TUK 5 ❤️

Romance Series 38946

SHAH mengacau air kopi di dalam muknya sambil termenung. Pagi itu dia sampai awal ke pejabat kerana ingin menyiapkan kerjanya yang terbengkalai akibat ketiadaannya beberapa hari yang lepas. Dia ke pantri pagi itu untuk membuat secawan kopi sebelum memulakan kerjanya.

     “Bro, lama tak nampak kau?” Tegur seseorang dari belakang yang menyedarkan Shah dari lamunannya.

     “Aku outstation,” jawab Shah pendek.

     Idham mengangguk perlahan. Dia merupakan kawan baik Shah merangkap pekerja di situ.

     “Outstation? Tak ada pula aku dengar kita ada projek baru dekat mana-mana? Kecuali dekat Setiawangsa tu aje sekarang yang projeknya tengah berjalan. Tapi aku rasa orang lain yang uruskan?” ujar Idham pelik.

     Shah senyap seketika.

     “Ini urusan lain, kau tak payah sibuklah!” Shah mendengus kasar.

     Idham tertawa kecil. kecil. “Rikeks lah bro, aku tanya aje. Yang kau tiba-tiba nak menggelabah sangat dah kenapa? Gaduh dengan awek ke bro?” tanya Idham lagi dengan nada bergurau.

     Shah terus mencampak sudu kecil yang berada di tangannya ke dalam sinki, malas mahu melayan perangai Idham yang banyak tanya itu. Dia terus beredar dari pantri tersebut, tidak mahu mengusutkan fikirannya lagi.

     “Bro? Kopi kau ni taknak ke?  Aku melawak aje pun! Alah emo lah mamat ni.” ujar Idham perlahan sebelum mencuci muk kopi yang tidak disentuh oleh Shah tadi.

     Shah menutup kasar pintu biliknya sebelum duduk di kerusinya. Dia menarik keluar tali lehernya dan mencampaknya di atas meja.

     “Semak betullah! Kalau aku tak pergi kampung perempuan tu, tak adanya aku kena soal macamni,” bebel Shah sambil menyelak kasar kertas kerja di hadapannya.

     TOK! TOK! TOK!

     Sedang melayani perasaan, pintu biliknya diketuk oleh seseorang. Disebabkan moodnya yang tidak baik itu, dia menghiraukan keadaan sekeliling.

     TOK! TOK! TOK!

     Pintu biliknya diketuk sekali lagi.

     Shah merengus kasar. “Masuk aje lah!” lantangnya. Dia kembali menyelak fail dokumen yang banyak di atas mejanya.

     Terlihat pekerjanya masuk ke dalam biliknya sambil membawa tiga buah fail di tangannya.

     “Maaf mengganggu Encik Shah pagi ni, tapi saya kena serahkan fail ni dekat Encik Shah. Perkara ni urgent,” ujar pekerja wanita itu takut-takut. Dia menyerahkan fail tersebut kepada Shah.

     Shah menjeling sekilas sebelum meraup wajahnya kasar.

     “Apa benda ni? Kenapa nak kena hantar dekat saya? Awak tak nampak ke saya ada banyak benda lagi nak kena settle sekarang ni?” soal Shah agak keras sambil membelek fail-fail tersebut.

     “Hurm... saya tak pasti Encik. Tapi ini ada kaitan dengan projek baru dekat Setiawangsa, bahagian kewangan cakap ada masalah dengan perbelanjaan untuk projek dekat sana. Mereka suruh Encik Shah tengok,” jawab pekerja tersebut sambil menunduk ke bawah, takut dimarah teruk dengan Shah.

     Tiba-tiba Shah mencampak ketiga-tiga fail tersebut ke atas lantai.

     “Awak baru kerja dekat sini ke? Projek ni siapa yang handle?” jerkah Shah tiba-tiba.

     Gadis itu terkedu apabila dimarahi oleh bosnya. Orang ramai mula berkerumun di hadapan bilik pejabat bos mereka untuk melihat apa yang terjadi.

     “Aku tanya sekali lagi siapa yang handle projek ni!” tanya Shah sekali lagi dengan nada yang sama.

     Sekali lagi pekerja wanita itu terkejut, tergetar-getar dia menjawab.

     “Een...Encik Idham?” balasnya perlahan.

     Shah bangun dari duduknya lalu fail-fail di tangannya dicampak ke atas lantai.

     “So? Kau hantarlah dekat dia? Yang hantar dekat aku buat apa? Bukan aku yang uruskan projek ni! Bodoh betul! Kau keluar sekarang, aku taknak tengok muka kau!” halau Shah tanpa melihat wajah pekerja itu.

     Pekerja wanita itu mula mengemas kertas-kertas yang berteraburan dari dalam fail tersebut sambil menahan sendu. Selesai mengambil fail tersebut dari atas lantai, dia berdiri semula sambil tunduk ke bawah.

     “Tunggu apa lagi? Keluarlah! Takkan aku nak kena dukung kau keluar!” tengkingnya lagi.

     Barannya sudah tidak boleh ditahan.

     Pekerja wanita itu terus berlari keluar dari dalam bilik lelaki itu tanpa berkata apa-apa. Masing-masing terkejut melihat perangai Shah yang tiba-tiba naik angin itu.

     Shah melempar barang-barangan di atas mejanya ke atas lantai, dia tidak tahu mengapa moodnya pagi itu tidak baik. Semua benda baginya tidak menyenangkan hati.

TENGAHARI itu, Kamelia bersiap-siap untuk ke pekan untuk membeli barangan dapur yang sudah kekurangan di rumah itu. Dia berjalan menuju ke pintu rumah sebelum ditegur dengan Arif.

     “Akak nak pergi mana?” tanya Arif.

     “Akak nak ke pekan, beli barang dapur sikit,” ujar Kamelia sambil menyarung seliparnya.

     “Kalau macamtu biar Arif hantar akak ke pekan,” ujar Arif sambil mencapai kunci motor yang terletak di atas meja.

     “Eh, tak payahlah, akak boleh pergi sendiri. Lagipun sekejap aje ni,” balas Kamelia sambil menggelengkan kepalanya.

     “Tak apa, lagipun mak dah pesan kat Arif yang akak tak boleh kemana-mana sorang diri. Dah menjadi tanggungjawab Arif sebagai adik kena temankan akak. Akak tunggu kejap, Arif nak pergi ambil helmet dekat dalam bilik,” ujar Arif sebelum memasuki bilik tidurnya semula.

     Seminit kemudian Arif sudah kembali dengan dua helmet di tangannya.

     “Jom! Kita dah lambat kan?” ujar Arif sambil menghulurkan sebuah helmet ke arah kakaknya.

     Kamelia hanya mampu menggelengkan kepalanya sebelum mengikut adiknya ke motor.

     “Pegang kuat-kuat,” pesan Arif. Perlahan-lahan motornya bergerak pantas menyusuri jalan kampung itu.

     Setelah 15 minit perjalanan, mereka tiba di perkarangan kedai Pak Mat. Kamelia terus turun dari motor Arif dan menuju ke kedai Pak Mat.

     “Assalamualaikum Pak Mat,” Ucap Kamelia mesra.

     “Waalaikummusalam,” balas Pak Mat yang sedang sibuk mengira stok barang di atas kaunternya.

     Arif hanya menunggu di luar kedai, malas mahu masuk ke dalam.

     Setelah selesai mengambil barang yang ingin dibeli, Kamelia terus menuju ke kaunter pembayaran.

     “Ini aje,” ujar Kamelia bersama senyuman di wajahnya.

     Pak Mat hanya mengangguk. Pantas lelaki itu mengira barangan yang dipilih oleh Kamelia itu sebelum memasukkannya ke dalam plastik.

     “Semua sekali RM25.00,” Ujar Pak Mat.

     Kamelia terus mengeluarkan not RM50 dari dalam beg duitnya dan menyerahkan duit tersebut kepada Pak Mat.

     “Ini untuk minggu lepas sekali yang saya tak dapat bayar haritu,” Ujar Kamelia lembut.

     “Tak apa, Pak Mat belanja yang minggu lepas punya. Kamelia hanya perlu bayar untuk yang sekarang ni aje. Lagipun Kamelia kan dah macam anak Pak Mat, jadi Pak Mat tak kisah pun kalau Kamelia nak bayar berapa sekalipun,” ujar Pak Mat ikhlas.

     Pak Mat sebenarnya merasa serba salah walaupun dia tidak tahu apa kesalahan anak lelakinya terhadap Kamelia. Sebab itulah dia melayan Kamelia dengan baik selama ini.

     Kamelia menggelengkan kepalanya.

     “Janganlah macamtu Pak Mat, selagi Kamelia ada duit selagi itu Kamelia akan bayar balik hutang-hutang kedai Pak Mat sebelum ni. Lagipun ini mak yang suruh Kamelia bayar balik hutang yang tertunggak. Mak cakap dia serba salah sebab asyik bertangguh aje,” jelas Kamelia panjang lebar.

     Pak Mat menolak balik duit yang diberi Kamelia. “Tapi Pak Mat betul-betul tak kisah. Tak apa, Kamelia simpan aje duit ni. Pak Mat halalkan segala hutang keluarga Kamelia sebelum ni. Kamelia tolong terima ya. Pak Mat ikhlas nak menolong keluarga Kamelia,” ujar Pak Mat sekali lagi.

     Kamelia menarik nafas pendek lalu menghela perlahan. Dia tidak faham kenapa Pak Mat terlalu baik dengannya. Dia tahu yang dia mempunyai masalah dengan anak lelaki itu tapi bukan dengan ayahnya. Lagipun dia tahu hubungan anak-beranak itu bagaimana.

     “Terima kasih Pak Mat. Semoga Allah sahaja yang mampu membalas jasa Pak Mat. Kamelia pergi dulu, assalamualaikum,” ujarnya sebelum beredar keluar dari kedai runcit tersebut.

     Pak Mat mengangguk perlahan. Salam Kamelia dibalas perlahan. Dia melepaskan keluhan berat.

     “Dah siap kak?” tanya Arif sambil mengambil beg plastik yang berisi barangan dapur dari tangan Kamelia lalu meletakkannya ke dalam bakul motosikalnya.

     “Dah, jomlah kita balik sekarang. Macam nak hujan dah ni?” ujar Kamelia perlahan.

     Mereka berdua terus pulang ke rumah.

“Arif, tolong simpankan semua barang ni dekat dapur, akak nak ke bilik mak kejap,” suruh Kamelia sebelum berjalan menuju ke bilik tidur emaknya.

     Arif mengangguk perlahan. Dia pun beredar ke dapur bersama beg plastik di tangannya.

     “Mak, ini duit beli barang tadi,” Kamelia menyerahkan semula baki pembelian tadi kepada emaknya semula.

     Cik Som mengira baki duit di tangannya.

     “Kenapa macam lebih aje baki ni? Kamu bayar ke tidak hutang sebelum ni dekat Pak Mat?” tanya Cik Som bersama kerutan di dahi.

     Kamelia senyap seketika sebelum memberi jawapan.

     “Tadi Mel memang nak bayar dah dekat Pak Mat tapi dia taknak terima. Dia cakap dia ikhlas nak tolong kita sekeluarga. Dia halalkan segala hutang kita dengan dia sebelum ni mak. Kamelia tak tahu kenapa Pak Mat baik sangat dengan keluarga kita?” jelas Kamelia panjang lebar sambil menggenggam jemari emaknya.

     Cik Som terus menitiskan air matanya.

     “Ya Allah, mulianya hati Pak Mat. Walaupun anak dia dah buat macam-macam dekat kamu, tapi dia tak pernah pandang rendah dekat keluarga kita. Mak rasa sangat bersalah dengan Pak Mat. Kamelia tolong bawa mak berjumpa dengan Pak Mat, mak nak berterima kasih dengan dia,” pinta Cik Som.

     Kamelia mengangguk perlahan.

     “Boleh mak, nanti Kamelia suruh Arif bawa mak jumpa Pak Mat ya. Mak jangan risau, Kamelia dah ucap terima kasih banyak-banyak dekat dia tadi,” balas Kamelia sambil memeluk erat tubuh emaknya.

     TOK! TOK! TOK!

     PINTU bilik pejabat Shah diketuk perlahan.

     “Masuk” jeritnya lantang.

     Terlihat seorang pekerjanya masuk dengan keadaan tergesa-gesa.

     “Maaf encik Shah, tapi ada seseorang yang pentimg nak jumpa encik Shah,” ujar pekerja tersebut.

     Shah mengalihkan pandangannya ke hadapan sambil menjungkitkan keningnya.

     “Siapa?”

     “Dato' Syarif,” balas pekerja tersebut.

     Terbuntang luas mata Shah. “Hurm, awak boleh panggil dia masuk,” balas Shah teragak-agak.

     Dia meraup wajahnya lalu rambutnya diusap ke belakang.

     Pekerja tersebut terus mengangguk faham lalu beredar keluar dari bilik pejabat Shah.

     Beberapa minit kemudian, terlihat seorang lelaki lelaki yang agak berumur namun tampak segak sedang menuju ke arah bilik pejabatnya.

     Pantas Shah bangun dari kerusinya dan bergegas ke arah lelaki tersebut.

     “Assalamualaikum ayah, apa ayah buat dekat sini?” ucap Shah sambil menyalam tangan ayahnya.

     “Waalaikummusalam. Aik, salah ke ayah nak jenguk anak sendiri?” tanya Dato' Syarif semula sambil membalas salam anaknya.

     “Eh, mana ada. Shah tanya aje. Ayah... duduklah dulu, biar Shah suruh pembantu Shah buatkan air untuk ayah,” jelas Shah sambil keluar sebentar dari pejabatnya.

     Beberapa minit kemudian, dia masuk semula ke dalam.

     “Ayah sihat? Ada apa ayah datang ke pejabat Shah harini?” tanya Shah sambil duduk berhadapan dengan ayahnya.

     “Ayah sihat. Kamu tu yang langsung tak dengar khabar berita pun. Yang ayah tahu kamu keluar kota dua hari lepas. Lagipun, ayah datang dari hospital tadi, jenguk ibu kamu,” balas Dato' Syarif bersahaja.

     Shah mengangguk perlahan sambil tersengih.

     “Ayah ada dengar yang kamu ada tengking salah seorang pekerja kamu tadi? Betul ke Shah?” tanya Dato' Syarif dengan nada serius.

     Shah yang sedang menghirup air tadi terus tersedak apabila ayahnya berkata begitu.

     “Tengking? Ayah salah dengar ni. Mana ada Shah tengking siapa-siapa?”  cubaan pertama Shah untuk menipu.

     Dato' Syarif senyap. Dia memandang tajam Shah.

     “Shah tak boleh nak menipu ayah. Orang-orang ayah banyak dalam company ni Shah, bila-bila masa sahaja ayah boleh datang kesini jumpa Shah. Shah jangan fikir disebabkan ayah yang benarkan Shah buka company sendiri, Shah boleh buat apa-apa saja yang Shah suka. Walau bagaimana sekalipun, Shah still bekerja under ayah and pekerja dekat sini semuanya datang dari tempat ayah juga! Kalau Shah buat hal lagi, ayah boleh suruh semua pekerja dekat sini letak jawatan dan kembali ke company ayah semula,” bebel Dato' Syarif agak keras.

     Shah terkedu. Mulutnya terkunci. Dia menghela nafas berat.

     “Shah minta maaf, ayah. Shah tak ada niat nak tengking sesiapa pun, Shah cuma penat sangat and ada banyak masalah sekarang ni. Sebabtu Shah terlepas marah dekat salah seorang pekerja Shah,” jelas Shah panjang lebar.

     “Shah, ayah cuma nak nasihatkan Shah saja. Shah tu anak ayah dan Shah patutnya jadi kebanggaan ayah tapi bukannya dengan benda-benda remeh macamni. Ayah nak Shah tolong jangan bawa masalah peribadi ke pejabat. Ayah tahu Shah orangnya macammana, I know you can handle the situation perfectly,” pesan Dato' Syarif.

     Shah mengangguk faham dengan senyuman di bibir.

     “Shah minta maaf sekali lagi, ayah. Shah janji yang Shah tak akan buat hal lagi. Shah tak akan bawa masalah peribadi ke pejabat, Shah janji,” janji Shah sekali lagi.

     Dato' Syarif mengangguk sambil tersenyum nipis. Dia menyentuh bahu anaknya.

     “Kalau macamtu, ayah balik dulu. Ingat, kawal kemarahan kamu. Jangan lepaskan dekat orang yang tak bersalah, nanti besar akibatnya kamu kena tanggung,” pesan Dato' Syarif buat kali yang terakhir.

     Shah mengangguk perlahan sambil mengiringi ayahnya ke luar bilik.

     “Ayah gerak dulu, jumpa dekat rumah. Assalamualaikum,” ujar Dato' Syarif.

     “Baik, ayah. Waalaikummusalam,” balas Shah perlahan.

     Dia memerhati kelibat ayahnya yang makin menghilang dari pandangannya sebelum masuk semula ke dalam bilik pejabatnya semula. Sebelum itu, sempat dia menjeling ke arah pekerjanya sambil terfikir siapakah orang-orang ayahnya itu.

     Sedang dia sibuk menyusun fail di atas meja, telefo bimbitnya berdering tidak henti-henti. Shah merengus kasar lalu mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat siapa pemanggilnya.

     “Hello, siapa ni?” jawab Shah.

     “Hi sayang. I ni, Maya,” balas si pemanggil.

     “Maya... Sorry I busy sikit ni,” ujar Shah sambil menghela nafas perlahan.

     “It's okay sayang. I call you ni pun sebab I rindu you sangat-sangat,” balas Maya manja.

     Terhenti kerjanya, dia terus fokus terhadap panggilan dari Maya itu. Dia tahu Maya tidak masuk ke pejabat kerana busy dengan projeknya.

     “I miss you too baby. How about we meet tonight?” tanya Shah lembut

     “Tonight? Yeah sure. Anything for you sayang. Kita jumpa malam ni ya?” balas Maya teruja.

     “Okay sure. Bye,” Shah menamatkan panggilan.

     Dia tekad malam ini dia harus berterus-terang dengan Maya. Dia yakin gadis itu akan menerima lamarannya.

MALAM itu, Shah berjumpa dengan Maya di sebuah restoran mewah. Dia siap menyediakan sejambak bunga mawar merah untuk kekasih hatinya itu.

     “Untuk you, my dearest love.” Shah menyerahkan jambangan bunga tersebut kepada Maya.

     “Aww... so sweet sayang. I suka sangat!” ujar Maya teruja. Dia menghidu bunga tersebut lalu meletakkannya di atas meja.

     Shah hanya menatap wajah kekasihnya.

     “Why are you looking at me like that?” tanya Maya sambil mengusap lembut jemari Shah.

     Shah tersedar dari lamunannya. Maya kelihatan sangat cantik sekali malam ini, berbeza dari hari-hari sebelumnya. Dia tidak mahu melepaskan pandangannya dari gadis itu.

     “You cantik sangat malam ni Maya, I terpukau dengan kecantikan you,” ujar Shah perlahan.

     Maya tertawa kecil.

     “Ada-ada aje you ni. Malulah I kalau you puji I macamtu,” balas Maya bersama senyuman lebar di bibirnya.

     “Maya, actually I want to ask you something?” ujar Shah serius. Dia menarik nafas panjang lalu menghembusnya perlahan.

     Maya melepaskan pegangan lalu menyandarkan dirinya ke kerusi.

     “What is it?” soal Maya gementar.

     Shah mengambil sesuatu dari dalam poket seluarnya.

     “Actually, I nak propose you tonight?” ujar Shah sambil meletak kotak cincin tersebut di atas meja.

     Maya menekup mulutnya.

     Shah tersenyum, jemari Maya diraih dan digenggam kemas.

     “Maya, will you marry me?”

     Maya senyap. Dia menghela nafas. Jemarinya ditarik semula. “Shah, I'm so sorry. I can't accept it,” tolak Maya lembut.

     Dia menolak semula kotak cincin tersebut ke arah Shah.

     Shah hampa lamarannya ditolak. “But why?” tanya tidak puas hati.

     Maya meraup wajahnya. “Marriage Shah? Don't you think it's a big deal in life? I tak nak kahwin lagi, itu bukan tujuan utama I dalam hidup ni,” balas Maya agak keras.

     Shah menelan air liur yang terasa kesat di kerongkongnya. Dia tidak percaya dengan kata-kata Maya itu.

     “Tapi bukan ke you cakap yang you sayangkan I sangat-sangat sampai you taknak langsung kehilangan I, Maya?” bisik Shah perlahan.

     Maya tertawa sinis.

     “Yeah, I tahu semua tu. But ini kisah lain Shah. You tak fikir ke nanti bila kita dah kahwin, I dah tak bebas macam dulu lagi. I can't go anywhere without your permission Shah, I akan rasa terkongkong. Plus, bayangkan if kita dah ada anak nanti? I tak boleh nak buat apa-apa Shah, I terpaksa jaga anak tu meanwhile you pula kena keluar bekerja? You rasa I boleh terima ke semua benda ni? No Shah! I tak boleh terima. I tak boleh terima terhadap apa-apa perubahan dalam hidup I nanti. I tak suka!” mrah Maya sambil menepis jemari Shah yang cuba memegang tangannya.

     “But... I cinta dan sayangkan you Maya. That's why I ajak you kahwin dengan I. And I janji kalau you sudi kahwin dengan I, I tak akan kongkong you langsung. I akan bagi you buat apa-apa aje yang you nak, I tak akan kawal hidup you langsung Maya. Please, terima I? I cintakan you sangat-sangat!” pujuk Shah lembut.

     “No Shah! I tetap dengan keputusan I. I'm not gonna married you, Shah. I tak bersedia lagi!” balas Maya kasar lalu beredar dari situ.

     “Maya! Maya! You nak pergi mana? I tak habis cakap lagi dengan you? Maya!” Panggil Shah berkali-kali. Maya tidak menghiraukan panggilannya dan terus beredar dari situ.

     Shah jatuh terduduk di kerusinya semula. Dia buntu, rancangannya tidak menjadi. Dia hanya memandang sepi cincin dan jambangan bunga tersebut.

SEMINGGU berlalu, Shah masih tidak mendengar khabar berita daripada Maya. Gadis itu benar-benar menjauhkan diri daripadanya. Shah tahu caranya agak keterlaluan dan terburu-buru. Dia patutnya faham dengan pendirian Maya tetapi apa yang dia fikirkan ketika itu hanyalah untuk lari daripada permintaan ibunya. Dia berfikir jika dia membawa Maya berjumpa dengan ibunya, maka ibunya akan bersetuju untuk mengahwinkannya dengan Maya namun dia tidak sangka Maya akan menolak lamarannya.

     Shah cuba menghubungi Maya sekali lagi namun semua panggilannya ditolak. Maya, where you at? I rindukan you sangat-sangat, teriak Shah dalam hati.

     Telefon Shah berbunyi nyaring. “Panggilan dari hospital?” soal Shah perlahan.

     Dia terus mengangkat panggilan telefon tersebut. “Hello? Ye saya? Apa dia? Saya datang sekarang!” balas Shah sebelum mematikan panggilan.

     “Lily, cancelkan semua meeting I harini. I nak ke hospital, urgent!” ujar Shah tergesa-gesa sebelum meninggalkan pejabatnya.

     Pembantu peribadinya hanya mengangguk perlahan.

     “Ibu, Shah datang ibu!” ujar Shah sambil menahan sebak.

     Pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu yang ibunya telah diserang sawan beberapa minit tadi. Jadi dia diminta hadir ke hospital untuk sebarang kemungkinan.

     Usai sampai di perkarangan hospital, Shah segera mencari parkir sebelum bergegas ke ruangan ICU.

     “Pesakit nama Siti Maslia binti Irsyad?” tanya Shah kepada jururawat yang bertugas.

     “Maaf, doktor masih merawat pesakit di dalam wad kecemasan. Encik diminta duduk sebentar,” ujar jururwat itu mengajak Shah untuk duduk sebentar sementara ibunya dirawat di dalam.

     “Baik, terima kasih.” balas Shah perlahan.

     Jururawat itu mengangguk lalu menyambung kerjanya.

     Perlahan-lahan dia menuju ke kerusi menunggu, punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi. Dia meraup wajahnya sambil melepaskan keluhan berat.

     Selang beberapa minit kemudian, ahli keluarganya yang lain tiba. Mak Tok meminta izin ke tandas sebentar, ayahnya pula terus menuju ke kaunter pertanyaan manakala Ariana terus mendekati abangnya yang sedang duduk itu.

     “Abang, macammana dengan keadaan ibu?” tanya Ariana sebaik saja dia sampai.

     Shah mendongak dan menggeleng perlahan. Dia bangun dari duduknya dan terus memeluk erat tubuh kecil itu. Dia melepaskan kesedihannya di bahu adik perempuannya itu.

     Sambil itu, Ariana mengusap lembut belakang tubuh abangnya.

     “Doktor masih tak bagitahu lagi keadaan ibu sekarang?” tanya Ariana perlahan.

     Shah mengangguk perlahan. Dia meleraikan pelukan. Wajah adiknya dipandang sayu.

     “Kenapa abang pula yang menangis? Sepatutnya sekarang ni abang yang kena comfort adik!” usik Ariana walaupun dia hampir menitiskan air matanya di hadapan abangnya itu.

     “Abang tak tahu nak buat apa lagi, dik. Abang takut abang tak sempat nak tunaikan permintaan terakhir ibu?” ujar Shah perlahan sambil mengemaskan pegangan tangan adiknya.

     “Permintaan terakhir ibu?” tanya Ariana sambil mengerutkan keningnya.

     Shah mengangguk perlahan. Dia menarik tangan adiknya untuk duduk di sebelahnya.

     “Ibu minta abang berkahwin dengan pilihan hati dia,” ujar Shah perlahan.

     Ariana terkedu. Dia menarik nafas perlahan sebelum menghembusnya semula. Pegangan tangan abangnya dikemaskan.
    
     “Jadi, abang setuju?”

     “Abang tak tahu, abang runsing jadinya. Kalau abang tak tunaikan, abang akan rasa bersalah. Tapi kalau abang tunaikan ibarat abang mengetepikan kebahagiaan abang sendiri. Abang tak tahu nak buat keputusan apa?” balas Shah runsing.

     Dia mengurut dahinya sendiri.

     Ariana berdehem. “Apa saja keputusan abang, kami sekeluarga sokong. Tapi, yang paling penting sekali adalah soal hidup abang sendiri. Kalau abang tak yakin dengan pilihan ibu, abang boleh fikir semula. Demi kebahagiaan abang, jangan buat keputusan terburu-buru,” ujar Ariana cuba memujuk abangnya.

     Shah berpaling melihat wajah manis adiknya. Dia mengerut dahinya sambil menggelengkan kepala.

     “Kalau abang tak bahagia dengan keputusan ibu, macammana? Kita tak pernah kenal orang itu, tiba-tiba kita nak bawa dia masuk dalam keluarga kita. Adik tak rasa pelik ke?” soal Shah semula.

     Ariana menghela nafas perlahan. Dia menunduk seketika sebelum dia mendongak semula memandang wajah abangnya.

     “Macam apa yang adik cakap, ini soal hidup abang. Apa-apa keputusan yang abang buat, semuanya berkait dengan hidup abang. Adik cuma taknak abang buat keputusan yang salah. Fikirkan keadaan ibu, and then baru abang boleh buat keputusan,” jelas Ariana lagi.

     Shah mati kata. Akhirnya dia senyap di situ. Perbualan itu terhenti begitu sahaja.

     Usai 40 minit menunggu, mereka didatangi sekumpulan doktor dan juga jururawat. Shah yang menyedari akan kedatangan itu, terus bangun dan mendekati doktor itu.

     “Doktor, macammana dengan ibu saya?” tanya Shah datar.

     Doktor yang bernama Haris itu menunduk seketika sebelum bersuara. “Maafkan saya, keadaan Puan Siti sekarang sangat lemah. Kandungan oksigen dalam badannya rendah, jadi kami perlu memasang alat bantuan pernafasan untuk dia. Buat masa sekarang, kami perlu memantau keadaan dia dengan lebih kerap.” jelas doktor tersebut.

     Ariana menekup mulutnya tidak percaya. Mak Tok di sisinya dipeluk kemas.

     “Macammana ibu saya boleh jadi teruk sampai macamtu sekali?” soal Shah.

     “Dia telah diserang sawan sehingga menyebabkan kandungan oksigennya jatuh merundum. Sekarang ini, kami tak boleh nak buat apa-apa. Cuma, kami kena pantau keadaan kesihatan dia dari masa ke semasa. Diharapkan encik sekeluarga bersabar,” jelas doktor Haris panjang lebar.

     “Boleh kami melawat ibu kami?” tanya Ariana pula.

     Doktor Haris menggeleng perlahan. “Buat masa sekarang, keadaan pesakit masih lagi lemah, jadi tidak dibenarkan melawat.” balas doktor tersebut.
    
     Shah menunduk ke bawah. Dia dipeluk oleh ayahnya.

     “Tak apa, lepas ni kita datang melawat ibu kalau ibu dah sembuh,” ujar Dato' Syarif cuba menenangkan anak perempuannya itu.

     “Yana tak nak kehilangan ibu, Yana sayangkan ibu sangat-sangat. Ayah, do something!” rintihnya bersama air mata yang laju membasahi pipinya.

     Shah mendongak. Dia memandang satu persatu wajah di hadapannya. Tiba-tiba, dia dapat merasakan sesuatu. Terus dia menarik jemari adiknya ke dalam dakapannya.

     “Abang dah buat keputusan. Abang akan pastikan ibu ada dengan kita sampai bila-bila! Abang tak akan kecewakan sesiapa lagi dalam keluarga kita,” ujar Shah dengan yakin.

     “Maksud abang?” soal Ariana perlahan.

     Shah menguntum senyum nipis. Dia menganggukkan kepalanya.

     “Shah akan jelaskan nanti dekat semua orang. Bagi Shah masa. Buat masa sekarang Shah kena jumpa dengan seseorang dan berbincang soal ini,” ujar Shah lagi.

     Mak Tok dan Ariana hanya mengangguk faham. Dato' Syarif pula hanya selesa mendiamkan diri sahaja.

     “Shah pergi dulu,” ujar Shah sebelum berlalu pergi.

KAMELIA membersihkan halaman rumahnya seorang diri. Sedang dia sibuk menyapu halaman rumahnya, seseorang mendekatinya.

     “Assalamualaikum,”

     Kamelia menoleh ke belakang. Dia terkejut melihat Shah sedang terpacak di hadapan rumahnya. Salam lelaki itu dibalas perlahan.

     Dia terus mendekati lelaki itu sambil memandang sekeliling. “Shah? Awak buat apa dekat sini?” tanya Kamelia pelik.

     “Kamelia... Saya ada hal nak bincang dengan awak,” balas Shah.

     Kebetulan sewaktu Shah sampai, dia terpandang akan sosok tubuh Kamelia yang sedang berada di halaman rumah. Jadi, dia mengambil keputusan untuk mendekati gadis itu.

     “Hal? Hal apa yang mustahak sangat sampai kena jumpa saya dekat sini?” soal Kamelia pelik.

     Dia pelik kenapa lelaki itu tiba-tiba mahu berjumpa dengannya. Kenal pun tidak tiba-tiba ada hal yang ingin dibincangkan bersama.

     Shah terdiam. Gadis itu merenungnya tajam. Shah memejamkan mata sambil menghela nafas perlahan.

     “Saya nak ajak awak kahwin!” ujar Shah dengan nada suara yang meninggi.

     Kamelia terkedu. Dia tidak menyangka yang lelaki itu datang untuk melamarnya.

     “Awak merepek apa ni Shah! Pergi baliklah!” balas Kamelia agak keras cuba untuk beredar dari situ.

     “Tidak! Saya tak akan berganjak dari sini selagi awak tak setuju!” balas Shah semula.

     Langkah Kamelia terhenti.

     Dia sudah datang jauh-jauh untuk berjumpa dengan gadis itu, mana mungkin dia akan pulang dengan tangan kosong.

     Kamelia menoleh semula. Lelaki itu direnung tajam. “Awak ingat dengan cara datang mengejut macamni boleh buat saya setuju nak kahwin dengan awak ke? Jangan bermimpilah Shah. Saya tak kenal awak, tak mungkin saya akan bersetuju untuk kahwin dengan orang yang saya tak kenal langsung!” tegasnya.

     Shah masih diam membatu.

     Kamelia merengus kasar. “Pergi baliklah Shah, tak eloklah kalau orang kampung nampak awak datang rumah saya macamni!” ujar Kamelia cuba menghalau lelaki itu.

     Dia tidak suka apabila dipaksa begini.

     “Kamelia, tolonglah saya merayu. Awak kahwinlah dengan saya! Saya janji yang saya akan bahagiakan awak! Saya sukakan awak Kamelia,” ujar Shah cuba memujuk lagi.

     “Jawapan saya dah jelas kan tadi? Saya taknak!”

     “Apa yang bising-bising kat depan ni Kamelia?” soal Cik Som yang muncul dari dari dalam bilik.

     Belum sempat Kamelia ingin menjawab, Shah sudah merempuh masuk ke dalam rumah.

     “Assalamualaikum makcik, maafkan saya datang mengejut macamni,” Ujar Shah perlahan.

     Cik Som terkejut melihat anak muda itu tiba-tiba datang ke rumahnya.

KAMELIA tiba di ruang tamu bersama dulang air. Dia meletakkannya ke atas meja, air dituang ke dalam cawan lalu dihidangkan kepada Shah. Sambil itu, dia sempat menjeling ke arah lelaki itu. Masih tidak puas hati dengan lamaran lelaki itu tadi.

     “Jadi, apa tujuan kamu datang ke mari?” soal Cik Som dingin.

     Shah sudah tidak senang duduk apabila direnung tajam oleh anak-beranak itu.

     “Sebenarnya... Saya datang bersama hajat,” balas Shah lembut.

     Kamelia hanya senyap sambil menunggu jawapan lelaki itu.

     “Hajat? Apa hajatnya?” soal Cik Som pelik.

     “Ibu saya sebenarnya berkenan sangat dengan anak makcik. Jadi saya datang ke sini mahu melamar Kamelia untuk menjadi isteri saya,” ujar Shah dengan yakin.

     Terbuntang mata Cik Som mendengarnya. Dia terus berpaling ke arah anaknya, Kamelia.

     “Macammana ibu awak boleh kenal dengan saya?” soal Kamelia setelah sekuan lama berdiam diri.

     “Yang itu saya tak pasti, yang saya tahu adalah ibu saya dah mengenali keluarga awal sejak dulu lagi,” balas Shah jujur.

     Cik Som tersenyum lebar.

     “Alhamdulillah, makcik tak kisah. Tapi apa-apa pun kamu berdua kena berbincang dulu. Makcik tak boleh nak buat apa-apa keputusan sekiranya Kamelia sendiri yang tak terima lagi lamaran kamu. Jadi kamu berdua berbincang elok-elok ya, makcik nak ke dalam kejap,” ujar Cik Som sebelum meninggalkan mereka berdua-duaan di ruang tamu.

     Kamelia mendiamkan diri. Dia tidak pasti dengan perasaannya ketika itu. Sedih? Marah? Takut? Bahagia?. Sejujurnya dia tidak pasti.

     Shah menghela nafas panjang sebelum memulakan perbicaraan.

     “Saya nak minta maaf terlebih dahulu kalau kedatangan saya secara tiba-tiba ini membuatkan awak sekeluarga tidak selesa. Tapi saya tak ada niat buruk, saya datang ikhlas nak lamar awak,” ujar Shah lembut.

     “Memangpun, datang tanpa diundang lepastu tiba-tiba nak ajak saya kahwin dengan awak? Awak ingat saya ni apa? Barang? Yang boleh dipilih-pilih? Bila dah tak berguna, awak boleh buang dalam tong sampah?” marah Kamelia sambil tangannya memeluk tubuh.

     Shah senyap seketika. Dia tertunduk ke bawah.

     “Saya tahu saya salah sebab memaksa awak. Tapi ini adalah permintaan ibu saya. Saya tak sanggup nak tolak permintaan dia. Tolonglah, terima lamaran saya. Saya yakin, lepas kahwin nanti, mungkin perasaan cinta itu boleh dipupuk?” balas lelaki itu, cuba untuk memujuknya kali ke-tiga.

     “Tapi awak yakin ke itu yang awak nak? Kita tak kenal satu sama lain Shah. Macammana kalau lepas kahwin nanti, awak tak boleh nak terima saya seadanya? Awak sanggup nak gadaikan kebahagiaan hidup awak untuk berkahwin dengan saya? Awak boleh terima saya lepas apa yang dah terjadi pada diri saya?” soal Kamelia sambil cuba menahan sebaknya.

     “Ya, saya pasti dengan keputusan saya. Demi kebahagiaan ibu saya, saya sanggup untuk mengahwini awak. Tolonglah terima saya Kamelia. Saya merayu dengan awak,” rayu Shah lagi.

     Kamelia menyeka air matanya yang mengalir di pipi.

     Shah teringat sesuatu, dia tidak membawa apa-apa untuk melamar Kamelia. Dia meraba-raba poket baju seluarnya untuk mencari sesuatu.

     Kamelia pelik melihat Shah seperti sedang mencari sesuatu.

     “Awak tengah cari apa?” soal Kamelia bersama kening berkerut.

     “Sekejap,”

     Ketika dia menyeluk poket seluarnya, dia terpegang sesuatu. Lantas, barang itu ditarik keluar dari dalam poket seluarnya.

     Cincin yang sepatutnya menjadi milik Maya. Tidak sangka, cincin itu masih ada di dalam poket seluarnya. Dia pasti lupa untuk mengeluarkannya semula semalam.

     Shah mengeluh perlahan, dia terpaksa menggadai cincin tersebut untuk Kamelia. Tapi dia tekad, jika itu yang boleh mengembalikan ibunya, dia sanggup buat apa saja.

“Cincin ni, saya letak dekat sini dulu. Kalau awak dah buat keputusan, saya harap awak boleh pakai cincin ini,” ujar Shah sambil meletak cincin itu di atas meja.

Kamelia memandang cincin itu sambil berfikir adakah dia pasti dengan apa yang didengarinya itu. Adakah dia boleh membuat keputusan yang betul.

Kamelia mengambil cincin yang berada di atas meja itu. Lalu, ditenungnya lama. Cincin itu memang cantik, tapi sesuaikah untuk dia?

“Shah, saya...” setelah berfikir panjang, Kamelia menyarung cincin itu ke jari manisnya.

Muat dengan sempurna.

“Saya terima.” Balas Kamelia sambil tersenyum ke arah Shah.

Shah menghembus nafas lega.

“Terima kasih sebab terima saya. Saya janji yang saya akan jaga awak elok-elok dan sayang awak dengan sepenuh hati saya,”

“Saya janji,” ujar Shah lagi.

Namun dia tidak sedar, janji hanyalah sekadar janji.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience