TUK 15 ♥️

Romance Series 38946

Kamelia fokus menonton drama di skrin televisyen sambil memakan sepotong buah yang dipotongnya tadi. Sesekali tawanya kedengaran di setiap penjuru rumah.

Kedengaran bunyi tombol pintu dipulas dari luar.

“Awalnya Shah balik?” sekilas Kamelia memandang jam di dinding.

Dia melihat Shah memasuki ruangan dapur namun tidak menegurnya. Mungkin Shah tidak perasan akan dia yang sedang berada di dapur. Dia cuba memancing lelaki itu dengan panggilan ‘abang’.

Kamelia berdehem.

“Awal abang balik harini? Mel ingat abang ada kerja dekat luar?” tanya Kamelia, namun tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulut lelaki itum

Pelik, selalunya dia tak macamni. Kita cuba lagi sekali lah, desis hati Kamelia. Dia cuba memanggil Shah sekali lagi.

“Abang, Mel dah bagitahu Mak Tok tentang rancangan Mel nak sambung belajar dan Mak Tok benarkan. Sekarang tinggal Mak dengan Arif aje yang Mel tak bagitahu lagi,” ujar Kamelia dengan ceria.

Shah masih buat bodoh. Dia menuju ke arah peti sejuk lalu membuka peti sejuk tersebut. Pandangannya kosong.

“Abang? Abang okay tak? Ke abang lapar? Mel boleh sediakan makan malam?” soal Kamelia lagi lalu bingkas bangun menuju ke arah suaminya.

Tiba-tiba Shah menghempas kuat pintu peti sejuk sehingga bergegar seluruh badan peti sejuk itu.

“Abang kenapa? Mel ada buat salah ke dengan abang?” tanya Kamelia takut-takut.

“Boleh tak kau jangan serabutkan kepala otak aku! Semaklah!” tengking Shah sambil menekup kedua belah telinganya dengan tapak tangan.

Kamelia terkedu lalu menangis.

“Kenapa awak nak tengking saya tanpa sebab? Apa salah saya? Saya cuma tanya kenapa awak diam lepas awak balik, itu saja!” balas Kamelia kelu.

“Diamlah! Aku tengah serabut jangan kau serabutkan lagi kepala otak aku dengan masalah kau!” tengking Shah lalu meluru ke arah tangga lalu menaiki tangga menuju ke arah bilik tidur.

Pintu bilik dihempas kuat.

Kamelia tersedu-sedu menahan sakit. Dia terkilan kenapa Shah melayannya dingin.

Kamelia mencapai telefon bimbit lalu nombor telefon adik iparnya didail.

Telefon dilekap ke telinga. “Hello Yana? Tolong akak,” ujar Kamelia sambil menangis.

“Hello akak, kenapa ni? Yana dekat kolej sekarang ni. Kenapa suara akak macam baru lepas nangis? Akak ada masalah dengan abang ke?” soal Ariana dengan nada risau.

Kamelia menahan sedu.

“Masa abang Shah balik dari kerja tadi tiba-tiba dia bermasam muka dengan akak. Lepas akak tanya kenapa, tiba-tiba dia nak tengking akak. Akak pun tak tahu kenapa dia tiba-tiba jadi macamtu? Yana tolong akak pujuk abang Shah?” jelas Kamelia panjang lebar.

Ariana mengeluh kecil.

“Abang Shah memang macamtu. Sejak kecil lagi dia memang terkenal dengan perangai panas baran dia, kalau ada benda yang tak puas hati memang dia akan mengamuk. Lagi-lagi soal kerja, semua orang dekat rumah tu dah pernah kena amuk dengan dia termasuk ibu juga,” jelas Ariana.

“Maksud Yana?” soal Kamelia.

“Dulu abang pernah minta restu ibu dengan ayah untuk berkahwin dengan girlfriend dia tapi ibu tolak sebab ibu tak suka dengan girlfriend abang yang dulu. Mengamuklah abang sampai dia keluar dari rumah. Tapi tak lama, lepas sebulan dia pulang semula jumpa ibu dengan ayah. Tapi itu semua berlaku sebelum ibu jatuh sakit. Selepas ibu masuk hospital, sikit demi sedikit abang berubah walaupun sukar untuk dia buang sikap panas baran dia tu,” jelas Ariana panjang lebar.

Kamelia mengangguk faham.

Dia diam sebentar sebelum bertanya, “Girlfriend yang Yana sebut tu Maya, kan? Maya Sarifah?” soalnya untuk kepastian.

“Akak Mel kenal Maya ke?”

“Kalau akak nak tahu, Yana meluat gila dengan dia, nama dia pun Yana tak nak sebut!” balas Ariana dengan nada menyempah.

Kamelia melepas tawa kecil.

“Panjang cerita dia, nanti akak ceritalah. Cuma sekarang ni Yana ada idea tak untuk tolong akak pujuk abang Shah semula?” tanya Kamelia cuba untuk mendapatkan idea daripada adik iparnya.

“Of course ada,” balas Ariana dengan riang.

“Apa idea Yana?” tanya Kamelia sambil menjungkit kening.

KAMELIA mundar-mandir di hadapan bilik tidur. Di tangannya terdapat sepinggan ke coklat kukuh yang gigih dibakarnya sebentar tadi. Menurut Ariana, abangnya suka akan kek coklat jadi Kamelia terus mencari resepi kek coklat yang mudah lalu membuatnya sekali gus.

Tapi sampai sekarang dia masih berdiri tegak di hadapan pintu bilik. Tidak tahu mahu meneruskan niatnya ataupun tidak.

“Aku nak kena pujuk dia ke? Tapi kalau asyik bermasam muka aje sampai bila nak berbaik?” bebel Kamelia seorang diri.

Selepas beberapa minit memikirkan solusi akhirnya dia membuat keputusan. Kamelia mengetuk pintu bilik dengan penuh berhati-hati.

“Abang?”

“Abang dah tidur ke? Mel ada buatkan kek coklat ni. Favourite abang kan?” pancing Kamelia.

Tiada jawapan.

Kamelia mengeluh lagi. “Cuba sekali lagilah.”

“Abang? Boleh Mel masuk?” tanya Kamelia lalu memulas tombol pintu bilik tersebut.

“Tak berkunci? Dia tunggu aku ke?”

Pintu dikuak perlahan. Kaki diatur perlahan menuju ke arah katil yang berada di tengah-tengah bilik. Bilik terasa sejuk dari penghawa dingin yang dipasang. Tubuh suaminya kelihatan berbalut penuh dari hujung kaki sampai ke kepala dengan comforter.

Kamelia mendekati katil perlahan. Dia menjuih bibir melihat suaminya tidur lena.

“Tidur dah? Tak sempatlah dia nak merasa kek coklat aku ni. Habistu siapa nak makan kek coklat yang banyak ni?” omel Kamelia perlahan dalam gelap.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk beredar. Namun ketika dia hendak berjalan keluar, tangannya diraih dari belakang sehingga membuatkan dia terjerit kecil.

Cepat-cepat Kamelia pusing ke belakang. Kelihatan Shah sedang merenungnya dengan wajah baru bangun tidur.

“Awak nak pergi mana?” soal Shah dengan pandangan redup.

Kamelia diam. Pandangan dijatuhkan ke lantai.

“Saya ingatkan awak dah tidur, sebab itu saya taknak kacau awak.” balas Kamelia takut-takut.

Risau jika lelaki itu memarahinya lagi.

“Awak bawa apa itu?” jari Shah menuding ke arah piring yang berada di tangan Kamelia.

“Tak ada apa-apa,” cepat-cepat Kamelia menyembunyikannya di belakang tubuh.

Kamelia berlagak tenang.

“Jangan tipu saya. Tadi saya nampak awak ada pegang something?” duga Shah.

Kamelia terdiam sebentar. Lalu, dia keluarkan semula kek coklat yang disembunyikan tadi.

“Saya ada buat kek coklat. Awak suka kan?” balas Kamelia perlahan.

“Macammana awak tahu?”

“Rahsia,” balas Kamelia sambil mendekatkan jari telunjuk ke bibirnya.

Suasana sepi seketika. Dalam suasana kelam, Shah masih dapat melihat wajah teruja isterinya itu.

“Saya lapar. Itu untuk saya, kan?” Shah menadah tangan ingin meminta piring dari isterinya.

Piring kini sudah bertukar tangan.

“Duduklah, takkan sampai pagi awak nak tercegat depan saya?” ujar Shah lalu menyuap sepotong kek coklat ke dalam mulut.

“Oh, lupa.” pantas Kamelia melabuhkan punggung di sebelah suaminya.

“Sedap tak saya buat?” tanya Kamelia meminta pujian.

Shah mengangguk kecil.

“Bolehlah.” balas Shah pendek.

Kamelia mencebik.

“Saya tahulah saya tak pandai buat modern dessert. Tapi saya ikhlas nak buat kek coklat ni untuk awak. Sekurang-kurangnya pujilah lebih sikit, penat tahu tak saya bakar malam-malam buta untuk awak,” balas Kamelia sedih.

“Tapi saya tak suruh pun awak buat kek coklat untuk saya?” balas Shah selamba sambil menyuap kepingan terakhir kek ke dalam mulutnya.

Kamelia mengetap bibir.

Shah tahu isterinya sedang merajuk. Jemari isterinya lantas diraih lalu dibawa ke dalam pegangannya.

“Abang puji ikhlas. Sedap kek yang isteri abang ni buatkan, kalau tak sedap takkanlah sampai licin piring ni abang makan? Nasib dengan piring sekali abang tak gigit,” Shah cuba melawak.

Kamelia tersenyum malu. Kepalanya ditundukkan ke bawah.

“Ada banyak lagi kat dapur kalau abang nak. Saya boleh pergi ambil kan?” tanya Kamelia lagi.

“Tak apa, abang dah kenyang.”

Kamelia mengangguk faham. Dia mengambil piring tadi dari tangan Shah. “Nanti saya basuhkan.” ujar Kamelia meletak piring tersebut di atas meja.

“Abang minta maaf kalau tadi abang tertinggi suara dekat sayang?” ujar Shah perlahan.

Kamelia mengalihkan pandangannya ke arah suaminya semula.

“Mel faham. Mel pun nak minta maaf kalau Mel tak faham masalah abang. Mel tahu sekarang ni abang serabut dengan kerja dengan ibu lagi. Mel sepatutnya tak tanya abang macam-macam,” balas Kamelia.

Shah meraup lembut wajah isterinya.

“Abang tak patut naikkan suara dekat sayang. Dan abang tak sepatutnya masuk campur hal kerja dengan hal peribadi, abang minta maaf sangat-sangat sebab dah sakitkan hati sayang,” jelas Shah lagi.

Mel meraih jemari suaminya lalu dikucup lembut tangan lelaki itu. “Mel dah maafkan abang. Cuma lepas ini kalau abang ada masalah, jangan sembunyikan dari Mel?”

“Mel berhak tahu sebab Mel isteri abang. Segala masalah abang jangan malu nak kongsi dengan Mel. Kalau tak keberatan, mungkin Mel boleh tolong?” balas Kamelia menguntum senyuman manis di bibir sehingga terserlah lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

Shah terpegun melihat kecantikan semula jadi isterinya.

“Kenapa sebelum ni abang tak pernah perasan lesung pipit dekat pipi Mel ni? Abang tak pernah hargai apa yang ada depan abang selama ini. Abang langsung tak hargai kehadiran Mel dalam hidup abang. Abang minta maaf,” Shah meminta maaf untuk kesekian kalinya.

Kamelia memandang redup wajah suaminya.

“Berapa kali abang nak minta maaf dekat Mel? Mel tak maafkan betul-betul baru tahu,”

Shah tertawa kecil.

“Okay. Abang minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau sebelum ni abang pernah terkasar bahasa. Abang bersumpah tak akan buat lagi,” sumpah Shah sambil mengangkat tangan kanannya ke udara seakan-akan berikrar.

“Jangan main dengan sumpah nanti memakan diri,” pesan Kamelia.

“Mel pun nak minta maaf kalau Mel ada marah-marah abang atau tak puas hati dengan abang sebelum ni. Abang maafkan Mel ye?” ujar Kamelia sambil menarik tangan suaminya ke dada.

“Mel tak pernah buat salah dekat abang. Mel cukup sempurna di mata abang, di mata ahli keluarga abang. Abang aje yang tak pernah menghargai Mel sebelum ni sebab ego abang,” terang Shah.

Kamelia tunduk ke bawah.

“Mel faham. Mel cuma nak berterima kasih dekat abang sebab bagi peluang dekat Mel untuk kenal hati budi abang,” jujur Kamelia dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibir.

Shah memandang ke dalam anak mata gadis itu sehingga membuatkan Kamelia tersipu malu.

“Abang sedar selama ini abang layan Mel macam orang luar,” ujar Shah.

Kamelia menatap lama wajah Shah. “Tak apa, lagipun sebelum ni kita kan tidur berasingan. Mel tak akan paksa abang kalau abang tak bersedia. Semua ni kena ikhlas dari hati, bukan dengan paksaan,” ujar Kamelia faham akan maksud suaminya.

“Tapi abang tahu semua orang sedang mengharapkan sesuatu daripada kita?” ujar Shah.

“Maksud abang?”

“Zuriat.” balas Shah.

Kamelia terkejut.

“Macammana abang tahu?”

Shah serba salah ingin menjawab ”Abang terdengar perbualan Mel dengan mak waktu dekat kampung dulu. Abang teringat-ingat sampai sekarang. Berdosanya abang sebab dah abaikan Mel, isteri abang yang sah,” jelas Shah.

Kamelia menggelengkan kepala.

“Abang jangan ambil hati dengan kata-kata mak,” ujar Kamelia.

Shah menatap segenap wajah isterinya, dia mengagumi setiap inci kecantikan yang ada di wajah itu. Tangan Shah perlahan-lahan bergerak menuju ke wajah isterinya. Jarinya menyentuh setiap struktur di wajah itu bermula dari alis mata Kamelia yang redup sehingga ke bibir yang munggil itu.

Kamelia memandang tepat ke mata Shah yang duduk berhadapan dengannya. Dia memegang tangan Shah yang berada di wajahnya sambil dipejamkan matanya.

“Kalau sayang izinkan, boleh abang sentuh?” tanya Shah. Dia tahu soalan itu kedengaran pelik, tapi dia cuma ingin menyentuh wajah isterinya.

Kamelia hanya mengangguk perlahan.

Shah menyentuh lembut bibir isterinya, perlahan-lahan dia mengambil langkah untuk mendekati isterinya.

Jantung berdegup kencang apabila lelaki itu mendekatinya perlahan. Cadar katil digenggam kuat, nafas seakan tersekat di kerongkong. Perlahan-lahan Kamelia memejamkan mata. Berdebar dengan apa yang bakal terjadi seterusnya.

“Assalamualaikum isteriku,” ucap Shah sambil mendekatkan wajah ke isterinya.

“Waalaikummusalam suamiku,” balas Kamelia perlahan.

Bibir lelaki itu mendarat di atas bibirnya. Dia membiarkan Shah menyentuh tubuhnya.

Tiba-tiba Shah menjauhkan dirinya. Dia diam sebentar sambil menatap lama wajah isterinya.

“Mel dah bersedia,” ujar Kamelia lalu melentokkan kepalanya di bahu lelaki itu.

Shah menarik tubuh isterinya ke dalam dakapannya.

“Mel cintakan abang sepenuh nyawa Mel. Abang adalah dunia dan akhirat Mel. Mel berdoa sangat-sangat supaya hubungan kita kekal sehingga ke akhir hayat,” ujar Kamelia dalam dakapan suaminya.

Shah tersenyum mendengar kata-kata isterinya.

Shah meleraikan pelukan sebelum menatap wajah isterinya. Dia membaringkan isterinya ke atas katil sebelum mengambil tempat di sebelahnya.

Kamelia melentokkan kepalanya di lengan Shah sambil meletakkan tangannya di atas dada lelaki itu.

Shah menyisir rambut isterinya dengan lembut, dia menatap lama wajah isterinya. “Dengan nama tuhan, abang berjanji akan menjaga Mel sehingga ke akhir hayat nanti.”

Shah mendekatkan wajahnya ke arah Kamelia lalu mengecup lembut dahi isterinya itu.

Maaf kerana menghilangkan diri selama ni, terima kasih kerana masih lagi sudi membaca karya saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience