TUK 1 ❤️

Romance Series 38984

SHAH menggenggam erat jemari ibunya sambil memandang sayu wajah tua itu. Tangan didekatkan ke alis bibir lalu dikucup lembut. Air mata ditahan dari terus mengalir.

“Shah boleh tunaikan permintaan terakhir ibu sebelum ibu pergi?” soal Puan Siti perlahan. Dia tersenyum nipis.

“Apa dia ibu? Shah sanggup tunaikan segala-galanya. Janji ibu tak akan tinggalkan Shah langsung,” balas Shah sambil mengusap lembut rambut ibunya yang sedang terbaring di atas katil itu. Air matanya jatuh berguguran sejak tadi apabila doktor menyatakan bahawa kondisi ibunya semakin parah dan jika makin memburuk, kemungkinan jangka hayat ibunya semakin tipis. Sha tidak sanggup kehilangan satu-satunya ibu yang dia sayang.

Puan Siti cuba mencapai pipi anak lelakinya itu.

“Ibu nak Shah kahwin,”

“Kahwin?”

Puan Siti mengangguk perlahan.

“Ibu nak Shah kahwin calon dengan pilihan ibu dengan ayah sendiri. Kalau Shah sayangkan ibu, Shah tolong tunaikan permintaan terakhir ibu ini?” ujar Puan Siti cuba untuk memujuk anaknya.

Shah hanya diam dan mengangguk perlahan.

“Ya ibu, Shah akan turuti permintaan ibu. Apa-apa sahaja yang boleh buatkan ibu bahagia, Shah sanggup-” balas Shah walaupun hatinya berat untuk bersetuju.

“Dalam beg ibu ada satu kertas. Dalam kertas tu ada maklumat tentang bakal isteri Shah. Ibu nak Shah cari gadis itu dan bawa dia ke sini,” ujar Puan Siti sambil menunjuk ke arah beg tangannya yang terletak di dalam almari baju.

Shah terus mendekati almari baju itu. Pintu almari dibuka perlahan, dia mencapai beg tangan ibunya yang terletak di sudut almari. Terus digeledah isi beg tangan itu untuk mencari sehelai kertas yang diberitahu ibunya tadi. Setelah jumpa, Shah terus meneliti isi kandungan kertas itu, tertera alamat rumah dan nama gadis yang harus dicarinya nanti. Tanpa berlengah masa dia menyimpan semula kertas tadi di dalam poket seluarnya dan menuju semula ke katil ibunya.

“Nanti Shah akan cari gadis dalam kertas ini sampai jumpa. Shah akan tunaikan permintaan ibu,” ujar shah sambil menggenggam erat jemari ibunya lalu dikucup lama.

Puan Siti tersenyum lemah. Dia percaya inilah keputusan yang terbaik untuk anaknya.

KAMELIA menyusun langkah menghampiri kedai runcit Pak Mat yang terletak di hujung kampung. Dia ingin membeli sedikit barangan dapur yang semakin berkurangan di rumahnya.

“Assalammualaikum,” sapa Kamelia mesra sewaktu memasuki kedai runcit itu.

“Waalaikummusalam, Mel sorang aje ke harini? Mana Arif? Dah lama Pak Mat tak jumpa dia,” balas Pak Mat mesra sambil mengira stok barangan yang baru sampai tadi.

Kamelia memandang Pak Mat sekilas sebelum berpaling semula ke arah bakul berisi bawang putih di hadapannya. Dia memilih beberapa ulas bawang putih lalu dimasukkan ke dalam beg plastik di tangannya.

“Arif ke bandar sekejap Pak Mat. Katanya nak jumpa kawan lama dia dekat sana. Jadi Kamelia keluar seorang aje harini,” balis Kamelia sambil tersenyum nipis.

Pak Mat mengangguk kecil. “Rajin kamu tolong mak kamu, Kamelia. Macammana dengan keadaan Cik Som? Sihat dah ke dia?”soal Pak Mat lagi.

“Alhamdulillah Pak Mat, mak dah semakin sembuh. Tak sabar-sabar katanya nak buka gerai semula. Rindu nak memasak katanya. Terima kasih sebab Pak Mat selalu bertanya tentang keadaan mak,” balas Kamelia seusai memilih barangan yang ingin dibeli.

Dibawanya barangan tadi ke kaunter pembayaran.
“Ini aje ke yang kamu nak beli harini?” soal Pak Mat sambil mengira harga barang di atas meja itu.
Kamelia mengangguk perlahan.

“Ha’a. Nak beli banyak sangat takut tak cukup duit nak bayar nanti. Lagipun, mak kan tak sihat, jadi gerai pun dah lama tak buka. Duit pun tak berapa nak ada sekarang. Selalunya, dengan hasil jualan meniaga gerai tu lah yang kami kumpul untuk beli barang dapur, barang untuk gerai lagi. Kalau ada duit lebih, boleh simpan, Kalau tak ada, terpaksalah catu sikit barang dapur,” balas Kamelia perlahan.

Pandangan ditundukkan ke lantai.

Dia terasa malu jika bercerita perihal keluarganya pada orang lain. Hidupnya sederhana sejak dulu. Semenjak arwah ayahnya meninggal 10 tahun yang lepas, emaknya yang menyara kehidupan mereka bertiga dengan membuka gerai nasi lemak di tepi jalan. Disebabkan kekangan hidup, dia dan adiknya hanya mampu menamatkan pelajaran sehingga ke tingkatan lima sahaja walaupun dia meraih keputusan yang cemerlang sewaktu menduduki peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) 4 tahun yang lepas. Selepas itu, dia tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat tinggi kerana kekangan kewangan dan dia mengambil keputusan untuk menjaga emaknya di kampung. Adiknya pula baru sahaja tamat tingkatan lima dan ingin mencari kerja sambilan di dalam kampung itu sementara menunggu keputusan SPM-nya keluar.

Sebelum arwah ayahnya meninggal, mereka pernah menetap di Kuala Lumpur buat beberapa seketika kerana emak dan ayahnya pernah bekerja sebagai orang gaji di sebuah rumah banglo mewah yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Namun sejurus selepas ayahnya meninggal, mereka pulang semula ke kampung semula dan mendiami rumah peninggalan arwah ayahnya. Itulah satu-satunya harta yang sempat ditinggalkan oleh arwah ayahnya buat mereka sekeluarga.

“Mel, kan Pak Mat dah anggap Mel ni macam anak Pak Mat sendiri. Cubit paha kiri, paha kanan terasa. Itulah yang Pak Mat rasa tiap kali Mel bercerita tentang keluarga Mel. Pak Mat faham sangat dengan keadaan keluarga Mel. Macamnilah, Mel ambil apa-apa sahaja barang yang ada dalam kedai ni, Pak Mat belanja.” ujar Pak Mat ikhlas.

Pantas Kamelia menggelengkan kepalanya.

“Tak payahlah Pak Mat. Mel bukan nak minta simpati Pak Mat. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang ni, Mel malu nak minta lebih. Pak Mat dah banyak bantu keluarga Mel. Nanti apa pula kata orang kampung, dia orang mesti ingat Mel sekeluarga sengaja nak ambil kesempatan terhadap Pak Mat.” tolak Kamelia lembut.

Pak Mat menghela nafas berat. “Mulia sangat hati kamu ni, Mel. Beruntung siapa yang dapat beristerikan kamu nanti.”

Kamelia tersipu malu.

“Tapi kalau Mel dengan Arif nak cari kerja sementara bagitahu aje Pak Mat. Kedai ni pun boleh tambah pekerja seorang dua. Kalau nak minta sebarang pertolongan, tanya aje Pak Mat. Nanti pandai-pandailah Pak Mat suruh pekerja Pak Mat pergi ke rumah kamu.” pesan Pak Mat lalu menyerahkan semula plastik barangan kepada Kamelia.

Kamelia mengangguk kecil.

“Terima kasih Pak Mat. Mel balik dulu, assalammualaikum.” balas Kamelia sebelum berlalu pergi.

“Waalaikummusalam.” balas orang tua itu.

