SUDAH sejam berlalu, mereka masih berada disitu. Shah sempat terlelap beberapa kali akibat kesunyian yang melanda. Kamelia masih lagi protes tidak mahu bercakap dengannya akibat kejadian tadi.
Kamelia pula dari tadi asyik mengusap lembut rambut ibu Shah. Dia memegang erat jari jemari wanita tua itu, dengan harapan dia akan menyedarinya. Sebenarnya dia tidak bermaksud untuk memarahi Shah tadi namun Shah yang membuat dia naik angin.
“Jom, saya hantar awak balik,” Shah bersuara selepas sejam mereka berdua mendiamkan diri.
Dia risau Kamelia akan bosan duduk disitu lama-lama. Waktu melawat juga sudah hampir tamat sebenarnya. Dan dia juga sudah berjanji untuk sampai ke rumah Kamelia sebelum jam 10 malam.
“Tapi saya masih tak puas lagi nak tengok ibu awak,” pujuk Kamelia.
Shah berfikir seketika. “Nanti saya bawa awak lagi jumpa ibu,” balas Shah.
Kamelia terus tersenyum mendengar jawapan Shah namun cepat-cepat dia menyembunyikan senyumannya lalu memasamkan muka semula.
“Okaylah kalau awak cakap macamtu. Jomlah kita balik.” balas Kamelia riang. Seketika kemudian dia mendekatkan dirinya ke wajah Puan Siti.
“Auntie, nanti Mel datang melawat auntie lagi,” ujar Kamelia sebelum menyalam tangan wanita tua itu.
Shah terdiam sejenak. Rasa terharu dengan tindakan Kamelia. Ibu, Shah buat keputusan yang tepat ke? Soalnya dalam hatim
Kamelia menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada Shah.
“Saya dah siap, jom kita balik,” ujar Kamelia sebelum bergerak keluar dari bilik.
“Ibu, Shah balik dulu. Nanti Shah datang lagi! Assalamualaikum.” Shah terus mencium dahi ibunya dan berlari keluar mengejar Kamelia.
KAMELIA mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang. Sesekali Shah mencuri pandang ke arahnya.
“Pandang jalan, jangan pandang saya! Saya taknak kita accident nanti!” tegas Kamelia dengan mata tertutupnya.
Alamak dia nampak aku pandang dia ke tadi? Minah ni ada sixth sense ke boleh nampak orang pandang dia ke tak, soal Shah dalam hati sambil melihat sekeliling sebelum dia fokus dengan pemanduannya semula.
Kamelia tergelak kecil melihat wajah cuak Shah tadi. Dia sambung melelapkan mata. Saja, tidak mahu bersembang dengan lelaki itu kerana dia pun sudah penat.
“Thank you,”
Shah pelik, tiba-tiba Kamelia berterima kasih.
“For what?” tanya Shah.
“Sebab awak sudi ajak saya melawat ibu awak, terima kasih lagi sekali,” ucap Kamelia sekali lagi.
Kamelia tersentuh. Tidak sangka lelaki itu membawanya melawat ibunya. Dia sungguh terharu, mungkin keputusan yang dibuatnya ini memang tepat.
“Sama-sama.” balas Shah perlahan.
Kamelia tersenyum nipis. Keadaaan sepi seketika.
Selepas beberapa minit, akhirnya Kamelia terlelap juga. Mungkin penat gamaknya.
Setelah sampai di hadapan rumah kampung Kamelia, Shah mengejut perlahan gadis itu sehingga dia sedar. “Kamelia bangunlah, kita dah sampai ni.” Shah menolak bahu Kamelia menggunakan hujung jarinya.
Perlahan-lahan Kamelia mencelikkan matanya sambil meregangkan badannya yang terasa sengal itu.
“Sampai dah ke?” tanya Kamelia sambil menguap besar. Tak sedar akan keberadaan Shah di sebelahnya.
“Dah sampai lama tadi,” balas Shah tenang.
“Apa!” Kamelia sedar sepenuhnya.
“Apa apa?” tanya Shah semula.
“Kenapa awak tak kejutkan saya? Sekarang ni dah pukul berapa? 9.30 malam! Allahu saya dah terlepas solat maghrib tadi! Eee awak ni lah kenapa tak kejutkan saya awal-awal?” marah Kamelia sambil bergegas keluar dari kereta Shah.
Terus dia meninggalkan Shah yang terpinga-pinga dalam kereta itu. Dia menggelengkan kepalanya.
“ASSALAMUALAIKUM MAK OH MAK!” laung Kamelia dari luar.
“Aduh, mana mak aku ni? Takkan dah tidur? Awal lagi kut. Assalamualaikum mak...,” panggil Kamelia lagi.
“Waalaikummusalam, sabarlah. Isy budak ni! Tak reti menyabar langsung!” bebel Cik Som.
Dia membuka pintu rumah, tersembul wajah anaknya di sebalik pintu.
“Astaghfirullahalazim! Terkejutlah mak!” ujar Cik Som mengurut dadanya, terkejut.
“Maaflah mak, Kamelia sebenarnya dah terlepas solat maghrib ni. Jadi izinkan saya pergi ke bilik air dahulu.” balas Kamelia sambil berlari anak menuju ke bilik air.
Cik Som menggelengkan kepala melihat kerenah anaknya yang kelam kabut itu.
“Assalamualaikum makcik, maaf kami sampai lewat sikit. Jalan jem tadi nak menghala ke sini,” ujar Shah sambil menyalam tangan wanita itu.
“Waalaikummusalam, tak apa. Kamu masuk lepastu bersihkan diri dan berehat. Nak apa-apa, panggil aje makcik.” ujar Cik Som.
Shah mengangguk kecil dan terus menuju ke bilik tidur Arif.
“Shah, kamu bawa Kamelia kemana tadi?” tanya Cik Som lagi.
“Saya bawa dia melawat ibu saya dekat hospital tadi.” balas Shah sambil tersenyum sebelum masuk ke dalam bilik.
Cik Som mengangguk sambil tersenyum lega. Alhamdulillah, semoga segala urusan mereka berdua dipermudahkan, ujarnya dalam hati lalu berlalu pergi ke dalam biliknya semula.
Malam itu Kamelia tidak dapat melelapkan mata. Mungkin sebab dia sudah puas tidur di dalam kereta lelaki itu tadi. Dua kali pula tu, sungguh dia tidak tahu malu. Entah-entah Shah ada terdengar dengkurannya tadi.
Kamelia menekup wajahnya dengan bantal, tiba-tiba pipinya terasa bahang. Dia ada dengar ke tak aku dengkur tadi? Ataupun dia ada nampak benda yang tak patut ke time aku tidur tadi? Macammana kalau dia tak jadi nak kahwin dengan aku sebab perangai buruk aku? Melepaslah aku nanti, bebelnya dalam hati.
Tiba-tiba tangannya melambai-lambai di awangan. “Eh, apa yang kau merepek ni Mel? Dia kahwin dengan kau sebab nak tunaikan hasrat mak dia lah! Bukannya sebab dia sukakan kau pun! Kau tak payah nak perasanlah!” Kamelia menyentuh dadanya. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.
“Kenapa aku rasa sesuatu? Apa sebenarnya perasaan aku terhadap dia?” tanya Kamelia lagi.
Dia teringat semula akan detik perkenalan mereka berdua dari awal sehingga akhir.
Malam itu, fikirannya serabut dengan dengan 1001 persoalan sehingga akhirnya dia terlelap sendiri.
“KAMELIA, boleh tolong mak hantarkan mangkuk tingkat ni dekat Arif? Mak ada masak lauk guna sayur dengan ikan yang Adam bagi dekat kita haritu,” minta Cik Som.
“Boleh aje mak. Mel pergi sekaranglah kalau macamtu,” balas Kamelia sambil menyambut bekal mangkuk tingkat di tangan emaknya itu.
“Saya boleh tolong hantarkan Kamelia ke sana,” ujar Shah yang tiba-tiba muncul dari ruang tamu.
“Allahu...,” terkejut Kamelia dan Cik Som dibuatnya.
“Lagi bagus kalau Shah nak temankan Kamelia. Lagipun, Tak elok kalau Kamelia pergi seorang diri. Bahaya kat luar tu, lagi-lagi Kamelia ni perempuan,” Cik Som bersetuju dengan cadangan bakal menantunya itu.
Kamelia mencebik.
“Tak apalah mak, Mel boleh pergi sendiri. Susahkan Shah pula nak kena temankan Mel ke sana. Lagipun dia mesti penat berjalan jauh semalam?” jelas Kamelia.
Sebenarnya dia malu nak berdepan dengan Shah. Jantung dia ibarat mahu terkeluar dari badannya.
“Kamu jangan banyak songeh! Shah cepat hidupkan enjin kereta, nanti lagi degil si Kamelia ni taknak ikut kamu!” tegas Cik Som.
“Baik makcik, saya pergi dulu.” bergegas Shah keluar rumah.
Kamelia mengeluh.
“Macam mak aje yang excited lebih ni? apa kata mak aje kahwin dengan dia?” ujar Kamelia sebelum melarikan diri. Risau jika emaknya mengamuk mendengar usikannya.
“Kamu gila ke apa? Aku ni dah tua!” jerit Cik Som dari dapur. Kamelia sudah ketawa terkekek-kekek.
Dia masuk ke dalam perut kereta. Shah sudah bersedia dengan cermin mata hitamnya. Cuaca agak panas hari ini. Dia pun sudah berpeluh-peluh.
Hanya selepas kereta Shah meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya, baru Kamelia bersuara.
“Awak tahu ke jalan nak ke tempar kerja Arif tu?” tanya Kamelia.
“Tahu.”
“Aik, macammana awak tahu?” soal Kamelia semula.
Shah mengerling sekilas ke arah gadis itu.
“Aku kan dah pernah pergi sana dengan Arif. Of course lah aku tahu,” balas Shah bersahaja.
Kamelia hanya mengangguk faham.
“Kau dengan Adam dah lama kenal?” soal Shah tiba-tiba.
Kamelia berfikir seketika.
“Tak lama pun, saya kenal Adam time Arif bawa saya melawat tempat kerja dia dulu. Dekat situ saya baru kenal dengan dia cuma kami tak berapa nak rapat. Itu saja.” balas Kamelia.
Shah hanya diam. Tidak tahu apa yang ada difikirannya.
HARI ini Shah sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur. Pelan asalnya hanya mahu duduk semalam sahaja tapi Puan Kalsom beria-ria menyuruhnya untuk tinggal sehari dua lagi. Dan akhirnya setelah tiga hari baru dia mengambil keputusan untuk balik.
Shah keluar dari bilik sambil menarik beg rodanya.
“Betul ke Shah dan nak balik? Taknak tinggal sini lama lagi ke?” tanya Cik Som sedih.
“Shah nak minta maaf makcik. Shah tak boleh tinggal sini lama-lama, nanti kerja dekat pejabat tu tak siap,” balas Shah perlahan.
Cik Som mengangguk hampa.
“Ye lah, makcik tak boleh nak halang kamu balik rumah. Tak apalah, nanti kirim salam dekat keluarga kamu dekat sana ye. Insya-Allah kalau ada rezeki nanti makcik suruh Arif bawa kami ke sana melawat keluarga dengan ibu kamu,” balas Cik Som.
Kamelia yang ketika itu baru keluar dari dapur pelik melihat Shah sudah bersiap-siap dengan beg rodanya.
“Mak dengan Shah nak buat apa ni?” tanya Kamelia sambil memerhatikan Shah dan emaknya.
“Shah kamu ni, dia nak balik KL dah. Sunyilah rumah kita lepasni.” ujar Cik Som sedikit sebak.
Kamelia mengangguk perlahan.
“Awak dah nak balik ke?” soal Kamelia pula.
Shah hanya mengangguk.
“Kalau macamtu, saya gerak dululah makcik. Takut lambat pula sampai KL nanti,” ujar Shah sambil menyalam tangan Cik Som.
Dia hanya menghadiahkan senyuman kepada Kamelia. Yelah, takkan nak salam anak dara orang sesuka hati?
“Hati-hati bawa kereta Shah, jangan laju sangat. Nanti kang tak sempat makcik nak ber-menantu,” usik Cik Som.
Kamelia menepuk lembut bahu emaknya.
Shah tergelak sambil mengangguk faham.
“Kamelia, kamu tercegat apa lagi dekat sini? Pergilah teman Shah tu ke keretanya.” suruh Cik Som.
Kamelia hanya menuruti perintah emaknya.
Lalu mereka berdua pun turun ke bawah bersama. Cuaca tengahari itu agak panas, Shah sedaya upaya menahan dirinya daripada terkena sinaran matahari. Kamelia pula hanya berlagak selamba.
“Kalau nak cakap apa-apa, cakaplah sekarang,” ujar Shah. Bukan apa, panas sangat, mahu terbakar dia di bawah sinaran matahari ini.
Sebenarnya dia sudah tidak sabar mahu masuk ke dalam kereta dan membuka penghawa dingin. Berada di luar kereta lama-lama buatkan dia tidak selesa. Sudahlah mahu berjalan jauh.
Kamelia mengeluh.
“Terima kasih sebab awak sudi bawa saya melawat ibu awak haritu. Saya minta maaf kalau saya tak bawa apa-apa buah tangan hari itu,” Ujar Kamelia.
Shah hanya mengangguk.
“Dan lagi satu... Terima kasih untuk ini?” Kamelia menayangkan cincin berlian di jari manisnya.
Shah hanya tersenyum hambar.
“Kalau ada apa-apa, aku just update dekat kau lepasni. Kau just kena tunggu rombongan daripada family aku dalam masa terdekat ni,” Shah berkata begitu sekadar untuk menyedapkan hati kedua-dua belah pihak.
“Baiklah kalau awak dah cakap macamtu. Hati-hati drive. Kalau dah sampai sana, jangan lupa bagitahu saya. Assalamualaikum,” Pesan Kamelia sambil tolong menolong menutup pintu kereta Shah.
Shah menurunkan sedikit cermin tingkap keretanya.
“Waalaikummusalam.” Perlahan-lahan keretanya meluncur keluar dari perkarangan rumah Kamelia.
“Ya Allah, semoga segalanya berjalan dengan lancar, amin.” ujar Kamelia sebelum masuk ke dalam rumahnya semula.
Dua minggu kemudian, majlis bertunang pula diadakan di kampung belah perempuan. Majlis diadakan secara kecil-kecilan dan Cik Som hanya menjemput ahli keluarga terdekat.
Kamelia kini sah menjadi tunang Shah. Mereka bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka dalam masa sebulan sahaja lagi. Mereka tidak mahu berlengah lagi kerana risau akan keadaan kesihatan ibu Shah yang tidak mengizinkan.
“Lepasni Arif tak boleh dahlah nak buli akak macam selalu. Sebab akak dah ada bodyguard besar,” Arif sempat mengusik kakaknya yang sudah tersipu malu itu.
Yang lain sudah tergelak kecil mendengar usikan Arif itu.
“Kamelia jangan risau dah. Shah bukan setakat boleh protect Kamelia aje, siapa-siapa yang nak dekat dengan Kamelia kena berhadapan dengan Shah dulu,” makin bertambah tawa di dalam ruang tamu itu.
Kamelia hanya gelak kecil. Dia memandang sekeliling. Cuba mencari kelibat Shah yang hilang sejak berakhirnya majlis tadi. Lalu, Kamelia pun bergegas bangun untuk mencari tunangnya itu.
“Mel nak pergi mana tu?” tanya Cik Som.
“Mel nak cari Shah,” balas Kamelia perlahan.
“Aik, takkan hilang kejap aje dah rindu?” makin galak saudara-maranya menyakat.
Kamelia tidak menghiraukan jenaka itu dan terus menuju ke belakang untuk mencari Shah.
“I know, nanti I balik KL kita jumpa macam biasa. Sekarang ni I tengah out station, I tak boleh nak balik lagi,” ujar Shah perlahan tidak mahu sesiapa mendengar perbualannya.Namun dia tidak sedar seseorang sedang mengintipnya dari jauh.
Sejak tadi Kamelia memerhati Shah yang sibuk bercakap dengan seseorang. Namun dia tidak tahu siapa.
“Ye sayang, I miss you too. I really need you right now,” balas Shah manja.
Berderau darah Kamelia mendengarnya. Sayang? Dia tipu aku ke selama ini, soalnya dalam hati. Dia merasakan seperti ada air mata yang mengalir dari alir matanya.
“Kamelia, kamu buat apa dekat sini? Ada tetamu yang nak jumpa kamu lagi tu,” tanya Cik Som yang kebetulan baru masuk ke dalam dapur.
Dia pelik melihat Kamelia sedang tercegat di pintu belakang, lalu dia terus menegurnya.
Cepat-cepat Kamelia menyeka air matanya dan berpusing ke arah emaknya.
“Baik mak, Mel ke depan sekarang.” ujar Kamelia tanpa memandang ke arah emaknya dan terus bergegas ke ruang tamu depan.
Shah yang ketika itu sedang bercakap dalam telefon terus menamatkan panggilannya selepas mendengar suara Kamelia dan bakal mentuanya. Dia terus menuju ke pintu dapur semula.
“Eh Shah? Kamu buat apa dekat belakang ni?” soal Cik Som selepas melihat Shah muncul dari pintu belakang.
Shah panik sebentar sambil cuba mencari alasan yang bernas.
“Tadi kawan Shah call. Dia ucap tahniah dekat Shah dan dia minta maaf sebab tak dapat nak datang majlis. Lepastu kami bersembang sekejap sebab dah lama tak bersembang,” jawab Shah sambil tersenyum tertawa kecil. Cuba untuk menutup perasaan gundah di dada.
Puan Kalsom mengangguk.
“Tadi Kamelia ada dekat sini, kamu tak perasan ke?” soal Cik Som lagi.
Shah senyap dengan mata terbuntang. Apa! Kamelia ada dekat sini? Mampus aku! Dia dengar ke apa yang aku sembang dengan Maya tadi, soal Shah dalam hati.
“Kamu perasan tak?” tanya Cik Som lagi. Pelik melihat bakal menantunya itu masih lagi senyap.
“Tak... Shah tak perasan pun dia ada tadi?” Shah menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Sh...Shah ke depan dululah. Nak jumpa tetamu yang hadir.” Balas Shah tersekat-sekat. Laju dia bergegas ke depan. Tidak mahu duduk lama disitu, takut disoal lagi.
Sampai sahaja di ruang tamu, terus dia mencari Kamelia. Kelihatan Kamelia sedang rancak bermain dengan budak-budak kecil di penjuru ruang tamu. Langsung tidak menghiraukan sekeliling.
“Eh Shah... Mencari siapa tu? Cik tunang ke? Baguslah tadi Kamelia sibuk mencari dia sekarang ni dia pula yang sibuk mencari orang tu.” usik salah seorang pakcik Shah.
Shah tersenyum malu. Nampak sangat ke dia mencari gadis itu? Dia cuma mahu menanya sesuatu sahaja. Ada-ada sahaja manusia di dalam rumah ini.
Dia terus mendekati Kamelia yang masih lagi rancak bergurau mesra dengan seorang budak kecil di dalam dukungannya.
“Kamelia...” panggil Shah.
Kamelia berhenti sebentar sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lelaki di hadapannya itu. Dia masih teringat akan perbualan di antara Shah dengan wanita misteri itu.
“Tadi ka... Awak ada cari saya dekat belakang ke?” tanya Shah. Dia hampir terlepas sebut kau namun cepat-cepat menukarnya. Risau ada yang salah faham.
“Ha'a. Tadi saya cari awak sebab nak kenalkan awak dengan sepupu saya tapi saya nampak awak tengah berbual dengan seseorang jadi saya malas nak kacau,” Balas Kamelia lembut.
Dia sambung bermain dengan budak kecil itu.
“Aryan sayang... Geramlah maklong tengok dia ni!” berkali-kali Kamelia mencubit pipi gebu anak saudaranya itu.
“Oh, awak ada dengar ke perbualan saya tadi?” soal Shah.
Kamelia menghela nafas seketika. “Saya tak dengar.” balasnya dingin.
Shah menghela nafas lega.
“Hai, siapa budak comel ni? Boleh uncle pegang dia tak?” Shah cuba untuk beramah mesra dengan Aryan.
Tiba-tiba Aryan menangis sekuat hati apabila disentuh Shah. Terus Kamelia mendengus kasar.
“Isy, kan dah menangis budak ni! Ingat senang ke nak pujuk dia?” marah Kamelia. Lantas dia bangun dan berlalu begitu sahaja bersama Aryan.
Shah terpinga-pinga apabila dia tiba-tiba dimarahi oleh Kamelia.
“Aku salah aku?” soal Shah kepada diri sendiri.
Dia terus berlalu ke luar rumah untuk menjamu selera.
“Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunangan Shah dan Kamelia. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan majlis,” ucap Cik Som gembira.
Dia bersyukur majlis hari ini berjalan dengan lancar.
“Tarikh dah ada, sekarang ni tinggal Shah dengan Kamelia nak pilih tema dan warna untuk majlis kamu nanti,” ujar Mak Tok.
Kamelia dan Shah memandang satu sama lain. Masing-masing tidak tahu mahu memberi reaksi apa.
“Kami sebenarnya tak kisah pun tema apa. Kalau boleh tak payah ada majlis resepsi pun tak apa, cukup buat apa yang wajib aje. Majlis nikah sahaja pun dah mencukupi.“ balas Shah tiba-tiba.
Kamelia terus mengalihkan perhatiannya semula ke arah Shah. Dia terkilan Shah tidak berbincang apa-apa dengannya.
“Itu cakap kamu. Kamelia pula macammana? Takkanlah kamu berdua taknak buat majlis resepsi?” tanya Mak Tok.
Kamelia mengalihkan pandangannya ke arah Mak Tok di hadapannya. Kini semua mata sedang memandang ke arahnya. Kamelia memandang ke arah Shah sebentar. Dia perasan pandangan mata Shah seperti ingin menyatakan sesuatu.
Kamelia menelan air liur yang terasa pahit di tekak. Dia menunduk ke bawah seketika. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya semula.
“Mel rasa Mel ikut aje apa-apa keputusan yang dibuat. Betul cakap Shah, tak payah ada majlis resepsi pun tak apa. Bolehlah kita berjimat sikitkan? Mungkin lauk kenduri nanti kita boleh sedekahkan ke masjid dan rumah anak yatim yang berdekatan? Kita bersedekah dalam masa yang sama?” balas Kamelia lembut.
Shah pula mengangguk setuju.
Mak Tok dan Cik Som memandang satu sama lain.
“Kalau itu yang kamu mahukan, kami tak kisah. Terpulang pada kamu nak buat macammana.” balas Mak Tok.
Kamelia tersenyum nipis manakala Shah pula hanya diam.
Kini apa yang tinggal hanya penjelasan daripada Shah tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Maaf atas kelewatan.
Share this novel