shah tidak percaya.
Kamelia mengiakan jawapan suaminya.
“Mel nak shopping apa lagi? Mel tak reti sangat nak shopping untuk diri sendiri. Kat kampung mana ada mall besar macam kat bandar. Kalau ada pun kedai runcit dekat hujung kampung. Itu pun tak banyak barang. Nak pergi ke bandar jauh.” terang Kamelia panjang lebar.
“Senang abang dapat isteri macam abang, tak banyak songeh,” balas Shah.
Kamelia hanya tersenyum kecil.
Sedang mereka menikmati makan malam, terdapat sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka dari jauh.
“Tak guna, sampai hati you buat I macamni, Shah!” ujar seseorang itu lalu beredar dari situ.
“SAYANG nak cari apa dulu? Ada apa-apa yang abang boleh tolong?” tanya Shah sambil menolak troli.
Mereka berjalan beriringan sambil melihat sekeliling.
“Mel nak pergi tengok ikan dengan ayam. Abang tolong carikan pes tomyam dekat sana, boleh?” ujar Kamelia meminta tolong suaminya.
“Boleh,” balas Shah pendek.
Kamelia mengangguk lalu beredar dari situ.
Sedang sibuk mencari, Shah dapat merasakan seseorang mendekatinya. Berfikiran itu adalah isterinya, terus dia menoleh dan menegur, “Sayang, pes tomyam ni nak yang macammana?” soal Shah sebelum mengangkat wajahnya.
Dia terkaku dan diam.
“Sayang? Siapa yang you panggil sayang?” soal Maya sambil menyengetkan kepalanya sedikit ke kiri.
“Oh perempuan kampung tu? Sweet sangat.” perli Maya sambil mengerutkan hidungnya.
Dia memeluk tubuh.
Shah menggeleng kelapa. “You buat apa dekat sini?” soal Shah dingin.
Dia memandang sekeliling untuk memastikan Kamelia tiada berdekatan.
Maya memandang sekeliling. “I cari you, tak sangka terserempak dengan you dekat sini.” balas Maya dengan nada bersahaja.
Shah mengangguk sambil menghiraukan pandangan tajam perempuan itu.
“Sejak bila you pandai cari barang dapur ni? Waktu dengan I, you tak macamni?” soal Maya sambil mendekati Shah.
“You tak payah sibuklah!” balas Shah dingin.
Maya meletakkan tangannya di bahu Shah.
“By the way, wife you dah tahu ke belum tentang hubungan kita berdua?” soal Maya sinis.
Shah menjauhi perempuan itu.
“Buat apa I nak bagitahu dia?” tanya Shah dengan nada marah.
Maya tertawa kecil lalu merenung tajam ke arah Shah.
“Supaya dia sedar diri sikit kedudukan dia dekat mana!” tegas Maya sambil membulatkan anak matanya.
Shah tunduk seketika sebelum menjawab.
“You boleh sabar tak, Maya? Bagi I masa! I baru nak berbaik dengan dia, bagilah I masa untuk bagitahu dia!” Shah meninggikan suaranya supaya Maya faham.
“You jangan cakap you jatuh cinta dekat perempuan kampung tu? I takut suatu hari nanti you tinggalkan I and pergi dekat perempuan kampung tu!” tempik Maya.
Orang ramai mula memerhatikan mereka berdua.
Kamelia perasan suaminya dari jauh. Dia perasan suaminya sedang berbual dengan seseorang. Terus dia menuju ke arah suaminya.
“Tolong jangan pressure I!”
Belum sempat Maya membuka mulut seseorang menegur mereka dari belakang.
“Paksa? Paksa apa ni abang? Mel tak faham?” soal Kamelia sambil mendekati mereka berdua.
Dia terkaku melihat perempuan di hadapannya itu. Terus Kamelia mempercepatkan langkah ke arah suaminya.
“Sekejap, saya macam pernah nampak muka cik ni.” Kamelia mengangkat jari telunjuknya lalu disua ke arah Maya.
Maya membetulkan posisi badannya sebelum berhadapan dengan perempuan yang sudah merampas segalanya dari hidup dia.
“I ni girlfr—”
“Oh, Cik Maya Sarifah kan?” pintas Kamelia.
“Ingat tak, kita pernah terserempak dekat hospital dulu?” soal Kamelia sambil menguntum senyuman manis. Genggaman suaminya diperkemaskan.
“Whatever. I tak ingatlah kalau muka biasa macam you ni.” balas Maya dengan nada berlagak.
Kamelia tertawa kecil.
“It's okay. Biar saya kenalkan diri saya. Saya Kamelia Fahara, isteri kepada Shah Iskandar.” Kamelia menyuakan tangan untuk bersalam.
“Maya Sarifah.” balas Maya tidak membalas salam tadi
Kamelia bertanya lagi. “Cik Maya buat apa dekat sini? Shopping?”
Maya mengerling ke arah Shah dan isterinya.
“Then, you nampak I buat apa sekarang ni? Memasak?” perli Maya.
Shah tertawa kecil.
Maya mendecit. “By the way, you kenal ke siapa Shah sebenarnya?” soal Maya tiba-tiba.
“Mestilah kenal. Dia kan suami saya,” balas Kamelia sambil memeluk lengan suaminya.
Maya menyampah melihat kemesraan yang tercipta itu.
“Maksud I bukan macamtu. Shah ni sebenarnya—” Maya cuba untuk mengatakan sesuatu namun dipintas oleh Kamelia.
“Daripada Cik Maya buat kecoh dekat sini lebih baik Cik Maya beredar. Malulah orang tengok.” ujar Kamelia dengan nada tenang.
Maya mendengus kasar.
“You tunggu Shah! I takkan berdiam diri lepas ini!” Maya menggertak pasangan suami isteri itu sebelum beredar dari situ.
Kamelia meleraikan pelukan lalu beredar dari situ.
“Sayang, I can explain,” ujar Shah cuba berterus-terang.
“Tak ada apa yang nak dibincangkan.” balas Kamelia tanpa berpaling ke arah suaminya.
Dua chapter sekaligus untuk kalian semua
Share this novel