KETIKA sedang melalui jalan kecil yang menghala ke kawasan rumahnya, dia terserempak dengan sekumpulan manusia yang sedang melepak di simpang jalan. Siapa lagi tak lain tak bukan Roslan, anak kepada Pak Mat, tauke kedai runcit tadi.

Langkah dipercepatkan. Tidak mahu terserempak dengan gangster kampung itu. Namun nasibnya tidak baik apabila Roslan menyedari kehadirannya di situ.
“Lajunya jalan, nak kemana tu? Tak nak jumpa abang ke?” tegur Roslan sambil ketawa kecil. Dia meletakkan gitarnya di atas jalan sebelum menghampiri gadis itu.

Kamelia menarik nafas perlahan sambil tangan dikepal menjadi penumbuk. Tidak suka diganggu lelaki itu. Dia menayang wajah selamba padahal dalam hati sudah tidak keruan lagi. Mahu saja dia marathon di situ juga.

“Jangan kacau akulah!” tegur Kamelia serius.

Roslan tergelak sinis. Dia terus menyekat laluan gadis itu daripada melepaskan diri. Sambil itu, dia cuba memegang tangan Kamelia namun cepat-cepat ditepis gadis itu.

Kamelia menayang wajah marah di hadapan Roslan. Lelaki itu direnung tajam tak berkedip.

“Kau nak apa Roslan? Dalam sehari tak kacau aku tak boleh ke?” bentak Kamelia sambil cuba menepis tangan lelaki itu daripada cuba untuk menyentuhnya.

“Aku tak boleh kalau sehari tak kacau kau. Nanti rindu,” balas Roslan sambil tersenyum gatal. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Kamelia.

Bau nafas bercampur rokok itu memualkan tekak Kamelia. Dia menjarakkan diri dari lelaki itu.

“Kau pun mesti rindu nak kena kacau dengan aku, kan? Sebabtu kau lalu sini-” soal Roslan lagi sambil mencuit hujung tudung Kamelia.

Kamelia menjuihkan lidahnya keluar seperti ingin muntah. Dia malas mahu melayan lelaki itu. Sewaktu dia ingin melintasi lelaki itu, Roslan terus menarik lengannya sehingga dia jatuh ke dalam dakapan lelaki itu tadi.

Roslan terus merapatkan bibirnya ke bibir Kamelia.

Gadis itu meronta-ronta ingin dilepaskan.

“Kau nak pergi mana? Kau tak akan boleh lari dari akulah!” Roslan terus mengemaskan lagi pelukannya.
Kamelia cuba untuk menggigit lengan Roslan tapi tidak berjaya.

“Lepaskan akulah! Apa kau buat ni Roslan?! janganlah buat aku macamni, aku tak suka!” jerit Kamelia sambil menumbuk kuat dada lelaki itu.

Terbatuk-batuk Roslan dibuatnya!

Kamelia terus-berterusan cuba untuk meloloskan dirinya dari genggaman lelaki itu. Sakit hatinya diperlakukan begini. Selepas beberapa minit berada dalam pelukan lelaki itu, akhirnya dia dapat melepaskan diri dengan cara menendang celah kelangkang lelaki itu sehingga membuatkan Roslan melompat kesakitan.

“Rasakan!” herdik Kamelia.

Dia membetulkan tudung dan baju kurungnya yang sudah tertarik itu.

“Sakitlah sial!” maki Roslan sambil mengerang kesakitan. Teras sengal celah kelangkangnyaakibat tendangan padu itu tadi. Boleh mati pucuk aku macamni, desis hatinya.

“Kau memang dah melampau, Lan! Aku saja tak bagai muka dekat kau sebelum ni sebab aku fikir kau ni anak Pak Mat. Kalau tak dah lama aku heret kau masuk penjaralah! Kau ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat dekat anak Cik Mah, Humaira!” tengking Kamelia sambil menuding jari ke arah Roslan.

Roslan terdiam sebelum melepaskan tawa sinis.

“Aku buat apa dekat dia? Aku tak buat apa-apalah! Kau merepek apa ni?” nafi Roslan bersungguh-sungguh.

Kamelia memandang Roslan dengan pandangan tajam. “Kau ingat aku bodoh ke, Lan? Kau yang rogol anak Cik Mah dulu sampai buduk tu mengandung. Bila dia dah gugur, kau lari taknak bertanggungjawab! Lelaki jenis apa kau ni?!” balas Kamelia dengan sinis sekali.

Roslan tercengang.

Macammana dia tahu aku yang rogol budak tu dulu? Mampus aku macamni kalau kantoi, desisnya dalam hati.

“Kalau aku sebarkan berita ni dekat satu kampung, agak-agaknya apa yang akan jadi? Mungkin mak bapak kau dulu yang akan dapat malu bila dapat tahu anak dia orang buat perkara tak senonoh macamni?” duga Kamelia sambil tersenyum sinis.

Dia tidak kisah dengan pandangan jelik kawan-kawan Roslan terhadapnya. Dia puas hati dapat malukan Roslan. Biar mereka tahu dia tidak gentar berhadapan dengan ketua mereka itu.

“kurang ajar punya perempuan! Kau jangan nak libatkan mak bapak aku dalam hal ni!” tengking Roslan semula.

Dia menaikkan tangan untuk menampar pipi mulus itu namun dia tidak sangka Kamelia dengan berani menyuakan wajah ke arahnya.

Dengan mata terjegil, Kamelia mencabar Roslan. “Kau nak lempang aku? Kau nak jadi jantan dayus ke? Ha, lempanglah aku sekarang! Aku nak cabar kejantanan kau kalau kau dapat lempang aku sekarang?!” gertaknya.

Roslan mengetap bibir lalu menelan air liur yang terasa kesat di kerongkong itu. Perlahan-lahan dia menjatuhkan tangannya semula. Jari dituding ke wajah di hadapannya itu.

“Kau memang sengaja nak cabar aku, kan? Kau tunggu Kamelia. Satu hari nanti kau akan jatuh juga dalam genggaman aku! Kau kena ingat tu!” ugut Roslan sebelum sebelum perlahan-lahan menjauhi gadis itu.

Kamelia hanya tersenyum mendengar ugutan berbaur kencaman lelaki itu. Dia tahu Roslan sudah kalah dengannya. Dalam hati, dia bersorak kegembiraan.

“Kau ingat senang nak dapatkan aku? Kau kena ingat Roslan, rahsia kau dalam tangan aku. Kalau kau cuba kacau aku lagi memang aku takkan teragak-agak untuk hebohkan dekat seluruh kampung yang kau tu… P.E.R.O.G.O.L!” Kamelia sengaja menggertak lelaki itu.

Tanpa menunggu, Kamelia terus beredar dari situ.
Roslan mengepal penumbuk. Dia menendang batu yang ada di hadapannya. “Aduh! Bodoh punya batu! Kau pun nak cari pasal dengan aku juga ke?!” marah Roslan terhadap batu itu. Terhincut-hincut dia berjalan ke arah rakan-rakannya semula.

SHAH merebahkan tubuhnya ke atas katil. Badan terasa penat setelah seharian berada di hospital. Dia menarik keluar kertas yang berada di dalam poketnya tadi. Nama dan alamat itu dibaca satu persatu.

“Patut ke aku cari perempuan ni? Isy searbutlah! Kalau ibu tak paksa-paksa aku memang taklah aku nak cari entah siapa-siapa ni!” dia meronyok kertas tersebut sebelah mencampaknya ke atas lantai.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Dengan malas Shah mengangkat panggilan itu.

“Hello sayang, you dekat mana tu? I bosanlah… jom kita keluar?” ujar suara manja itu.

Shah menjauhkan telefon bimbit dari telinganya lalu menjulingkan matanya ke atas sambil merengus kasar. Ini lagi seorang, tak boleh bagi hidup dia rasa tenang. Tiap hari mesti saja akan menganggunya macam tak ada kerja lain.

“Hello Shah? You dengar tak apa I cakap?”

Shah menekap semula telefon bimbit ke telinganya. Nafas ditarik kasar sebelum menjawab.

“I malas nak keluar-”

“Ala please, lagipun kita kan dah lama tak keluar berdua. I rindu nak manja-manja dengan you,”

Berusaha gadis itu memujuknya. Shah rimas.

“You tak faham bahasa ke Maya? Kalau I cakap I penat means I penatlah! I taknak jumpa sesiapa harini!” bentak Shah lalu menamatkan panggilan.

Tiada masa untuk mendengar jawapan dari gadis itu.

“Tapi say-” tut.. tut.. tut..

“What?! dia end macamtu aje?” bentak Maya sambil menghentakkan kaki ke lantai.

Dia mengambil sepuntung rokok dari dalam beg duitnya lalu dicacahkan pemetik api ke hujung puntung rokok itu. Rokok disedut beberapa kali sebelum dihembus keluar semula sampai terbatuk-batuk dibuatnya. Geram punya pasal dengan sikap semberono lelaki itu. Disedut semula puntung rokok itu, selang beberapa saat dia menarik keluar puntung rokok itu dari celah bibirnya lalu dihembus keluar kepulan asap tebal yang menyesakkan dada. Sekali lagi dia terbatuk-batuk akibat tersedut asap rokok tadi.

Asap rokok yang memenuhi segenap ruang dalam paru-parunya itu dapat menenangkan jiwa. Dia khayal dalam dirinya sendiri.

“Eh, sejak bila you merokok ni?” tegur seseorang.

Maya menjeling sekilas. “Tak payah sibuklah!” marahnya lalu menghisap rokok di celah jarinya lagi.
Sofia melepas tawa sinis.

“You ni kenapa? Moody semacam I tengok. Marah dekat siapa lagi?” soal Sofia lalu melabuhkan punggung di sebalah Maya.

Maya merengus lagi.

“Shah! I tak faham kenapa dia nak marah-marah I? I just ajak dia hangout dengan I but dia boleh bebel-bebel dekat I macam orang gila. Dia cakap I tak faham dia langsung. Menyampah betul! I stress betul dengan perangai dia lately ni-” bebel Maya.

Dia mencapai gelas di atas meja lalu diteguk rakus. Terasa kering tekaknya lepas merokok. Suasana bingit dalam kelab malam itu tidak dihiraukannya langsung. Dia geram dengan tindakan Shah yang sering memulaukannya itu.

“Ala you ni, chill lah. Mana tahu dia tengah busy dengan kerja ke? You kena faham, dia kan CEO company,” sindir Sofia.

Maya melepas tawa sinis. Wajah Sofia ditatap tak beriak.

“Busy you cakap? Dia dah apply cuti dua minggu. Bila I tanya kenapa, dia just jawab sebab nak jaga his mom yang tengah sakit tu. Orang tua tu pun satu, entah kenapa nak benci sangat dengan I sampai tak bagi I berkawan langsung dengan anak dia,”

“Tapi sekarang, I rasa ini semua kifarah sebab dulu dia sombong sangat dengan I. sekarang ni terus jatuh sakit.” Maya menyambung tawanya.

“Tunggu masa nak mampus aje!” jawabnya lagi di depan muka Sofia lalu dia tertawa besar sambil menggelengkan kepala berkali-kali.

Sofia menjeling sekilas lalu menggelengkan kepala. Tidak faham dengan perangai kawannya itu.

“You ni jahatlah Maya. Orang tua yang menyusahkan tu jugalah nanti yang akan jadi mom in-law you tau. Kalau dikatakan tiba-tiba dia mati dulu? Tak sempat you nak melutut minta maaf dekat dia. Masa tu dah terlambat untuk you nak minta restu dari dia. Itupun kalau dia benarkan you kahwin dengan anak dialah,” jawab Sofia sinis sambil menahan mulutnya dari ketawa.

BAM!

Terhinjut bahu Sofia akibat terkejut dengan bunyi itu.

Maya menghempas kuat meja bar sehingga menarik perhatian pengunjung di dalam bar itu. Sofia direnung tajam. Jari dituding ke arah wanita itu.
Sofia menarik nafas perlahan sambil menjarakkan dirinya. Maya kalau mengamuk habis sekeliling dia amuknya nanti.

“KAU MEMANG SENGAJA NAK CARI PASAL DENGAN AKU KAN, PEREMPUAN?!” sah, Maya sudah mengamuk.

Orang sekeliling mula memerhatikan mereka. Sofia merasa tidak selesa apabila ditenung begitu. Maya terus menerus mendekatinya.

“Maya, stop it! Kita dekat public lah!” nada suara Sofia naik seoktaf.

Ditolak jauh tubuh kecik di hadapannya itu.

Maya ketawa sinis sebelum merampas gelas yang berada di atas meja lalu dengan laju menghayunkan ia ke arah Sofia.

Akibat terkejut, Sofia hanya mampu berdiri tegak di hadapan Maya tanpa melakukan apa-apa. Dia sempat menutup mata sebelum gelas kaca itu hinggap di wajahnya.

“Arghh!!!”

Orang ramai tiba-tiba menjerit apabila Maya tiba-tiba bertindak sedemikian.

Ayunan tangan Maya berhenti betul-betul di depan wajah Sofia. Keadaan sepi seketika. Orang ramai mula berbisikkan sesuatu. Mungkin tidak percaya dengan tindakan semberono gadis itu.

Sofia membuka matanya semula. Mata itu sudah mula bergenang dengan butiran kristal jernih. Bila-bila saja, empangan itu boleh pecah membasahi wajahnya. Nafasnya turun naik menahan amarah sekaligus takut dengan Maya di hadapannya.

“Takut?” dengan sinis Maya menyoal.

Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Sofia. Pipi gadis itu ditampar lembut sambil tertawa sinis.

Sofia sudah tidak tahan dengan perangai psiko gadis itu. Dia menutup matanya sambil bibirnya tidak henti-henti membisikkan sesuatu. Mungkin cuba meminta tolong dari orang ramai di situ.

Maya dapat menangkap gerak bibir gadis itu. “Tolong? Kau nak minta tolong siapa?” soalnya.

Sofia menggelengkan kepalanya berturut-turut. Mata masih tertutup.

Maya mendekatkan bibirnya di telinga Sofia. “Ini amaran terakhir dari aku. Sekali lagi kau cakap buruk pasal aku dan cuba untuk masuk campur dalam urusan aku. Wajah cantik kau ni aku akan toreh dengan pisau!” bisiknya.

Membulat mata Sofia mendengar ugutan gadis itu. Wajahnya ditunduk ke lantai. Muka ditekap dengan tangan. Teresak-esak dia menangis.

“KAU DENGAR TAK CAKAP AKU? KE KAU NAK AKU BUAT BETUL-BETUL?” jerit Maya agak keras.

Sofia mendongak dan menggeleng tanda tidak mahu dicederekan wajahnya. Sudahlah wajah itu digunakan untuk cari makan.

Maya tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang putih itu.

“Pandai pun, lepasni jangan tunjuk muka kau depan aku lagi!” ugut Maya buat kali terakhir.

Dia mencapai beg tangannya di atas kerusi lalu tangannya didekatkan ke wajah Sofia semula.

Automatik kepala gadis itu terteleng ke tepi.

Maya melepaskan tawa kecil. Pipi gadis itu ditampar lembut sekali lagi.

Sofia sudah menggigil ketakutan, cepatlah berambus, buat apa lagi dekat sini! Berambuslah Maya, jeritnya dalam hati.

Terus Maya beredar dari situ setelah dia puas membuli ‘bekas’ kawan baiknya itu. Sejujurnya dia tidak perlukan kawan kerana mereka semua menyemakkan kepalanya.

Usai Maya hilang dari pandangan, Sofia jatuh terduduk semula di atas kerusinya. Orang ramai mula mengerumuninya dan bertanya tentang keadaannya. Namun, dia hanya menggelengkan kepala dan berterima kasih sebelum beredar dari situ.

TOK TOK TOK!

Sedang enak dibuai mimpi, pintu bilik Shah diketuk berkali-kali. Terpisat-pisat Shah membuka matanya. Dengan malas dia bangun untuk membuka pintu. Dia dapat agak siapa yang mengetuk pintu biliknya malam-malam.

Tombol pintu dipulas, muncul wajah adiknya di sebalik pintu.

“Abang, jom makan. Bibik dah siap masak. Mak tok pun dah ada kat bawah,” ajak Ariana mesra.

Shah menguap beberapa kali sebelum menjawab “Hm, nanti abang turun. Nak mandi jap.” balasnya datar. Pintu bilik terus ditutup tanpa mendengar jawapan dari adiknya.

Tuala dicapai lalu kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air.

“Period ke abang aku ni? Tapi dia lelaki-” ujar Ariana terus berlalu ke bawah.

Shah memicit dahinya yang terasa berdenyut-denyut. Salah dia tidur lepas maghrib sebelum sempat membersihkan diri. Dia mencuci wajahnya sebelum membiarkan diri dia di bawah pancuran air.

USAI mandi dan sebagainya, Shah turun ke bawah untuk makan malam. Kelihatan Mak Tok dan Ariana sudah menunggunya di meja makan.

“Baru sekarang nak turun?” soal Mak Tok di meja makan.

Shah mengangguk lemah. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Ariana. Malas mahu menjawab soalan Mak Tok nya, dia makan tanpa sebarang suara.

Ariana berbalas pandangan dengan neneknya.

Dibiarkan Shah berperangai begitu. Mereka menggeleng kepala melihat Shah yang senyap dari tadi. Mak Tok sudah lali dengan perangai cucunya yang sejak azali memang begitu. Setelah sekian lama dia tinggal bersama cucu menantunya, dia sudah faham dengan perangai Shah yang keras kepala dan pendiam itu.

Mak Tok memilih untuk tinggal bersama anak menantunya selepas dia berhenti dari menyandang jawatan sebagai CEO di syarikat yang dia bina sendiri bersama arwah suaminya suatu ketika dahulu. Selepas itu, jawatan disandang oleh anak lelaki sulungnya, Dato’ Syarif iaitu ayah kepada Shah Iskandar dan Ariana. Isterinya, Puan Siti yang merupakan menantu dan ibu kepada dua orang cucunya tadi kini sedang terlantar di hospital sejak setahun lalu selepas disahkani mengidap barah payudara.
Hubungan mereka sebelum ini cukup akrab. Tapi, selepas beberapa bulan yang lalu, hubungan Shah dan ahli keluarga yang lain semakin reggang akibat Shah telah bergaduh besar dengan ayahnya kerana lelaki itu menyatakan hasratnya untuk berpindah keluar dari rumah banglo itu dan hidup berdikari. Namun Mak tok dan lain-lain tidak beberapa setuju kerana memikirkan keadaan Puan Siti yang masih terlantar sakit di hospital. Ia kerana, tiada siapa yang dapat menjaga Mak Tok dan Ariana jika Shah berpindah keluarga. Dato’ Syarif pula terlampau sibuk di pejabat sehinggakan tiada masa untuk pulang ke rumah.

Doktor juga tidak membenarkan mereka untuk membawa pulang Puan Siti kerana penyakitnya itu hanya boelh dirawat di hospital. Doktor juga tidak mahu mengambil risiko sekiranya apa-apa terjadi sewaktu Puan Siti berada di rumah. Disebabkan itu juga, Shah membatalkan niatnya sementara waktu dan kembali tinggal di rumah banglo itu. Biar sehingga ibu betul-betul pulih baru dia membuat keputusan semula.

“Macammana dengan keadaan ibu kamu, Shah?” soal Mak tok tiba-tiba.

Shah berhenti makan seketika. Dia mengangkat wajah dan memandang Mak Tok di hadapannya.

“Keadaan ibu masih lemah. Doktor tak dapat nak jangka sebarang perubahan dalam masa enam bulan ini, kita kena berserah pada takdir. Andai kata ubat tu bertindak balas dengan baik, mungkin pihak hospital akan terus menggunakan ubat tersebut untuk merawat ibu.” balas Shah sebelum menyambung makannya yang terhenti tadi.

“Alhamdulillah, lega Mak Tok dengar.”

“Kamu pun tak perlu nak menyusahkan diri setiap hari nak ke hospital. Ayah dengan Yana kan ada, mereka boleh tolong jaga ibu juga,” balas Mak Tok perlahan.

“Betul tu bang. Yana pula yang penat tengok abang balik lewat sebab jaga ibu dekat hospital. Abang jangan risau, sementara Yana still cuti ni, boleh aje Yana jaga ibu dekat hospital. Abang pun rehatlah dekat rumah, sekarang ni abang cuti pun tak macam cuti tau! Setiap hari pergi hospital!” bebel Ariana pula.

     Shah senyap sebentar. Nasi di dalam pinggan digaul tanpa dimakan.

     “Abang bukan taknak rehat, tapi abang rasa bersalah dengan ibu. Abang nak tebus kesilapan abang. Abang nak jaga ibu selalu, abang tak kisah in dengan kerja dekat pejabat tu selagi ibu tak kembali sihat seperti biasa,” ujar Shah perlahan.

     Ariana menghela nafas perlahan. Dia menyentuh bahu abangnya. “Kisah yang lepas tak usahlah dikenang. Ibu pun dah maafkan abang, kan? Abang janganlah macamni. Ibu tak pernah berdendam dengan abang pun,” pujuk Ariana lembut.

     Shah tersenyum kecil. Pandangannya masih dijatuhkan ke pinggan.

     Ariana dan Mak Tok memandang satu sama lain. Akhirnya Ariana hanya mampu mengeluh kecil. Tidak tahu lagi bagaimana harus memujuk hati abangnya yang keras itu.

     Malam itu suasana makan malam mereka terasa sepi kerana masing-masing sibuk melayani perasaan sendiri.

  KAMELIA menyusun ikan kembung yang siap digoreng ke dalam pinggan. Lalu dia menghidangkannya di atas meja bersama lauk yang lain. Selepas semuanya terhidang, dia terus memanggil adik dan emaknya untuk makan malam.

     “Mak, Arif. Jom makan, Mel dah siap masak ni,” panggil Kamelia sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan.

     Arif masuk ke dalam dapur sambil tersenyum lebar.

     “Sedapnya bau. Akak masak apa malam ni?” tanya Arif sambil perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

     Kamelia tersenyum mendengar masakannya dipuji.

     “Duduk dulu mak.” Kamelia menarik kerusi untuk emaknya.

     “Harini, akak masak ikan kembung goreng dengan kangkung goreng belacan saja. Maaflah Mel tak dapat nak beli lebih sebab duit tak nak cukup,” ujar Kamelia sedih.

     “Tak apa Mel, ini pun dah cukup. Bukan selalu kita dapat makan macamni. Mak nak minta maaf dekat kamu berdua sebab mak tak dapat nak masak harini.” balas Cik Som sambil mengusap lembut belakang rambut anaknya.

     ”Isy, mak tak payah risaulah. Mel kan ada, Mel boleh masakkan untuk mak dengan Arif. Lepasni, mak rehat aje cukup-cukup dalam bilik biar Mel dengan Arif yang kemaskan rumah. Kalau mak nak, Mel boleh buka gerai dengan Arif. Lagipun kita dah lama tak buka gerai, kan? Orang kampung mesti rindu dengan nasi lemak mak?” ujar Kamelia sambil memujuk emaknya.

     Cik Som terkesima. ”Betul ke Mel tak kisah nak buka gerai berdua dengan adik?“ soal Cik Som tidak percaya.

     ”Mak tak percaya ke? Mel cakap betul-betullah ni. Mel boleh jaga dengan Arif, kan?“ balas Kamelia sambil memandang ke arah Arif.

     Arif hanya mengangguk kecil.

     ”Hm, nantilah mak fikirkan. Buat masa sekarang ni Mel tak payah sibuk-sibuk fikirkan pasal gerai kita tu.“ balas Cik Som perlahan.

     Kamelia hanya mengangguk kecil.

     ”Dah, jom makan. Nanti sejuk, tak sedap pula.“ ujar Arif sambil mencedok lauk kangkung ke dalam pinggannya.

     Kamelia dan emaknya hanya tertawa kecil.

     Mereka menikmati makan malam sambil bergelak-ketawa.

Saya publish semula bab ini selepas sedikit penambahbaikan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience