TUK 9 ❤️

Romance Series 38946

KAMELIA turun ke ruang tamu sebelum makan tengahari. Dia ingin membantu Mak Tok menyediakan hidangan tengahari pada hari ini.

    “Kamelia,”

     Dia terus berpusing selepas mendengar namanya dipanggil.

     Kelihatan Shah sedang terburu-buru datang ke arahnya.

     “Kenapa?” tanya Kamelia.

     Shah sedang sibuk memakai jam tangannya dan kelihatan seperti sedang resah memikirkan sesuatu.

     “Aku tak dapat nak join lunch harini, ada emergency. Nanti tolong bagitahu Mak Tok,” ujar Shah tanpa memandang sekilas wajah Kamelia.

     Itu sahaja yang ingin diberitahunya.

     “Okay. Nanti saya bagitahu Mak Tok.” balas Kamelia usai beredar dari situ.

     Shah terus menuju ke pintu rumah dan terus keluar begitu sahaja dalam keadaan tergesa-gesa.

     Kamelia masuk ke dalam dapur sambil mencapai apron di rak penyangkut baju.

     “Awal harini Mel turun?” tanya Mak Tok.

     Kamelia tersenyum lebar.

     “Mel turun bawah sebab nak tolong Mak Tok masak harini.” ujar Kamelia sambil merangkul kemas pinggang Mak Tok.

     Mak Tok tergelak kecil.

     “Tak payahlah, Mel kena rehat sepenuhnya. Esok kan majlis pernikahan kamu dengan Shah.”

     Kamelia tersenyum sumbing. Dia menunduk ke bawah.

     “Bercakap pasal Shah. Mana budak bertuah tu? Mak Tok tak nampak pun dia harini?” tanya Mak Tok sambil melihat sekeliling.

     Kamelia tiba-tiba merasa serba salah.

     ”Abang Shah cakap dia ada emergency. Tapi sekejap aje dia keluar. Nanti dia baliklah tu,” balas Kamelia.

     Mak Tok menggelengkan kepala.

     “Ya Allah Shah! Esok dah majlis tau! Kenapa masih berdegil nak keluar lagi. Mak Tok tak fahamlah dengan kamu berdua ni, nak kahwin ke tidak sebenarnya ni?” bising Mak Tok.

     “Alah tak apa Mak Tok, Mel faham aje. Apa kata sekarang ni Mak Tok ajar Mel cara nak buat sambal belacan favorite Mak Tok? Haritu Mel tak puas makan tau sambal belacan Mak Tok. Sedap sangat!” bodek Kamelia lagi.

     Dia cuba untuk menarik perhatian Mak Tok daripada bercakap lagi tentang Shah.

     “Pandai ye kamu bodek Mak Tok?” balas Mak Tok dingin namun bersahaja.

     Kamelia tersenyum kecil lalu mereka berdua mula memasak.

     MAYA menjeling melihat Shah yang masih lagi mengais makanan di dalam pinggannya itu.

     “Kenapa you tak sentuh pun makanan tu? Tak sedap ke I masak?” soal Maya.

     Shah menghela nafas pendek.

     “Shah? I'm talking to you!” panggil Maya sambil memetik jarinya di hadapan Shah.

     “Esok I akan berkahwin dengan perempuan tu,” ujar Shah perlahan.

     Maya memutar bola matanya ke atas lalu menyambung makan, “So?”.

     Shah terkelu.

     “You taknak halang I langsung ke?” soal Shah serius.

     Maya tersenyum sinis. Dia mengangkat keningnya.

     “Huh, buat apa I nak halang you kahwin dengan dia? Nanti orang ingat I ni meroyan pula buat kacau majlis orang. Tak sukalah I,” balasnya sambil tertawa kecil.

     “Lagipun you kahwin dengan perempuan tu bukan sebab dasar cinta. So why should I care?” balas Maya bersahaja. Dia menyambung makannya.

     Shah menghela nafas panjang.

     “But you tahu kan keadaan ibu I macammana? Tak semudah itu dia benarkan I lepaskan Kamelia nanti!” balas Shah serius.

     “Sayang, don't worry please. I tahu satu hari nanti perempuan tu sendiri yang akan minta cerai dekat you. So buat masa sekarang ni, just continue with your plan.” ujar Maya sambil menjeling sekilas ke arah Shah.

     Shah hanya senyap sambil menggenggam kuat sudunya.

     Malam itu, Shah pulang sedikit lewat walaupun dia tahu esok adalah hari yang paling penting buatnya. Tidak tahu kenapa, hatinya merasa sesuatu. Dia tidak pasti dengan keputusannya sendiri. Dia masih sayangkan Maya Sarifah tapi dalam masa yang sama, dia ingin menunaikan permintaan ibunya dengan mengahwini gadis pilihan ibunya, Kamelia Fahara. Dia buntu buat masa sekarang.

     Sewaktu dia melepasi dapur rumah, dia perasan sosok tubuh seseorang yang sedang duduk di meja makan.

     “Shah baru balik ke?” tanya Cik Som.

     Shah berhenti sejenak lalu mengalihkan pandangannya ke arah dapur.

     “Mak tak tidur lagi?” tanya Shah sedikit terkejut. Agak kekok baginya untuk memanggil wanita asing itu emak tapi disebabkan rasa hormatnya tinggi untuk wanita itu, jadi dia terus memanggilnya dengan panggilan mak. Sebagai pengganti ibunya yang masih terlantar sakit di hospital itu.

     Cik Som menggeleng kepala.

     “Mak tak mengantuk lagi. Shah dari mana baru balik ni?” soal Cik Som semula.

     Shah tersengih. “Shah keluar jumpa kawan. Lepasni dah tak boleh keluar selalu kan,” balasnya.

     Cik Som mengangguk faham sambil tertawa kecil.

     “Shah, boleh mak bercakap dengan kamu sebentar?” tanya Cik Som.

     Shah mengangguk seraya menuju ke arah Cik Som. Dia mengambil tempat duduk di hadapan wanita berumur itu.

     “Shah yakin dengan keputusan Shah?” soal Cik Som tiba-tiba.

     Shah mengangkat kening tanda tidak faham.

     “Maksud mak?”

     Cik Som menghembus nafas perlahan.

     “Sejujurnya mak taknak tengok Kamelia tu kecewa lagi. Mak dah penat tengok dia asyik menangis aje. Sebab itu mak tanya Shah yakin ke tidak dengan keputusan Shah? Shah yakin nak berkahwin dengan pilihan ibu Shah, walaupun Shah tak kenal siapa bakal isteri Shah tu?” terang Cik Som.

     Shah senyap.

     “Kamelia menangis disebabkan saya?” tanya Shah lagi.

     Cik Som mengangguk perlahan.

     “Makcik tak nak Shah berubah fikiran selepas ini. Soal perkahwinan ini bukan perkara main-main. Makcik taknak harini Shah cakap Shah dah bersedia tapi lepas beberapa bulan kemudian Shah cakap Shah tak bersedia nak hadap semua ni,” Cik Som berterus-terang.

     Shah terkelu. Dia faham benar dengan maksud bakal mak mentuanya itu.

     “Shah sendiri tak boleh nak janji sepenuhnya tapi Shah akan cuba sebaik mungkin untuk menjaga Kamelia selagi Shah masih bernafas di muka bumi ini.” balas Shah sambil memandang tepat ke arah Cik Som.

     Cik Som tersenyum mendengar jawapan bakal menantunya.

     “Makcik doakan hubungan kamu dengan Kamelia baik-baik sahaja.” balas Cik Som.

     Shah tersenyum kecil.

     “Shah pergilah masuk tidur, esok nak kena bangun awal kan? Kita jumpa esok, Assalamualaikum.” ujar Cik Som seraya menuju ke bilik tidurnya di tingkat dua.

     Shah mengangguk. ”Waalaikummusalam.” Dia meraup wajahnya untuk kesekian kalinya sebelum menghela nafas panjang.

     “Betul ke apa yang aku buat ni?” ujarnya.

     “YA ALLAH! cantiknya kak Mel harini!” Puji Ariana sambil sibuk membetulkan tiara di atas kepala Kamelia.

     Kamelia tersipu malu.

     “Janganlah puji akak macamtu, malulah!” ujar Kamelia sambil menyembunyikan wajahnya di sebalik bunga tangan.

     “Buat apa nak malu? Harini kan hari bahagia akak dengan abang. Semua orang datang ke majlis ni sebab nak tengok akak dengan abang tau.” balas Ariana sambil tersenyum lebar.

     Dia membetulkan pula kain veil yang sedikit senget di atas kepala Kamelia itu.

     Kamelia memandang wajahnya di dalam cermin. Wajahnya agak sembap akibat menangis semalaman. Adakah dia patut gembira dengan perkahwinan ini? Kerana dia sendiri tahu perkahwinan ini hanyalah mainan semata-mata.

     “Kak Mel? Are you okay? Kenapa muka macam sedih aje ni? Akak nervous ye?” tanya Ariana sambil tertawa kecil.

     “Akak takut,” Kamelia menghela nafas perlahan.

     Berkerut dahi Ariana cuba memahami isi ayat tersebut.

     “Takut? Kenapa pula akak nak takut. Ke abang Shah ada buat apa-apa dekat akak! Baik akak mengaku sekarang sebelum Ariana pergi cari dia!” tegas Ariana acah-acah mahu keluar mencari abangnya.

     “Bukan macamtu. Akak cuma risau, akak risau akak tak boleh jadi isteri yang terbaik untuk abang awak. Sebab, kami kenal tak sampai enam bulan tiba-tiba dah nak kahwin. Siapa aje yang tak ada perasaan takut tu?” balas Kamelia.

     Ariana hanya diam dan tersenyum nipis.

     “Akak jangan risaulah, Yana yakin yang abang mampu jaga akak dengan baik. Akak pun kenalah jaga abang dengan baik. Bila dua-dua dah berbaik, lagi cepatlah Yana nak dapat anak buah,” Ariana ketawa nakal sambil mencuit hidung bakal kakak iparnya.

     Kamelia terus menarik muka masam lalu menampar lembut bahu Ariana sebelum menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

     “Akak nak berterima kasih dekat family Yana sebab dapat menerima keluarga akak dalam family Yana,” ujar Kamelia tiba-tiba.

     Ariana tersenyum lebar.

     “Akak, Yana dah anggap akak macam kakak kandung Yana sendiri. Cik Som tu Yana anggap macam mak kedua Yana. Jadi akak janganlah cakap macamtu, nanti Yana tak sampai hati nak lepaskan akak ke abang Shah,” balas Ariana tiba-tiba pilu.

     Suasana sebak memenuhi segenap ruang bilik itu. Sedang masing-masing dibuai rasa sedih, pintu bilik utama itu diketuk dari luar.

     “Masuk,” laung Ariana.

     Wajah Cik Som tersembul keluar dari celah pintu.

     “Pengantin perempuan dah siap ke? Tetamu semua dah hadir, pengantin lelaki pun dah siap. Kalau tak ada apa-apa lagi, bolehlah ke depan sekarang,” soal Cik Som.

    Jantung Kamelia berdegup kencang. Dia menggenggam kuat jemari bakal adik iparnya. Ariana sedaya upaya cuba menenangkan hati bakal kakak iparnya itu. Ingat Kamelia, dalam masa beberapa minit yang akan datang kau akan sah menjadi isteri kepada Shah Iskandar. Walau apa pun yang bakal terjadi pada masa akan datang, kau kena kuat tempuhi segala rintangan yang bakal melanda, ujar Kamelia di dalam hati.

     “Yana doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar,” ujar Ariana yakin.

     Cik Som memimpin tangan anaknya keluar. Kamelia membetulkan busana pengantinnya buat kali terakhir sebelum melangkah keluar dari bilik yang dihuninya sementara itu.

     “Bismillahirahmanirahim,” Kamelia memejamkan matanya buat seketika sebelum mengangguk perlahan.

     “Kamelia dah bersedia.” ujarnya perlahan.

     Cik Som hanya senyum nipis di sisinya.

     “SHAH Iskandar Bin Dato' Syarif?”

     “Ye saya,” Shah memandang tepat mata wali di hadapannya. Dia dapat merasakan degupan jantungnya kencang.

     “Aku nikahkan dikau dengan Kamelia Fahara Binti Ahmad Borhan dengan mas kahwin sebanyak RM1000.00 tunai.”

     “Aku terima nikahnya Kamelia Fahara Binti Ahmad Borhan dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000.00 tunai.” lancar sahaja Shah menyusun ayat.

     “Sah? Sah semua?” masing-masing mengangguk tanda setuju.

     “Alhamdulillah, sah semuanya.” ujar wali tadi.

     Masing-masing menadah tangan meng-aminkan doa. Dengan sekali lafaz, kini Kamelia Fahara sah bergelar isteri kepada Shah Iskandar. Lelaki yang tiba-tiba muncul dan berjaya memporak- perandakan hidupnya.

     Tanpa mereka sedar, ada seseorang yang memerhatikan mereka daripada jauh.

     “Aku akan rampas semula hak aku! Kau jangan lupa tu Kamelia!” ujar Maya seraya beredar dari majlis tersebut.

     “Tahniah!” kedengaran suara seseorang menegur Shah dari belakang.

     Segera Shah berpusing untuk membalas ucapan lelaki tersebut. Namun dia terkejut apabila melihat Adam segak dengan berbaju melayu di hadapannya. Setahu dia, tak ada pula dia menjemput lelaki ini. Berkemungkinan yang menjemputnya adalah Kamelia yang kini sudah memegang status sebagai isterinya yang sah.

     “Thanks bro.” balas Shah sebelum berjambat tangan dengan Adam.

     “Aku harap kau dapat jaga Kamelia dengan baik. Dia seorang gadis yang lembut dan baik, aku harap kau tak sakitkan hati dia,” ujar Adam sedikit tegas.

     Walaupun dia senyum namun masih kelihatan riak tegas di wajahnya.

     “Aku tahu tanggungjawab aku.” balas Shah pendek.

     Dia tidak suka bila seseorang mengarahnya sesuka hati.

     “Adam, akhirnya awak datang juga.” ujar Kamelia mendekati mereka berdua.

     “Mestilah saya datang. Harini kan hari bahagia awak. Saya mesti kena datang raikan bersama,” balas Adam sambil tersenyum manis ke arah Kamelia, tidak seperti Shah tadi.

     “Saya ingat awak tak dapat datang sebab awak cakap awak busy dengan kerja kan?” balas Kamelia.

     Tiba-tiba Shah berdeham kuat sambil tangannya pantas menggenggam erat jemari Kamelia. Lalu dia sengaja menunjuk tangannya yang kini berpaut dengan Kamelia ke arah Adam sambil tersenyum sinis.

     Adam hanya tersenyum kecil.

     “Well, aku dengan Kamelia kena gerak dah. Kita orang nak pergi sambut tetamu lain pulak,” ujar Shah pantas menarik Kamelia ke tempat lain.

     Tak sempat Adam ingin berbual panjang, Kamelia sudah hilang dari pandangannya. Dia hanya mengeluh panjang.

     “Kita nak pergi mana?” tanya Kamelia apabila Shah masih lagi tidak melepaskan pegangannya.

     Shah berhenti lalu mengalihkan pandangannya ke arah Kamelia semula. Matanya tajam melihat wanita di hadapannya itu.

     Kamelia memandang ke arah jemarinya yang masih berada di dalam genggaman Shah. Baru dia perasan yang Shah tidak pernah menyentuhnya selama ini dan ketika upacara batal air sembahyang tadi barulah pertama kali dia dapat merasakan sentuhan hangat daripada insan yang sudah bergelar suaminya itu.

     Tiba-tiba dia merasa sebak dan hampir menitiskan air mata.

     Shah terkejut lalu melepaskan pegangannya.

     Kamelia hanya diam dan memandang lantai.

     “Aku... Aku minta maaf.” ujar Shah perlahan sebelum meninggalkan Kamelia yang terpinga-pinga disitu.

     “ALHAMDULILLAH selesai juga majlis kita hari ini. Tak sangka ramai sangat tetamu yang hadir tadi,” ujar Mak Tok.

     “Memanglah ramai, dah mak tok pun jemput sekampung kawan-kawan Mak Tok dari zaman kecil sampai ke zaman bekerja. Dah macam reunion sekolah dah tadi. Macammanalah boleh tak ramai tadi.” satu rumah riuh dengan gelak ketawa apabila Ariana menyakat neneknya.

     “Kamu ni kan Yana, kalau dapat cili-cili mulut kamu tu dah lama aku buat tau!” marah mak tok.

     Ariana cepat-cepat menyorok di belakang tubuh Kamelia. Takut jika dia dicubit neneknya.

     “Mel dengan Shah pergilah berehat dulu. Kesian kamu berdua harini sibuk melayan tetamu yang datang,” ujar Cik Som.

     Kamelia dan Shah memandang satu sama lain. Masing-masing faham dengan pandangan itu.

     “Hurm, tapi Mel nak berehat dekat mana?” tanya Kamelia malu-malu.

     “Ofcourse lah dalam bilik abang dengan kakak, takkan bilik Yana pulak?” lagi sekali satu ruang tamu pecah tawa mendengar jawapan Ariana.

     Kamelia sudah tersengih seperti kerang busuk di situ. Tidak mungkin dia akan sebilik dengan lelaki itu. Tapi mereka sudahpun sah.

     “Tak apalah, Shah dengan Mel naik ke atas dululah. Kami berdua nak berehat, jom sayang?” ujar Shah tiba-tiba.

     Kamelia terpinga-pinga.

     “Sayang?” tanya Kamelia terkebil-kebil.

     Shah hanya tersenyum, dia terus menarik lengan isterinya dan merangkul kemas pinggang isterinya.

     “Iya, sayang.” balas Shah sambil mencuit manja hidung Kamelia.

     Saudara-mara yang ada disitu sudah mula menyakat mereka berdua. Kamelia hanya diam memandang lantai, malu apabila disakat banyak kali.

     “Kami berdua naik dulu ye, selamat malam.” ujar Shah sebelum beredar ke bilik bersama isterinya.

     Sampai sahaja ke bilik, Shah melepaskan jemari Kamelia dan terus masuk ke dalam bilik air. Meninggalkan Kamelia yang sedang terpinga-pinga di hadapan pintu bilik.

     Selepas beberapa minit berlalu, Shah keluar dari bilik air dengan hanya bertuala di pinggang. Serta merta Kamelia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

     “Jangan risau, aku takkan buat apa-apa dekat kau.” ujar Shah seraya menuju ke almari baju.

     “Kenapa tercegat dekat situ? Duduklah,” tegur Shah selepas melihat Kamelia masih di tempat asalnya sejak mereka sampai tadi.

     Kamelia hanya turuti sahaja arahannya. Dia leka melihat Shah mengemas baju dan seluarnya. Tiba-tiba Shah mencabut tuala mandi di pinggangnya. Kamelia terus menjerit kecil sambil menutup matanya.

     “Kau dah kenapa? Aku dah pakai seluarlah!” marah Shah apabila jeritan Kamelia kedengaran sedikit kuat.

     “Yang awak tu cabut towel depan saya kenapa? Tak reti nak pakai dekat dalam bilik air ke?” marah Kamelia sambil memerhati dari celah jari yang masih menutupi wajahnya.

     Shah tergelak sinis sambil perlahan-lahan mendekati isterinya.

     “Kenapa? Kau suka dapat tengok aku macamni?” Shah mendepakan tangannya menampakkan bentuk tubuh badannya yang agak sasa itu.

     “Apa awak buat ni, saya tak selesalah. Pergilah pakai baju!” tegur Kamelia sambil mengesot ke belakang.

     “Kenapa? Aku memang suka tidur tak pakai baju. Sejuk,” balas Shah perlahan.

     “Tapi saya tak sukalah!” jerit Kamelia.

     Lagi galak Shah tertawakannya, tiba-tiba dia mencapai sesuatu dari arah belakang Kamelia. Pantas Kamelia memeluk tubuhnya.

     “Kau ni gelabahlah. Aku nak ambil bantal aje pun.” ujar Shah sambil memeluk bantal di tangannya.

     “Awak nak pergi mana dengan bantal tu?” tanya Kamelia apabila Shah bergerak menghampiri pintu bilik mereka.

     “Aku nak tidur dekat bilik tetamu.” balas Shah tenang.

     “Tapi kenapa? Ini kan bilik awak. Kalau macamtu biar saya aje yang tidur dekat bilik tetamu. Awak duduk aje dalam bilik awak.” Ujar Kamelia sambil mengambil bantal disisinya.

     “Tak payah. Kau duduk dalam bilik ni, aku tahu kau tak selesa bila aku ada dekat sini. Lagipun aku taknak ada sesiapa syak something between us. Aku taknak Mak Tok dengan yang lain-lain risau. Biar aku sendiri yang keluar dari bilik ni, kau stay.” jelas Shah sebelum keluar dari bilik tersebut.

     “Tapi ingat, perkahwinan kita ni hanya sah dalam kertas sahaja. Antara aku dengan kau, kita bebas buat apa sahaja yang kita berdua nak selagi keluarga kita tak tahu status hubungan kita yang sebenarnya. Jelas?” tegas Shah.

     Kamelia mengangguk faham.

     Shah terus keluar dari bilik tersebut.

“Ya Allah, kau tolonglah lembutkan hati suami aku supaya dia ikhlas menerima aku sebagai isterinya,”. Jika ini yang dikatakan cinta, aku rela berkorban deminya, ujarnya dalam hati.

Dia memandang lama ke arah daun pintu, berharap agar Shah mencarinya semula. Namun sehingga ke pagi lelaki yang bergelar suami itu tidak muncul jua.

“SELAMAT pagi pengantin baru.” Usik Ariana sambil melihat abang dan kakak iparnya keluar dari bilik berdua-duaan.

Kamelia tersipu malu. Mana tidaknya, sedang enak dibuai mimpi pagi tadi tiba-tiba tangannya tersentuh sesuatu yang di sebelahnya. Disangkakan bantal namun selepas dia membuka matanya, kelihatan Shah sedang enak tidur di sebelahnya, terus terkejut Kamelia dibuatnya. Dia tidak sedar bila masa Shah memasuki biliknya.

“Macammana? Best tidur dengan bantal peluk baru malam tadi?” usik Ariana lagi.

“Yana! Sudahlah!” marah Kamelia sambil menampar lembut bahu adik iparnya.

Ariana tertawa besar.

“Jangan layan si budak Yana ni, nanti tak sarapan kamu berdua dibuatnya.” ujar Mak Tok.

“Eh Yana, kata kelas start pukul 9.30 pagi, ini dah pukul 8.50 pagi. Takkan tak siap-siap lagi makan?” Bebel Mak Tok sambil menyuap roti bakar ke dalam mulut.

“Kejaplah Mak Tok. Yana tengah tunggu kawan jap, nanti dia datang ambil,” balas Ariana sambil menghirup air kopinya.

“Kawan adik tu lelaki ke perempuan?” tanya Shah tiba-tiba.

Ariana tersenyum sumbing, dia tahu benar akan pandangan mata abangnya itu.

“Kawan perempuan.” balas Ariana pendek.

Kedengaran bunyi hon kereta dari luar. Ariana bergegas menggalas beg sandangnya sebelum menyalam tangan semua orang yang berada disitu.

“Yana gerak dulu, assalamualaikum.” ujar Yana sebelum bergegas keluar menuju ke arah kereta kawannya di luar perkarangan rumah.

Shah menggeleng kepala melihat perangai adik perempuannya itu.

“Shah, Kamelia. Mak Tok nak tanya sikit ni,” panggil Mak Tok.

“Tanyalah,” jawab Shah.

“Shah dengan Kamelia dah rancang nak berbulan madu dekat mana?” soal Mak tok.

Tersembur air yang diminum Kamelia. Shah tak pernah berbincang dengannya tentang rancangan bulan madu mereka. Jadi sebab itu dia terkejut kerana dia tidak menyangka soalan itu akan disoal oleh Mak Tok.

“Lap dulu basah dekat baju tu, Mak Tok baru tanya sikit dah tersembur air,” balas Mak Tok sambil menyerahkan tisu ke arah Kamelia.

“Shah dengan Mel tak merancang lagi nak berbulan madu. Kami ingat nak fokus dekat hubungan kami dulu sebelum ke peringkat lain. Yelah tempoh perkenalan kami pun sangat singkat, jadi Shah taknaklah kalau Kamelia rasa janggal dengan Shah nanti,” balas Shah dengan yakin.

Bagi Shah, berbulan madu ini adalah masa yang dikhaskan untuk pasangan berkahwin meluangkan masa berdua-duaan tanpa gangguan luar. Dia tidak mahu buat semua itu dengan Kamelia kerana Kamelia bukan wanita yang dia cintai. Jadi mustahil baginya untuk membawa Kamelia berbulan madu. Lainlah kalau Maya Sarifah, dia sangat mencintai wanita itu. Sebab itu, dia beria-ria mengajak Maya berkahwin dengannya namun lain pula jadinya.

Kamelia mengiakan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Shah.

“Kalau Shah dah cakap macamtu, Mak Tok tak boleh nak kata apalah,” balas Mak Tok perlahan.

“Tapi Mak Tok jangan risau, nanti Shah akan bawa juga isteri Shah berjalan,” pujuk Shah sambil memeluk bahu Mak Tok.

Mak Tok menepis lengan Shah dibahunya. Lalu dia menjeling sekilas seraya meninggalkan mereka berdua di dapur.

“Bulan madu? Awak tak cakap apa-apa pun dekat saya?” soal Kamelia untuk kepastian.

“Sejak bila semua benda nak kena berbincang dengan kau? Lagipun aku tak bersetuju dengan cadangan bulan madu ni. Buang masa aku aje,” balas Shah dingin.

Baru sahaja dia ingin meninggalkan dapur, Kamelia bersuara.

“Sebab saya dah jadi isteri awak yang sah. Setuju atau setuju, saya berhak tahu apa yang berlaku di sekeliling awak dan saya turut berhak untuk membuat keputusan dalam rumah ni!” tegas Kamelia.

Shah berpusing sebentar dan ketawa sinis.

“Aku nak keluar, kau tak payah tunggu aku sebab aku balik lewat.” balas Shah sebelum berlalu pergi.

Tanpa sedar, Kamelia mengalirkan air matanya. Dia terduduk semula mengenang nasibnya.

“Selamat Pengantin Baru.” usik Maya lalu merangkul kemas pinggang Shah di sisinya.

Shah mengurut dahinya yang terasa sakit.

“You, I tak ada mood sekarang ni. Tolong jangan kacau I!”

Maya ketawa sinis.

“What's your problem? Baru sehari kahwin dah stress macamni. Belum masuk sebulan dua,” jawab Maya sinis.

Shah memandangnya dingin.

“Kalau I tahu you nak provoke I macamni, memang taklah I nak datang sini tadi!” balas Shah seraya bangun dari duduknya.

“You nak pergi mana? I call you suruh datang sini sebab nak you temankan I harini,” pujuk Maya sambil memeluk tubuh Shah dari belakang.

Shah mendengus.

“I stress lah Maya. Mak Tok pula tak sampai tiga hari dah tanya nak honeymoon kat mana! I rimaslah!” bebel Shah sambil menyisir kasar rambutnya.

“Honeymoon? Bestnya! I nak ikut boleh?” ujar Maya yang sedang enak memeluk tubuh Shah.

“I'm serious right now! Kalau boleh I taknak pergi mana-mana dengan perempuan tu. And sekarang I kena berhati-hati dengan dia,” jelas Shah tegas.

“Kenapa you nak kena berhati-hati dengan dia? Apa aje yang dia boleh buat dekat you?” soal Maya pelik.

Shah mengalihkan pandangannya ke arah Maya.

“I rasa dia macam syak something but I don't know what? So, sekarang ni I kena lebih berhati-hati kalau nak buat sesuatu belakang dia. Macam sekarang ni, kalau dia dapat tahu kita still berjumpa macam sekarang ni, mati I!” terang Shah panjang lebar.

Maya hanya diam sambil mengetap giginya.

“I think I tahu apa yang I boleh buat,” ujar Maya sambil tersenyum sinis.

“You nak buat apa?”

Maya hanya diam sambil memikirkan rancangan jahatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience